EUWW
Memang tak selesa kalau kita ada keputihan. Aktiviti seharian pun terganggu. Badan pun rasa tak bersih. Lebih-lebih lagi kalau keputihan itu berbau.
Tahukah kita bukan semua keputihan itu tidak baik? Sebenarnya kita kena tahu keputihan adalah perkara biasa dan ada keputihan yang disebabkan jangkitan.
Jom kenalpasti apa beza keputihan biasa dan jangkitan
Vagina yang Sihat
Vagina adalah laluan di antara luar badan dan bahagian organ peranakan kita. pH vagina kita adalah berasid.
Kenapa?
Sebab dia nak elak ada jangkitan. Bahagian berasid ni terhasil dari bakteria baik sedia ada. Vagina yang sihat akan keluarkan rembesan sendiri untuk bersihkan kawasan vagina, sama fungsi macam air liur terhasil dalam mulut.
Yang inilah yang kita panggil keputihan biasa. Kalau ada cubaan tukar keseimbangan pH bagi rembesan ni boleh membawa kepada keputihan.
Keputihan Biasa
Semua wanita alami keputihan. Kalau ia jernih atau warna hampir putih atau kekuningan bila kena seluar kita, maksudnya itu adalah keputihan biasa.
Kadang-kadang, ada bentuk tompok. Kadang-kadang nampak nipis atau berserabut. Kadang-kadang keputihan ni berubah disebabkan beberapa perkara. Antaranya sebab kitaran haid, stress, pemakanan, mengandung atau bila kita ambil ubat-ubatan contoh pil perancang.
Kesan Kitaran Haid
Kitaran haid mempengaruhi keadaan vagina kita. Bila tengah-tengah kitaran, kita akan perasan keputihan bertambah banyak.
Masa ni pH vagina akan meningkat dan kurang berasid pada hari-hari sebelum dan semasa haid. Masa ni lah biasanya jangkitan pada vagina berlaku.
Tanda-tanda Keputihan Tidak Normal / Jangkitan
Jika anda perasan keputihan anda nampak lain, maybe anda mengalami jangkitan. Jangkitan pada vagina adalah biasa, ramai wanita yang mengalaminya. So, jangan risau. Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami perkara berikut.
1) Rasa gatal, ada ruam dan sakit selepas keluar keputihan
2) Keputihan yang lama dan bertambah banyak
3) Rasa pedih bila buang air kecil
4) Keputihan berketul-ketul
5) Keputihan berwarna kelabu/putih serta kuning/hijau dan berbau
Cabaran 30 days entry challenge bersambung untuk hari kedua.
day 2: meaning behind your blog name
Nama "Tip Sihat Selalu" berbeza dari nama blog berasaskan vitamin yang lain. Biasa orang jual Shaklee suka letak nama blog ada perkataan vitamin, tapi tidak bagi saya. Mula-mula saya ingat nak convert blog personal saya Mom-of 4As kepada blog Shaklee. Tapi tak jadi.
Saya start blog ni from pieces, dan Alhamdulillah, pengunjung dah cecah ratusan orang setiap hari. Saya tidak hadkan blog saya kepada jualan Shaklee semata-mata, pasal vitamin semata-mata tapi untuk mendidik masyarakat untuk jaga kesihatan menyeluruh. Sebab tu ada juga entri saya tentang:
Energizing Soy Protein (ESP) adalah hot seller Shaklee. ESP adalah penuh dengan kebaikan yang semua orang boleh dapat. Dari wanita hamil ke wanita menyusu. Dari remaja hingga warga tua. Yang nak kurus pun makan ESP. Tetapi tak ramai yang tahu, ESP boleh jadikan kulit jadi cantik dan gebu.
Macam cantik je.. Macam cantik je..
"Mustahil la ESP boleh jadikan kulit cantik. "
eh.
Tak Percaya ke?
Wanita dalam video di bawah FRUST. 7 tahun FRUST dengan muka jerawat. Beliau tidak pernah sangka kulit beliau kini sangat berbeza.
Apa rahsianya? Jangan tengok jika anda tiada masalah kulit.
ESP adalah minuman protein yang diperbuat dari soya non-GMO, 22 asid amino penting untuk badan. Ia juga adalah minuman yang ada indeks glisemik rendah. Indeks glisemik rendah maksudnya kalau kita minum ESP, kita akan rasa kenyang lebih lama.
Badan kita terdiri daripada sel. Protein yang kita makan hari-hari sangat-sangat diperlukan untuk bina sel. So, macam batu-bata tersusun untuk bina rumah, macam tu juga sel-sel badan yang tersusun untuk membentuk organ dan keseluruhan badan. Tanpa protein yang baik, camne sel badan nak membina organ dan sistem dalam badan dengan baik.
3 Rahsia tergempar dapatkan kulit cantik dengan ESP
Rahsia #1 : ESP bantu dapatkan kulit gebu dan sihat
Sel-sel dalam badan terbina dengan baik apabila kita makan ESP. Protein diperlukan untuk mengekalkan sel kulit yang sihat. Kulit menjadi gebu dan berseri-seri apabila ia mendapat khasiat asid amino penting yang diperlukan oleh badan
Rahsia #2: ESP membantu memudarkan parut pada kulit
Apabila kulit kita luka dan selepas proses penyembuhan berlaku, parut akan terbentuk selepas itu. Sel-sel mati pada parut perlu diganti supaya ia cepat pudar dan hilang. ESP yang mengandungi protein bertindak membantu badan menghasilkan sel baru bagi menggantikan sel-sel mati tersebut.
Rahsia #3: ESP mengekalkan tenaga lebih lama, badan lebih cergas
Selain membentuk sel-sel badan yang sihat, protein pada ESP juga membantu organ dan sistem dalam badan menjalankan fungsinya dengan baik. Sistem peredaran darah dan sistem perkumuhan berfungsi dengan baik, badan lebih cergas. ESP yang mempunyai indeks glisemik rendah menjadi pilihan ramai kerana ia menjadikan kita kenyang lebih lama dan bertenaga melakukan aktiviti seharian. Badan cergas, peredaran darah menjadi lebih baik dan kesannya boleh dilihat padakulit secara tidak langsung. TESTIMONI
Dengan pembelian ESP Shaklee dengan saya, anda akan diberikan KONSULTASI PERCUMA cara minum ESP yang betul untuk dapatkan kesan Optimum.
Mentor kesayangan saya dalam Shaklee telah membuat cabaran 30 hari entry challenge. Wah. Sangat baik dan bagus untuk serba sedikit memperkenalkan diri saya.
Day 1: introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself.
Nama saya Ida Fadliza. Asal dari Sungai Buloh. Sekarang menetap di Kuantan. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak lelaki yang hebat, aktif dan sihat. Mohd Afiq, Mohd Arif, Mohd Abid dan Mohd Amin. Afiq telah berumur 7 tahun, Arif berumur 4 tahun, Abid berumur 2 tahun dan Amin berumur 2 bulan.
My happy family
Muhammad Amin
Saya bekerja sebagai pensyarah politeknik di kuantan dan menceburkan diri dalam bisnes Shaklee secara sambilan hampir setahun setengah yang lalu. Kini saya sedang menghabiskan masa di rumah kerana cuti bersalin anak keempat.
Impian saya adalah untuk membantu orang lain menikmati income sampingan yang menjadi Impian ramai, kerana saya berpegang kepada kata-kata, Orang yang berjaya adalah orang yang sama-sama membantu orang lain untuk turut berjaya.
Kepada yang berminat untuk menjadi ahli Shaklee, jom hubungi saya hari ini. Anda tidak akan percaya kemampuan anda adalah JAUH LEBIH HEBAT apabila anda join kami. Pasti dengan kecekalan dan ketabahan, Income tambahan sehingga 4 dan 5 angka akan menjadi milik anda. Klik link di bawah:
Memang biasa kita dengar warga emas dan orang tua di kalangan kita mengalami penyakit. Apabila badan semakin berusia, metabolisme menjadi rendah sama juga dengan daya tahan / imunisasi badan.
Masa inilah macam-macam penyakit datang. Tiga serangkai (darah tinggi, kencing manis, jantung) adalah yang popular di kalangan warga emas dan orang tua.
Omega Guard boleh dikatakan sebagai vitamin paling bajet dan sesuai untuk warga emas dan orang tua.
Kenapa?
Sebab Omega Guard atau minyak ikan terbaik ini mempunyai banyak kelebihan kepada golongan ini.
Anda pasti teruja untuk membelikan Omega Guard untuk ibu dan ayah anda jika anda tahu sebab mengapa ia sesuai untuk mereka.
Berikut adalah 5 sebab Omega Guard sesuai untuk Warga Tua:
1. Penyakit Jantung
Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard bukan sahaja mengelakkan penyakit kepada orang sihat, orang yang telah terkena penyakit jantung pun bagus untuk mengambilnya.
Ia boleh mengurangkan risiko komplikasi dan kematian kepada mereka yang telah disahkan ada penyakit jantung.
Omega 3 boleh mengekalkan rentak degupan jantung.
Satu kajian mendapati, mereka yang telah mengalami serangan jantung dan mengambil minyak ikan, mereka mempunyai risiko kematian 45% lebih rendah dari mereka yang tidak mengambil minyak ikan.
Ikan dan minyak ikan boleh memperlahankan arteriosclerosis dan merendahkan risiko serangan strok.
Lelaki di dalam video di bawah pernah terbaring 2 kali tak boleh bangun sebab TEKANAN DARAH TINGGI. Ikuti pengalaman beliau mengatasi masalah ini.
2. Triglycerides.
Apa itu triglycerides?
Dengan ayat mudah, ia didefinisikan sebagai lemak tidak baik dalam badan.
Omega 3 (DHA dan EPA) boleh merendahkan tahap lemak ini sebanyak 20% hingga 50%. Kesan omega 3 juga dilihat dapat merendahkan tahap kolestrol.
3. Rheumatoid arthritis.
Rheumatoid arthritis adalah sakit sendi dan lutut yang biasa di alami oleh orang tua dan warga emas.
Beberapa kajian telah mendapati minyak ikan boleh mengurangkan simptom sakit ini seperti rasa nyilu pada waktu pagi dan sakit.
Kerana itu juga, Omega Guard adalah salah satu vitamin penting untuk Set Sendi dan berjaya membantu mengurangkan masalah sakit sendi kepada ramai orang.
Kajian mendapati mereka yang makan minyak ikan mempunyai kadar kepadatan tulang yang lebih tinggi.
Satu kajian lain pula mendapati minyak ikan (bergabung dengan kalsium dan GLA) boleh meningkatkan kepadatan tulang kepada orang berusia yang telah mengalami osteoporosis.
Beberapa kajian mendapati pemakanan yang tinggi kandungan lemak ikan/minyak ikan boleh mengelakkan hilang ingatan dan merendahkan risiko dementia kepada orang tua.
Terdapat juga kajian di mana supplement yang mengandungi Omega 3 boleh memperlahankan masalah ingatan kepada pesakit Alzheimer.
Ternyata banyak lagi manfaat golongan ini kepada warga tua dan berusia. Adalah lebih baik kita memelihara kesihatan dari awal sebelum penyakit menjadi lebih parah.
Sebab itulah hadiahkan Omega Guard untuk ibu dan ayah kita adalah langkah BIJAK. Merawat sesuatu penyakit adalah jauh lebih MAHAL berbanding mencegahnya.
Harga Omega Guard: RM136 (90biji)
Setiap pembelian Omega Guard dengan saya, saya akan berikan konsultasi PERCUMA bagaimana cara makan Omega Guard dengan betul supaya mendapat kesan optimum.
Omega Guard adalah supplemen yang mesti ada untuk setiap keluarga. Kenapa? Sebab Omega Guard ni sangat baik dari bayi, kanak-kanak, ibu bapa, remaja dan warga tua. Kanak-kanak pun boleh makan Omega Guard, minyak ikan terbaik ini. Ramai yang tak tahu macamana nak bagi kanak-kanak makan Omega Guard.
Sebelum tu, macamana bentuk Omega Guard ni? Apa yang bestnya Omega Guard ni?
Omega Guard berbentuk kapsul jernih yang mengandungi minyak ikan.
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
Mengandungi minyak ikan
Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Omega Guard ada asid lemak Omega 3 yang bagus untuk kanak-kanak. Antara kebaikannya adalah:
Meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak
Membantu merawat asma di kalangan kanak-kanak
Membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD
Membantu mengekalkan kesihatan optima kepada kanak-kanak
Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kemahiran kognitif kanak-kanak
Cara Makan Omega Guard Untuk Kanak-Kanak
Cara Makan 1: Kapsul Omega Guard boleh dipicit dengan jarum dan dimasukkan dalam susu anak
Cara Makan 2: Boleh dikunyah begitu sahaja. Kapsul adalah lembut dan selamat di makan oleh kanak-kanak 2 tahun ke atas.
Cara Makan 3: Dipicit dengan jarum, minyak ikan dicampur dalam makanan dan minuman kegemaran.
Cara Makan 4: Dipicit dengan jarum, minyak ikan di letak pada sudu dan diberi pada anak seperti ubat.
Cara Makan 5: Ditelan begitu sahaja, untuk kanak-kanak 10 tahun ke atas.
Ramai ibu bapa yang telah mencuba Omega Guard untuk anak mereka dan nampak perubahan.
TESTIMONI 1:
TESTIMONI 2:
Dapatkan Omega Guard HARI INI:
Harga Omega Guard : RM136 (90biji)
ISTIMEWA: Untuk setiap pembelian dengan saya, anda akan diberi konsultasi jumlah DOS YANG BETUL yang boleh diambil oleh kanak-kanak secara PERCUMA. Bukan setiap hari ye!!
Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.
Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:
1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.
2. Demam Biasa
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.
4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
Wanita berumur 56 tahun dalam video di bawah tidak menyangka penyakit Darah Tinggi dan Payudara Berdarah boleh Sembuh.
Rahsia beliau mungkin nampak biasa tetapi sangat berharga..
5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
6. Keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.
7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.
Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.
10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.
Hamil 7 Bulan tetapi Sangat Bertenaga. Ikuti pengalaman kakak kita dalam video di bawah yang boleh ditiru oleh semua orang tak kira hamil atau tidak.
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.
Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.
Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.
15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.
Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
17. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
18. Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
19. Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
Wanita ini sangat FRUST dengan mukanya. Beliau ada tersalah ambil produk sampai habis rosak satu muka. Ikuti pengalaman wanita ini yang terseksa sehingga 7 TAHUN
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut.
Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.
21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.
Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.
22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
Sila Klik Video di bawah untuk mengetahui masalah sahabat saya yang ada masalah rambut gugur sampai rambut jadi hampir BOTAK.
23. Rambut yang lebat
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.
24. Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.
25. Mengelak dari Uban
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.
Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.
Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam.
Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
"Nak masuk 3 hari dah ni. Banyak benda yang aku nak buat tergendala.
Rumah dah tak terurus. Nak buat kerja pun tak larat"
Betul lah orang cakap. Masa sihat kita lupa nak jaga makan, makan makanan yang berkhasiat. Tapi bila dah demam, satu benda pun tak larat nak buat.
Itu belum pakej, hidung berair tak berhenti, kurang selesa makan, kepala berat nak bangun, tekak merah dan sakit. Nak telan apa pun tak boleh.
Mesti best kan kalau demam ni dapat baik segera?
Bahagia!
Rasa-rasanya tips yang Ida jumpa kat satu web ni mungkin boleh legakan sikit demam anda itu
1. Minum air dengan banyak.
Demam aje mesti sakit tekak.
Minum air yang banyak boleh elak tekak kita jadi kering dan sakit. Selain ia elakkan hidrasi pada badan, air boleh buang toksin dalam badan.
Badan pun lagi mudah lawan penyakit bila toksin dah buang. Aliran perkumuhan dalam badan jadi lebih lancar.
2. Elak dari minum kopi
Kopi memang sedap di minum, tetapi ia tidak digalakkan minum bila kita demam.
Kenapa?
Sebab kandungannya boleh menyebabkan badan terdehidrasi / hilang air.
Orang demam perlukan air dalam badan dengan banyak.
3. Wap Air dan Mandi Air Panas
Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam.
Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu.
Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.
4. Sup Panas
Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam.
Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas.
Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.
5. Gunakan wap humidifier
Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat.
Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.
6. Rehat
Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat.
Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit.
Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.
7. Kumur-kumur dengan air garam.
Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk.
Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.
8. Jangan merokok
Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok.
Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.
9. Elakkan dari senaman
Anda di galakkan berehat dari aktiviti senaman supaya badan dapat menyimpan tenaga melawan virus dalam badan
10. Kawal pemakanan
Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam.
Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus. Contoh makanan adalah:
Cara Elak Makan Panadol / Ubat Tahan Sakit bila Demam
Lepas baca 10 tips di atas, anda pasti setuju yang tips terakhir adalah paling penting dan berkesan. Yang betul-betul bantu kita cepat baik sememangnya imun badan kita sendiri.
Ubat yang kita ambil hanya boleh kurangkan simptom sakit sahaja. Kita pun terpaksa makan sebab dah tak tahan.
Sepapan panadol mesti ada dalam peti ais.
Ubat tahan sakit bukannya bagus ambil banyak dan selalu. Setuju?
Jika Ida ada cara untuk elak makan panadol yang banyak untuk baik demam, adakah anda ingin tahu?
Mak kawan Ida dalam testimoni kat bawah ni dah 4 hari demam, dan syukur petangnya terus tak demam lepas ambil Vitamin C
Gembira sangat kan bila mak yang kita sayang kembali sihat?
Jika anda baca 2 testimoni lagi di bawah ni, pasti rasa lega kerana tak perlu ambil panadol / ubat tahan sakit untuk cepat baik demam lagi.
Makan Vitamin C Shaklee pun dah cukup.
Vitamin C ni sebenarnya sesuai ambil setiap hari untuk kuatkan imun badan. Bukan masa demam aje.
Imun badan kita pun jadi lebih kuat lepas ambil hari-hari.
Vitamin C ni special sikit. Bukan tugas dia untuk baik demam aje, tapi banyaaaak lagi.
Kalau anda klik link bawah ni, pasti rasa terus nak beli HARI INI juga.
Dah tak sabar nak beli Vitamin C Shaklee? Ops, nanti dulu.
Ida ada nak kenalkan satu produk setanding Vitamin C yang bagus untuk cepat baik demam. Lagi-lagi kalau dah suspect denggi.
Bayangkan anak kena denggi kembali sembuh, memang rasa lega sangat.
Denggi kan boleh membawa maut.
Syukur satu produk Shaklee yang satu ni pun bagus untuk demam biasa mahupun demam denggi.
Nama produk: Nutriferon Shaklee
Kalau Vitamin C Shaklee hanya boleh diambil oleh kita yang dewasa ni, Nutriferon boleh diambil oleh kanak-kanak juga sebab dia dalam bentuk serbuk.
Sesuatu yang menggembirakan kepada ibu-ibu kan?
Jom baca pengalaman gembira ibu-ibu kat 3 testimoni di bawah ni lepas anak-anak sihat makan Nutriferon.
Set Cepat Baik Demam Shaklee Pilihan Semua
Ada dah yang tercari-cari cara nak beli kan? Sabar!
Last info ida nak beritahu.
Vitamin C Shaklee adalah bentuk tablet, ada 180 biji.
Boleh tahan sampai 6 bulan (berbaloi kan?)
Nutriferon bentuk serbuk dalam sachet. Ada 30 sachet dalam satu kotak
Boleh tahan sebulan kalau ambil satu sachet sehari.
Nak segera legakan demam yang dah beberapa hari ni supaya banyak kerja tergendala boleh beres?
Ikuti Cara Order di bawah dengan SEGERA.
Anda tak perlu bazir MC serta duit perubatan untuk ke klinik lagi.