Thursday, February 13, 2014

3 Jenis Anemia Yang Ramai Ibu Hamil Tidak Tahu

Anemia terjadi apabila darah kita tidak cukup sel darah merah untuk bawa oksiden ke tisu badan kita. Ibu hamil juga berisiko untuk dapat anemia.

Semasa hamil, badan kita hasilkan lebih darah untuk bantu perkembangan bayi dalam kandungan. Apa yang bantu ibu hamil untuk hasilkan lebih darah?

Pastinya nutrien penting dalam pemakanan termasuk zat besi dan nutrien lain. Jika ibu hamil tidak dapat zat-zat itu, maka badan tidak dapat hasilkan darah yang lebih.



Nampak ceria kan wanita dalam video di bawah? Tapi sebenarnya beliau adalah wanita yang ada anemia setiap kali hamil.

Ketahui apa tips beliau cegah anemia sehingga tiada masalah lagi apabila mengandung kali ke 4.


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Jangan takut jika anda hamil dan mempunyai anemia. Anemia sederhana adalah normal. Namun begitu, ibu hamil berisiko menghadapi anemia yang lebih teruk jika kekurangan zat besi dan nutrien lain.

Anemia akan menyebabkan ibu hamil mudah penat dan lemah. Jika ia tidak diatasi segera, ia mampu menyebabkan komplikasi lebih teruk seperti kelahiran bayi pra-matang.




Terdapat 3 Jenis Anemia Ketika Hamil

  1. Anemia kekurangan Zat Besi
  2. Anemia kekurangan Folate
  3. Anemia kekurangan Vitamin B12




1. Anemia kekurangan Zat Besi

Anemia jenis ini berlaku apabila ibu hamil tidak mendapat zat besi untuk hasilkan cukup hemoglobin dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.

Anemia kekurangan Zat Besi menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup ke tisu badan.

Anemia jenis ini adalah yang paling banyak berlaku kepada ibu hamil .




2. Anemia kekurangan Folate.

Folate atau nama yang sering kita biasa dengar adalah Asid Folik. Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Badan memerlukan folate untuk menghasilkan sel-sel baru termasuk sel-sel darah merah yang sihat.

Semasa hamil, wanita memerlukan folate yang lebih, biasanya tidak cukup dengan sekadar dari diet sehari-hari. Disebabkan ini juga, badan kita tak boleh hasilkan sel darah merah yang cukup untuk bawa oksigen ke tisu seluruh badan.

Kekurangan folate juga boleh menyebabkan kecacatan pada kelahiran bayi seperti saluran tiub saraf tidak normal (spina bifida) dan bayi kurang berat.




3. Anemia kekurangan Vitamin B12

Badan kita perlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Seorang wanita mengandung yang tidak mendapat Vitamin B12 yang cukup tidak dapat hasilkan sel darah merah yang cukup.

Biasanya ia berisiko kepada wanita yang tidak makan daging, makanan tenusu dan telur. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dan kelahiran pra-matang/ tidak cukup bulan.




Wanita yang mempunyai risiko yang lebih mengalami Anemia

  • Wanita yang mengandung kembar
  • Wanita yang jarak mengandung dekat dengan terdahulu
  • Wanita yang kerap muntah kerana alahan
  • Wanita remaja yang mengandung
  • Wanita yang tidak makan makanan yang cukup dengan zat besi
  • Wanita yang ada anemia sebelum mengandung lagi




SET HAMIL SHAKLEE

Dapatkan Set Hamil Shaklee untuk mengurangkan masalah Anemia kepada ibu hamil.
 

TESTIMONI SET HAMIL SHAKLEE

TESTIMONI 1:


















Dapatkan SET HAMIL SHAKLEE untuk elak ANEMIA hari ini.





Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Sunday, February 9, 2014

Makan Vitamin Tidak Memberi Kesan? Amalkan Tips ini.

Besarlah harapan kita lepas makan vitamin supaya mendapat hasil/kesan yang kita nak. Makan set kurus jadi kurus, makan set sendi, lutut dan sendi jadi baik, Makan vitalea dan vitamin c terus jadi cergas. Tapi tak semua orang dapat kesan yang baik. Ada yang makan, tapi tak berkesan pun. Sebelum makan dan selepas makan, sama je.

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :



1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.



2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.



3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.



4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.



5. Pantang larang makan vitamin.

-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.



6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:

Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa

Pesakit talasemia: Vitalea

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.



sumber: http://www.celikvitamin.com

Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

7 Cara Untuk Tidur Lebih Awal

Bagi sesetengah orang, tidur lambat telah menjadi rutin hidup mereka dan sukar diubah. Ia biasa berlaku kepada golongan yang sibuk dengan kerja dan sering membuat kerja sehingga lewat malam. Rutin harian begini susah nak ubah kalau dah terbiasa.

Tidur lewat boleh menjejaskan kesihatan. Antaranya boleh menyebabkan sakit kepala dan naik jerawat serta stress. Berikut adalah 7 cara yang boleh dicuba untuk tidur lebih awal.





Cara 1: Simpan gajet elektronik

Satu kajian di US mendapati 95 peratus warganya menggunakan gajet elektronik sejam sebelum tidur sekurang-kurangnya beberapa hari dalam seminggu, menjurus kepada lewat tidur. Buat satu peraturan supaya tiada gajet dibenarkan di katil.

Matikan semua gajet sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Terdedah dengan cahaya lampu yang terang adalah salah satu faktor sukar untuk tidur. Anda juga akan menjadi asyik menggunakannya sehingga terlewat tidur.






Cara 2: Tulis 'Worry Journal'

Biasanya kita susah nak tidur sebab banyak sangat benda nak fikir. Pasal kerja lah, pasal anak lah, pasal duit lah, pasal keluarga dan macam-macam lagi. Biasanya kita tak tidur sebab terfikir banyak kerja nak setel. Cara untuk elakkan benda ni adalah dengan buat senarai apa nak buat. 

Tak semestinya senaraikan kerja yang nak disiapkan, kita juga boleh tulis perkara yang menyebabkan kita risau. Kosongkan minda boleh bantu untuk tidur.






Cara 3: Set Alarm (bukan untuk bangun tidur, tapi untuk tidur)

Jadikan kebiasaan untuk tidur pada masa yang tetap setiap malam. Letakkan alarm supaya mengingatkan kita supaya habiskan segala kerja dan tidur awal.






Cara 4: Tinggalkan kerja anda di pejabat

Membawa balik kerja ke rumah boleh menyebabkan kita akan stay-up untuk siapkan kerja. Kerja tersebut akan mengganggu tidur kita. Cara paling mudah untuk tidur awal adalah meninggalkan segala kerja di pejabat. Anda akan terkejut kerana cara ini sebenarnya boleh menambah produktiviti kerja anda dengan tidur awal.






Cara 5: Bersenam di waktu siang

Kajian mendapati orang yang bersenam mempunyai tidur yang berkualiti dari orang yang tidak bersenam. Dengan bersenam, kita akan rasa lebih letih dan mendorong untuk tidur lebih awal. Jika kita tidak bersenam pun, pastikan kita bertindak aktif sepanjang hari, banyakkan berjalan, membuat kerja rumah dan naik turun tangga supaya ia menyamai kesan kita bersenam selama beberapa jam.






Cara 6: Tetapkan ia sebagai rutin

Biasakan diri untuk bersiap untuk tidur lebih awal. Minum susu, pakai pakaian tidur dan membaca buku bagi merehatkan diri serta menyiapkan diri untuk tidur. Kita juga akan rasa nyaman dan selesa serta terdorong untuk tidur lebih awal.






Cara 7: Terus tidur bila rasa penat

Jangan paksa diri untuk terus berjaga bila anda rasa penat. Pertama kali merasa penat, anda perlu terus tidur kerana apabila anda paksa lagi diri selepas itu, sekurang-kurangnya anda akan tidur 3 jam lewat selepas itu.

sumber: http://www.huffingtonpost.com

Ada vitamin untuk bantu tidur lebih lena?
Klik sini --> Vitamin untuk bantu tidur lebih lena


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Tuesday, February 4, 2014

Vitalea: Multivitamin Yang Semua Orang Kena Ada

Ramai yang tercari-cari multivitamin untuk kesihatan yang terbaik. Pasti tertanya-tanya multivitamin apa yang wajib ada bagi setiap orang dewasa. Hanya orang yang pernah mengambilnya tahu bagaimana rasa hebat makan Multivitamin dari Shaklee.

Diperkenalkan Multivitamin terbaik dari Shaklee iaitu VITALEA. 

Vitalea bukanlah pengganti bagi makanan seharian kita, tetapi ia adalah pelengkap nutrisi kita sehari-harian. Ini kerana bukan semua orang mampu untuk mendapatkan keseluruhan nutrisi lengkap dalam satu hidangan. Ada yang sering pilih makanan segera yang diproses, dan ada yang tak sempat ambil makanan seimbang disebabkan tak cukup masa untuk makan.

Vitalea mempunyai 28 vitamin dan mineral lengkap yang diperlukan untuk badan. Badan yang mendapat vitamin dan mineral dari multivitamin terbaik ini akan lebih segar, lebih cergas dan mampu melawan penyakit kerana ia membantu membentuk imunisasi badan yang lebih kuat.



Vitalea: Multivitamin Terbaik
==================

[✔] 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
[✔] 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
[✔] 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
[✔] 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
[✔] 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
[✔] 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
[✔] 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
[✔] 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

kredit: sihatmacamyaya.blogspot.com


Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Dapatkan VITALEA hari ini.


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)

SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur


Klik Di Sini Untuk Tahu 7 Kebaikan Menjadi Ahli Shaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...