Monday, December 17, 2012

Pudarkan parut jerawat dengan shaklee


Eeeiii JERAWAT!

Jerawat adalah 'penyakit' yang timbul dari kelenjar pada kulit. Tak bahaya pun. Tapi, kenapa ramai yang sangat anti dengan jerawat?

Ya. Jerawat akan meninggalkan parut yang memberi kesan tak best pada muka terutamanya. Bila timbul jerawat, serba sedikit ia akan efek konfiden kita berhadapan dengan orang. Kadang-kadang malu juga nak berhadapan dengan orang terutama apabila kerja kita memerlukan kita berjumpa dengan ramai orang.

Pakar kulit mengatakan tiga perempat individu yg berumur dari 11-30 tahun akan mengalami jerawat. Jerawat boleh terjadi bukan sahaja perempuan malahan lelaki juga.

What causes acne - diagram

Kepada yang berhajat untuk merawat parut jerawat, Shaklee ada menyediakan set vitamin yang membantu mengatasi parut jerawat yang ternyata berkesan.

Cadangan untuk mengatasi masalah parut jerawat adalah:

1. Vitamin C: Vitamin C membantu mengatasi masalah inflamasi pada kulit (kesan merah pada jerawat). Ia akan menghasilkan bahan kimia anti-inflamasi iaitu leukotrienes untuk menghapuskan bakteria jerawat

2. Vitamin E: Vitamin E adalah bahan antioksida yang bagus untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kolagen dalam kulit, menyebabkan kulit kering, kedutan dan garis-garis penuaan pada kulit

3. B Complex: Vitamin B1 (thiamin) membantu badan dalam mengekalkan kesihatan jantung. Bila peredaran darah bagus hasil dari jantung yg sihat, kulit juga nampak cantik. Vitamin B3 (Niacin) dan B5 (pantothenic acid) membantu kulit terhidrasi. Hasilnya kulit nampak lebih sihat dan gebu. Vitamin B5 juga sering digunakan dalam produk kecantikan dan rawatan untuk jerawat .


Jom layan testimonial ini..


Hubungi saya Ida
SMS dan Whatsapp 0193816167
email : ifaz_0212@yahoo.com
FB: Ida Ifaz

Sunday, December 16, 2012

Ibu Menyusu: Vitamin Terbaik untuk ibu dan anak



Ibu menyusu perlu mendapatkan nutrien penting yang seimbang sepanjang sesi penyusuan. Iyelah.. Kita makan bukan untuk kita seorang, untuk anak juga. Jadi, apa yang kita makan, anak pun dapat. Terutamanya apabila anak kita berumur 6 bulan ke bawah. Mereka bergantung khasiat dari ibu yang menyusukan.

Apabila menyusukan anak, perkara penting untuk meningkatkan kecergasan ibu dan mengekalkan susu ibu:

1. Banyakkan minum air ketika proses penyusuan. Ia baik untuk mengekalkan hidrasi dalam badan ibu.
2. Menjaga pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang baik mesti ada pembahagian karbohidrat, protein dan serat.
3. Susu ibu akan maintain ada apabila proses penyusuan kerap berlaku. Ibu kerap menyusukan anak atau mengepam susu boleh memastikan supply susu sentiasa ada. Penyusuan susu ibu secara eksklusif harus dibiasakan.
4. Ibu juga perlu menjaga emosi. Bila keadaan emosi si ibu happy, susu juga mudah keluar.
5. Kesihatan ibu juga perlu di jaga. Apabila si ibu sihat, emosi pun happy, anak juga gembira. Lagipun, ibu yang kurang sihat mudah menjangkiti anak yang di susukan.


Ibu yang menyusu digalakkan untuk mendapatkan supplemen dan vitamin tambahan bagi mengekalkan kecergasan. Cadangan vitamin terbaik untuk ibu yang menyusu adalah:

1. Vitalea:
Multivitamin terbaik dari Shaklee ini mempunyai 12 vitamin dan 7 mineral penting. Ia berguna sebagai pemberi tenaga, kecergasan tubuh ibu dan menyalurkan nutrisi penting kepada anak melalui susu.

2. Vitamin C
Vitamin C meningkatkan imunisasi badan ibu dari penyakit dan membantu penyerapan iron dalam badan. Bila iron dapat diserap dalam badan, darah boleh membawa oksigen keseluruhan badan. Organ-organ badan pun boleh berfungsi dengan baik. Ibu menyusu yang demam juga akan cepat baik.

3. Bcompleks.
Bcomplex Shaklee sangat istimewa, ia mempunyai 8 komponen vitamin B dan asid folik. Ia menukar makanan kepada tenaga, dan menjadi vitamin 'anti stress'. Sesuai untuk semua golongan terutama ibu menyusu dalam menjaga kesihatan badan dan kestabilan emosi.

4. Alfalfa.
Boleh bertindak sebagai milk-booster, selain melawan alahan dan mencuci hati, darah dan usus.


Anda akan mendapat 1001 kebaikan dari set yang dicadangkan ini. Impian untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun pasti tercapai dan anak-anak akan mendapat zat serta nutrien dari sumber terbaik - SUSU IBU.

Hubungi saya Ida
SMS dan Whatsapp 0193816167
email : ifaz_0212@yahoo.com
FB: Ida Ifaz

Saturday, December 15, 2012

Pengedar Shaklee di Kuantan

Kami adalah Pengedar Shaklee di Kuantan.
Soalan yang biasa di tanya oleh pengguna shaklee di pahang, Kat mana stokis shaklee di kuantan? saya nak beli produk shaklee.

Ops. Maaf ye, shaklee tiada stokis.. Branch pun tiada lagi di kuantan.

Alamak, Camne nak beli produk shaklee kalau duduk kuantan?
Jangan risau, shaklee mempunyai wakil pengedar Shaklee di kuantan / distributor di seluruh negara.. dan yang bestnya, di kuantan juga.

So, anda boleh hubungi saya , pengedar Shaklee anda di Kuantan untuk dapatkan barangan shaklee, bukan sahaja dapat barang dengan segera, malahan di hantar ke pintu rumah anda. Manakala, free consultation juga disediakan ke rumah. Best sangat!

Telefon, Order.. sampai ke rumah. (macam pizza la plak..)

Ok. Sila ambil contact number ini.


Ida Fadliza (ID: 886581)
: 019-3816167 (SMS dan Whatsapp pun boleh)
 : ifaz_0212@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Beserah, Pantai Batu Itam, Bukit Pelindung, Jalan Beserah, Balok, Sg Karang, Indera Mahkota, Bandar Kuantan




Yusraini Mohd Yong (962498)
: 019-9525919(SMS dan Whatsapp pun boleh)
: yusrainimohdyong@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Seberang Balok, Gebeng, Beserah, Pantai Batu Itam, Balok, Sg Karang, Bandar Kuantan



Najidah Zakaria (921947)
: 019-9501761 (SMS dan Whatsapp pun boleh)
✉ : najidah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Bandar Kuantan, Semambu, Air Puteh, Damansara Kuantan



Noor Hasmuni binti Zakari (965810)

: 019-9460490  (SMS dan Whatsapp pun boleh)
m:munie_kimba84@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Beserah, Air Putih, Pelindung, Bandar Kuantan, Kem Tentera Batu 10 Kuantan dan sekitarnya. 




Nor Fauzani Jumodi (ID: 962499)



✆: 012-777-5059 (SMS dan Whatsapp pun boleh)

✉ : norfauzanijumodi@gmail.com

Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Indera Mahkota, Astana Vilaa, Shahputra, Kolej Komuniti Kuantan, Permatang Badak, Bukit Rangin UIA Kuantan

Hubungi kami sekarang! 


Tuesday, November 20, 2012

Cergas dengan Shaklee


Pertama kali, saya berminat dengan shaklee adalah dari testimonial rakan di ofis. Ya, i was struggling to manage my time pada waktu itu. Seorang ibu yang berkerjaya, bersama 3 heroes yang membesar (umur 6 tahun, 3 tahun dan setahun-masih breastfeed) sangat memberi cabaran kepada saya. Saya terus membeli SET KESIHATAN OPTIMUM (vitalea, bcomplex dan vitamin c) untuk mengekalkan kecergasan.

Sebelum mengambil Shaklee, saya sering keletihan. Balik dari kerja, sampai ke rumah dah pukul 6 petang bersama 3 heroes. mereka pasti meminta makanan petang, saya sering membeli kuih di kedai jual goreng pisang sementara menunggu makan malam. Sesampai ke rumah, kerja kelentang-kelentung di dapur pun bermula. Letih yang teramat sehingga emosi pun sering tidak stabil. Anak-anak sering dimarahi jika mereka meminta apa-apa ketika saya di dapur. Pukul 9 malam, saya sudah tidak mampu membuka mata. Sangat penat.

Setelah mengambil SET KESIHATAN OPTIMUM, kehidupan sedikit berbeza. Letih pasti ada, tapi  saya mampu mengekalkan kecergasan sehingga jam 11, menguruskan anak-anak dan rumah. Badan tidak mudah penat, sekaligus emosi mampu di kawal. Anak-anak juga gembira.

TESTIMONIAL HARI INI.

Sangat teruja untuk berkongsi testimonial sendiri hari ini.
Cabaran bermula awal pagi. Tidak disangka-sangka,kereta Husband kehabisan bateri (bateri kong).
Kami harus berkongsi kereta, suami ada meeting di Sg Lembing. Saya perlu menghantar suami ke Sg Lembing (hampir 40km dari rumah) dan menghantar anak ke rumah kakak ipar, kerana saya ada tugas di unit peperiksaan. Saya bertugas di unit peperiksaan dari jam 10.30pg sehingga jam 2 pagi. Habis bertugas, bergegas mengambil anak kerana kakak ipar ada urusan. Jam 4.30 ptg pula, mengambil suami semula di sungai lembing dan menghadiri meeting Moderasi kursus untuk kertas peperiksaan akhir sehingga jam 5.30ptg.

Jam 6.15 baru sampai ke rumah. Disebabkan tak sempat makan vitamin pada waktu pagi, saya mengambil vitamin c, bcomplex sejurus sampai ke rumah. Masak dua jenis masakan, anak makan spageti sebab tak pedas.. suami makan mee goreng pedas. Alhamdulillah, menjelang 10.30malam saya masih cergas, 3 heroes sudah melelapkan mata bersama abah mereka. dan kini jam 1 pagi saya masih di hadapan komputer menaip testimonial ini.

Ini hanyalah satu daripada banyak-banyak hari yang dilalui dengan gembira kerana mampu menguruskan rumah dan memasak walaupun habis dari kerja. Ibu mana yang tak suka melihat anak-anak gembira. Mengurangkan kos membeli makanan di kedai (sekali-sekala beli juga), dan anak makan dari air tangan ibu sendiri. Best kan?

SET KESIHATAN OPTIMUM

Berminat untuk dapatkan set ini, wahai-wahai superwoman sekalian?
Hubungi saya : IDA (KUANTAN) 0193816167
PM saya di FB : http://www.facebook.com/idafadliza (Ida Ifaz)

Wednesday, November 7, 2012

Kekurangan Zink : Rambut Gugur dan Hilang Selera Makan?



Zink merupakan bahan kimia penting yang penting untuk fungsi manusia.   Zink memainkan peranan penting dalam banyak aspek sistem imun. Ia membantu dalam pembahagian sel, pembekuan darah, penyembuhan luka, sintesis DNA, pertumbuhan dan perkembangan janin, dan sintesis protein.

Lima tanda-tanda utama kekurangan zink:

1. Mengganggu sistem imun: Zink menjejaskan aktiviti sel. Kekurangan zink boleh menyebabkan  lemah antibodi dan menjejaskan sistem imun. Oleh itu, orang yang kekurangan akan terdedah kepada jangkitan atau selesema.

2. Cirit-birit: Apabila sistem imun terganggu, ia membuatkan seseorang mudah terdedah kepada jangkitan. Salah satu daripada jangkitan adalah bakteria yang menyebabkan cirit-birit.

3. Kehilangan rambut dan lesi kulit: Zink adalah penting untuk pertumbuhan sel normal. Kekurangan Zink melemahkan sel-sel, yang boleh menyebabkan kehilangan rambut pada kulit kepala dan luka-luka pada kulit. Ini adalah salah satu tanda-tanda utama kekurangan zink.

4. Hilang selera makan dan / atau anoreksia: Kekurangan punca zink menurun hilang selera makan. Jika kekurangan zink tidak dikenal pasti dan dirawat, hilang selera makan menurun akhirnya boleh membawa kepada anoreksia.

5. Kemerosotan kognitif dan fungsi motor: Kekurangan zink dalam ibu mengandung bukan sahaja boleh melemahkan ibu, tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf janin, merosakkan kemahiran motor dan kemahiran kognitif bayi.

Lain-lain tanda-tanda kekurangan zink mengganggu kesuburan, ruam pada kulit, bintik pada kuku, gangguan tidur, kehilangan nafsu seks, kehilangan rasa atau bau, dan dalam beberapa kes anemia yang ringan.


Supplemen Shaklee yang sesuai untuk mengatasi masalah di atas:


Thursday, October 25, 2012

Elak Sembelit dengan Supplemen dan Vitamin

Sembelit adalah pergerakan usus yang tidak kerap yang tidak selesa. Individu yang kena sembelit akan menyebabkan susah buang air besar. Antara sebab berlaku sembelit adalah kurang minum air, kurang makan sayuran dan buah serta makanan yang tak dihadam dengan baik.

Bila di tanya, apa supplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit, anda boleh cuba supplemen yang mengandungi magnesium. 




Bagaimana Magnesium boleh membantu mengelakkan sembelit?

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut. 

Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplemen magnesium. 

sumber: http://www.natural-indigestion-relief.com/magnesium-and-constipation.html



Cadangan Supplemen : OsteMatrix Shaklee


OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, August 5, 2012

Ingin Kurus dengan Vitamin?


Saya sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada rakan-rakan yang telah memilih vitamin Shaklee bagi mengurangkan berat badan. Ya! saya mengakui saya tak mampu untuk menjadi contoh memandangkan badan saya secara genetik telah kurus dan sukar untuk naik. Namun, testimoni-testimoni rakan-rakan mengenai 3 vitamin dari shaklee ini, sangat membantu.

Ha! sebelum saya reveal 3 vitamin itu, mari kita lihat testimoni dari seorang pengguna Shaklee.

from :http://www.kenkoushoku.com


7 kg nampak seperti sedikit berbanding produk lain, tetapi kata-kata petikan ini harus dijadikan panduan:

Tips dari RAPI Apr 2012
Elakkan Diet Drastik : Pengurangan berat badan sebanyak 1kg sebulan adalah lebih baik drp turun berat badan dgn banyak secara drastik dan mendadak. Ia boleh mengganggu kesihatan dan tidak mustahil jika anda berhenti berdiet, berat badan juga akan bertambah secara mendadak atau lebih teruk dr dahulu.



Gabungan 3 Vitamin ini adalah:


Berikut adalah kebaikan-kebaikan Vitamin-vitamin ini:

Kebaikan Alfalfa

(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
  • Arthritis
  • Asthma
  • Allergy
(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
  • Penyakit Usus (Colon disorder)
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Melawaskan usus
  • Ulcer
  • Fluid retention (sembab)
  • Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :

  • Penghadaman
  • Pencernaan
  • Flatulence
  • Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah

  • Gastrik
  • Penyakit kulit (Eczema)
  • Kurang darah (Anemia)
  • Sembelit
  • Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.
.


Kebaikan Lecithin.

Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol.
  • Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu mengawal paras triglycerides
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

Kebaikan Herblax.

Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.


Untuk mendapatkan produk dan konsultansi PERCUMA, hubungi saya:

019-3816167 (SMS/whatsup) | ifaz_0212@yahoo.com | FB : Ida Ifaz

Friday, July 13, 2012

Kekalkan kesegaran dalam Ramadhan

Ramadhan kian menjelang, mesti semua orang tak sabar-sabar nak menikmati Ramadan bulan ibadah. Apa taknya.. Kalau kita buat ibadah contohnya solat dalam bulan-bulan biasa, mungkin pahalanya 1. tapi di bulan Ramadan, pahala di ganda sampai berpuluh kali. Macam dapat bonus pun ada. Bonus yang ini kekal tau.. saham akhirat, pembantu diri menghadapi alam kekal abadi.

Shaklee ada set untuk kekalkan kesegaran sepanjang hari di bulan Ramadan nanti. Sebelum tu, jom baca testimonial kawan kita ni..

Hari pertama: 

Makan roti, coklat. Minum ESP dan PD untuk sahur. Alhamdulillah, Boleh tahan.

Hari Kedua:

Makan nasi lemak, soya segelas, coklat. Sudah terasa agak lapar.

ESP?
PD?

Apa tuh?

 


Shaklee ESP:

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana belakan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan si bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehinggalah saat pemprosesannya.


PD (Performance Drink)


Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Saya juga mengalami perkara yang sama ketika ganti puasa minggu lepas. Alhamdulillah.
Kepada yang berminat boleh hubungi saya:


I'm Your Shaklee Independent Distributor
Kuantan Pahang
ID: 886581
emel: ifaz_0212@yahoo.com
sms/call: 019-3816167

Monday, July 9, 2012

Kesihatan Optimum

"Pagi tadi, akak bangun pukul 4.30 pagi.. mengurus rumah. Pagi tadi akak ambil vitamin-vitamin ni.. dan alhamdulillah, sampai sekarang masih rasa cergas"

Saya melihat jam. Pukul 12 tengahari. Wah, hebat! Saya juga mesti dapatkannya.

Kisah itu adalah hampir sebulan yang lalu. Seminggu yang lalu, saya telah mendapatkan vitamin-vitamin itu. Baru seminggu, saya makan dan hasilnya sangat mengagumkan. My daily life yang kadang-kadang memerlukan saya tidur lewat dan bangun awal, tidak menjejaskan aktiviti seharian walaupun tanpa minum kopi. (saya adalah peminum kopi tegar)

vitamin-vitamin itu adalah..

 

Gabungan-gabungan dari Shaklee ini sangat mengagumkan.

Vitamin C, B-Complex dan Vita-Lea.


 Kebaikan setiap satu dari vitamin-vitamin ini akan memenuhi entri seterusnya beserta satu TESTIMONIAL dari diri sendiri setelah seminggu yang mencergaskan. Alhamdulillah.

Kejayaan bermula dari langkah pertama.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah saya menemui langkah ke arah kejayaan saya yang pertama.

Subhanallah.

Langkah yang dimaksudkan adalah menemui satu alternatif mencapai kesihatan yang terbaik (buat masa ini..). Selama ini, saya mencari-cari banyak cara untuk mengekalkan kecergasan yang pada tahap optimum.



Saya adalah ibu berkerjaya, ibu kepada 3 putera yang sangat cergas. Bekerja selama 8 jam, dan perlu menguruskan keluarga sehingga lewat malam seperti ibu-ibu yang lain. Seperti pengalaman rakan-rakan yang lain, saya juga kerap 'longlai' menjelang jam 8 dan 9 malam. Banyak cara untuk saya mengekalkan kecergasan, dan shortcut untuk itu adalah pengambilan kafein.

Betul, saya sangat ketagihan kafein. 

Kini, saya bersyukur saya telah menemui alternatif itu. Mungkin, ada yang lebih baik.. tetapi penemuan ini cukup mengagumkan. Alhamdulillah.

Saya akan bercerita mengenainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...