Tuesday, August 30, 2016

2 Sebab Kena Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin

Ketika Ida browse ke satu page khas untuk Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu, Ida ternampak satu soalan oleh seorang ibu yang bertanya tentang mengapa kena makan laksa sampai setahun selepas bersalin?

Setahun? Lama tu.

Ida memang bukan seorang penggemar laksa, jadi tak terfikir pula dengan soalan itu. Lagipun Ida tak ingat bila last makan laksa. hihi. Jadi tak menjadi masalah lah kalau nak decide berpantang atau tidak.

Tetapi ibu ini memang penggemar laksa, ingin bertanya pendapat ibu-ibu lain.

Ada ke yang tak kenal laksa? 

Ni ha gambarnya


Beratus-ratus komen berkaitan sebab kena pantang makan laksa ni. Ada yang setuju supaya pantang makan laksa, ada yang kata pula mereka tiada masalah makan laksa.

Beberapa blog telah Ida rujuk termasuk blog seorang bidan (http://kakbidan.blogspot.my/) berkaitan pantang laksa ini. 

Hasilnya, ada ilmu baru bagi Ida dan mungkin untuk pembaca sekalian.


Sebab #1: Cara Pembuatan Laksa


Laksa ni dikatakan sejenis makanan yang sejuk. Bila sejuk ia akan menyebabkan urat dalam badan wanita kembang, boleh jadi penyebab demam urat. 

Sesetengah orang mudah terkena demam urat apabila makan makanan berjenis sejuk ini. Badan akan rasa sejuk menggigil tiba-tiba sehingga terpaksa ketap gigi hingga rasa sakit kepala.

Menurut bidan tersebut, laksa dikatakan sejuk kerana cara pembuatannya.


Pertama, beras dimasak, dilenyek dan dibentuk menjadi laksa. Kemudian ia dikeringkan, dan kemudian ia dimasak semula jika hendak dimakan(buat sup, laksa berkuah).

Cara pembuatannya mirip nasi yang dipanaskan banyak kali. Menurut bidan ini lagi, oleh kerana inilah kandungan ANGIN dalam laksa sangat tinggi. 

Sebab itulah ketika berpantang, nasi yang hendak dimakan oleh ibu berpantang tidak boleh nasi yang dipanaskan semula supaya dapat mengelak dari terkena bentan.

Ada pendapat mengatakan, jika nak makan juga, laksa tersebut seeloknya yang dibuat sendiri dari beras.

Ida pun baru tahu perkara ni. 
Siapa di antara reader juga baru tahu ilmu ni? Angkat tangan. Hihi



Sebab #2: Daun Kantan


Dalam blog bidan tersebut, tiada yang menyatakan secara spesifik berkaitan mengapa daun kantan menjadi sebab kuah laksa itu tidak boleh dimakan, tetapi Ida tertarik dengan satu komen ni.


Menurut wanita yang komen ini, nenek dia kata bunga kantan dilarang makan kerana sifat bunga kantan membesar macam jantung pisang. Orang dulu-dulu tidak mahu peranakan wanita mengembang kerana makan kuah laksa yang ada daun kantan.

Ada pendapat mengatakan bunga kantan mempunyai bisa dan panas, tidak sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin.

Sejujurnya Ida ingat orang pantang makan laksa sebab dia ada nenas, timun yang memang ternyata ada angin. Tetapi ini adalah ilmu baru untuk Ida.


Usahlah Dikecam

Zaman sekarang ni, ramai ibu-ibu muda yang ingin bertanya kepastian tentang perkara berkaitan berpantang. Berikan sahaja pendapat dengan baik.

Ida suka mereka yang bertanya sebab ingin dapatkan ilmu. Mereka bukan tidak mahu mengikut petua turun temurun. Kalau nak buat sesuatu, bukankah lebih baik dengan ilmu, bukan ikut melulu.

Janganlah dikecam jika petua tersebut tidak diterima, lebih teruk lagi mendoakan pula mereka yang tidak berpantang mengikut cara kita merasa padah dikemudian hari. 

Raikanlah perbezaan pendapat. hihi


Apa pendapat anda pula tentang berpantang makan laksa? Sila tinggalkan komen ya.



Set Berpantang Shaklee

Ida nak syorkan satu produk yang bagus untuk berpantang, iaitu VIVIX

Vivix tu apa?



Vivix bukan ubat. Ia bukan dicipta untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu.


Vivix adalah supplemen / makanan tambahan yang bantu badan melawan penyakit secara semulajadi. Ia bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan serata dunia.


4 bahan semulajadi yang menjadi bahan utama dalam Vivix adalah:
  • Poligonum Cuspidatum
  • Anggur Muscadine
  • Elderberi Eropah 
  • Lobak Ungu

Testimoni













Dapatkan Vivix anda HARI INI. 

Wednesday, August 10, 2016

Orang Stress Akan Bertambah Sakit? 4 Masalah Kesihatan Ini Menanti Mereka

Setiap orang pasti ada alami stress. Setiap hari dan mungkin setiap ketika. Ada orang stress dengan banyak benda, kadar stress berbeza ikut orang.

Ada orang stress dengan keadaan di tempat kerja. Ada yang stress dengan anak-anak. Tidak ketinggalan juga yang stress kerana masalah kewangan, masalah rakan dan kesihatan.

Stress memang sukar dijangka, namun ia perlu di kawal.

Tak ramai yang perasan perkara ini, namun kawal stress sama pentingnya dengan mengambil supplemen kerana ia boleh menjadikan satu-satu penyakit bertambah parah jika stress tidak dikawal.

Berikut adalah antara 4 bencana Stress dari segi kesihatan:



Masalah #1: Penyakit Diabetes Semakin Parah


Ketika stress, sejenis hormon yang dipanggil ACTH akan dirembes menyebabkan paras hormon stress(kortisol) meningkat.

Kortisol boleh menyebabkan risiko diabetes makin meningkat kerana ia boleh kurangkan pengeluaran insulin dalam pankreas.

Insulin berfungsi membenarkan glukosa diserap ke dalam sel. Bila insulin berkurang, paras glukosa / gula dalam darah akan meningkat sebab tak diserap.

Kortisol juga boleh menyebabkan badan kita simpan lebih lemak. Lebih banyak lemak, lebih tinggi risiko kena penyakit kronik.



Masalah #2: Stress Tinggikan Risiko Sakit Jantung


Mereka yang ada stress, ada paras protein C-reactive lebih tinggi. Protein C-reactive adalah bahan penyebab radang yang tingkatkan risiko sakit jantung.

Stress juga boleh tingkatkan bahan penyebab radang yang lain iaitu cytokines. Cytokines boleh ransang peningkatan plak yang mengeras di dinding saluran darah / arteri.



Masalah #3: Osteoporosis Juga Boleh Disebabkan Oleh Stress


Stress boleh jadi penyebab meningkatnya risiko osteoporosis atau tulang rapuh.

Kajian mendapati stress boleh menyebabkan terhasil lebih banyak hormon noradrenaline dalam tulang.

Hormon noradrenaline boleh menyebabkan badan kita tidak dapat kekalkan kepadatan tulang.




Masalah #4: Stress Jadikan Kita Sukar Fokus


Apabila kita stress, sejenis cecair kimia dalam otak yang dipanggil serotonin akan berkurang dari biasa.

Otak kita tak dapat hasilkan serotonin yang cukup, maka sel-sel otak mungkin tidak cukup penghubung/ reseptor untuk berhubung.

Biasa kita dengar iklan susu formula "Bila sel-sel otak anak berhubung" kan?

Haa.. Macam tu lah kes sel otak kita ni. Tak cukup serotonin, maka ia tidak berhubung dan mungkin memantul semula.

Itulah punca kita kurang fokus dan sering lupa



Stress Membahayakan.

Selain masalah kesihatan fizikal, stress boleh jadi penyebab kesihatan mental juga merosot.

Kesihatan sosial juga terjejas. Orang sekeliling menjauh dari kita, dan kita akan dipinggirkan.

Ingatlah ayat Allah ada mengingatkan dalam surah Ar-Ra'du:

"Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

Bila ada masalah, ia harus menjadi cabaran kerana ia adalah ketentuan Allah untuk jadikan kita lebih kuat.

Percaya dengan setiap kesusahan pasti ada kesenangan.




Saya adalah Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia.
Ingin dapatkan produk Shaklee?

Hubungi Ida Ifaz 019-381617

Sunday, August 7, 2016

4 Langkah Buat Animasi Mudah Guna Software Percuma

Meletakkan gambar dalam blog memang dah jadi biasa. Kalau tak letak, mungkin nampak kurang menarik.

Bagaimana kalau ingin meletakkan animasi gabungan gambar-gambar menarik seperti dibawah


Nampak lebih menarik kan?

Anda boleh buat sendiri animasi ini, tak perlu nak tempah dari pakar yang lain, dan dengan menggunakan software percuma.

Ya. Software percuma.

Software yang di gunakan


Software yang digunakan adalah Photoscape. Boleh di download secara percuma di link http://www.photoscape.org/ps/main/index.php


Photoscape adalah software edit gambar yang menarik. Yang bestnya, ia adalah percuma.


Langkah- langkah Buat Animasi Mudah


Langkah 1 : Pilih gambar-gambar yang mempunyai saiz yang panjang dan lebar yang sama untuk dibuat animasi.

Contoh gambar saya adalah:



Langkah 2: Buka Photoscape dan pilih Animated GIF





Langkah 3: Pilih gambar-gambar yang hendak dibuat animasi, drag gambar ke ruang atas. Anda akan dapati paparan animasi di tengah. Jika paparan agak laju, tukar speed di ruang kanan software.



Langkah 4: Pilih Change Effect untuk mendapatkan Efek animasi berbeza, lihat contoh dibawah



Animasi Tanpa Efek

Animasi dengan Efek 'Convert to White'



Macamana langkah-langkah yang ditunjukkan? 

Mudah sahaja kan?

Jom cuba. 

Boleh tinggalkan link entry blog anda di komen di bawah untuk sama-sama share hasil tutorial buat animasi ini.

Selamat Mencuba






Saturday, August 6, 2016

Set Asas Nutriwhite Shaklee - 3 Produk Terbaik


Walaupun Shaklee sering dikaitkan dengan produk Vitamin sahaja, ramai lagi yang tak tahu Shaklee ada juga skin care / set penjagaan muka yang setanding dengan skin care terkenal.

Shaklee ada set yang berlainan mengikut jenis muka

Untuk muka jenis Normal - Set Nutriwhite

Untuk muka jenis berminyak / Kering - Set Enfuselle



Set Nutriwhite Shaklee


Set Nutriwhite adalah set penjagaan muka luaran yang terbaik dan pilihan ramai. Ia terdiri dari 7 produk:



1. Action Makeup Remover (150ml) - Makeup Remover
2. Gentle Deep Foaming Clenser (150ml) - Pencuci Muka
3. Soothing Radiance Whitening Softener (150ml) - Toner
4. Daily Defence Whitening Essence (30ml) - Serum
5. Spot Whitening Treatment (10ml) - Pencerah Tompok Hitam
6. Daytime Whitening Lotion (50ml) - Krim Siang
7. Overnight Renewal Whitening Cream (50g) - Krim Malam



Bagi mereka yang kekurangan bajet dan inginkan mendapatkan Set Asas Nutriwhite, berikut adalah 3 produk asas:



3 Produk Asas di dalam Set Nutriwhite Shaklee:



1. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Clenser (150ml) 
  • Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit 
  • Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit. 
  • Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin 
  • Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit 
  • Menyegarkan dan lembut pada kulit.






2. NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener (150ml) 
  • Lembut pada wajah serta menjadikan pH kulit kembali seimbang. 
  • Rosemary menjadikan kulitberasa lebih segar dan tegang. 
  • Ekstrak Kudze menjadikan kulit lebih cerah dan tegang. 
  • Kulit dilembapkan dengan Marshmallow. 
  • Sangat effektif.






3. NutriWhite Daytime Whitening Lotion (50ml) 
  • Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. 
  • Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut.
  •  Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran


Bagaimana ingin membeli Set Asas Nutriwhite?


Klik Sini untuk membeli Set Asas NutriWhite (sila sediakan Kad Kredit)

Untuk Pembelian secara berasingan, 


Cara Lebih mudah untuk membeli adalah :

Anda boleh whatsapp 019-3816167 (Pn Ida Ifaz) untuk membuat tempahan produk

Dapatkan HARI INI.

Wednesday, August 3, 2016

Tak Logik Nak Cuci Muka Lepas Bangun Tidur? Ini 3 Sebabnya..

Rutin kita yang menjaga kulit muka mesti asasnya cuci muka guna pencuci muka. Bangun tidur kita cuci, sebelum tidur kita cuci.

Cuci muka penting untuk kita bersihkan pori-pori muka dari kotoran. Bila pori tersumbat, ia boleh jadi punca jerawat.


Ramai yang cuci muka 2 kali sehari, tapi ada tak yang terfikir, bangun tidur pun kena cuci muka?

Iyelah, kita bukan buat apa pun waktu tidur. Lagipun sebelum tidur dah cuci muka kan?

Ida ada terfikir juga, anda bagaimana?


Pakar kulit, Melanie Palm ada tegaskan supaya kita tetap cuci walaupun selepas bangun tidur.

Menurutnya, malam sebelum tidur adalah waktu wajib untuk kita cuci muka sebab nak buang habuk, debu, pencemaran udara, mekap dan minyak sepanjang hari kita beraktiviti.

Tetapi, cuci muka selepas bangun juga sama pentingnya kerana 3 sebab:



Sebab 1: Buang bendasing melekat

Secara mata kasar, kita nampak bantal dan cadar kita bersih, tapi sebenarnya banyak bendasing ada pada bahagian ni.

Sel-sel mati dan bahan penyebab alergi banyak terkumpul pada sarung bantal. Kita je yang tak nampak.

Ia boleh melekat pada kulit muka sepanjang malam.

Palm juga berkata: udara terkumpul dalam bilik yg disebabkan penghawa dingin boleh menyebabkan debu dan kulat terkumpul pada kulit muka sepanjang malam.

Kulit muka kita dah tercemar selama beberapa jam dalam diam.

Mengejutkan kan?



Sebab 2: Buang minyak terhasil pada muka


Minyak yang terhasil di muka boleh terkumpul walaupun ketika tidur sepanjang malam. Memang perlu kita cuci sejurus selepas bangun.

Kenapa minyak ini perlu dicuci?

Sebab ia bantu produk kulit yg kita kenakan pada muka lebih berkesan. Nak mekap pun lagi cantik bila minyak dah tiada.

Menurut Palm juga, ada sesetengah jenis kulit yang sensitif ada sejenis kuman pada muka yang boleh membiak dalam pori kulit dipanggil Demodex.

Bila kita cuci muka dan pori setiap pagi, kotoran dan habuk serta kuman ni boleh dibuang dan berkurang membiak di kulit kita.



Sebab 3: Bersihkan kulit untuk mulakan hari

Untuk dapatkan kulit yang glowing, Palm cadangkan kita cuci muka setiap pagi untuk tingkatkan kadar hidrasi kulit dan bagi kulit lembab.

Bila kita apply pelembab, kulit kita lebih nampak serinya.

Selesai mencuci muka, kulit kita nampak lebih bersedia untuk dikenakan produk muka lain seperti pelembab dan mekap. Mekap juga lebih menyerlah dikenakan pada muka yang segar.

Memang akan jadi berbeza.

Rasa konfiden diri jua boleh jadi bertambah.

sumber : http://www.instyle.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...