Pernah dengar tak statement tu?
Ya. Ida setuju dengan statement tu. Saiz tidak penting. Yang penting kita sihat dan bebas penyakit.
Sebenarnya Ida terjumpa satu artikel menarik dari buku kesihatan berkaitan badan berlemak. Badan besar dan banyak lemak sangat berisiko mendapat penyakit kronik.
Lemak yang Ida maksudkan adalah Intra-abdominal fat/ Visceral Fat.
Apa itu Intra-abdominal Fat?
Intra-abdominal fat ni merujuk kepada lemak badan yang salut organ dalaman kita. Cuba tengok gambar jantung di bawah.
Nampak beza kan antara yang kiri dan kanan?
Rasa-rasa jantung kita yang mana satu?
Pasti anda boleh bezakan yang mana sihat dan yang mana tidak sihat kan?
Menurut buku ni, wanita Asia berpotensi ada lemak jenis ini jika ukur lilit pinggang lebih dari 31.5 inci, manakala untuk lelaki Asia, ukur lilit pinggang melebihi 37.5 inci
Walaupun BMI anda cantik, tapi ukurlilit perut yang besar sebenarnya membawa bahaya.
Punca Intra-Abdominal Fat
Antara punca lemak ini wujud adalah cara pemakanan yang tinggi kalori, kurang senaman dan stress yang kronik.
Kerja yang kurang aktif dan banyak duduk juga boleh jadi punca.
3 Cara Lemak Ini Boleh Bawa Maut
Lemak yang salut organ kita beza dengan lemak yang ada di bahagian badan lain seperti kaki dan tangan sebab ia boleh jadi penyebab sakit kronik.
3 Cara Ia boleh mengundang penyakit kronik pembawa Maut:
1. Intra-Abdominal Fat boleh keluarkan lebihan asid lemak dan bahan penyebab keradangan ke dalam salur darah kita yang hantar darah ke bahagian organ lain
2. Lebihan lemak yang banyak ni boleh menyebabkan hati kita hasilkan lebih kolestrol jahat (LDL), rendahkan kolestrol baik (HDL) , tingkatkan paras gula dalam darah, dan kurangkan hormon adiponectin, hormon yang kawal paras gula dalam darah.
Ia tingkatkan risiko sakit jantung dan kencing manis.
3. Bahan penyebab keradangan yang dihasilkan oleh lemak tadi boleh tingkatkan pembentukan plak dalam dinding arteri, naikkan tekanan darah dan boleh buat darah bergumpal.
Ia boleh tingkatkan risiko serangan jantung.
Ia juga boleh menyebabkan kerintangan sel kepada insulin yang jadi penyebab pelbagai penyakit dari Alzheimer ke kanser.
Nampak tak bahayanya lemak jenis ini?
Cara Berkesan Kurangkan Lemak Intra-Abdominal Fat
Kalau Ida boleh tunjukkan cara berkesan kurangkan lemak bahaya ini, adakah anda berminat?
Perkenalkan Set Detox Shaklee. Ia bukan sahaja boleh buang toksin dalam badan, tetapi kurangkan inchi ukur lilit pinggang.
Program detox Shaklee mendidik kita berkenaan 3 perkara iaitu:
a. Detoks melalui nutrisi
Pengambilan suplemen untuk mengekalkan kesihatan organ detox di samping menjadikan organ detox lebih efisien.
Untuk detox keseluruhan, anda memerlukan suplemen yang direka khas untuk organ-organ detox anda.
Sebab itu dalam Set Detox Shaklee, telah siap sedia memasukkan semua suplemen yang perlu untuk detox keseluruhan. Bahkan program detox Shaklee juga direka khas untuk program keseluruhan dari segi
- Pengambilan Suplemen antaranya Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Herblax dan Peppermint Ginger Plus
- Amalan senaman
- Amalan gaya pemakanan yang sihat
b. Detoks melalui makanan
Dalam program detox Shaklee, kita dilatih untuk menggantikan makanan yang tidak sihat dengan makanan sihat, rendah kalori.
Ini adalah disebabkan makanan adalah punca kepada segala-galanya. Jadi dalam tempoh 3 bulan kita akan ajar cara pilih makanan yang sihat dan sesuai.
c. Detoks melalui gaya hidup.
Dalam program detox Shaklee, kita galakkan untuk banyakkan senaman, kurangkan diri daripada pendedahan kepada pencemaran dan sebagainya. Kita kongsikan beberapa kaedah senaman yang mudah dan ringkas dilakukan. Hasilnya memang menakjubkan.
sumber: vitamin-cerdik.com