Monday, March 4, 2013

Mealshake berkesan menaikkan selera makan anak?

Hari ini saya sangat gembira kerana dapat berkongsi satu lagi kebaikan produk Shaklee iaitu Mealshake. Seorang customer call memberitahu berita gembira tentang anaknya. Anaknya berumur 6 tahun dan susah nak makan. Untuk kenyang, anaknya hanya minum susu.

Hanya beberapa hari selepas beliau mencampurkan satu sudu Mealshake ke dalam bancuhan susu anaknya, selera makan anaknya berubah. Beliau terkejut melihat anaknya mampu menghabiskan sebungkus nasi lemak walaupun sebelum ini, untuk makan sedikit pun susah. Alhamdulillah.

Sebenarnya, pengalaman ini juga saya lalui untuk anak saya, Muhammad Afiq. Afiq semakin berselera makan selepas bancuhan susunya saya campurkan dengan sedikit Mealshake. Dengan pengalaman ini, saya kini sangat yakin untuk berkongsi kebaikan Mealshake kepada semua.

Jom lihat beberapa testimonial lain dari ibu-ibu yang bijak.

Testimoni 1:


Testimoni 2:


Jangan terkejut melihat perubahan positif anak bukan sahaja menambah selera makan, malah kesihatan mereka juga semakin baik.

 Ya! Mealshake mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan oleh anak-anak kita. Protein, kalsium, vitamin dan mineral lengkap dalam satu bancuhan Mealshake yang lazat.




Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Sunday, March 3, 2013

10 makanan tinggi Kalsium

Kalsium baik untuk badan. Untuk dapatkan tulang dan gigi yang kuat, kita perlukan kalsium. Untuk elakkan kekejangan otot, kita juga perlukan kalsium. Untuk mengetahui anda berisiko kekurangan kalsium atau tak, anda dijemput baca di link --> Kekurangan kalsium, adakah saya berisiko

Berikut adalah 10 makanan tinggi Kalsium yang anda boleh ambil.

No 1: Herba Kering

Biasanya kita tak menggunakan herba pada kuantiti yang banyak, tetapi memasukkan sedikit ke dalam makanan boleh meningkatkan kandungan kalsium dalam badan.


No 2: Keju 
Kandungan kalsium dalam keju bergantung kepada jenis keju itu.Parmesan mengandungi kalsium tertinggi berbanding keju jenis lain.

No 3: Bijan


Bijan mengandungi lebih kalsium apabila ia kering atau digoreng.


No 4: Tauhu


Tauhu goreng menyumbang 37% dari keperluan kalsium harian untuk setiap 100g hidangannya. Keperluan kalsium harian adalah 1000mg.


No 5:  Badam


Badam mengandungi kalsium yang banyak apabila ia dipanggang atau dicampur mentega. Secawan badam boleh menyumbang 37% kalsium.


No 6: Flax Seed

A bunch of flax seeds (Linum usitatissimum), isolated on white background Stock Photo - 11492063

Selain terkenal mengandungi omega 3, ia juga mempunyai kandungan kalsium. Ia memberikan 255mg kalsium untuk setiap hidangan 100g.


No 7: Yogurt, Susu dan Makanan berasaskan susu.


Susu rendah lemak biasa mempunyai lebih kalsium berbanding susu biasa. Yogurt rendah lemak paling banyak menyumbang kalsium iaitu 42% dalam secawan untuk 1000mg keperluan kalsium harian.


No 8: Sayuran Hijau


Siapa sangka sayur hijau pun ada kalsium. Ya! Kailan dan sawi juga mempunyai kalsium setanding susu dan sumber kalsium lain.


No. 9 : Kacang Brazil

Brazil Nuts

Kacang ini biasa ditemui di Kawasan Amerika selatan, dan mempunyai kalsium seperti juga badam.


No 10: Herring, Ikan Terubuk


Ikan ini adalah sejenis makanan yang tinggi Vitamin D. Vitamin D perlu untuk penyerapan kalsium yang berkesan




Sukar untuk dapatkan makanan tinggi kalsium? Jangan risau, supplemen tinggi Kalsium seperti Ostematrix Shaklee boleh membantu. 


Wow! dapatkannya hari ini!

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Saturday, March 2, 2013

Kekurangan Kalsium - Adakah Saya Berisiko?

Kadang-kadang kita tak perasan pun yang sebenarnya kita dan ahli keluarga juga mempunyai potensi untuk mengalami keadaan kekurangan kalsium. Ada yang ingat, bila kita minum susu tiap-tiap hari, cukup ke keperluan kalsium kita?

dari sumber newsmax.com, 5 tanda utama kekurangan kalsium adalah:


  • mudah kejang otot bila lakukan aktiviti
  • insomnia - susah nak tidur
  • gigi mudah reput
  • ketumpatan tulang kurang, mudah patah, mudah retak
  • kuku lemah dan rapuh

Ada tak antara kita mengalami masalah diatas? Kalau bukan kita, mungkin anak, ibu bapa dan ahli keluarga. Perkara ini tidak harus dibiarkan berpanjangan.

Adakah kita berisiko mengalami simptom di atas? Jom lihat beberapa ciri-ciri yang menyumbang kepadanya.

1. Faktor Gaya Hidup

Terdapat beberapa faktor gaya hidup yang mengganggu paras kalsium. Jika anda merokok, selalu minum minuman berkafein(kopi) , atau mempunyai diet yang rendah dalam kalsium (vegetarian atau tak suka minum susu) anda mungkin mempunyai keperluan yang meningkat bagi kalsium.


2. Kanak-kanak dan Orang Dewasa (Kita la tu..)


Kanak-kanak dan remaja mungkin memerlukan kalsium tambahan untuk pertumbuhan tulang yang maksimum. Kita perlukan kalsium yang banyak dari kanak-kanak hingga dewasa (sekarang) untuk menyediakan tulang kuat sebelum tua. Tulang akan semakin menipis dan lemah menjelang usia lanjut.


3. Mengandung

Sememangnya wanita mengandung saaaangat perlukan kalsium. Pembentukan tulang dalam kandungan dan keperluan ibu mengandung sendiri amat perlu dititikberatkan. Kekurangan kalsium menyumbang antara masalah paling banyak dialami oleh ibu mengandung - Kejang Kaki.


4. Wanita Menopause

Kandungan estrogen dalam badan wanita akan berkurang bila dah menopause. Estrogen bantu menyimpan kalsium dalam tulang. Apabila kurang estrogen, risiko tulang retak (breakdown) akan meningkat, kadar penyerapan kalsium dalam tulang pun kurang.


5. Warga Emas

Semakin meningkat usia, badan akan menjadi kurang effektif dalam serap nutrien termasuk kalsium dari makanan.

sumber: Ostelin.com.au


Kesimpulannya, kalsium sangat diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat, semua peringkat umur dalam keluarga kita perlukan kalsium.

Shaklee mempunyai produk yang membantu anda mendapatkan keperluan kalsium harian.

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, Vitamin D, Zinc, Copper dan Manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini mudan ditelan.


Hubungi saya Ida (untuk dapatkan Ostematrix)
SMS dan Whatsapp 0193816167
email : ifaz_0212@yahoo.com
FB: Ida Ifaz

Anda juga pasti berminat untuk mengetahui bagaimana Ostematrix membantu mengelak sembelit.
klik --> Vitamin untuk Elak Sembelit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...