Tuesday, December 31, 2013

FAQ Tentang Healing Crisis / Krisis Penyembuhan dalam Shaklee

Ramai yang mengalami kesan yang lebih teruk lepas makan Shaklee. Ada yang sakit kepala, ada yang sakit lutut, ada yang demam dan macam-macam lagi. Beberapa kes yang saya sering dengar adalah:

  • Sakit kepala lepas makan alfalfa
  • lutut makin sakit lepas makan AJHT
  • Period tak stabil lepas makan GLA
  • Sengal-sengal badan lepas makan Ostematrix

Ramai mengadu bertambah sakit, kenapa makin sakit padahal makan supplemen nak jadi lebih sihat?

Haaaa.
Itu namanya Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan.

Jom Baca FAQ tentang Healing Crisis

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

 Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.



Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.



Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. 

Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.



Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.



Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi


Healing Crisis: 16 Kesan Penyembuhan Lepas Makan Shaklee

Setiap kali saya consult rakan-rakan yang makan Shaklee, saya pasti ingatkan kesan selepas makan suplemen dalam Shaklee. Pastinya semua orang ingin dapatkan kesan yang baik. Tetapi ada juga yang makan Shaklee tetapi dapat kesan yang tidak seperti diinginkan. Makin sakit lagi adalah..

Itu adalah kesan penyembuhan (Healing Crisis)

Nak tahu apa itu Healing Crisis, Kenapa terjadi, berapa lama ia berlaku, Sila klik link ini:

--> FAQ tentang Healing Crisis

Saya senaraikan 11 Kesan Penyembuhan dan Petandanya untuk Rujukan.



Kesan Penyembuhan #1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin





Kesan Penyembuhan #2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Meransang fungsi imunisasi badan





Kesan Penyembuhan #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar





Kesan Penyembuhan #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah





Kesan Penyembuhan #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat





Kesan Penyembuhan #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin





Kesan Penyembuhan #7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin Tanda kekurangan darah





Kesan Penyembuhan #8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.





Kesan Penyembuhan #9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan





Kesan Penyembuhan #10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah





Kesan Penyembuhan #11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon





Kesan Penyembuhan #12: Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan ada Buasir





Kesan Penyembuhan #13: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)





Kesan Penyembuhan #14: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati





Kesan Penyembuhan #15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang





Kesan Penyembuhan #16: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat



Friday, December 20, 2013

5 Cara Terap Ciri Kepimpinan Dalam Diri Anak

Anak adalah anugerah, ketika mereka di usia muda ini, kita boleh bantu membentuk peribadi mereka yang positif sebab mereka cepat belajar. Sedangkan kita tak ajar pun, mereka boleh belajar dari pemerhatian apa yang mak ayah mereka buat.

Begitu juga bila kita nak pupuk semangat kepimpinan dalam diri anak. Kemahiran ini boleh dibentuk dari kecil, dan ia membantu si anak menghadapi masa depan yang lebih baik dengan ciri kepimpinan yang ada.


Berikut adalah 5 cara kita boleh terap ciri kepimpinan dalam diri anak.



1. Fokuskan dalam pembentukan kemahiran komunikasi anak. 

Pemimpin yang baik adalah seorang yang pandai berkomunikasi. Ia boleh diterapkan dari awal usia anak dengan membaca dan bercakap.

Jika anak masih belum boleh membaca, bacakan buku untuk mereka dan tingkatkan kemahiran mendengar mereka. Lepas membacakan buku, suruh mereka cerita balik kepada kita.

Jika anak kita sudah pandai membaca, minta mereka baca buku itu. Sambil-sambil itu, kita boleh saling bertanya dan menjawab soalan mereka.

Mungkin ada soalan mereka ala-ala soalan tak logik, layankan aje. Itu sudah cukup membuktikan yang mereka sedang mendengar kita dan belajar untuk berinteraksi.





2. Galakkan mereka berdikari tetapi pastikan dengan cara selamat. 

Mungkin kita tak boleh nak jangka mereka boleh buat sarapan sendiri tetapi kita harus ajar mereka untuk ambil pinggan sendiri, tuang air sendiri dan kemaskan meja selepas makan.

Mereka juga boleh diberi galakan dengan menggunakan mainan. Tutup TV, dan sediakan mainan interaktif yang boleh bina imaginasi mereka seperti mainan yang boleh cipta sesuatu, ataupun main soal-menyoal menggunakan buku.

Jika mereka tiba-tiba berkata "Ala..Bosanlah", tanya pendapat mereka apa yang mereka nak main. Elakkan dari memberi mereka sebarang cadangan. Ini boleh membantu meningkatkan imaginasi mereka.





3.  Tanam sifat yakin (confidence) dalam diri anak. 

Apabila mereka berjaya melakukan sesuatu, PUJI mereka walau sekecil mana pencapaian itu. Mungkin hanya berjaya ikat tali kasut, atau lebih laju membaca dari sebelumnya.

Mungkin bagi kita ia hanya pencapaian yang kecil, tetapi ia cukup BESAR untuk mereka.

Penghargaan kita sudah cukup membuatkan mereka bangga dengan diri mereka sendiri. Membentuk harga diri anak adalah ASAS dalam membentuk ciri kepimpinan mereka. Seorang pemimpin mesti merasa yakin dengan diri walau apa situasi yang mereka hadapi .





4. Jika anak kita kata dia boleh buat sendiri sesuatu untuk dirinya, biar mereka buat. 

Apa yang mereka cuba buat adalah jauh lebih penting dari hasilnya. Mungkin apa yang mereka cuba buat kadang-kadang semua benda termasuk kemas mainan, nak hidang makanan sendiri.

Walaupun jika hasil yang mereka buat tidak seperti yang kita harapkan atau mungkin kita kena buat semula apa yang mereka buat, PUJI mereka dan jangan buatkan perkara itu untuk mereka.





5. Galakkan mereka berorganisasi. 

Pemimpin harus tahu macam mana nak uruskan masa dan bantu orang lain ke arah sesuatu matlamat. Kita boleh pupuk sifat ini dengan memberi mereka kuasa untuk membuat keputusan.

Contohnya, kita boleh libatkan anak yang tua untuk sama-sama rancang aktiviti untuk pergi bercuti, rancang bagaimana menghias bilik atau biar mereka pilih sendiri aktiviti ko-kurikulum yang mereka nak sertai.

Ia sangat membantu anak meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, kerana perancangan ini kadang-kala melibatkan bagaimana mengatasi masalah masa, kewangan dan persekitaran.

sumber: http://www.ehow.com







  • Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
    dan seluruh Malaysia (melalui pos)
    SMS dan Watsapp : 0193816167

    FB : Ida Ifaz

  • Thursday, December 19, 2013

    Day 6: A picture, scene from a movie or a joke that makes you crack up.

    30-entry challenge bersambung, kali ni kena letak scene yang saya crack up. Banyak sebenarnya scene, tapi disebabkan saya ni ada long term memory loss. saya tak ingat dah apa cerita-cerita meleleh air mata yang lain sebab jarang dapat tengok cerita drama kan. jadi scene sedih dari cerita favourite Love You Mr Arrogant jadi pilihan. Lagi-lagi bila scene si Irham nangis. 


    Kalau korang tengok memang tak sedih pun, sebab tak tengok cerita dari awal kan? Oh. cerita drama Melayu yang berjaya tambat hati saya setelah sekian lama tak tengok cerita kat TV. Jiwang tak? Hahaha.


    Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
    dan seluruh Malaysia (melalui pos)
    SMS dan Watsapp : 0193816167

    FB : Ida Ifaz


    8 Tabiat Yang Tidak Disangka Membuatkan Anda Gemuk

    Kita suka makan. Makan yang banyak tanpa kawalan boleh menyebabkan kita gemuk. Itu satu fakta yang ramai orang tahu. Tapi tahukah anda, ada tabiat biasa yang kita rasa normal, tetapi ia boleh buatkan kita gemuk. Ramai tak perasan banyak tabiat seharian kita boleh buat kita gemuk. 

    Berikut adalah 15 tabiat yang boleh buat kita gemuk



    Tabiat 1: Makan dalam pinggan besar
    Bila kita letak makanan dalam satu pinggan, ia bagi isyarat berapa banyak kita kena makan antara kita sedar atau tak. Orang Perancis mempunyai kadar obesiti yang lebih rendah dari Orang Amerika, saiz hidangan/pinggan Orang Amerika 25% lebih besar dari Orang Perancis(kajian dari Jurnal Nutrisi).

    Satu kajian mendapati 54% Orang Amerika yang makan dari pinggan tersebut(pinggan lebih besar), akan habiskan semua makanan dalam pinggan itu. SEMUA?

    Penyelesaian BIJAK: Bertukar kepada pinggan lebih kecil. Kita akan kurang rasa nak tambah makan setelah habiskan satu hidangan penuh dalam pinggan kecil, walaupun baru makan sikit.





    Tabiat 2: Membeli Belah Barang Dapur Tanpa Sediakan Senarai Terlebih Dahulu
    Sangat bahaya bila kita shopping barang dapur sesuka hati tanpa ada senarai. Habis duit satu hal, satu hal lagi kita akan tergoda untuk membeli barang lain untuk dimakan tanpa kita rancang.

    Penyelesaian BIJAK: Buat senarai sebelum shopping dan sila ikut senarai itu. Rancang dan shopping ketika hujung minggu sebab ada masa nak fikir apa nak masak untuk beberapa hari kemudiannya. Lepas rancang menu, barulah kita buat senarai.





    Tabiat 3: Terlalu Kerap Makan Luar
    Jarang kita dapat kawal nafsu makan bila makan di luar. Biasanya kita akan order makanan yang lebih kalori dan makan sehingga berlebihan. Lebih-lebih lagi jika kita makan bersama dengan orang lain.

    Penyelesaian BIJAK: Kurangkan makan di luar, masak sendiri di rumah. Jika nak juga makan diluar, pilihlah makanan yang berkhasiat dan tak semestinya anda perlu habiskan semua makanan tersebut.





    Tabiat 4: Makan Sambil Buat Perkara Lain
    Sambil makan sambil layan FB di handset? Atau sambil makan sambil tengok TV? Kajian dari Jurnal Nutrisi Klinikal di Amerika (Feb 2013) mendapati, mereka yang sebegini akan makan 50% lebihan kalori. Makan sambil-sambil begini boleh menyebabkan kita rasa nak makan lebih lepas tu sebab minda kita tak fokus apa yang kita makan waktu tu.

    Penyelesaian BIJAK: Nikmati makan tanpa sebarang aktiviti. Duduk di meja makan, kunyah makanan dengan perlahan tanpa ON TV, tanpa layan handset ataupun iPad. Makan dengan sepenuh hati supaya otak/minda fokus pada aktiviti makan dan hasilnya kita akan makan makanan yang kurang kalori dan tidak berlebihan.





    Tabiat 5: Share Gambar Makanan di Online
    Haha. Inilah tabiat yang paling tak disangka-sangka boleh buat kita gemuk. Bila kita share makanan di online, kita lagi terasa nak makan. Biasanya gambar-gambar makanan tersebut sangat mengujakan dan menambah selera kita nak makan.

    Penyelesaian BIJAK: Selain kawal makanan tidak sihat secara reality, di online juga kita perlu kawal minat share gambar makanan dan tengok sharing makanan terutama di Pinterest. Dengan itu, nafsu makan boleh terkawal tanpa gangguan.





    Tabiat 6: Minum Minuman Berkalori.
    Minuman manis dan berkalori tinggi boleh menyebabkan anda gemuk. Terlalu banyak minum juga boleh menyebabkan obesiti dan risiko diabetes Jenis 2. Berhati-hati apabila minum teh tarik dan milo ais ye!

    Penyelesaian BIJAK: Minum air kosong yang banyak sebelum ambil air manis dan berkalori ini. Gantikan ia dengan kopi atau teh bebas kalori kerana ia juga sumber antioksida.





    Tabiat 7: Makan sebab Stress
    Bila stress, makan. Bila stress, makan. Ada di antara kita yang mempunyai tabiat yang tidak baik ini. Walaupun tidak lapar, golongan ini terdorong untuk makan disebabkan emosi stress atau rasa kesunyian.

    Penyelesaian BIJAK: Fokus ketika makan yang sebenar, badan anda akan faham apa yang menyebabkan anda makan. Sebab lapar atau sebab stress. Tuliskan apa perkara yang kita stress di kertas/diary atau gantikan aktiviti makan dengan aktiviti lain untuk kawal stress.





    Tabiat 8: Kurang Tidur.
    Kurang tidur boleh menyebabkan anda gemuk. Ia akan ganggu hormon kelaparan yang menyebabkan anda rasa nak makan aje,
    Penyelesaian BIJAK: Target untuk tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap makan. Tisur dan bangun pada masa yang sama walaupun hari cuti. Jadikan bilik tidur anda cukup selesa untuk tidur.

    sumber:http://www.livestrong.com/


    ------------------------------------------------------------------------------------------------

    VIDEO GEMPAR
    Orang lain nak kurus, tapi ibu-ibu ini gembira sebab anak TIDAK KURUS.
    Pelik dan Ajaib.



    Tidak KURUS? Ada penyakit? from iReach HD on Vimeo.



    Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
    dan seluruh Malaysia (melalui pos)
    SMS dan Watsapp : 0193816167

    FB : Ida Ifaz

    Monday, December 16, 2013

    Day 5: Your top 5 songs of all time.

    30 hari challenge bersambung untuk hari ke 5. Untuk cabaran hari ke 5, adalah bagitau 5 lagu top kesukaan.

    Day 5: Your top 5 songs of all time

    Haiya. I'm a person yang tak dengar sangat lagu walaupun minat menyanyi. Tapi saya boleh senaraikan beberapa lagu ikut peristiwa.

    1. Doa Dhuha.

    Lagu faveret ni sangat dekat dengan saya sebab setiap pagi masa hantar anak, lagu ni akan berkumandang di corong radio kegemaran saya, Ikim fm. Dari anak first sampai anak ke 3, dah boleh hafal lagu ni.



    2. Betterman - Robbie William

    Lagu ni lagu encik suami suka masa zaman cintan cintun al-jahiliah dulu. haha.

    Itu je lah top lagu yang saya saya boleh bagitau kat sini. Yang lain-lain tu, biasa-biasa aje. Takdelah sampai jadi top di hati, sebab jarang dengar lagu. 

    hehe. layan ajelah 2 youtube tu ek. haha

    6 Kebaikan Menyusu Kepada Ibu Selain Menjimatkan Wang

    Kita biasa dengar kelebihan dan kebaikan menyusu kepada bayi yang menyusu, tetapi ramai yang tak tahu kebaikan menyusukan anak kepada ibu-ibu yang menyusukan selain dari menjimatkan kewangan keluarga.


    Terdapat 7 Kebaikan Menyusu Kepada para ibu

    1. Mengurangkan risiko Barah Payudara.



    Tahukah kita barah payudara adalah barah no 1 yang menyebabkan kematian wanita di Malaysia? Dan mengikut bangsa, wanita bangsa Cina paling ramai terkena barah ini, diikuti India dan Melayu. Mungkin kah budaya penyusuan susu ibu adalah faktornya?

    Wanita yang menyusu dapat mengurangkan risiko dihidapi barah payudara sebanyak 25%. Pengurangan risiko ini selari dengan jangka masa menyusu. Semakin lama si ibu mengambil masa menyusu, semakin kurang risiko terkena barah.



    2. Mengurangkan risiko terkena barah rahim dan ovari.
    Salah satu sebab menyusu dapat mengurangkan risiko terkena barah adalah paras estrogen yang rendah ketika penyusuan. Semakin kurang hormon estrogen meransang sel rahim dan sel tisu payudara, semakin kurang tisu-tisu ini berubah menjadi barah.



    3. Menghindar Osteoporosis
    Wanita yang tidak menyusu mempunyai 4 kali lebih tinggi peluang terkena Osteoporosis dari wanita yang menyusu. Mereka juga lebih mudah mengalami keretakan tulang peha selepas masa mengalami menopause.




    4. Menjarakkan Anak. 
    Menyusu boleh melambatkan ovulasi, semakin lama si ibu menyusu, semakin mudah dia menjarakkan anak secara semulajadi. Namun ia juga bergantung kepada corak penyusuan dan keadaan diri sendiri.



    5. Meningkatkan kesihatan Emosi
    Bukan sahaja baik untuk fizikal ibu, menyusu juga baik untuk mental. Kajian mendapati ibu menyusu kurang mengalami stress selepas kelahiran/meroyan berbanding ibu tidak menyusu.



    6. Mengurangkan Berat Badan.
    Ibu-ibu menyusu dapat menguruskan badan dengan cepat. Lebar pinggul cepat berkurang, lemak pada badan pun berkurang selepas bersalin berbanding ibu tidak menyusu. Ibu menyusu lebih cepat mendapat berat asal semula seperti sebelum mengandung.


    sumber: http://www.askdrsears.com


    Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
    dan seluruh Malaysia (melalui pos)
    SMS dan Watsapp : 0193816167

    FB : Ida Ifaz

    Sunday, December 15, 2013

    Pengedar Shaklee di Sungai Buloh dan Damansara

    Berita baik untuk pengguna Shaklee di Sungai Buloh, Damansara dan kawasan sekitar.

    Kini, anda tidak perlu bersusah-payah untuk mendapatkan produk Shaklee di branch. Tak perlu menempuh jam, tak perlu buang masa dan tak perlu cari parking.

    Kenapa?

    Sebab pengedar Shaklee anda di Sungai Buloh dan Damansara boleh menghantar produk Shaklee terus ke rumah anda.

    Best kan?

    Jimat minyak, Jimat masa dan tak perlu berpenat lelah keluar rumah. Produk Shaklee anda kan sampai ke tangan, tak perlu risau untuk pergi transfer duit di ATM, anda boleh bayar terus sejurus terima barang. Weee...

    Best Service Guaranteed!!

    Semak harga produk Shaklee anda di sini : Senarai Harga Produk Shaklee


    Kenali Pengedar Shaklee anda di Sungai Buloh dan Damansara.


    Surya Baizura Mustafa (Id: 1086935)

    ✆: 012-6200 176 (SMS dan Whatsapp pun boleh)
    ✉ : suryabaizura@gmail.com
    Boleh hantar terus ke rumah di area: Sungai Buloh, Paya Jaras, Kuang, Kundang, Saujana Utama, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara, Kg. Melayu Subang, Bukit Rahman Putra




    Radia Yanty bte Mohd Darwis (1110045)

    ✆: 0166509466 (SMS dan Whatsapp pun boleh)

    Boleh hantar terus ke rumah di area: Sungai Buloh, Paya Jaras, Kuang, Kundang, Saujana Utama, Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara, Kg. Melayu Subang, Bukit Rahman Putra





    Mohd Isa Senawi (1166 363)
    FB : Isa Senawi


    ✆: 012 6080833 (Call dan SMS)

    Whatsapp : 011- 3255 8909

    Boleh hantar terus ke rumah di area: SAUJANA UTAMA , PUNCAK ALAM, TMN TUN DR ISMAIL, SG PENCHALA, SG BULOH,

    Saturday, December 14, 2013

    Day 4: All about your parents

    30 days challenge entry masuk hari ke-4. Kali ni tajuk tentang ibu ayah saya.

    day 4: All about your parents
    Jom tengok gambar dulu.


    Ini adalah ibu dan ayah saya. Awet muda kan ibu saya, bekas guru yang dah pencen dah pun. Ayah adalah pengajar di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Perajurit (PERHEBAT). Mengajar Bidang Elektrik. Ibu saya juga adalah bekas Guru. Ayah berasal dari Rembau dan ibu dari Klang. 

    Mereka sangat istimewa, banyak mengajar saya dan adik-beradik untuk jadi orang yang hebat. Semoga Allah golongkan ibu (Ummi Kalsom Omar) dan ayah (Abu Zarin Majid) di antara orang yang paling Allah sayang dan sentiasa terpelihara kesihatannya.


    Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

    dan seluruh Malaysia (melalui pos)
    SMS dan Watsapp : 0193816167

    FB : Ida Ifaz

    Harga Bawah RM100: 5 Vitamin Untuk Wanita Cergas

    Bukan mahal pun nak jaga kesihatan. Ada yang tak sampai harga RM100 pun. Sangat murah dan yang penting berkualiti. Kita sebagai wanita kena tampil cergas terutama ibu-ibu aktif, berkerjaya atau surirumah. Siapa kata surirumah tak perlu cergas seperti ibu berkerjaya. Hakikatnya, kita sebagai ibu kena utamakan kesihatan dulu untuk cergas menjaga keluarga.

    Vitamin-vitamin asas untuk kekal cergas wajib ada untuk semua wanita. Kenapa? Badan kita nak pakai lama, kita banyak tanggungan dan paling penting, bukan sahaja fizikal, mental dan emosi juga perlu sihat.

    Jom semak 5 Vitamin utama untuk wanita cergas yang sangat murah (Harga Bawah RM100)


    Bcomplex Shaklee.

    Vitamin B Compleks sangat serasi dengan wanita cergas. Kita makan B Compleks untuk kekalkan tenaga. Lepas makan Vitamin ni, pasti mengantuk pun hilang. Saya sarankan Vitamin Bcompleks ini di makan waktu pagi atau tengahari ketika tenaga banyak diperlukan. Kalau makan sebelum tidur, alamat tak dapatlah kita tidur.

    Siapa yang tak pernah stress? Wanita cergas juga boleh stress. Macam-macam perkara nak kena buat, kadang-kadang sampai tak cukup masa. Pasti stress. B Complex boleh kawal stress, sebab dia kawal sistem saraf. 

    Harga B Complex hanya RM53.75 (120biji). Boleh makan sebiji sehari dan tahan 4 bulan.





     GLA Complex Shaklee.

    GLA dan wanita sangatlah akrab walaupun sebenarnya GLA boleh di makan oleh lelaki juga. Ramai wanita ambil GLA untuk kesuburan tapi sebenarnya ia ada banyak kelebihan lain yang ramai tak tahu. GLA Complex Shaklee adalah kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

    GLA sangat membantu memperbaiki hormon dalam badan, dan baik untuk kecantikan kulit. Ia ada Vitamin E yang bantu menyediakan cairan serviks yang baik untuk wanita yang ingin hamil.

    [Bacaan lanjut: GLA bantu Cepat Hamil]

    Harga GLA Complex Shaklee hanya RM91.25 (60 biji). Makan 2 biji sehari. Boleh tahan untuk sebulan.





    Ostematrix Shaklee.

    Ostematrix juga adalah vitamin yang perlu ada kepada wanita. Nak hilangkan senggugut makan Ostematrix. Nak kuatkan tulang, makan Ostematrix. Nak hilangkan sembelit pun makan Ostematrix. Wanita Hamil dan Menyusu sangat digalakkan ambil Ostematrix kerana kalsium dalam badan berkurang ketika hamil dan menyusu. Ini kerana baby yang dikandung dan menyusu mendapat bekalan kalsium dari ibunya.



    Harga Untuk Ostematrix Shaklee adalah RM61.00 sahaja (120biji). Kita disarankan makan 4 biji sehari. Boleh tahan selama sebulan.





    Vitalea Shaklee.

    Sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian tau. Lengkap! Setiap wanita mesti dapatkannya sebab tak payah dah makan banyak-banyak vitamin. semua ada dalam satu Vitalea.

    Harga sebotol Vitales hanya RM88.75 (120 biji). Boleh tahan sehingga 4 bulan.




    Vitamin C Shaklee.

    Inilah Hot Seller Shaklee. Vitamin paling digemari ramai - Vitamin C. Memang sangat bagus bukan sahaja untuk wanita malahan untuk lelaki juga. Sangat best! Badan lebih cergas, kerana Vitamin C bantu Iron untuk serap oksigen dalam darah. Oksigen yang cukup bantu kita lebih cergas. Kulit pun cantik dan gebu, luka pun cepat baik.


    Harga Vitamin C adalah RM92.50 (180 biji). Boleh tahan lama sehingga 6 bulan.



    Nak Dapatkan 5 Vitamin Ini dengan HARGA ISTIMEWA??

    SMS / WASSAP "5V - [Nyatakan Vitamin yang Ingin Dibeli]" ke 019-3816167
    (khas untuk PENGUNJUNG BLOG INI SAHAJA]



    Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

    dan seluruh Malaysia (melalui pos)
    SMS dan Watsapp : 0193816167

    FB : Ida Ifaz

    Friday, December 13, 2013

    Day 3: A place or thing that you are in love with. (Pick one)

    30 hari entry challenge bersambung untuk hari ke 3. Tapi saya dah terskip 2 hari sebab saya kurang fit untuk buat entry. Tak berapa sihat

    day 3: A place or thing that you are in love with. (Pick one)

    Tempat yang pernah saya pergi yang betul-betul memberi pengalaman menarik kepada saya adalah Kundasang Sabah. Saya pergi bersama keluarga suami. Sangat seronok dan menakjubkan. Saya sangat teruja sebab cuacanya yang sangat sejukk. Saya tak pernah sekalipun rasa cuaca sesejuk itu. Matahari ada, tapi sejuk dia macam oversea rasanya..walaupun tak pernah saya gi oversea. 

    jom layan gambar

    Perasan ala-ala hindustan

    Motherhood really awesome!

    Kami berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu

    Masa ni abid baru berumur 4 bulan dan ni adalah first time saya naik kapal terbang. Sungguh seronok rasanya. Rupanya saya ada buat Entri khas pasal percutian sabah di blog personal saya.



    Jemput baca ye dan layan gambar-gambar sekali. Really miss this place.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...