Thursday, July 28, 2016

Ubat Untuk Penyakit Berkaitan Dengan Jantung Tidak Bagus Diamalkan?

Penyakit jantung dah jadi penyakit yang biasa kita dengar di Malaysia ni. Sekarang ni, penyakit jantung dah bukan penyakit orang tua-tua. Orang muda ada yang dah kena sakit jantung.

Lebih menakutkan statistik kematian yang disebabkan sakit jantung semakin meningkat.

Menakutkan!



Ada juga kenalan yang Ida kenal kehilangan ahli keluarga terdekat kerana sakit berkait dengan jantung

Beberapa penyakit yang berkait dengan jantung adalah:



Contoh Penyakit berkait Jantung #1: Atherosclerosis


Penyakit Atherosclerosis terjadi apabila plak terbina dalam saluran / arteri jantung. Plak terjadi hasil dari kolestrol, lemak dan bahan lain dalam darah.

Kolestrol adalah punca utama terjadi penyakit ini.

Ida pasti walaupun ramai yang tak familiar dengan nama penyakit ini, tetapi sangat arif tentang kolestrol.

Apabila plak mengeras dan menyempitkan arteri, darah sukar dihantar ke jantung dan bahagian lain dalam badan.

Bila jantung tidak mendapat darah yang mencukupi, oksigen pun terhalang sampai ke jantung dan pesakit mula sakit dada.

Bila arteri betul-betul tersumbat, ia jadi punca serangan jantung, strok dan seterusnya boleh bawa maut.



Contoh Penyakit berkait jantung #2 : Arrhythmia

Arrhythmia adalah degupan jantung yang tidak normal. Bila ia berlaku, ia boleh menjadi penyebab strok dan sakit jantung.


Penyakit ini boleh berpunca dari Atherosclerosis kerana Atherosclerosis ini boleh meninggalkan parut pada tisu jantung.

Parut ini boleh mengganggu gerakan/degupan jantung. Gangguan ini boleh menyebabkan jantung berdegup lebih laju, lebih perlahan atau tidak normal.



Contoh Penyakit berkait jantung #3: Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi


Ida percaya penyakit ini memang tidak asing lagi dalam masyarakat kita.

Tekanan darah berlaku apabila jantung mengepam darah dan darah mengalir dalam saluran darah pada tekanan tertentu.

Hypertensi / Tekanan Darah Tinggi terjadi apabila saluran darah menjadi sempit, mungkin disebabkan plak.



Jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat ke saluran yang kecil dan akan menyebabkan tekanan bertambah tinggi. 



Bagaimana Ubat Berkait Jantung Berfungsi


Punca utama penyakit berkait jantung ini adalah sebab arteri yang tidak sihat.

Arteri yang tidak sihat kurang kekenyalan dan keanjalan. Kolestrol, lemak yang terkumpul dalam arteri akan menyempitkan dan lama kelamaan akan mengeraskannya.

Ia boleh membawa penyakit atherosclerosis, arrhythmia, hypertensi dan strok.

Ubat tidak boleh tingkatkan kekenyalan dinding arteri, ia hanya boleh kurangkan simptom tetapi tidak rawat punca asal sakit berkait jantung.

Contohnya ubat tekanan darah tinggi tidak membuang bahan yang menyumbatkan saluran darah atau meningkatkan kekenyalan dinding arteri.

Ubat tekanan darah hanya bantu kurangkan aliran darah dan kurangkan tekanan pada dinding arteri. Kesan ubat ini hanya sementara dan boleh kembalikan keadaan asal semula.

Isipadu darah kurang ke jantung dan otak boleh tingkatkan risiko sakit jantung dan dementia.


Cara Kurangkan Kolestrol Dalam Badan

Ramai yang tahu bahaya kolestrol, tapi ramai ambil mudah tentang penyakit ini kerana ia tiada simptom jelas ketika keadaan belum kritikal.

Bila dah kritikal, seseorang yang ada kolestrol tinggi mungkin alami kesan yang parah seperti sakit jantung dan strok .

Ida percaya ramai juga yang nak kurangkan kolestrol dengan kurangkan makan makanan laut, produk tenusu, telur, daging dan sebagainya namun paras kolestrol tidak berkurang.

Ini kerana hati kita masih hasilkan kolestrol yang kita perlukan.

Cara berkesan rendahkan paras kolestrol: Makan makanan yang tinggi Phytosterols


Phytocol Shaklee ada kandungan Phytosterols

Shaklee mempunyai satu produk yang boleh bantu dapatkan keperluan kolestrol dalam badan.

Phytocol ST


  • Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian
  • Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Halal
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet
Dapatkan Phytocol ST anda HARI INI



Sunday, July 24, 2016

Tengah Buat Apa Tu?



BUAT APA TU...?

Ini adalah apa yang saya tengah buat sekarang.
Baru buka kotak sabun basuh Shaklee baru dan pindahkan sikit ke bekas lain. 
Jom laundry

Friday, July 22, 2016

Checklist Hari Ini



Brownies dah siap. 
Masa untuk tidur
.
Sebelum tu, kena buat checklist dulu apa yang setelkan esok. 
.
Syukur, masih ada yg berminat beli Vivix sempena promo ni. Jimat sangat
.
Hal ehwal pengurusan jabatan pun banyak kena pantau. Bantu pelajar tentang pendaftaran dan akademik mereka juga.
.
Esok buat checklist ikut deadline masa plak. Harapnya semua setel pada masanya.

Saturday, July 9, 2016

10 Petua Keselamatan Jalan Raya



Petang tadi ada satu accident di jalan keluar ke highway chenor.
.
Husband beritahu ada accident lagi di simpang bandar jengka. siap ada ambulan. 
.
Risaunya dengar. 
Mesti ramai yg dah bertolak balik ke rumah masing masing.
Berhati hati ye.
.
Rehat dulu kalau mengantuk.
Minum Performance Drink untuk dapat kesegaran sepanjang perjalanan.

Wednesday, July 6, 2016

Salam Aildilfitri 2016




Salam Aidilfitri 2016
Syukur.
~ Muhd Zulhilmi
~ Ida Fadliza Abu Zarin
~ Muhammad Afiq 
~ Muhammad Arif
~ Muhammad Abid
~ Muhammad Amin

Tuesday, July 5, 2016

Persiapan Supaya Kolestrol Tak Naik Ketika Raya


Hari ni last puasa, Esok dah Raya
Rendang Ketupat pasti tersedia.
Omega Guard dah standby ke?
Moga kolestrol tak naik masa bergembira.


Nasib baik tak lupa bawa balik Omega Guard. Memang wajib bawa balik raya.
Sebab macam-macam juadah menggoda hari raya ni.
.
Omega Guard-bantu kurangkan level kolestrol dalam badan.
Hanya RM136 sebotol
.
Awas, serangan strok akibat kolestrol tidak mengenal usia, tempat dan masa.

Monday, July 4, 2016

9 Perkara Sunat Yang Selalunya Dilakukan Pada Hari Raya Aidilfitri

Hari raya bakal menjelma untuk 2 hari lagi. Pastinya hari kemenangan ini ingin diraikan dengan penuh keberkatan oleh semua selepas sebulan berpuasa.

Jom semak 9 perkara sunat yang dianjurkan dilakukan di Hari Raya ini




Perkara Sunat #1: Melaungkan Takbir

Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah jelas dilihat (samadasecara hisab atau rukyah).



Perkara Sunat #2 : Menghidupkan Malam Hari Raya

Sunat menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama SembahyangSunat Tasbih.



Perkara Sunat #3 : Mandi Sunat

Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri pada pagi Hari Raya sebelum pergi ke masjid.



Perkara Sunat #4 : Memakai Pakaian Paling Elok

Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kukuserta memakai pakaian yang paling elok.



Perkara Sunat #5 : Makan Sedikit 

Sunat makan sedikit pada pagi itu (sebaiknya makan buah kurma dengan bilangan yang ganjil) sebelum kemasjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya.



Perkara Sunat #6 : Menunaikan Solat Sunat

Sunat menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, kerana ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.



Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:

"Dari Al-Bara' bin 'Azib ia berkata: Sabda Nabi s.a.w, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakanpada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."




Perkara Sunat #7 : Mendoakan

Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain seperti mengucapkan :

Taqaballahuminna wa minkum 'semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak'.



Perkara Sunat #8 : Menggunakan Jalan Berlainan

Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat:


Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balikdari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurutJabir ra (Hadis riwayat Bukhari). 

Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yangberbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin



Perkara Sunat #9 : Banyakkan Bersedekah

Dalam suasana kegembiraan dan kemeriahan kita menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba, kita juga jangan melupakan manusia yang kurang bernasib baik yang hidup susah dan menderita disebabkan kemiskinan dan musibah yang menimpa mereka.

Mudah-mudahan amal yang kita lakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesengsaraan danpenderitaan yang mereka tanggung. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:


"Dari Abi Hurairah r.a.: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa melepaskan seorangmukmin itu suatu kesusahan dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahandari kesusahan-kesusahan di akhirat."

Sunday, July 3, 2016

23 Idea Bergambar Kitar Semula Bekas dan Botol Shaklee

Ramai yang tak tahu apa nak guna dengan botol-botol Shaklee kosong lebih. 
Di sini , Ida dah kumpulkan beberapa idea yang ida ambil dari idea kawan-kawan sempena tugasan kumpulan kami untuk post entry berkaitan kitar semua bekas dan botol Shaklee.



Idea #1: Bekas Bahan Mentah di Dapur



Idea #2: Bekas Kuih



Idea #3: Balang Kuih Raya



Idea #4 : Tabung Anak



Idea #5: Penyambung Salur Air



Idea #6: Bekas Tepung dan Telur



Idea #7: Pasu Tanaman



Idea #8: Tabung dan Bekas Biskut



Idea #9: Tabung dan Bekas Biskut



Idea #10: Pasu Tanaman



Idea #11: Tabung duit Syiling



Idea #12: Tempat Letak Brooch



Idea #13: Tempat letak Mainan Anak



Idea #14: Tempat letak pensel



Idea #15: Pasu



Idea #16: Bekas Kuih



Idea #16: Pasu



Idea #17: Pasu



Idea #18: Bekas Pensel



Idea #19: Bekas Biskut



Idea #20: Pasu hidroponik



Idea #21: Pelita



Idea #22: Bekas Simpan Kuih Raya



Idea #23: Alat Muzik


Friday, July 1, 2016

Hadiah Raya Paling Bermakna Kali Ini

Hadiah bermakna dari Bisnes Shaklee menjelang Raya.
------


Dengan izin Allah, dapat juga hadiahkan Vivix untuk Ibu.
Bagi ibu, masalah kesihatannya jauh lebih baik selepas makan Vivix dari makan GLA
Ibu dah makan GLA untuk bertahun, kesannya pun memang dia suka.
.
Hari ini hari lahir ibu
Kebetulan bulan ni ada promosi Vivix, beli 2 dapat less 5%
InsyaAllah, bonus 4angka pertengahan bulan ni dapat hadiahkan 1 Vivix lagi dengan harga promosi.
.
Syukur dapat tengok ibu lebih sihat di hari raya
Lebih bertenaga.
Moga Allah rahmati ibu dan beri kesihatan baik.
.
Bisnes Shaklee sgt membantu saya menggembirakan orang tersayang.
Syukur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...