Showing posts with label FAQ tentang Healing Crisis. Show all posts
Showing posts with label FAQ tentang Healing Crisis. Show all posts

Monday, October 20, 2014

2 Produk Shaklee Ini Buat Customer Saya Bertambah Sakit | Saya Pasti Berhati-hati

Sakit?
Pelik kan?
Patutnya makan supplemen Shaklee bertambah sihat, kenapa makan produk Shaklee jadi sakit pula?
Apa dua produk tu?

Jangan panik semua.
Ya betul. Memang customer saya akan bertambah sakit bila ambil 2 produk ini. Saya tak tipu.
Tapi sakit bukan erti kata produk Shaklee tak bagus.


Ia adalah kesan Healing Crisis.

Healing Crisis?
Apa itu Healing Crisis?
Proses Healing Crisis adalah proses bersihkan dan bina semula sel badan yang dirosakkan oleh radikal bebas. Salah satu proses adalah buang toksin dalam badan, kita akan mengalami keadaan yang tidak selesa. Baca mengenai Healing Crisis di SINI

Jangan risau, ia takkan ambil masa lama.

Mengikut pengalaman lebih 2 tahun menjadi pengedar Shaklee, saya perasan ada 2 produk Shaklee yang utama yang memberi kesan Healing Crisis yang ketara:
1) Alfalfa
2) Advanced Joint Health Tablet

Produk yang lain juga ada beri kesan, ia bergantung kepada badan pengguna Shaklee.






Healing Crisis yang Mengambil Alfalfa

Alfalfa terkenal dengan sifat superbnya membersihkan usus dan membuang toksin. Set paling popular yang ada Alfalfa adalah Set Kurus. Selain dari untuk kurus Alfalfa juga popular untuk:
1) Merawat keputihan
2) Menjadi perapat untuk wanita
3) Menghilangkan alergi

Healing Crisis yang biasa dihadapi oleh customer saya adalah sakit kepala dan rasa nak demam. Ia berlaku kerana toksin sedang dibuang oleh badan.

Pengguna perlu minum air dengan lebih banyak dan kurangkan dos. Sesiapa yang mengalami healing crisis tidak disarankan BERHENTI makan alfalfa tetapi hanya kurangkan dos sahaja.






Healing Crisis yang Mengambil AJHT

AJHT adalah supplemen dengan formula vegetarian, diperbuat dari ekstrak jagung yang boleh bantu mengurangkan sakit sendi terutama golongan berumur dan warga tua.

Healing Crisis paling ketara yang dialami oleh mereka adalah rasa sakit pada sendi atau lutut yang sakit. Ia menunjukkan kesan positif kerana ternyata supplemen ini serasi dengan badan mereka dan mempunyai tindakbalas yang bagus.

Biasanya Healing Crisis akan dialami dalam masa seminggu hingga 2 minggu sahaja, dan tempat yang sakit akan terasa ringan dan bertambah pulih dengan izin Allah.


Healing-healing crisis lain boleh di semak DI SINI.

Pesanan saya, jangan cepat putus asa bila mengalami healing crisis. Ia hanya kesan sementara sebelum kesakitan dan masalah kesihatan kembali normal seperti biasa.

Banyakkan minum air dan berehat ketika Healing Crisis berlaku.


Jom dapatkan Produk Shaklee dari saya hari ni.


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Tuesday, December 31, 2013

FAQ Tentang Healing Crisis / Krisis Penyembuhan dalam Shaklee

Ramai yang mengalami kesan yang lebih teruk lepas makan Shaklee. Ada yang sakit kepala, ada yang sakit lutut, ada yang demam dan macam-macam lagi. Beberapa kes yang saya sering dengar adalah:

  • Sakit kepala lepas makan alfalfa
  • lutut makin sakit lepas makan AJHT
  • Period tak stabil lepas makan GLA
  • Sengal-sengal badan lepas makan Ostematrix

Ramai mengadu bertambah sakit, kenapa makin sakit padahal makan supplemen nak jadi lebih sihat?

Haaaa.
Itu namanya Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan.

Jom Baca FAQ tentang Healing Crisis

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

 Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.



Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.



Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. 

Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.



Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.



Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...