Tuesday, September 17, 2013

Kenapa Makan Ostematrix Boleh Bantu Tidur Lebih Lena?

Menurut National Sleep Foundation (NSF), hampir 6 dari 10 orang warga US mengalami insomia dan masalah tidur.

Insomnia adalah masalah tidak boleh tidur atau tidur yang sering terganggu. Kebanyakan yang mengalami insomnia akan mengambil ubat tidur untuk tidur.

Ubat tidur memberi kesan tidak baik untuk jangka masa panjang.

Kesan dadah dalam badan boleh menyebabkan khayal dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. Ia juga mengganggu ingatan dan keberkesanan kerja di tempat kerja dan rumah.





Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh Menyebabkan Anda Berjaga

Dari pandangan pakar nutrisi, beberapa kajian mendapati terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan dalam membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam.

James F. Balch seorang doktor dan penulis buku Prescription for Nutritional Healing memberitahu:

" Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga"

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur.

Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement).

 Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

Willian Sears, seorang doktor memberitahu

"Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur"






Kekurangan Magnesium Menyebabkan Insomnia


Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur.

Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota. 

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.

sumber : http://www.medicalnewstoday.com/releases/163169.php



Kenapa Ostematrix?



Kenapa kita memilih Ostematrix untuk tidur yang lebih lena dari jenama lain? Kerana Ia mempunyai

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

\

Dapatkan Ostematrix anda hari ini dengan hanya RM60 untuk 120biji. Hubungi saya hari ini.


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

10 Kebaikan Mandi Air Sejuk

Mandi air sejuk adalah perkara biasa dalam kehidupan kita terutama yang sering bangun awal pagi. Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu, mandi air sejuk juga adalah satu terapi kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Konsep Hydrotherapy telah lama digunakan oleh Vincenz Priessnitz, seorang peladang pada tahun 1920an yang menggunakan terapi ini untuk mengubati banyak penyakit.



Berikut adalah 10 Kebaikan dan Kelebihan Mandi Air Sejuk

1. Meningkatkan Imunisasi Badan

Mandi air sejuk dipercayai menjadi penawar yang baik untuk demam dan jangkitan kuman pada pada badan. Terdapat satu kajian dijalankan kepada atlet muda dengan merendam mereka dalam air sejuk bersuhu 14 darjah Celsius, 3 kali seminggu selama 6 minggu. Terdapat peningkatan 2 jenis sel darah putih, monocytes dan lymphocytes.

Lymphocytes bertugas untuk menyingkirkan bakteria, virus dan toksin dalam badan manakala monocyte bertanggungjawab menghapuskan patogen dan bendasing dalam badan. Penyelidik mendapati kadar metabolisme yang tinggi hasil dari mandi air sejuk yang disebabkan oleh badan kita yang cuba untuk memanaskan badan secara tersendiri akan mengaktifkan sistem imunisasi dan menghasilkan lebih banyak sel darah putih. Mereka yang sering mandi air sejuk dipercayai jarang demam dan mungkin sukar terkena barah yang tertentu.

2. Melancarkan aliran darah

Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Mandi air sejuk dan panas secara berselang-seli boleh meningkatkan keberkesanan aliran darah. Apabila mandi air sejuk, arteri darah mengecut. Ia dipanggil vasoconstriction. Arteri yang mengecut membolehkan darah mengalir pada tekanan lebih tinggi, aliran darah lebih lancar. Vasodilation adalah kesan sebaliknya apabila badan kembali menjadi lebih panas.

Satu lagi kebolehan semulajadi badan apabila mandi air sejuk adalah darah akan lebih cepat mengalir ke organ-organ utama dalam badan untuk mengekalkannya dalam keadaan panas.  Bukankah ia boleh membantu aliran darah yang baik?

Kenapa aliran darah yang baik penting untuk kita? Ini kerana ia mampu mengelakkan hipertensi dan pengerasan dinding arteri. Ia juga membantu meningkatkan kecergasan badan kita dan kita akan rasa lebih sihat.



3. Mengawal suhu badan

Mandi air sejuk boleh membantu mengawal thermogenesis (cara badan menghasilkan haba dalam badan), di mana ia mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit sejuk kaki dan tangan yang kronik atau berpeluh keterlaluan, anda boleh cuba mandi air sejuk.


4. Membantu untuk Kurus / Meningkatkan Metabolisma badan

Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan. Penghasilan lebih banyak lemak perang akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga dan membantu untuk kurus. Kadar metabolisme badan juga meningkat.



5. Mengurangkan Tekanan Perasaan

Mengurangkan Tekanan Perasaan adalah salah satu kebaikan mandi air sejuk. Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk boleh meransang "titik biru" pada otak, sumber utama noradrenaline untuk badan kita. Noradlinaline adalah bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan. 


6. Meningkatkan Pergerak Cecair Limpa

Sistem limpa adalah yang bertugas untuk membuang kotoran dari sel dan membantu melawan patogen (penyakit). Berbanding urat darah, sistem limpa, ia tidak mengandungi darah, tetapi cecair limpa yang membuang bahan kotoran dan membawa sel darah putih untuk melawan jangkitan. Jika darah yang mengalir di pam oleh jantung, kandungan limpa bergantung kepada pengecutan otot sistem. Mandi air sejuk membantu pengecutan otot limpa dan menyebabkan cecair ini boleh berfungsi di seluruh badan.


7. Menguatkan Pernafasan. 

Sedarkah anda, ketika anda mula untuk mandi air sejuk, anda akan menarik nafas dengan dalam terlebih dahulu? Ia tindakbalas biasa badan supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru dan meningkatkan kadar serapan oksigen badan seterusnya menyebabkan badan lebih segar dan kurang letih.


8. Menjadikan Kulit dan Rambut lebih Sihat

Air panas mampu mengeringkan kulit dan rambut. Sebaliknya, air sejuk boleh membuatkan rambut kita nampak lebih berkilat dan menjadikan kulit lebih sihat dengan mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat. Air sejuk membantu detoks kotoran dan toksin dalam kulit. Proses detoks kulit sangat berguna untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan awet muda. Air sejuk menutup kutikel pada rambut, rambut lebih kuat dan mengurangkan kotoran menyebabkan scalp pada kepala.


9. Meningkatkan Tenaga

Mandi air sejuk boleh menyebabkan kita lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah mengalir dengan lancar di seluruh badan


10. Meningkatkan Penghasilan Hormon. 

Mandi air sejuk boleh membantu sistem peranakan. Sistem peranakan lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan. Mandi air panas boleh mengawal sistem endokrin.

sumber : http://www.guidinginstincts.com/2012/04/10-health-benefits-of-cold-showers.html


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Sunday, September 15, 2013

Vitamin Yang Boleh Memberikan Tenaga Sehingga Tidak Boleh Tidur Malam

Kebanyakan dari kita sering letih dan tiada tenaga terutama apabila menjelang malam. Kerja yang banyak dan urusan kerja yang tidak surut henti menyebabkan kita penat, kurang fokus dan mengantuk. Ada yang mengambil kafein dan air isotonik untuk mengembalikan tenaga. Vitamin juga ada yang memberikan tenaga dan memulihkan badan yang letih.

Vitamin B dikenali sebagai Vitamin Tenaga kerana ia memainkan peranan penting dalam peningkatan metabolisma tenaga di mana ia membolehkan badan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein yang diperolehi dari makanan kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. 
Vitamin B Complex1 The importance of Vitamin B Complex for Children

Terdapat 11 komponen di dalam Vitamin B Kompleks yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam menjadikan kita bertenaga. Ia terdiri dari:
  • B1 (Thiamine)
  • B2 ( Riboflavin)
  • B3 (Niacin)
  • B5 (pantothenic Acid)
  • B6 (pyridoxine)
  • B9 (Folic Acid)
  • B12 (Cyanocobalamin)
  • Biotin
  • Para-amino Benzoic Acid(B10)
  • Choline
  • Inositol

Mari kita lihat Vitamin B12, yang memainkan peranan paling penting dalam penghasilan tenaga. . B12 penting kerana ia yang menukarkan karbohidrat kepada glukosa. Sebab itulah kita segar dan aktif apabila mengambil Vitamin B Kompleks apabila penat (B3 juga berperanan dalam meningkatkan tenaga). Vitamin B12 juga membantu otak untuk kembali fokus.

Vitamin B6 juga dikenali untuk meningkatkan fokus dan ia meningkatkan daya kognitif apabila kita meningkat usia. Walaupun kita semakin tua, kita tidak mudah lupa jika sudah biasa mengambil Vitamin B6 dari usia muda.


Badan kita juga menggunakan Vitamin B dalam menghasilkan sel baru yang sihat dan penghasilan sel darah merah. Ia sangat berguna meningkatkan fungsi imunisasi, sistem kardiovaskular dan sistem saraf.

Jika Vitamin B tidak membantu meningkatkan tenaga, anda perlu cuba untuk meningkatkan zat besi dan magnesium dalam badan. Zat besi yang kurang dalam badan boleh menyebabkan anda letih dan kurang peka. Magnesium juga berfungsi seperti Vitamin B di mana ia diperlukan dalam proses menukarkan makanan kepada tenaga. 

Vitamin B dan Tidur

Sesetengah kajian mendapati Vitamin B6 dan B12 boleh mengganggu tidur. Mengambil Vitamin B6 sebelum tidur boleh menyebabkan anda terjaga dalam tidur, dan Vitamin B12 boleh menyebabkan anda tidak boleh tidur kerana ia mengganggu tahap melatonin, sejenis hormon dalam badan yang mengawal kitaran tidur/jaga.

http://health.howstuffworks.com/wellness/food-nutrition/vitamin-supplements/vitamins-keep-you-alert.htm

Anda boleh dapatkan Vitamin Semulajadi B Compleks dari Shaklee dengan harga RM53 sebotol (120biji). Anda akan merasai perbezaan tenaga dan lebih cekap membuat kerja seharian selepas ini.




Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Merawat Ekzema: 5 Makanan Bermula Huruf 'A'

Ekzema biasanya gatal dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kita. Kadang-kala, kesan garu pada ekzema akan menyebabkan luka dan meninggalkan parut. Mereka yang mengalami ekzema akan terganggu aktiviti hariannya dan boleh membawa kemudaratan pada kulit. 

Berikut adalah 5 Makanan yang bermula dengan Huruf 'A'

Alfalfa

Alfalfa boleh membantu merawat ekzema. Anda di cadangkan untuk makan alfalfa jika mengalami kulit kering dan gatal. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, alfalfa merupakan makanan yang kaya nutrisi yang boleh anda makan setiap hari. Jus alfafa boleh membantu membuang toksin dan badan. Alfalfa juga adalah sumber mineral yang baik seperti zink, selenium, kromium, kobalt, silikon dan iodin. Alfalfa juga adalah sumber penyembuhan luka yang baik.



Aloe Vera

Aloe Vera dikenali sebagai agen penyembuhan luka yang boleh merawat dari dalam atau luar badan. Kebanyakan losyen dan krim menggunakan Aloe Vera untuk membantu dalam penyembuhan. Jus Aloe Vera juga baik diminum untuk penyembuhan dari dalam. Anda boleh mengambil jus Aloe Vera untuk menambah imunisasi badan untuk menghasilkan kulit cantik dan sihat. Aloe Vera adalah pencegah ekzema yang baik kerana ia menghindarkan penyakit terutama pada kulit


Avocado

Avocado mengandungi kandungan asid amino yang berkualiti tinggi serta mempunyai 14 mineral. Ia juga berfungsi dalam memulihara dan membantu pertumbuhan. Ia memberi kebaikan dalam membantu melengkapkan fungsi makanan yang lain dalam seperti daging, telur dan keju. Anda digalakkan makan Avocado setiap hari untuk memastikan pertumbuhan dan pemulihan kulit yang sihat. Di sesetengah negara, Avocado digunakan dalam losyen badan sebagai bahan pemulihan dari luar.


Asparagus.

Asparagus mengandungi asid amino yang membantu menjana proses perkumuhan yang baik dari buah pinggang. Kita perlu menjaga kesihatan buah pinggang seperti mana kita menjaga bahagian badan yang baik. Ia membantu menyingkirkan badan tidak baik dari buah pinggang melalui air kencing seterusnya membantu mengurangkan kekusutan minda. Adalah penting untuk kita membersihkan badan melalui perkumuhan untuk membantu keseimbangan dalam badan.


Apples (Epal)

Epal boleh dimakan mentah atau dibuat manisan. Epal mempunyai kandungan gula semulajadi yang boleh meningkatkan penghasilan saliva/air liur yang boleh membantu penghadaman. Ia juga baik untuk badan dan dapat membantu menghilangkan ekzema.

Shaklee mempunyai produk makanan tambahan Alfalfa yang dapat membantu merawat ekzema. Ia juga dapat membantu merawat alergi dan resdung. 


Jom lihat testimoni ini:

Friday, September 13, 2013

Set Berpantang Shaklee: Pilihan Terbaik Untuk Semua Ibu-Ibu

Sudah menjadi lumrah kepada ibu-ibu yang mengandung untuk mencari set berpantang atau bersalin pilihan untuk persediaan selepas bersalin nanti. Set berpantang yang dipilih mestilah membantu ibu-ibu untuk berpantang dalam keadaan sihat dan cergas, luka cepat baik, memberi manfaat dan faedah kepada ibu-ibu berpantang serta anak yang baru dilahirkan.

Antara masalah ibu berpantang adalah:

  • Ingin luka cepat baik dan kurangkan keletihan menjaga anak kecil
  • Ingin badan rasa segar dan segera menjadi cergas semula
  • Ingin kekalkan bekalan susu ibu untuk anak yang baru dilahirkan
  • Ingin kurangkan berat badan yang bertambah ketika mengandung
  • Ingin mengurangkan stress 


Set Berpantang / Bersalin Shaklee mampu membantu ibu-ibu untuk mengatasi masalah-masalah di atas.



Kandungan Set Berpantang Shaklee adalah:



Set Berpantang Asas (Bcomplex + Vitalea + Vitamin C + Zinc):

1) Bcomplex dengan Asid Folik

  • Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
  • Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
  • Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..

2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

  • Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
  • Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
  • Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C

  • Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan 
  • Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Zink
  • Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
  • Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.
sumber: http://amanne8257.blogspot.com/2013/05/set-berpantang-shaklee.html

Set Tambahan (Premium) - (Set Bersalin + ESP + Alfalfa + Ostematrix)


5) Energizing soy Protein- ESP
  • Membantu menambah susu badan
  • Menambah tenaga ibu berpantang
  • Memperbaiki sel-sel badan, dan luka jahitan
  • Memperbaharui sel-sel mati dan mengurangkan parut luka
6) Alfalfa
  • Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
  • Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
  • Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
  • Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
  • Membantu membanyakkan susu ibu.
  • Membuang angin dalam badan dan
  • Memulihkan urat selepas bersalin


7) Ostematrix
  • Mengurangkan sakit sendi dan lenguh badan
  • Menambah kalsium dalam badan untuk ibu menyusu
  • Mengurangkan sembelit kepada ibu berpantang
  • Menyegarkan badan terutama ketika bangun pagi

Jom semak Testimoni Set Berpantang Shaklee Pilihan Ibu-Ibu























Jom Dapatkan Set Bersalin Shaklee Hari INI


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...