Sunday, July 26, 2015

35 Aplikasi Android (Kesihatan dan Fitness) Yang Wajib Anda Install -Bahagian 1

Majoriti dari kita guna smart phone.
Ada banyak aplikasi yang dibina untuk smart phone sekarang ni.

Ada aplikasi gps macam Google Map, Waze dan macam-macam lagi. Ada aplikasi game juga, ada aplikasi education.

Tapi ramai yang tak perasan ada aplikasi yang bagus untuk bantu kita cergas dan kekalkan kesihatan. 

Aplikasi kesihatan yang boleh bantu kira kalori yang dibakar, aplikasi yang boleh sediakan info kesihatan, aplikasi kira step berjalan, dan aplikasi yang tunjuk video senaman.

Semua aplikasi itu adalah diantara 35 Aplikasi Android (Kesihatan dan Fitness) yang wajib anda install cuba untuk bantu anda lebih disiplin untuk jaga kesihatan.

Sila klik link di setiap tajuk apps untuk anda terus install dari Google Play (jika anda gunakan browse web ini guna handphone.




1. Google Fit 


Google Fit - screenshot

Aplikasi ni hanya boleh dipasang pada alatan Android Wear sahaja.

Ia digunakan untuk kira jumlah step berjalan, berlari dan berbasikal. Anda boleh set target pada aplikasi ini, dan boleh tengok perkembangan kita dari semasa ke semasa.

Boleh juga digandingkan dengan alatan fitness lain dan dapatkan dalam satu aplikasi sahaja.




2. Health Mate

Health Mate - screenshot

Track aktiviti fizikal kita dengan fungsi Withings Pulse atau RunKeeper. Ia boleh track berat juga guna fungsi Withing Smart Scale atau kita masukkan berat kita secara manual.

Aplikasi ni akan tukar data kita tu dalam bentuk graf, boleh set reminder dan beri anda motivasi berpanjangan.

Anda juga boleh track tidur dan data tekanan darah juga.




3. Pedometer. 

Pedometer - screenshot

Aplikasi ni nampak simple tapi bagus untuk rekod steps perjalanan kita dan berapa kalori yang dah terbakar.




4. Health Manager

Health Manager - screenshot
Aplikasi ni boleh bantu anda track berat, habit buruk seperti merokok, pengambilan air harian anda dan fitness / kecergasan keseluruhan.

Jika anda sedang cuba berhenti merokok, aplikasi ini boleh bantu anda track performance anda dari masa ke semasa.




5. Calorie Counter

Calorie Counter - MyFitnessPal - screenshot  Calorie Counter - MyFitnessPal - screenshot

Aplikasi ni ada database terbesar untuk senarai makanan. Lebih dari 5 juta makanan dan ada senarai kalori untuk makanan tersebut.




6. Water Your Body

Water Your Body - screenshot Water Your Body - screenshot

Aplikasi ini boleh bantu untuk track pengambilan air anda supaya tidak dehidrasi. Ia akan ingatkan anda bila masanya untuk lebihkan minum air.




7. Healthy Recipes.

Healthy Recipes Free - screenshot  Healthy Recipes Free - screenshot
Ada orang kata, makanan untuk kesihatan bukannya sedap sangat. Nak tahu makanan sihat yang sedap?

Aplikasi ini ada senarai resipi yang sedap-sedap dan berkhasiat. Ada resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan.




8. Instant Heart Rate. 

Instant Heart Rate - screenshot  Instant Heart Rate - screenshot

Hanya letakkan jari anda pada kamera telefon dan anda akan dapat tahu kadar gerakan jantung anda. Awesome kan?

Aplikasi ini guna kamera telefon anda untuk track perubahan warna jari untuk kira kadar degupan jantung. Ada disertakan dengan paparan berbentuk carta.




9. Healthy Food Chart

Healthy Food Chart - screenshot

Tercari-cari makanan yang sesuai dimakan untuk lawan jangkitan penyakit dan sembuhkan rasa lemah badan?

Aplikasi ni sediakan carta makanan yang tunjukkan apa makanan yang perlu dimakan untuk bantu dari pelbagai jenis penyakit.




10. Healthy Facts

Healthy Facts - screenshot

Aplikasi ini sediakan info berguna tentang diet, senaman, suplemen, kesihatan, kebersihan dan macam-macam lagi.

Anda pasti teruja.




11. 7min Full Workout

7min Full Workout - screenshot

Tiada masa ke gym? Jangan risau. Anda boleh guna aplikasi ini untuk dapatkan senaman untuk satu badan hanya dalam masa 7 minit. 

Aplikasi ini ada 12 senaman yang menggunakan kerusi dan dinding untuk dicuba.




12. iTriage Health




Aplikasi ini dibina oleh dua doktor ER (emergency Room) dan kandungan aplikasi ini disemak oleh Harvard Medical School untuk pastikan ia tepat dan up-to-date.

Cari simptom penyakit dalam aplikasi ini, dan ia akan menunjukkan apa rawatan paling sesuai untuk simptom tersebut.




13. Noom Walk Pedometer

Noom Walk Pedometer: Fitness - screenshot

Aplikasi ini boleh track langkah anda dan ini boleh bantu anda capai target untuk lebih cergas.




14. WebMD for Android

WebMD for Android - screenshot

Website WebMD memang terkenal dengan info tentang kesihatan. Aplikasi ini bantu peminat web ini untuk mudahkan carian hanya dengan menggunakan telefon sahaja.

Anda boleh cari simptom penyakit, apa langkah merawat, dan ada juga fungsi untuk mengenalpasti jenis pill.




15. Weight Loss & Healthy Foods 

Weight Loss & Healthy Foods - screenshot

Jika anda nak kurus dengan cepat tetapi secara semulajadi, aplikasi ini boleh tunjukkan makanan yang harus anda makan untuk kurus dengan cepat. 

Tak perlu ambil sebarang pil diet, aplikasi ini boleh bantu anda untuk kurus dengan pemakanan yang sihat.




16. Health-Tracker

Health-Tracker - screenshot  Health-Tracker - screenshot  Health-Tracker - screenshot

Aplikasi ni boleh track pelbagai info tentang badan kita seperti berat, lemak, glukosa, paras gula dalam darah, tekanan darah dan banyak lagi.

Masukkan info anda secara manual dan aplikasi ini bantu kirakan statistik tentang kesihatan dan paparkan tahap kesihatan anda berdasarkan info itu.




17. Period Calendar.

Period Calendar - screenshot  Period Calendar - screenshot  Period Calendar - screenshot

Aplikasi ini memang khas untuk wanita. Ia boleh track period anda dan bantu anda plan travel atau aktiviti anda, atau jangkaan tidak datang bulan bila nak cek expecting due date untuk wanita hamil.




18. Health Calc.

Health Calc - screenshot  Health Calc - screenshot

Aplikasi ini boleh bantu kira BMI anda, kadar metabolisme dan perkiraan pengambilan karbohidrat, protein dan lemak harian.

Aplikasi ini boleh bantu anda untuk rancang diet seperti low-carb diet, ketogenic, Atkins dan lain-lain.

sumber : http://www.datamation.com/


bersambung ke Bahagian 2

Sunday, July 19, 2015

5 Habit Harian Yang Boleh Panjangkan Umur dan Kurangkan Risiko Penyakit

Setiap hari, ada sahaja aktiviti kita yang kita tak perasan boleh bantu kurangkan risiko penyakit.

Aktiviti ini mungkin nampak mudah, tetapi ada juga orang yang tidak suka melakukannya. Namun, jika anda tahu bahawa aktiviti ini boleh membawa kebaikan kepada badan, pasti anda tidak akan terlepas untuk melakukannya setiap hari.


Jom semak apa aktiviti dan habit harian yang sangat bagus di amalkan untuk panjangkan umur kita.



Habit 1 :Mempelbagaikan Warna Buah-Buahan dan Sayuran


Mereka yang makan pelbagai warna dan jenis sayur dan buah secara konsisten jarang dijangkiti penyakit kronik. Mereka mempunyai berat badan yang kekal sihat dan hidup lebih lama.

Warna bagi setiap buah dan sayurn mewakili pelbagai nutrien dan antioksida. Ia dapat membantu melawan penuaan dari pelbagai aspek.

Anthocyanins, adalah antioksida yang menyebabkan blueberry berwarna biru dan boleh membantutkan pembesaran sel barah. 

Manakala beta kerotene salah satu kandungan vitamin A yang menyebabkan lobak merah berwarna oren pula boleh meningkatkan fungsi sistem imunisasi badan.

Untuk mendapatkan kepelbagaian sayuran dan buah, Kara Mohr mencadangkan supaya anda beli satu atau dua jenis buah yang baru dan makan buah dan sayur setiap kali hidangan dan boleh dijadikan snek masa senggang.



Habit 2 : Banyakkan makan Asid Lemak Omega 3


Dr Ramin Fazaneh-Far, pakar kardiology di Hospital San Fancisco, dalam kajiannya mendapati siapa yang mempunyai paras EPA dan DHA dalam darah yang tinggi mempunyai kadar penyakit jantung yang paling rendah dan penuaan kromosom paling perlahan.

EPA dan DHA ada dalam ikan seperti salmon, tuna dan sardin. Jika anda tidak suka makan ikan, cubalah ambil supplemen minyak ikan seperti Omega Guard.

Di Malaysia, penyakit jantung adalah penyakit yang menyumbang kadar kematian antara paling tinggi selain barah dan kencing manis.

Dengan mengambil minyak ikan, anda mungkin boleh kurangkan risiko penyakit berbahaya kepada anda dan seterusnya memanjangkan umur.





Habit 3 : Floss / Gosok Gigi Setiap Hari.


Nampak remeh aje, tetapi kesannya hebat. Lagi-lagi boleh panjangkan umur.

Floss dapat buang bakteria penyebab periodontitis dan kaviti gigi. Rupa-rupanya bakteria ini boleh menjejaskan kesihatan lebih teruk dari yang disangka.

Jika bakteria ini terkumpul dalam mulut, ia boleh masuk dalam aliran darah, dan tingkatkan risiko penyakit kardiovaskular/ penyakit jantung yang boleh menjadi pembunuh utama di Amerika.

Dalam Islam juga ada istilah bersugi. Patutlah ia nampaknya cukup penting sehinggakan Rasulullah ada bersabda:

"Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi setiap kali ingin solat"
Riwayat Bukhari dan Muslim
Ada satu kajian di "Journal of Periondotology" yang membandingkan siapa yang floss setiap hari dan yang floss selang beberapa sehari.

Ia menunjukkan, siapa yang jarang-jarang floss / bersugi mempunyai 86 peratus lebih tinggi potensi bakteria masuk dalam aliran darah  berbanding yang floss setiap hari.





Habit 4 : Minum Banyak Teh Hijau


Teh Hijau mungkin tidak boleh lawan penyakit barah, tetapi ia boleh kurangkan berat yang anda tidak suka pada badan anda.

Teh Hijau ada antioksida dipanggil EGCG yang boleh kurangkan 3 paun dalam 12 minggu dan kurangkan satu inchi ukurlilit pinggang (menurut kajian di "American Journal of Clinical Nutrition)

Banyak kelebihan jika anda amalkan 3  hingga 5 cawan teh hijau sehari. Memang membantu tingkatkan kesihatan dan panjangkan umur.

Anda Pasti Berminat Membaca : 11 Kelebihan Teh Hijau Yang Pasti Anda Ingin Tahu





Habit 5 : Bersenam.


Anda tidak suka bersenam? Anda boleh berpotensi mengalami kesan penuaan lebih cepat. Ini kerana apabila tidak aktif dan berat otot berkurang sebab semakin tua, anda tak mungkin sanggup dibandingkan rupa anda dengan kawan-kawan yang aktif.

Mereka lebih anggun tau!

Pelatih bertauliah di New Jersey, Keith Scott menyarankan untuk kita lebih aktif walaupun dengan gerakan yang mudah.

Berjalan di waktu pagi adalah aktiviti mudah yang sangat bagus. Tidak perlu pergi ke gym untuk bersenam.

Aktiviti mudah yang boleh diikuti adalah seperti bergotong royong, berkebun dan mencabut rumpai dan lalang di rumah memang sangat digalakkan.

Beberapa jam melakukan aktiviti-aktiviti ini sudah cukup untuk tambah beberapa tahun lagi dalam umur anda dan jadikan anda lebih sihat dan kuat.

sumber : http://www.livestrong.com


5 Tips Travel Berhari Raya Dengan Anak Kecil Yang Super Aktif Supaya Kekal Sihat


Selamat Hari Raya pengunjung blog Tip Sihat Selalu. Ida doakan semua sihat dan ceria melalui hari raya yang penuh berkat ini.

Beraya di mana tahun ini? Ida dan family beraya di Jengka dan Sungai Buloh.

Hari ini dah masuk raya kedua. Raya pertama yang berlalu semalam pasti lebih meriah dengan aktiviti ziarah dan makan-makan. 

Raya pertama Ida juga sangat best. Anak-anak sangat aktif bermain bersama sepupu-sepupu mereka. Iyelah. Jumpa pun jarang-jarang.

Biasa masa raya banyak travel dan ke sana sini. Jadi, kat sini Ida nak kongsi a few tips untuk bagi anak-anak kekal aktif supaya tak mudah jatuh sakit di hari raya.

Ini semua berdasarkan pengalaman sendiri bersama 4 anak lelaki.Tips ini mungkin lebih sesuai untuk anak-anak yang berumur 2-6 tahun. Moga dapat membantu.



1. Bawa bekalan asas secukupnya

Bila travel menziarahi rumah ke rumah, Ida tidak lupa membawa bekalan asas anak yang cukup. Contohnya susu dan pampers walaupun sekejap.

Anak Ida yang umur 2 tahun dan 4 tahun masih minum susu dan pakai pampers. Memang mereka boleh makan macam-macam masa beraya, tapi asasnya, minum susu tak boleh dilupa supaya kekal kenyang dan bertenaga.

Lagipun, minuman yang disediakan ketika berhari-raya manis dan ada yang berkarbonat.




2. Bawa baju lebih selain bekalan susu

Bawa baju lebih ketika travel berhari-raya agak penting untuk anak-anak yang super aktif. Ini kerana bila berhari-raya pasti ambil masa agak lama.

Mungkin ambil masa setengah hari, dan mungkin sehari suntuk. Banyak tempat dan rumah saudara mara yang ingin dikunjungi.

Bila menjelang petang, Ida biasanya akan tumpang mandikan anak-anak dirumah yang Ida ziarah terutama untuk anak kecil umur 2 tahun dan 4 tahun.

Ida akan pastikan mereka kekal segar kerana biasanya baju mereka yang berbau kerana berpeluh akibat asyik bermain dengan aktif.



3. Ingatkan mereka untuk makan, minum

Anak-anak dan sepupu-sepupu mereka di hari raya pertama

Anak kecil memang kadang-kala sangat aktif bermain sehingga lupa nak makan dan minum. 

Agenda bermain dengan kawan dan sepupu sangat penting bagi mereka sehingga ada yang abaikan makan dan minum.

Ida sering ingatkan untuk mereka menjamah makanan berat walaupun sedikit dan minum air kosong supaya perut terisi. Ida suka suapkan mereka makan sedikit walaupun mereka sudah boleh makan sendiri.

Ada ketika bila mereka lambat untuk makan, perut mereka akan sakit dan muntah kerana telah dimasuki angin.

Muntah di tengah-tengah perjalanan di dalam kereta adalah sesuatu yang sangat-sangat perlu dielakkan. Pasti mood beraya dah tak best bila ada kejadian begitu.


4. Berhati-hati dengan cuaca

Cuaca di jengka sangat panas. Jadi, Ida akan cuba elakkan anak-anak untuk berjemur di tengah panas dan sentiasa berada di dalam rumah.

Anak kecil mudah terhidrat dan dijangkiti penyakit kerana alah dengan cuaca. Cuaca hujan sama bahaya juga.


5. Cukupkan nutrien



Travel berhari-raya memang makan pun tak menentu. Kuih-kuih raya yang manis, serta makanan berlemak. Itu belum campur air manis dan berkarbonat lagi.

Saya tidak lupa bekalkan multivitamin Vitalea For Kids untuk anak supaya dapat cukupkan nutrien dalam badan.


Vitalea ada 18 Vitamin dan mineral yang dapat memenuhi keperluan vitamin dan nutrien harian anak dan lindungi mereka dari jangkitan penyakit.

Vitalea ni memang anak-anak suka sebab manis dan berperisa anggur. Pemanis dalam Vitalea ni tak rosakkan gigi, sebab bahan yang digunakan adalah Xylitol, pemanis semulajadi.


Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir dan batin kepada semua.




Friday, July 17, 2015

4 Sebab Anak Sembelit Menurut Dr Zubaidi

"Ibu.. Sakit.."

Kesian tengok anak sembelit, sakit nak membuang. Sampai merah muka mereka meneran nak membuang. 

Mereka rasa tak selesa nak membuang. Ada yang menangis sebab sakit nak membuang, ada yang resah.


Di antara tanda anak sembelit yang lain adalah najis mereka kering, keras dan berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis mereka pun mungkin lebih busuk.

Ada banyak sebab anak sembelit, tetapi melalui web http://drzubaidi.com/ , Dr Zubaidi menyatakan ada 4 sebab anak sembelit.




Sebab 1 : Susu Formula

Menurut Dr Zubaidi, salah satu sebab anak sembelit adalah susu formula. Bayi yang disusukan dengan susu formula mudah untuk dapat sembelit kerana susu formula lebih sukar dihadamkan dan diserap melalui usus.




Sebab 2 :  Makanan Separa Pepejal

Makanan separa pepejal juga boleh dikatakan sebagai punca sembelit. Usus anak masih belum matang, oleh kerana itu ia sukar dihadamkan.

Jika ingin memberi makanan separa pepejal juga, makanan tersebut mestilah cukup lembut dan mudah untuk perut anak hadamkan.




Sebab 3 : Kurang minum susu

Anak yang sakit atau demam serta tidak sihat akan rasa kurang selera untuk minum. Maka badan mereka akan kurang minum air/susu.

Anak yang nak tumbuh gigi juga mungkin jarang minum susu, yang berpotensi untuk sembelit

Badan yang kurang air akan serap air dari najis. Najis akan menjadi keras dan kering dan menjadi punca sembelit.



Sebab 4: Penyakit kecacatan ketika lahir

Penyakit kecacatan ketika lahir seperti Hirschprung (lubang dubur menjadi ketat dan sukar buang air) boleh jadi penyebab sembelit walaupun jarang berlaku. 

Penyakit lain seperti anorectal malformation, spinal bifida dan cystic fibrosis yang menyebabkan pembentukan lubang dubur yang tidak sempurna juga boleh jadi penyebab sembelit. 




Atasi Sembelit Dengan Shaklee

Mealshake Shaklee boleh membantu menyelesaikan masalah sembelit anak.

Tak mungkin anda terfikir kes sembelit anak sahabat saya di dalam video di bawah ini  sehingga najis terpaksa dikorek.

Euww.


Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.



Mealshake bantu ramai anak-anak yang Sembelit juga.

Ikuti beberapa testimoni di bawah ini yang memang menakjubkan.

Anda Mungkin Berminat Membaca: Cara Bancuh Mealshake Untuk Anak - Panduan Untuk Ibu Terhebat




Testimoni 1




Testimoni 2






Testimoni 3






 Testimoni 4





Testimoni 5



Dapatkan Mealshake SHaklee anda HARI INI.

Wednesday, July 15, 2015

4 Kawasan Jerawat Di Muka Dedahkan Apa Yang Tidak Sihat Dalam Diri Anda

JERAWAT!

Argh! Tensionnya bila ada jerawat! Malu nak keluar rumah. Nanti ada orang tegur.

Betul-betul stress kalau ada jerawat. 

Jerawat ni keluar bila liang roma kat muka kita tersumbat, bakteria dan kuman mudah terperangkap dan keluarlah jerawat. Mungkin sebab kita kurang bersihkan muka dengan pencuci atau toksin dalam badan yang jadi penyebab jerawat.


Namun, menurut web positivemed.com, jerawat yang timbul di kawasan-kawasan muka yang berbeza ni ada petanda tentang kesihatan dalaman kita.

Jom tengok cermin di mana jerawat kita berada.




Kawasan 1: Dahi 




Penyebab: Jerawat pada dahi menunjukkan anda ada masalah dengan diet.

Mungkin anda ada makan lemak, gula dan produk tenusu secara berlebihan dan badan anda tidak dapat proses makanan ini sebaiknya.

Cadangan Penyelesaian: Cuba kurangkan makanan jenis ini dan kenalpasti adakah jerawat anda berkurang. Contohnya, jika tiba-tiba jerawat anda hilang apabila anda stop minum susu, ini mungkin anda ada masalah alah dengan susu.

Anda Mungkin Berminat MembacaCara Turunkan Paras Kolestrol Tanpa Makan Ubat?




Kawasan 2 : Hidung


Penyebab: Kekotoran dan pori terbuka adalah punca jerawat pada hidung, tetapi jika anda kerap cuci muka dan jerawat masih ada, ia mungkin disebabkan oleh masalah berkaitan jantung.

Cadangan Penyelesaian: Cuba tingkatkan kesihatan jantung dengan kurangkan kolestrol dan kurangkan ambil garam. Anda juga patut tingkatkan pengambilan Omega 3 dalam badan dengan makan kekacang, ikan dan flaxseed.

Anda mungkin Berminat Membaca 3 Sebab Anda Rugi Jika Tiada Walau Sebotol Omega Guard di Rumah




Kawasan 3: Pipi


Penyebab: Masalah kesihatan pernafasan sangat berkait rapat dengan timbulnya jerawat di pipi.

Tapi jangan risau sangat sebab biasanya jerawat pada pipi juga berpunca dari kekotoran. Mungkin dari handphone atau kerana jarang di cuci dengan pencuci muka.


Cadangan Penyelesaian: Bersihkan handphone anda jika anda sering menggunakannya. Berhenti merokok.

Sesekali anda kena keluar waktu pagi dan menghirup udara pagi yang boleh bersihkan saluran pernafasan anda.

Anda Mungkin Berminat Membaca12 Cara Berhenti Merokok Yang Paling EFEKTIF




Kawasan 4 : Rahang Muka


Penyebab: Kawasan ini berkait dengan jerawat disebabkan oleh hormon. Wanita sering alami jerawat ini di waktu-waktu tertentu dalam sebulan.


Cadangan Penyelesaian: Anda perlu mengambil berat tentang perubahan hormon. Mungkin ada yang mengalami perubahan hormon selepas tukar pil perancang atau selepas datang bulan.



Tanda-tanda jerawat pada kawasan-kawasan ini mungkin boleh bantu anda mengetahui apa yang tidak sihat dalam badan anda.

Mungkin ia dapat membantu serba sedikit dalam kurangkan masalah dalaman seterusnya masalah jerawat juga.

sumber: http://positivemed.com/



Anda Mungkin Berminat MembacaRahsia Parut Jerawat Hilang Tanpa Disangka-sangka



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...