Sunday, March 29, 2015

8 Cara Jaga Luka Bersalin Normal Elak Luka Lambat Baik

Bersalin normal adalah impian semua ibu. Luka bersalin normal lebih mudah dijaga berbanding luka ceaser.

Walaupun ada ibu yang bersalin tanpa episotomi (guntingan pada perineum) tetapi kebanyakannya mengalami episotomi ataupun kesan koyak ketika bersalin.



Bagaimana boleh luka ketika bersalin?

Ketika melahirkan bayi, perineum akan meregang dan menipis memberi laluan kepada kepala bayi untuk keluar.

Perineum mampu meregang secara fleksibel jika si ibu mengamalkan teknik pernafasan dan meneran yang betul walaupun saiz bayi yang besar.

Jika perineum tidak meregang sepenuhnya, akan berlaku koyakan atau sebahagiannya digunting (episotomi) oleh doktor atau bidan.


Ketika luka masih belum sembuh, sangatlah mengerikan jika si ibu mengalami sembelit dan ingin membuang air. Wanita dalam video di bawah sangat TRAUMA untuk bersalin kerana sembelit. 

Ikuti pengalaman ngeri beliau yang tak ramai ibu-ibu tahu. Sampai tak sanggup lagi mengandung dan berpantang. Dahsyat kan?


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.



8 Cara Jaga Luka Bersalin


Cara #1 : Ice Pad boleh digunakan untuk kurang rasa sakit dan surutkan bengkak. Boleh digunakan pada 24jam hingga 72 jam yang pertama. Ia bantu luka cepat baik.

Biarkan ice pack pada bahagian luka selama 10-20 minit.



Cara #2: Tukar tuala wanita sekerap mungkin untuk bantu luka cepat kering



Cara #3: Baring sekerap mungkin. Peha boleh ditinggikan dengan bantal atau bengkokkan lutut dan naikkan sedikit ketika berbaring.



Cara #4 : Untuk memastikan perineum bersih, mandi sekurang-kurangnya sekali sehari terutama selepas membuang air. Lapkan bahagian luka dengan tuala lembut sehingga kering.



Cara #5: Ia adalah normal jika anda risau untuk membuang air selepas bersalin. Jangan tahan dari membuang air, ia tidak menjejaskan luka anda.



Cara #6: Bersenam otot pelvik (kemutan bahagian peranakan) boleh menguatkan otot bahagian perineum.



Cara #7 : Elakkan dari sembelit. Rujuk artikel 6 cara elak sembelit dengan mudah.



Cara #8 : Ketika buang air besar, rapatkan bahagian luka dengan tuala berlipat atau tisu tandas bantu otot pelvik supaya kuat.





Anda perlu berjumpa doktor jika luka anda:

  • Bertambah sakit, atau sakitnya tidak berkurang
  • Ada cecair berbau keluar dari luka
  • Berlaku jangkitan (bengkak, mengeras dan rasa tidak selesa)


sumber : http://www.cyh.com/


Set Bersalin Terbaik Supaya Luka Cepat Sembuh


Set Bersalin Shaklee sudah menjadi pilihan ribuan wanita. Ramai ibu-ibu berpantang kelihatan cergas, luka cepat baik dan susu badan meriah dengan set bersalin Shaklee.



Vitalea : Bantu tambah darah selepas bersalin, bantu ibu lebih cergas. 

Bcomplex : Bantu kawal sistem saraf, kurangkan stress dan tambah tenaga ketika berpantang

Zinc : Bantu luka cepat sembuh

Vitamin C: Bantu penyerapan iron dari Vitalea, kuatkan imun badan supaya tidak mudah dijangkiti penyakit, cepatkan baik luka. 



Tambahan (optional):

ESP : bantu tambah susu badan, tambah tenaga si ibu

Ostematrix : Bantu hilangkan sembelit, hilangkan lenguh-lenguh badan

Alfalfa : Bantu kecutkan rahim, sebagai penggalak susu badan

Lecithin : bantu elak susu tersumbat, bantu bakar lemak supaya kembali slim selepas bersalin




Testimoni #1:

- Rasa Lebih Bertenaga walaupun bangun banyak kali waktu malam

- Jahitan yang terbuka,  hanya teruskan makan Shaklee






Testimoni #2:

- Rasa lebih bertenaga

- Badan cepat sihat





Testimoni #3

- Luka bersalin cepat sembuh

- Rahim kecut lebih cepat dari first baby

- Buang air lancar

- Berat hilang 11kg dalam masa 31 hari






Testimoni #4 

- Tak sembelit langsung

- Jahitan tak rasa sakit sangat , luka nampak cepat sembuh (hari ke 6)

- Nampak bertenaga tak macam first baby

- hari ke- 3 dah ada susu badan



Alami perbezaan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.
Berpantang tidak lagi sesuatu yang menakutkan. 

Hubungi saya HARI INI.


3 Rahsia Saya Berbisnes Online Secara Part Time Tanpa Mengadap Komputer 24 Jam

Bisnes Online menjadi pilihan ramai wanita sekarang. Ada yang ambil buat bisnes online secara part time, ada yang buat bisnes online secara full time.

Mudah dikendalikan dari rumah tanpa premis - ini adalah salah satu sebab utama ramai yang memilih berbisnes online berbanding berbisnes offline dengan premis.

 Itu juga adalah pilihan saya, memandangkan saya adalah seorang wanita berkerjaya full time di ofis. 






Berbisnes part time bukan mudah jika anak-anak berebut gajet kita terutama laptop dan handset. 

Sahabat saya dalam video di bawah mempunyai tips paling best nak elak rebut gajet dengan anak untuk wanita berbisnes online seperti saya. 






Bisnes Part Time Sangat Perlu Kini

Ramai yang sedar keperluan hidup sedang meningkat. Terutama apabila GST di implemen 1 April ini. Pelbagai barang yang dijual meningkat harganya tanpa kita rela.

Ya, siapa yang suka keadaan macam ni kan?

Cuba kita kaji perkiraan harga sebelum GST dan selepas GST seperti di bawah.

credit to FB Old Town White Coffee Malaysia

Dengan tanggungan anak lelaki 4 orang yang semakin membesar, saya memilih untuk membuat bisnes online part time (Shaklee) untuk menampung pembelanjaan sampingan dan menambah simpanan. 

Alhamdulillah walaupun tidak membuat secara Full Time, bisnes part time yang telah saya mulakan dari tahun 2012 membantu menambah pendapatan sampingan sehingga 4 angka.




Bisnes Online Tapi Tidak Mengadap Komputer 24 Jam?

Bila kata bisnes online, tapi tak mengadap komputer? Oh, macam pelik aje kan? 

Ya. Saya tetap menggunakan komputer tapi dengan cara yang lebih tersusun hasil didikan mentor saya. Saya memasarkan produk Shaklee melalui blog dan FB. 

Cara marketing yang betul sangat membantu saya manage masa saya antara kerja, bisnes part time, family dan masa lapang. 




3 Rahsia Saya Dalam Bisnes Online Tanpa Mengadap Komputer



Rahsia #1: Blog Marketing Memang Awesome

Cara pemasaran melalui blog sangat best. Dari blog, saya bukan sahaja dapat menjual tetapi lebih kepada berkongsi maklumat.

Pembaca blog mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan mereka, terjumpa blog saya, berminat dan membeli produk Shaklee.

Saya mengambil masa 2 jam sehari sahaja (biasanya dari 10.30 sehingga 12.30 malam) untuk update blog tanpa mengganggu masa saya bekerja pada waktu siang.

Blog saya pula akan bekerja 24 jam, bertindak sebagai 'kedai' yang membantu memaparkan kelebihan produk yang menjadi rebutan ramai orang.

Berikut adalah beberapa printscreen customer yang menjumpai blog dari ribuan customer yang pernah berurusan dengan saya.

Ya. Hanya dari blog.







Saya suka sangat menjual dari blog kerana saya seorang yang pemalu (ouch!). Tak perlu berurusan secara terus dengan pembeli seperti menjual dari kedai. 

Lagipun, saya tidak perlu menutup 'kedai' saya jika saya pergi bercuti atau balik kampung, kerana order masih masuk setiap hari tanpa gagal.

Pengalaman Paling awesome bilamana semasa sakit kontraksi bersalinkan Muhammad Amin, saya masih boleh pergi menghantar barang Shaklee kepada customer. 




Orang lain ada blog tapi tak boleh dapat sale pun?

Ya. Tidak diakui blog menjual Shaklee sangat banyak sekarang. Saingan untuk mendapatkan sale sangat tinggi, tetapi saya masih bernasib baik mendapatkannya.

Itu rahsia paling hebat ramai tidak tahu. Saya mendapat bimbingan mentor hebat dari iReach (satu group dalam Shaklee) yang diterajui oleh Master Zainul dan Master Lyna. 

Group bimbingan bisnes Online (blog) seperti SOLARIS PRO sangat membantu saya mencapai kejayaan seperti hari ini.


Memilih mentor yang betul sangat penting untuk berbisnes. Jika anda ingin berjaya dalam bisnes online, mentor yang berjaya adalah faktor penting menjejaki kejayaan yang sama.

Alhamdulillah, kini anak didik saya, Surya Baizura (pengedar Shaklee Sg Buloh) telah sama-sama berjaya mendapat bonus 3 angka melalui blognya Lovesihat.com. Ia adalah usaha yang berbaloi.




Rahsia #2: Aplikasi Schedule Post yang Membantu

Tidak dinafikan pemasaran melalui FB juga sangat membantu saya memperkenalkan blog dan produk Shaklee kepada rakan. 

Tetapi kekangan masa dengan kerja dan masa sangat membataskan saya post entry waktu perdana (waktu siang). Jadi, aplikasi schedule post seperti Buffer dan Hootsuite sangat membantu saya. 


Saya boleh menetapkan masa untuk FB memaparkan post saya lebih awal supaya saya tidak perlu mengadap komputer 24 jam.

contoh post yang saya post melalui Buffer




Rahsia #3 : Smartphone ada Internet adalah WAJIB


Saya sangat mementingkan pemilihan smartphone sebab ia Ofis Bergerak saya. Ia tidak perlu mahal (harga phone saya tak sampai RM1k) tetapi cukup laju untuk saya reply mesej dan membuat aplikasi asas dalam mempromote produk saya.

Ia juga merupakan tempat saya study pasal produk, coaching downline, membaca melalui e-book dan blog berinformasi dan membuat perbincangan bersama business partner on the go. 

Saya juga membuat poster melalui apps di handset. 

Poster yang saya buat melalui apps Pic Collage


Memang mudah berbisnes online jika tahu caranya. Pemilihan mentor yang betul sangat penting. 

Anda ingin berbisnes online tanpa korbankan masa bekerja dan masa bersama anak-anak? Hubungi saya kerana saya tahu caranya.

019-3816167 (Ida)
Pengedar Shaklee Seluruh Negara
Mentor Pemasaran Melalui Blog

Sunday, March 15, 2015

[Video] 7 Tips Legakan Sakit Belakang Untuk Ibu Menyusu

Biasa kita dengar tentang sakit belakang kerana mengandung. Mungkin berat badan bertambah dan menambah beban untuk ditampung oleh belakang badan.

Tapi sebenarnya sakit belakang kerana menyusu juga biasa dan adalah normal. Kebanyakan sakit belakang oleh ibu hamil adalah berpunca dari postur badan yang salah ketika menyusu.

Sakit belakang buat badan tak selesa. Nak buat apa-apa kerja pun terbantut. Nak ruku' ketika solat serta mendukung anak memang menyiksakan. Fuh!

Sakit sangat!


Jika anda rasa sakit ketika mendukung anak, wanita dalam video di bawah juga mengalaminya. Ikuti pengalaman beliau dan bagaiman beliau melegakan rasa sakit tulang dan belakang.


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.




Postur yang salah ketika menyusu

Ramai ibu menyusu mengadu bahawa belakang mereka sakit tapi ramai tak sedar kesalahan mereka ketika menyusu.


Ramai ibu-ibu menyusu termasuk saya sendiri menyusukan bayi secara membongkok. Bahu dan payudara dibawa ke arah anak sehingga memberi kesan kepada belakang kita. Menyusu ambil masa yang agak lama dan ia akan menyakitkan belakang badan.

Cara postur yang betul adalah dengan membawa anak dekat ke badan. Badan anak ditampung dengan bantal supaya lebih tinggi. Badan si ibu tidak perlu membongkok ke hadapan dan mengurangkan sakit belakang kepada ibu.



7 Cara Legakan Sakit Belakang untuk Ibu Menyusu

1. Gunakan tungku panas / Pad panas

Tungku panas boleh digunakan pada bahagian yang sakit. Pad panas boleh di letakkan pada bahu, leher dan belakang ketika menyusu.

Ia bantu otot untuk relaks dan kurangkan rasa sakit belakang ketika menyusu. Haba memang sangat membantu dalam kurangkan sakit.



2. Cuba Kedudukan Menyusu yang Berbeza

Banyak kedudukan untuk menyusu yang boleh digunakan oleh si ibu. Ada kedudukan 'football hold' dan ada kedudukan berbaring. Anda boleh cuba cara menyusu yang berbeza untuk kurangkan sakit belakang kerana menyusu



3. Menyusu di dalam carrier / wrap

Ini mungkin satu teknik baru, tetapi ia mungkin cara yang berkesan bagi kurangkan sakit belakang ketika menyusu.

Selain digunakan untuk memudahkan dukung anak ketika outdoor, ia juga boleh digunakan untuk menyusukan anak tanpa menyakitkan belakang. Carrier atau wrap boleh menyokong berat bayi dan bantu meletakkan bayi dekat kepada payu dara ketika menyusu.

Bukankah ia memudahkan? Sambil bekerja di rumah, sambil menyusu. Badan pun kurang sakit, anak selesa dalam carrier / wrap sehingga tertidur.



4.  Mengurut.

Mengurut adalah cara paling popular dalam kurangkan sakit belakang. Mengurut boleh kurangkan ketegangan otot yang sakit dan melancarkan edaran darah



5. Senaman regangan lembut.

Selain mengurut, otot yang tegang boleh dikurangkan dengan senaman. Senaman yoga seperti dalam video di bawah mungkin boleh membantu.



6. Akupuntur

Akupuntur adalah salah satu cara untuk legakan sakit belakang



7. Relaks dan kurangkan stress

Stress boleh menyebabkan tegangan kepada otot. Otot yang tegang boleh menyebabkan sakit belakang, leher dan baru. Jika rasa stress ambil jalan mudah untuk tenangkan diri kembali.

Cara untuk tenangkan stress.
[✔] Mengingati Allah


[✔] Mandi air panas

[✔] Berurut

[✔] Tidur

[✔] Fokus kepada penyusuan. Penyusuan boleh menenangkan.


http://hubpages.com/




Kurangkan Sakit Belakang dengan Shaklee.

Kekurangan kalsium juga adalah penyebab sakit belakang dan lenguh-lenguh badan. Ostematrix adalah pil Kalsium Shaklee yang boleh bantu kurangkan rasa sakit belakang dan lenguh-lenguh badan.

Hanya RM61 sebotol (120biji)



Testimoni






Dapatkan Ostematrix anda HARI INI


Rahsia Atasi Hb Rendah Ketika Hamil Paling Berkesan

Bila kita hamil, doktor akan sarankan kita makan dengan makanan penuh nutrisi untuk bacaan Hb yang baik. Setiap kali itu juga, kita akan dibekalkan dengan pelbagai vitamin tambahan termasuk iron supaya ia cukup dalam badan.

Ada ibu hamil yang culas makan pil iron dan akibatnya bila datang checkup Hb jadi rendah. Hb rendah bukan petanda baik untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.


Hb tu apa? 


Hb tu singkatan sukatan hemoglobin dalam darah yang akan diambil setiap kali checkup. Dari laman web medicinenet.com, Hemoglobin tu adalah molekul protein dalam sel darah merah yang bawa oksigen dari paru-paru ke sel-sel badan yang lain.

 Ia juga angkut semula karbon dioksida yang dilepaskan oleh sel ke paru-paru semula.


Nampak ceria kan wanita dalam video di bawah? Tapi sebenarnya beliau adalah wanita yang ada anemia/ Hb rendah setiap kali hamil. Ketahui apa tips beliau cegah anemia / Hb rendah sehingga tiada masalah lagi apabila mengandung kali ke 4.



Macamana nak tahu Hb kita rendah atau normal?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL.

Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

sumber : yourhealthshoppe.blogspot.com



Saya tak pernah ada anemia/ Hb rendah, kenapa masa mengandung kena Hb rendah pula?

Menurut web babycenter.com, semasa hamil, jumlah darah dalam badan akan meningkat sampai lebih 50 peratus. Ibu hamil perlukan ekstra iron untuk menampung lebihan darah itu.

Lagipun, iron yang lebih sangat penting untuk bayi dalam kandungan dan plasenta bayi juga. 

Risiko anemia / Hb rendah akan jadi lebih teruk apabila ibu hamil ada 'morning sickness' yang menyebabkan kurang selera makan dan muntah yang berlebihan. 



Kesan Buruk Hb rendah kepada Ibu Hamil

Kebanyakan ibu hamil yang mempunyai Hb rendah tidak perasan simptom seperti lemah, rasa pening, loya dan sebagainya kerana ia adalah simptom biasa untuk semua ibu hamil termasuk yang ada Hb normal.

Tetapi, risiko paling besar adalah jika ia bertambah teruk dan menjejaskan kandungan. Antara kesan buruk yang pasti kita tak nak terjadi adalah:

[✗] Kelahiran bayi pra-matang atau tak cukup berat

[✗] Tumpah darah ketika bersalin

[✗] Kemurungan selepas bersalin

[✗] Bayi mengalami anemia

[✗] Perkembangan bayi yang terjejas / lambat

sumber: webmd.com



Cara Atasi Anemia / Hb rendah dengan Berkesan

Ibu hamil perlu makan makanan yang ada iron untuk elakkan Hb rendah. Makan makanan yang seimbang nutrisinya dan pastikan ada kandungan iron yang tinggi.

Ambil 3 hidangan makanan tinggi iron sehari seperti

[✔] daging merah, ayam dan ikan

[✔] sayur berdaun dan hijau (bayam, brokoli, sawi)

[✔] bijirin yang tinggi iron

[✔] kekacang dan tofu

[✔] telur



Ibu hamil juga digalakkan ambil makanan tinggi Vitamin C untuk bantu penyerapan iron:

[✔] buahan sitrus dan jus (limau, anggur)

[✔] strawberi

[✔] kiwi

[✔] tomato

[✔] cili benggala



Atasi Hb Rendah dengan Shaklee



Bukan mudah untuk disiplinkan diri makan makanan tinggi iron dan Vitamin C 3 kali sehari semata-mata ingin tinggikan Hb. 

Anda dicadangkan untuk ambil 2 biji Vitalea dan 1 biji Vitamin C Shaklee setiap pagi.

Vitalea mengandungi iron yang boleh meningkatkan hemoglobin dalam darah
Hanya RM88 sebotol (120bj)

Vitamin C membantu penyerapan iron dalam darah
Hanya RM92.50 sebotol (180bj)

Vitalea dan Vitamin C perlu di makan serentak supaya lebih berkesan



Testimoni





Dapatkan SET TINGGIKAN HB DARAH anda hari ini.


Tuesday, March 10, 2015

Tips Kejayaan : Kenali 20% yang Jadikan Kita Kaya

Saya bukan seorang pemimpin yang hebat dan berjaya, tetapi saya ada passion ke arah itu. Saya belajar dari buku bagaimana untuk jadi pemimpin yang berjaya.

Buku yang sedang saya baca sekarang adalah Developing the Leader Within You.

Buku ini sangat menarik. Baru baca sedikit tapi sangat berminat untuk ulas satu point penting yang saya pernah dengar tapi tak pernah nak paham. 

Prinsip Pareto 20/80.


Atau atas nama lain, fokus pada 20 untuk dapat 80.

Paham ke paham?

Mesti belum faham lagi. Saya akan terangkan ikut ayat saya sendiri.


Sebelum saya terangkan lebih lanjut, saya nak share cara muhasabah diri paling simple yet berkesan untuk diikuti. Mentor saya Pn Lyna Noh ada 3 tips yang akan diceritakan dalam video ini.






Kita Kena Pandai Pilih Keutamaan / Prioriti

Dalam hidup kita, kita tak boleh fokus semua. Kalau kita fokus semua, satu benda pun tak jadi. Sebab tu, kita kena susun hidup kita ikut keutamaan. 

Kita lalui banyak benda dalam hidup, ada yang penting, ada kurang penting dan tidak kurang ada yang remeh. Yang penting beri value yang lebih untuk diri kita.

Jom kita uji diri. Sebagai seorang pelajar, mana yang penting, mana yang kurang penting dan mana yang remeh.

1. Menyiapkan tugasan : Penting / Kurang Penting / Remeh ?

2. Shopping: Penting / Kurang Penting / Remeh ?

3. Berniaga online: Penting / Kurang Penting / Remeh ?

Anda boleh jawab sendiri mana yang anda rasa perlu diberi keutamaan jika disituasi sebagai Pelajar.

Tugas kita sebagai pelajar adalah bermatlamat untuk mendapat result yang baik. Jadi 'Menyiapkan Tugasan' pasti keutamaan kita untuk capai matlamat kan?




Prinsip Pareto 20/80

Penurut prinsip ni, dalam hidup kita, 20% dari apa keutamaan kita menyumbang kepada 80% kejayaan kita capai matlamat, jika kita spend masa, tenaga dan duit dan macam-macam lagi untuk 20% itu.

Matlamat kita apa?
Contoh: Nak berjaya dapat sales dalam bisnes kita. 

Ada 20% aktiviti yang paling utama kita buat dalam bisnes yang menyumbang kepada 80% kita dapat sale. 

Contohnya saya yang buat part time dalam shaklee. Banyak aktiviti yang saya buat untuk mendapatkan sales dalam shaklee.

1. Update blog
2. Follow up return customer
3. Update FB dan Page
4. Coaching Downline
5. Sharing secara Offline
6. Buat e-book
7. Buat fb ads
8. Edar Flyers dan Business card
9. Sharing video testimoni customer
10. Buat webinar

Ini sekadar contoh sahaja. Ada yang saya betul-betul buat, ada yang saya suka-suka tambah aje.

Dalam list di atas, hanya no 1 dan 2 sahaja (20%) yang menyumbang kepada 80% sales saya. Baki lagi 8 list hanya menyumbang 20% sahaja dari sale saya. 

Nampak dengan jelas tak aplikasi pareto di situ?

Kalau nampak, apa perlu kita buat?




Fokus kepada 20% untuk Kaya.

Prinsip ni kata, habiskan masa 80% dari aktiviti bisnes kita pada 20% perkara tersebut. Fokuskan masa, tenaga, wang kepada keutamaan kita yang 20% itu sahaja. 

Jangan terkejut jika secara tidak sedar dengan fokus 20% ini, produktiviti bertambah berbanding anda nak cuba buat semua. Habis semua kita nak buat, satu benda pun tak dapat.

Yang penting, pemilihan 20% itu kena betul.

Orang kata Don't work hard, WORK SMART.





Aplikasi Prinsip Pareto sebagai Pemimpin. 

Dalam organisasi, ada 20% orang yang sgt efisyen bekerja sehingga menyumbang kepada 80% kejayaan satu-satu organisasi. Selebihnya hanya memberi 20% sahaja kejayaan. 



Dalam buku ni, John C Maxwell ada bagi tips macamana praktikkan prinsip ni sebagai pemimpin.

1. Kenalpasti 20% pekerja / anak buah yang hebat dan yang  rajin dan efektif bekerja.

2. Luangkan 80% dari masa konsultansi anda kepada mereka yang hebat ini

3. Spend kos pembangunan kendiri dalam organisasi untuk 20% pekerja efektif ini

4. Tugaskan mereka dengan 20% tugasan terpenting dalam organisasi. Agihkan kerja kurang penting kepada 80% pekerja yang lain dan dapat menyelamatkan pekerja hebat dari buat kerja remeh.

5. Arahkan 20% pekerja hebat membantu dan menyelia 20% pekerja yang kurang efisyen bekerja.



Saya sangat suka poin-poin yang dikongsikan oleh penulis buku ni. Sebagai seorang yang baru belajar untuk jadi pemimpin yang lebih baik, ia adalah tips yang mudah diamalkan dan sangat berharga untuk tingkatkan produktiviti sesuatu organisasi.

Saya gemar mencoret semula apa yang saya baca dengan mengulasnya dalam ayat sendiri. Ia dapat tingkatkan pemahaman saya sendiri yang masih belajar.

Semoga ramai dapat manfaat dari perkongsian ini termasuk saya yang menulisnya. 

6 Cara Hilangkan Mengantuk Supaya Tidak Terbabas Ketika Memandu

Mengantuk ketika memandu memang merbahaya. Bukan bahaya untuk diri kita, bahaya untuk keluarga kita, bahaya juga untuk pemandu kenderaan lain.

Apabila tiba musim perayaan, ramai yang akan travel jauh, balik kampung atau bercuti di tempat peranginan. Ramai pemandu yang suka travel dan memandu waktu malam.



Memandu malam memang lebih selesa, tapi ada risiko untuk mengantuk ketika memandu.

Iyelah, rasa sejuk dan selesa serta sunyi memang buat kita rasa mengantuk dan nak tidur. Kalau memandu siang, tak tahan rasa panas pula.

Huaaargh.




Sahabat saya dalam video ini memang HANTU KOPI. Setiap kali mengantuk dia minum kopi. Tapi, apa yang kawannya sarankan sehingga dia tidak lagi hantu kopi memang TAK DIJANGKA..


Tak lagi jadi HANTU KOPI bila mengantuk ! from iReach HD on Vimeo.




Ada 6 Tips yang boleh para pemandu untuk cuba hilangkan mengantuk ketika memandu.


1. Makanan ringan
Sebelum memulakan perjalanan jauh, jangan lupa beli makanan ringan untuk di makan ketika memandu. Anda boleh beli kekacang atau kerepek yang boleh di makan ketika memandu.

Dengan mengunyah makanan ringan, ia mungkin kurangkan rasa mengantuk dan anda akan rasa lebih segar.

Pilihan kami adalah kacang Badam Roasted atau Asam-asam. Ada juga perhentian Rehat dan Rawat (R & R) yang menjual buah-buahan segar sebagai snek pengganti junk food.





2. Mendengar radio atau audio pilihan yang menarik.
Tentu bosan ketika memandu malam, terutama bila rakan dan ahli keluarga yang travel dah selamat tidur dengan lenanya. Bila kita bosan, masa ini lah rasa mengantuk.

Pasanglah channel radio pilihan atau pasang CD lagu kegemaran yang rancak-rancak dan tidak mendayu-dayu. Jari juga mungkin terikut-ikut menjentik stereng kereta mengikut rentak.

Anda boleh juga memilih CD audio ceramah atau info berilmu yang boleh menambah ilmu sambil memandu. Otak yang 'aktif' dengan berfikir pasti mampu menghilangkan rasa mengantuk bagi sesetengah orang.





3. Tidur Sebentar
Bila dah mengantuk sangat, ada yang sanggup memandu lagi sehingga kereta ke kiri dan ke kanan. Ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang lain juga.

Berhentilah di hentian terdekat atau stesen minyak untuk tidur sebentar. Berhati-hati pilih tempat untuk berhenti, jangan pilih yang sunyi dan berbahaya. Ambil masa dalam setengah jam untuk tidur sebelum teruskan perjalanan.

Anda pasti rasa lega apabila bangun dari tidur dan akan lebih segar memandu selepas itu. Cara hilangkan mengantuk ini paling berkesan jika tiada cara lain untuk kekal segar ketika memandu.





4. Bercerita dengan rakan/ partner
Setiap kali balik ke kampung, saya sering guna strategi bercerita dengan suami yang memandu. Biasanya kami sering pulang ke kampung pada waktu malam.

Untuk mengelakkan beliau berhenti untuk tidur di hentian(untuk elakkan dari lambat sampai), saya akan bercerita perkara yang menarik supaya suami kekal alert dengan pemanduan.  Itupun jika saya juga masih segar dan tidak mengantuk.





5. Basuh Muka dengan Air.
Sebelum mula memandu terutama travel jauh, pemandu digalakkan untuk menyediakan air mineral berdekatan dan mudah diambil. Ia berguna untuk hilangkan mengantuk dengan basuh muka dengan air.

Lebih menyegarkan jika air itu adalah air sejuk. Memang terkejut segala urat di muka dan hilang rasa mengantuk serta merta.





6. Minum air berkafein atau isotonik
Inilah adalah cara paling famous di kalangan pemandu. Ia mudah, tak perlu berhenti (jika ingin tidur), dan sekaligus menghilangkan dahaga.

Walaupun begitu, kandungan air isotonik dan berkafein ini kebanyakannya bukan amalan yang baik. Ia mengandungi kadar kafein yang tinggi, serta gula yang tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan.




Menghilangkan Mengantuk dengan Cinch Tea Shaklee.


Ambillah Cinch Tea Shaklee yang memberi tenaga untuk anda. Anda akan tak rasa mengantuk lepas minumnya. Itulah pengalaman sahabat saya dalam video di awal tadi.

Apa Kandungan Cinch Tea ni?


Dia ada 4 jenis ekstrak tea yang special. Cinch Tea sahaja ada rumusan hebat macam ni. Dia ada:

1) Matcha Green Tea Powder
2) Red Tea Extract
3) White Tea Extract
4) Rooibos Red Tea Extract


Anda bebas untuk bancuh ia dengan air panas atau air sejuk. Ataupun boleh tambah perisa lain seperti lemon dan halia. Lagi UMPH dan menyelerakan.


Testimoni Cinch Tea Shaklee



Berminat membeli Cinch Tea? Sekotak Cinch tea ada 28 sachet tea. Banyak sachet.


Dapatkan CINCH TEA Anda Hari INI.




Sunday, March 8, 2015

12 Cara Berhenti Merokok Paling EFEKTIF

"Apa yang susah sangat berhenti merokok?"




Senanglah dia cakap kan, dia tak merokok. Serius. Ia tidak semudah yang ramai orang jangka untuk berhenti merokok. Sampai kena masuk klinik berhenti merokok macam brader kita dalam video di bawah ni.

Brader ni dah merokok dari zaman sekolah lagi (ops).. Berapa belas tahun dah merokok tu. Masih boleh BERHENTI MEROKOK. Respek la bro.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.



Ia adalah satu kejayaan luar biasa untuk perokok berhenti merokok. Kejayaan terhebat mengalahkan menang Anugerah Juara Lagu ..(eh, ke situ pula.. kihkih)

Ramai dah cuba macam-macam cara. Sampai ada yang menggigil-gigil tahan ketagihan merokok. Bila dah mula nak berhenti merokok, tengok kawan merokok, dah teringat-ingat rokok.

Faktor persekitaran memang banyak menjadi penyebab perokok kembali merokok.


Berikut adalah 12 cara anda boleh cuba untuk berhenti merokok dengan berkesan. 



Cara Berhenti Merokok #1: Tekad yang kuat

Buat senarai apa kebaikan yang ada dapat dan jimat dengan berhenti merokok.

Berikut adalah 13 senarai kebaikan yang boleh bantu anda: *SILA TAIP & TAMPAL

1. "Saya akan panjang umur jika saya berhenti merokok" 
Satu dari dua perokok mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

2. "Saya dapat selamatkan diri dari bahan bahaya"
Asap rokok ada hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

3. "Saya boleh cegah diri dari penyakit"
Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.

4. "Saya lebih sihat jika berhenti merokok"
Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok


5. "Saya boleh cegah diri dari mudaratkan orang lain"
Ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan

6. "Saya menjadi contoh yang baik terutama keluarga dan anak-anak"

7. "Saya akan lebih cergas, dan badan lebih sihat"

8. "Deria bau dan rasa saya akan lebih baik"

9. "Gigi saya putih dan nafas saya segar"

10. "Rambut dan pakaian saya bebas dari asap rokok"

11. "Saya boleh jimatkan wang. Sangat banyak"
Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

12. "Saya boleh lindungi alam sekitar"
Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran

13. "Saya lebih subur untuk dapatkan anak"

Senarai ini sangat bagus untuk anda baca, lihat hari-hari dan seeloknya TAMPAL di tempat yang mudah anda lihat. Ia adalah amalan yang baik jika anda baca hari-hari dan berazam untuk berhenti merokok dengan cepat. 




Cara Berhenti Merokok #2: Berfikir positif

Katakan pada diri "Syabas, akhirnya saya dapat berhenti merokok". Abaikan godaan kata-kata kecil yang ingin mengajak anda untuk merokok semula.

Beri penghargaan kepada diri jika berjaya menahan diri dari beli rokok. Anda wajar dihargai kerana menahan diri dari beli rokok bukan mudah. Ia satu kejayaan besar.

Guna duit yang biasa anda guna untuk beli rokok dengan beli barang kesukaan yang menggembirakan. Reward diri. Ia satu kepuasan.




Cara Berhenti Merokok #3:  Set target masa

Berhenti merokok secara mengejut memang tak mudah. Anda mungkin boleh menyakitkan diri sendiri. Sangat tersiksa. 

Oleh itu, buat target masa secara berkala. Mula-mula, tahan diri untuk beberapa jam. Setelah berjaya, extend lagi untuk beberapa hari. Kemudian, untuk beberapa minggu.

Makin lama, rasa ingin merokok akan berkurang. Don't push yourself too hard. Ambil masa anda, set target dan akhirnya pasti berjaya.




Cara Berhenti Merokok #4: Sokongan dari rakan dan ahli keluarga.

Persekitaran juga tidak kurang pentingnya untuk bantu anda berhenti merokok. Rakan dan ahli keluarga boleh bantu anda untuk saling ingatkan supaya tidak merokok. 

Dorongan dari orang tersayang mungkin boleh membantu menguatkan semangat anda untuk berjuang berhenti dari merokok.




Cara Berhenti Merokok #5: Banyakkan tidur.

Menahan diri dari merokok memang siksa. Asyik terbayang-bayang. Melawan diri dari godaan kata-kata kecil memang memerlukan kekuatan jiwa.

Rehatkan minda dengan banyakkan tidur. Ia merehatkan minda anda dari sentiasa memikirkan untuk merokok.




Cara Berhenti Merokok #6:  Sibukkan diri dengan aktiviti

Berseorangan dan bosan sangat bahaya untuk perokok. Keadaan ini boleh 'menggoda' perokok supaya merokok.

Cari aktiviti yang menghalang anda untuk bersendirian. Bersenam, bekerja atau berbasikal adalah aktiviti mudah untuk lupakan anda dari rasa ingin merokok. Biarkan masa terluang anda penuh dengan aktiviti yang memenatkan.

Ia mungkin berbaloi dan membantu.




Cara Berhenti Merokok #7: Pergi ke tempat larangan merokok.
Habiskan masa di luar dengan berada di tempat larangan merokok. Lagi best bila ada signboard "Kompaun RM300 jika anda merokok di sini"

Sudah pasti tidak berbaloi jika anda masih ingin merokok tetapi duit melayang.




Cara Berhenti Merokok #8 : Minum air kosong dengan banyak.

Cuba untuk minum air kosong yang lebih banyak dari sebelumnya. Air boleh buang racun dalam badan.

Ia juga boleh jarakkan diri dari keinginan untuk merokok. Mungkin lama-kelamaan keinginan untuk merokok boleh hilang, dan berjaya berhenti merokok untuk sekian kalinya.




Cara Berhenti Merokok #9: Cari pengganti rokok
Apabila dalam beberapa hari pertama gagal untuk berhenti merokok, cubalah untuk menggunakan pengganti rokok, seperti: gula-gula getah. 

Ini boleh membantu menyingkirkan kebiasaan mencari rokok yang akhirnya boleh membantu berhenti merokok.




Cara Berhenti Merokok #10: Cuba akupunktur

Akupunktur adalah kaedah semula jadi yang boleh bantu hilangkan rasa ketagih pada nikotin tanpa rasa sakit. Ia juga boleh bantu kesan selepas berhenti merokok seperti tekanan psikologi, rasa murung dan rasa cemas kerana nikotin.

Ia bantu badan jadi lebih sihat dan otak lebih mudah berfikir.




Cara Berhenti Merokok #11: Sibukkan diri selepas makan

Masa yang biasa untuk perokok 'layan' rokok mereka adalah selepas makan. Memang dah terbiasa, tak boleh nak ubah.

Jadi, lepas makan, sibukkan masa dengan perkara lain. Mungkin terus gosok gigi atau bersenam. Idea ini nampak mudah tapi praktikalnya sangat susah. Memerlukan azam yang tinggi untuk berjaya.




Cara Berhenti Merokok #12: Minta nasihat doktor. 

Ia mungkin cara terakhir untuk dapatkan nasihat doktor bantu kurangkan ketagihan dan seterusnya berhenti merokok.

Mungkin ada ubat atau cara terbaik yang boleh diperolehi dari pakar kesihatan atau doktor demi menjayakan misi besar ini.



Cara Mudah Berhenti Merokok Dengan Vivix 

Pengakuan Brader kita kat dalam Video tadi (sila scroll atas) memang mengagumkan.

Macam-macam cara dia dah buat. Makan nikotin, pergi klinik berhenti merokok. Tapi tak berjaya. Lepas cuba vivix, rokok yang dia hisap jadi tawar.


Vivix memulihkan DNA dengan cara membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. 

Vivix Shaklee BUKAN terapi pengganti nikotin. Tapi ianya terapi membuang nikotin.

Sebagai bonus Vivix Shaklee juga akan meningkatkan pretasi jantung dan kadar metabolisma perokok. Ini kerana Vivix akan menyebabkan sel-sel menjadi aktif menghasilkan tenaga. Jantung dapat berfungsi dengan baik.

Apa kata Dr Fyda Noh?





Ikhtiar Berhenti Merokok

Pernah dengar ada orang berhenti merokok lepas minum Vivix? Walaupun dah merokok lebih 10 tahun, tapi senang2 ja boleh berenti.

Soalnya bagaimana?


Memang worth baca sampai habis.

1. Ketagihan kepada rokok disebabkan oleh nikotin. Vivix membantu membuang nikotin dari darah, otak & organ lain. Bila nikotin dah tak ada, rasa ketagih pun hilang.

2. Orang merokok ni, dia ada rasa satu 'feel' bila hisap rokok. Sebab tu bila tak hisap rokok, otak dia rasa lain macam & memanggil2 untuk hisap rokok balik sebab nak dapatkan balik 'feel' tu.

Vivix boleh beri dia 'feel' tu, jadi takla dia cari rokok.

3. Vivix mengurangkan simptom withdrawal bila dia berhenti merokok. Simptom ni boleh jadi teruk juga sampai ada orang kata badan dah bergantung kepada nikotin jadi terkejut bila takde sumber nikotin. In sha Allah, Vivix boleh redakan kejutan tu.

Sebaiknya Vivix diambil bersama DTX yang berfungsi mencuci hati kerana dalam hati pun banyak toksin berkumpul.

Of kos, Vivix ni bukan ubat jadi mungkin perlu ambil masa sikit. Sedangkan ubat untuk berhenti merokok pun ambil masa.

Jangan berhenti berharap. Bebaskan rumah anda daripada asap rokok.



Dapatkan Vivix anda HARI INI. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...