Monday, April 21, 2014

4 Fungsi GLA untuk Lelaki yang Ramai Orang Tidak Tahu

GLA berkait rapat dengan perempuan, tetapi sebenarnya lelaki juga boleh makan GLA. GLA adalah satu bahan yang biasa terdapat dalam borage oil dan evening primrose oil. Ia adalah sejenis asid omega-6 yang bantu kurangkan keradangan dan galak pertumbuhan sel.

Ada 4 Fungsi GLA untuk Lelaki, dan semestinya tak ramai pun orang tahu mengenainya.





1. Diabetes

GLA ada lemak asid yang boleh bantu badan tukarkan kepada sejenis bahan namanya prostaglandin E1 (PGE1). Pesakit Diabetes, lelaki dan perempuan yang ada masalah metabolisme cenderung untuk tidak dapat hasilkan GLA oleh badan. GLA bantu kurangkan simptom berkaitan saraf yang sering dialami oleh pesakit diabetes.






2. Ekzema

Golongan lelaki yang mengalami ekzema sering dikaitkan dengan masalah kekurangan GLA. Satu kajian mendapati lebih dari 1200 pesakit ekzema dan dermatitis memberitahu, GLA bantu untuk mengurangkan kegatalan, edema dan kemerahan pada kulit. Kajian lain juga ada membuktikan GLA membantu meredakan ruam pada kulit yang mengalami alergi.





3. Arthritis (sakit sendi dan lutut)

Golongan Lelaki yang mengalami rheumatoid arthritis boleh mengambil GLA kerana kandungan GLA yang bertukar ke PGE1 menghasilkan kesan anti-keradangan. Kajian dari Glasgow Royal Infirmary, Scotland membuktikan 60 peratus pesakit rheumatoid arthritis yang ambil GLA dan digabungkan dengan minyak ikan mengalami perubahan ketara namun keputusannya masih tidak konsisten.






4. ADHD dan Sindrom Letih yang Kronik

GLA mampu bantu lelaki yang mengalami attention deficit/hyperativity disorder (ADHD) dan Sindrom Letih yang Kronik. Kajian dari The Herb Growing & Marketing Network mendapati dua pertiga dari kanak-kanak yang ADHD mengalami perubahan setelah mengambil GLA.

sumber: http://www.livestrong.com

dapat GLA Shaklee hari ni dengan harga  RM91





dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz


Resepi Sihat: Smoothie Hijau Yang Sedap (Bayam, Pear dan Halia)

Resepi Smootie ini sesuai untuk detoks dan bersihkan usus secara semulajadi. Boleh cuba buat, sedap dan berkhasiat.




Bahan - Bahan

1 1/2 cawan air (boleh diganti dengan air kelapa atau susu)
2 cawan bayam (dibasuh dan dikeringkan)
1 biji buah pear (dibuang biji dan di potong dadu)
1 susu besar jus lemon
1 sudu besar halia yang telah disagat
1 sudu besar flaxseed (ditumbuk)
Madu untuk perisa

Masukkan semua di dalam blender dan kisar.



dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Sunday, April 20, 2014

Rahsia Luka Ceaser Cepat Kering - Set Berpantang Terbaik

Set berpantang dan bersalin Shaklee memang digemari ramai kerana sangat berkesan membantu ibu berpantang dan bersalin berpantang dengan sihat dan cergas. Set Berpantang Shaklee tidak terhad untuk ibu yang bersalin secara normal, tetapi juga secara ceaser. Walaupun bersalin secara ceaser biasanya tidak mengalami sakit contraction yang sangat sakit, namun risiko yang di alami oleh ibu adalah tinggi.

Ibu yang bersalin ceaser perlu menjaga luka ceaser dengan lebih teliti. Sakit yang di alami selepas bersalin adalah lebih mencabar dari yang bersalin normal. At least kena tunggu 6 bulan, sebelum melakukan benda-benda lasak dan berat. Luka kena betul-betul kering dan badan lebih cergas.


Bagaimana nak bagi luka cepat sembuh?

Kena banyak makan makanan ada unsur zinc. Zinc boleh cepatkan baik luka. Paling senang, boleh dapatkan set lengkap berpantang dari Shaklee sebab ada milkbooster sekali. Susu badan akan lebih banyak dan badan lebih cergas sepanjang berpantang.

Jom lihat testimoni Set Berpantang Shaklee bagi ibu bersalin ceaser


Seorang customer yang bersalin ceaser telah mencuba set bersalin Shaklee dan hasilnya sangat mengagumkan. Beliau bandingkan pengalaman bersalin dengan yang sebelum ini, tetapi kali ini sangat berbeza selepas ambil set berpantang Shaklee. Luka ceaser dah kering dan susu melimpah-limpah. Antara vitamin yang memberi kesan ini adalah:



Zink & Vitamin C:  Luka bersalin cepat kering dan badan lebih bertenaga.





ESP dan Alfalfa: Membantu membanyakkan susu badan dan badan tidak lesu. Organ dalaman wanita juga berfungsi dengan lebih baik, boleh bantu detoks usus dari kotoran supaya nutrien dapat diserap dengan lebih berkesan.



Bacaan lanjut: --> Senarai lengkap vitamin dalam Set Bersalin Shaklee beserta Testimoni.

Berminat?
Cara Order.
SMS / Wassap 019-3816167(ida)

Friday, April 18, 2014

Parut Stretch Mark yang Degil Boleh Hilang?

Stretch mark memang tidak nampak cantik pada kulit. Ramai antara kita sangat inginkan jika stretch mark ini boleh hilang. Ia sangat hodoh dengan jaluran kemerahan dan ungu dan biasa ada pada perut, peha dan mungkin payu dara.

Macamana wujud stretch mark?

Kulit kita boleh meregang dan fleksible, tetapi jika ada bahagian badan yang meregang dengan cepat, kolagen pada kulit yang mengikat sel kulit akan terganggu. Sebab inilah terbentuknya stretch mark. Stretch mark biasa wujud pada kulit wanita hamil, tetapi ia juga boleh wujud pada orang yang terlebih berat badan atau obes.


Ada juga wanita hamil dan telah melahirkan anak, tetapi stretch mark pada badan tidak hilang. Kekal dan 'degil' untuk dihilangkan. Mereka cuba makan pil, dan sapu pelbagai krim dan minyak tetapi ia tetap ada. Ia menambah stress dikalangan wanita yang semulajadi inginkan kulit kembali menjadi cantik seperti asal.


Ada ke cara paling baik untuk hilang stretch mark?

Ya. Produk Shaklee boleh membantu.

Jom baca apa kata rakan kita yang berjaya ini.


Wah. ia satu berita baik!

Pengambilan ESP Shaklee boleh bantu pudarkan stretchmark.


Apa tu ESP Shaklee? 
ESP Shaklee adalah sejenis minuman protein berasaskan soya dari Shaklee. Ia adalah Hot Seller Shaklee dan menjadi rebutan ramai kerana banyak kelebihannya.


Bagaimana ESP boleh bantu hilangkan parut Stretch Mark?
ESP adalah sejenis minuman protein. Protein penting untuk pembinaan sel pada badan. Ia juga sangat penting dalam pembentukan kolagen kulit (tisu penyambung kulit) dan memulihkan parut stretch mark yang hodoh. Maka, kesan stretch mark akan hilang, dan kulit kembali cantik seperti biasa.


Berapa Harga ESP Shaklee?
Hanya RM160 setin dan tahan lebih kurang sebulan setengah jika diambil setiap hari.

BERMINAT?
SMS / Wassap 019-3816167 (ida) 


dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

"Buat Apa Nak Jadi Ahli Shaklee, Saya Tak Mahu Bisnes" - Alasan Paling Tak Logik

"Buat apa nak jadi ahli, saya bukan minat nak bisnes pun"

Itulah kenyataan yang sering diterima oleh saya apabila mengajak menjadi ahli Shaklee. Ramai orang di luar sana salah faham bahawa menjadi ahli Shaklee bukanlah untuk bisnes semata-mata, untuk makan sendiri pun digalakkan menjadi ahli.

Ada dua kategori ahli Shaklee.

Pertama: Menjadi Ahli Shaklee untuk makan sendiri dan bisnes

Kedua: Menjadi Ahli Shaklee untuk makan sendiri sahaja.

dan kategori yang kedua adalah lebih ramai berganda-ganda berbanding kategori yang pertama. Jangan tak tahu yang mereka telah membuat pilihan yang super duper BIJAK.

Kenapa saya kata begitu? Kerana 3 sebab:



1. Sebab pengguna Shaklee yang jadi ahli sebab nak makan sendiri PANDAI BERJIMAT
Dalam era semua harga barang naik, kita banyak berhati-hati untuk membeli. Selagi boleh, kita akan pilih yang paling murah setanding kualiti kan? Nak beli barang kat kedai murah, nak beli alat elektrik waktu Sale, nak beli tudung takde jenama asalkan selesa. 

Dalam Shaklee, dengan menjadi ahli, anda dah boleh beli harga dengan harga 20%-30% LEBIH MURAH. Tak ke untung tu? Contoh barang A yang berharga RM136, tetapi harga ahlinya hanya RM109. Berapa beza tu? 

RM27 tauuu.

Banyak tuuu. Boleh makan tengahari lebih dari 3 hari. Itu belum harga produk yang lebih mahal. Lebih banyak penjimatan boleh kita dapat.



2. Sebab pengguna Shaklee yang jadi ahli TAKKAN BELI UNTUK SEKALI JE.
Ya. Vitamin yang kita makan bukan seperti produk handbag dan kasut yang boleh tahan lama. Ia akan abis bila kita makan kan? Handbag dan kasut pun ada orang beli setiap bulan. OPSS.

Yang pasti, produk seperti vitamin Shaklee yang semulajadi dan terbukti berkesan pasti kita beli setiap bulan atau beberapa bulan sekali. Maka, sebagai pengguna tegar, alangkah ruginya jika melepaskan peluang menjadi ahli kerana ia sangat berbaloi.



3. Sebab kebanyakkan pengguna Shaklee TIDAK akan sekadar membeli untuk DIRI SENDIRI.
Lebih dari 80% pengguna tegar Shaklee akan menggunakan peluang sebagai ahli Shaklee untuk membelikan vitamin kepada ibu ayah, anak-anak, kakak, adik, isteri, suami malahan tunang dan jiran pun ada.

Dan yang paling mengejutkan, ada di antara mereka tak perasan yang mereka LAYAK untuk mendapat cash balik yang Shaklee bagi sebab TERBELI banyak untuk bulan tertentu. 

Tiba-tiba, dapat bonus.
Tiba-tiba, dapat cashback.
BESTNYA.
Padahal takde terniat pun nak berbisnes.

Haaaaaa. Macam tak percaya kan??
Percayalah!


Macamana Nak Jadi Ahli Shaklee walaupun tak mahu bisnes?

Ada 2 cara yang sangat mudah:
1. Hanya RM75 (tiada hidden charge)
2. Free membership apabila membeli barangan RM680.

BERMINAT?
SMS/ Wassap 019-3816167 (ida)

Wednesday, April 16, 2014

Jadi Leader Untuk Diri Sendiri: Beri Ganjaran

Kita ada impian, kadang-kadang impian kita tak tinggi mana pun, tapi kita je yang malas. Malas nak belajar, malas nak update blog jualan, malas nak cuba benda baru. Kadang-kadang pula kita takut. Takut nak cuba benda baru takut apa org kata. Takut nak letak impian, nanti tak capai rasa frust.

Takut dan malas biasa terjadi kepada kita. Siapa yang ikutkan 2 benda tak baik ni, takde apa pun dia boleh capai, nak berjaya apatah lagi. Orang tak suka, orang tak nak ambil bekerja dan macam-macam halangan dan benda tak best kita akan dapat. Kita sendiri tak suka orang malas dan takut tak bertempat ni kan?

Macamana nak lead atau ajak diri sendiri untuk bermotivasi, kurangkan malas dan takut?

Banyak cara. Salah satu yang saya nak kongsi dan rasa berkesan kepada diri sendiri adalah dengan Beri Ganjaran.

Camne tu?

Konsep dia sama macam kita bekerja. Kalau Bekerja dapat duit. Kalau tak keje, satu benda pun tak dapat. Kita apply benda ni kat diri kita sendiri. Kat sini saya senaraikan langkah-langkah yang anda boleh cuba.

1. Setkan apa yang kita nak capai
"Saya nak siapkan buat ebook hari ni"

2. Setkan masa yg kita nak capai
"Ebook akan siap jam 4.00 petang ni"

3. Sediakan ganjaran untuk diri sendiri jika dapat siap pada waktunya. Ganjaran adalah subjektif, berbeza mengikut kesukaan masing-masing. Tak perlu mahal pun, sekadar termampu.
"Saya boleh makan Tutti Frutti hari ni"

4. Take Action --> Siapkan apa yang kita nak capai PADA WAKTUnya.

5. Jangan manjakan diri. Be firm!!!
"Takpelah aku tak siap pun, esok boleh buat lagi" <---- NO NO NO

6. Jika dapat capai, Silalah beri ganjaran. Dont lie to yourself. WAJIB beri dan nikmati ganjaran anda sepenuh hati.
"Yeay, dapat makan Tutti Frutti my faveret flavour"


Kita bukan sahaja dapat GANJARAN yang kita setkan, malahan lebih penting lagi, kita mampu siapkan tugasan yang biasanya kita suka tangguh. Seronok kan?

Tak percaya? Cubalah. Anda pasti nak buat lagi.

~ Kegemaran saya adalah belanja diri sendiri di Secret Recipe. hihi

Monday, April 14, 2014

Boleh Menjahit Semula Lepas Makan Carotomax

Woho. Testimoni hebat ni pasal Vitamin Mata yang terkenal dari Shaklee. Carotomax!

Masalah mata rabun adalah masalah sejagat. Orang muda kena rabun jauh, yang berumur kena rabun dekat. Bila orang yang berumur kena masalah rabun dekat, mula lah kena tempah cermin mata. Mata pun dah kurang terang, segala perkara sukar nak buat.

Kalau dulu, boleh menjahit sampai ambil upah menjahit, kini sukar lagi. Kalau dulu, lancar membaca, kini sukar dah nak tengok bila dah umur meningkat. Walaupun ia adalah perkara biasa, namun kita boleh ikhtiar untuk kurangkan masalah mata, dan boleh melihat dengan lebih selesa.

Walaupun Carotomax bukan hanya untuk kesihatan mata, tetapi ia lebih terkenal dengan jolokan Vitamin Mata. Dengan mengamalkan Carotomax secara konsisten, dengan izin Allah, masalah mata dapat dikurangkan.


Semak kandungan Carotomax yang HEBAT --> Vitamin untuk Mata Rabun


Jom lihat testimoni seorang rakan tentang Carotomax. Selama sebulan selepas memberi mak mertuanya makan Carotomax, masalah mata telah berkurangan dan boleh menjahit semula. Mak mertuanya juga boleh mengaji dengan lebih lama. Satu berita yang menggembirakan.






Hanya RM74 sahaja sebotol, kesannya mungkin sangat mengujakan. Cubalah Carotomax Shaklee dengan harga murah (tak sampai RM100 pun), berbanding mendapatkan pembedahan mata yang berkali-kali ganda lebih mahal.

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Resepi Sihat : Tilapia Percik Dari Buku Chef Hanieliza

Saya sangat suka buku chef hanieliza ini. Setakat ini saya dah cuba 2 resepi, dan memang menjadi. Buku terbaru beliau adalah " Kompilasi Resipi Warisan". Memang best.

Semalam saya cuba resepi Tilapia Percik. Memang resepi yang diberi mudah dan sedap. Anak saya makan sampai bertambah-tambah. Tilapia dan negeri pahang memang tak boleh dipisahkan.

saya cuba buat menggunakan pemanggang ajaib

Inilah mukasurat yang saya rujuk

Buku terbaru Chef Hanieliza yang semua orang patut ada.


Maaflah, saya tak dapat sertakan resepi di sini, kerana ia adalah hakcipta buku, saya tidak berhajat untuk promote buku ini, tapi memang RECOMMENDED untuk semua ibu-ibu, berkerjaya atau suri rumah. 

Kuih-kuih tradisional pun ada. Best! Hanya RM37 sahaja. 

Cara masak seperti bakar dan panggang amat digalakkan untuk kesihatan. 

7 Sebab Jom Hebat Mega Lebih Hebat Dari Jom Heboh

Jom Heboh tu memang la pernah dengar. Jom Hebat Mega tu amende pulak?

Ternyata siapa yang tak tahu pasal Jom Hebat Mega pasti rugi. Nak tahu apa tu Jom Hebat Mega?
 Jom Hebat Mega adalah acara tahunan geng kami, pengedar Shaklee yang berkumpul untuk saling memberi inspirasi sesama kami. Master Zainul dan Master Lyna adalah upline hebat yang telah menyatukan kami di Jom Hebat Mega 2014.

Ape ke benda yang best sangat Jom Hebat Mega ni sampai jauuuuhhhhh lagi FANTASTIK dari Jom Heboh.


Ada 7 sebab yang ramai tak TERDUGA.
Anda akan setuju JOM HEBAT MEGA lebih hebat dari JOM HEBOH lepas baca 7 sebab di bawah.



sumber gambar blog ilham family sihat
1. Penganjur kami adalah Jutawan Shaklee

Ehem. Abislah pecah rahsia Master Zainul dan Master Lyna. Pandai-pandai je saya buat cerita kan? Tak percaya? Boleh terjah dan interview mereka di group iReach, group yang di asaskan oleh Master-master ini.

Klik di sini --> Group FB iReach

Eh, tak boleh masuk? Oh..MAAF
Lupa nak bagitahu. Ia khas untuk downline susur galur mereka sahaja.





sumber gambar blog fazillahabdulghani
2. Special untuk jutawan dan bakal jutawan Shaklee

Kalau Jom Heboh boleh dihadiri segenap lapisan masyarakat, Jom Hebat Mega ini diadakan sangat special untuk jutawan dan bakal jutawan Shaklee sahaja. Ada di antara yang hadir pakai baju sempoi, tudung bawal takde jenama apatah lagi tudung Bokitta, mungkin yang tiada handbag jenama malahan backpack..tapi income bulanan cecah 5 angka. Fuh. Keajaiban dunia yg tak terungkap.





sumber gambar : momsavenues.com
3. Perkongsian info setanding program motivasi ribuan ringgit

Takde yang keluar dari program ini dengan rasa penat dan letih macam pergi Jom Heboh, tetapi mereka keluar dengan semangat MOTIVASI baru, membara. Berapi-api. Mana mungkin tidak, jika semua info dan ilmu yang dikongsi setanding menghadiri program motivasi berbayar ribuan ringgit. 

Pengalaman seorang cikgu manage masa di antara kerjaya paling MULTITASKING di Malaysia dengan business Shaklee. Seorang cikgu juga merangkap kerani, pegawai sukan, pegawai pendaftar, pegawai IT, pelukis mural, pengadil sukan, pengiring pertandingan dan macam-macam lagi (suami saya juga cikgu)..tapi masih boleh mencapai income 4 angka dengan Shaklee. Satu lagi keajaiban dalam Jom Hebat ini.




sumber gambar: auravitamin.com
4. Ada selebriti tapi bukan untuk menyanyi

Jom Heboh ada pentas nyanyi beserta selebriti, Jom Hebat Mega juga ada pentas dengan selebriti terkenal tanah air.. Tuan Amin Idris. Penulis faveret buku Magnet Diri ini benar-benar magik dalam 'menambah api' dan semangat kepada semua jutawan Shaklee yang hadir dalam Jom Hebat Mega ini. Peserta sangat terhibur dan tak kering gusi dengar perkongsian beliau.




sumber gambar : auravitamin.com
5. Ada Forum KAIN PELIKAT.

Eh, dah macam Raja Lawak pula bunyinya. Forum khas perkongsian suami-suami dalam support bisnes istri. Tak dinafikan kebanyakan yang aktif sebagai pengedar Shaklee adalah geng isteri, tapi SPECIAL FORUM ini benar-benar memberi semangat kepada isteri mendengar bagaimana suami-suami menyatakan sokongan mereka untuk sama-sama maju dalam bisnes Shaklee




sumber gambar : auravitamin.com
6. Perasmian group hebat iReach.

iReach? Apa tu?
Group ni dah lama wujud dengan nama lain, tetapi untuk memberi fungsi yang lebih dalam group khas bawah Master Zainul dan Master Lyna ini, ia dibuat rebrand kepada iReach. Sebutan sahaja dah beri motivasi..

I (saya).. Rich (kaya)  ---> JUTAWAN

tapi sebenarnya ia mempunyai makna jauuuuuuhhhhhh lebih hebat. Fuh.

i : Saya/Aku/I

- R: Respect.Hormat menghormati

- E: Excel. Cemerlang

- A: Able. Serba-Boleh

- C: Care. Ambil Berat/Ambil Peduli

- H: Humble.

Haaaaaa..... hebat tak?
Kitorang diberi nama dan nafas baru untuk lebih meningkatkan KOMITMEN dalam bisnes dengan mempunyai gelaran ala-ala engineer gitttewww.

iR Ida Fadliza (woho. bangga tau!)

Apa bestnya group ni? Kami ada pelbagai sumber untuk belajar maju dalam bisnes ini. Kami ada sumber dan diajar bagaimana dengan duduk depan komputer sahaja, bisnes kami mampu capai unexpected income. Tak boleh reveal banyak-banyak.. Nak tahu, kena JOIN kami jadi ahli.



sumber gambar : auravitamin.com
7. 'Tambah duit', bukan buang duit

Jom Heboh ada pelbagai gerai jualan yang ada promosi hebat, sampai tak sampai hati kalau tak beli..tapi kami di Jom Hebat dapat 'tambah duit' yang berganda-ganda. Mana taknya, pelbagai tips ganda income dikongsi dalam Jom Hebat Mega ini. Semangat berganda, ilmu motivasi berganda, kasih sayang sesama suami istri berganda. Hamboi, semua benda bertambah-tambah la, bukan duit aje.



Tak rugi kalau anda tak join.
Tapi anda TERLAJAK UNTUNG kalau join kami, susur galur iReach ini.

Obses dengan group ini? --> Silakan untuk anda fikirkan apapun tentang kami..
JANGAN TERKEJUT jika dapat tahu ada ahli dari group lain merayu-rayu untuk masuk group ini kerana istimewa dan special yg tidak dijangka.

Join Kami semurah RM75.
namun anda dapat tips yang banyak dan teristimewa.
hubungi saya HARI INI.
iR Ida Ifaz --> 019-3816167

Tuesday, April 8, 2014

Tips Uruskan 4 Anak Di Awal Pagi Tanpa Maid

Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat. Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja.

Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik.

Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 4 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu.

Antara tips yang membantu saya:

1) Bereskan pada waktu malam
Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri.

Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.



2) Bangun awal pagi.
Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. Biasa juga berlaku sesuatu yang unexpected, seperti anak muntah dan anak membuang air serta perlu di cuci.

Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap. So, bila ada lebih masa, kita boleh hadapi unexpected things lebih mudah.



3) Tenang-tenang aja
Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan.

 Huh. Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.

Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 - 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. Jika tidak, mood kita akan terjejas. Memang payah, perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.




4) Delegasi kerja urusan sendiri
Bagi saya yang tiada pembantu, segala urusan menggosok baju saya 'delegasi'kan ke kedai dobi, kerana walaupun weekend, saya masih lagi tidak sempat meluang masa untuk menggosok baju.

Ibu-ibu yang mempunyai masa boleh siapkan gosok baju sendiri pada hari weekend untuk seminggu hari bekerja. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan elektrik jika gosok baju sekali gus untuk seminggu. Urusan ini sangat ambil masa jika kita perlu membuatnya di awal pagi selain menguruskan anak.




5) Mohon bantuan anak
Anak yang berumur 5 tahun ke atas sudah pandai uruskan diri mereka sendiri serba sedikit. Menyiapkan beg sendiri, menolong mengangkat beg adik, membantu mengemas katil boleh dilakukan jika kita tolong ajar dan tunjukkan.

Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.



6) Kekuatan Spiritual dan Mental
Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan. Pergantungan kepada Allah paling penting untuk elak stress.

Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. Kuatkan mental dengan mengulang ayat "Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya"

Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. Satu lagi tips, tukarkan perkataan "MASALAH" dengan "CABARAN". Perkataan "Masalah" menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.

Saya dan 4 Anak Lelaki (Afiq, Arif, Abid dan Amin)

Tips ini mungkin berbeza dari ibu-ibu yang lain. Ada banyak lagi tips yang lebih baik. Semoga perkongsian tidak seberapa ini boleh membawa manfaat kepada rakan-rakan.



Update 2016
4 hero saya dah besar. 2 daripadanya dah sekolah rendah.






dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Sunday, April 6, 2014

Vitamin Shaklee untuk Pelajar Terlajak Bijak

Pelajar universiti dan kolej sekarang ni banyak yang lesu dan letih. Banyak assignment nak disiapkan, makan yang tak teratur, tidur lewat dan kerap stress. Saya faham keadaan seorang pelajar kerana saya juga pernah jadi pelajar dan sekarang juga bekerja sebagai pensyarah dan berhadapan dengan pelajar. Kekurangan nutrien dan vitamin adalah pasti.

Macamana nak cukup vitamin, makan pun ala kadar aje. Nak jimat bajet, dan kadang-kadang tak cukup nak makan. Makan maggie adalah lumrah biasa oleh pelajar. Jimat dan cara paling cepat untuk kenyang, walaupun sebenarnya makanan itu sangat tidak bagus untuk otak. Stress dengan tugasan juga adalah normal. Tak cukup tidur juga salah satu punca stress. Otak juga sukar berfungsi dengan baik untuk mengingat dan memproses maklumat.

Sebagai pelajar, vitamin sangat penting untuk kekalkan tenaga dan bagi otak berfungsi dengan baik. Takdelah asyik migrain dan tak sihat aje.

Set Vitamin untuk pelajar adalah Vitalea, Bcompleks dan Omega Guard. 


Vitalea.
Seorang pelajar selalu makan tak tentu dan banyak skip nutrien penting dalam makanan seimbang. Maka, banyak vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan selalu tak cukup. Vitalea bantu pelajar cukupkan semua nutrien penting dalam badan. Vitalea ada 28 vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan. 2 tablet sehari sudah cukup untuk mengembalikan tenaga kerana Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi iron yang bantu lancarkan edaran darah. Bila edaran darah lancar, kita akan jadi lebih cergas dan sihat.

Bcompleks.
Bcompleks bantu tukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga. So, ia akan bantu kurangkan rasa mengantuk setelah makan. Mata yang kuyu akan kembali segar. Selain itu, ia boleh kawal fungsi saraf dalam badan dan kurangkan stress. Sila klik link di bawah untuk ketahui benarkah Bcompleks mampu kawal stress.

Bacaan lanjut:  BCompleks Boleh Kawal Stress?

Omega Guard
Omega Guard adalah sejenis minyak ikan terbaik yang boleh bantu mencerdaskan otak dan membuatkan pelajar lebih fokus. Menurut satu sumber dari learningfundamental.com.au, 40% daripada pelajar yang ambil omega 3, menunjukkan peningkatan mendadak dalam pembelajaran, membaca, mengeja dan tingkahlaku. Omega Guard boleh diambil sebanyak 2 biji, 2 kali sehari.


dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Friday, April 4, 2014

15 Kelebihan Bawang Putih Yang Sangat Mengagumkan

Bawang putih terkenal sejak dulu lagi kerana kelebihannya untuk merawat pelbagai penyakit. Ia sangat mudah di dapati dan boleh di makan secara mentah atau di masak. Mudah dicampur dalam makanan lain atau makan begitu sahaja. Itu pun kalau boleh tahan baunya yang 'enak'

Kita biasa guna bawang putih untuk tumis, dan baunya sangat sedap ketika menumis. Mak mertua saya ada petua untuk masak ayam goreng berempah yang sedap, tumbukkan bawang putih dan gaulkan dengan kunyit dan garam sebelum digoreng. Umph. sangat sedap.

Tahukah anda banyak kelebihan bawang putih untuk kesihatan? Jom semak dengan 15 senarai di bawah.

1. Antibakteria 
Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria dan antivital. Ia membantu kawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli dan Salmonella enteritidis.




2. Untuk merawat jangkitan kulit. 
Bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mampu rawat jangkitan pada kulit seperti ringworm




3. Mencairkan darah
Ciri-ciri anti-gumpalan pada bahan kimia dalam bawang putih bantu elak terhasilnya gumpalan darah dalam badan. Namun begitu, ia boleh menyebabkan risiko pendarahan ketika pembedahan.




4. Mengurangkan tekanan darah.
Angiotensin II adalah sejenis protein yang bantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah. Allicin, bahan kimia dalam bawang putih bantu elak angiotensin II berfungsi dan bantu rendahkan tekanan darah. Polysulphides, bahan kimia yang ada dalam bawang putih ditukarkan kepada bentuk gas dipanggil hydrogen sulphide oleh sel darah merah. Hydrogen sulphide membesarkan saluran darah dan bantu kawal tekanan darah.




5. Melindungi jantung
Bawang putih melindungi jantung dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Ciri-ciri perlindungan ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Melalui faktor umur, arteri semakin lama semakin sukar mengembang. Bawang putih boleh kurangkan masalah ini dan mungkin boleh bantu lindungi jantung dari kesan buruk radikal bebas.  Bahan kimia yang mengandungi ciri sulfur dalam bawang putih mampu elak saluran darah dari tersumbat dan melambatkan proses atherosclerosis(arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal pada bahan kimia dlm bawang putih elak gumpalan terjadi dalam saluran darah.




6. Merendahkan paras kolestrol
Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolestrol dan kurangkan pembentukan plak arteri




7. Melawan alergi
Bawang putih dikenali dengan ciri-ciri anti radang. Ia membantu badan melawan alergi. Ciri-ciri ini adalah terhasil dari diallyl sulphide dan thiacremonone. Bawang putih didapati boleh meningkatkan keberkesanan kepada radang alergy rhinitis. Jus Bawang putih mentah boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada ruam atau gigitan serangga.




9. Petua untuk masalah pernafasan

Penggunaan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan kebarangkalian terkena demam dan selsema. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria dalam merawat tidak selesa pada tekak. Bawang putih juga mengurangkan jangkitan pada saluran pernafasan dibahagian atas. Ia juga membantu mengurangkan masalah asma dan susah nak bernafas menyebabkan ia menjadi bahan yang amazing.




10. Diabetes.
Bawang putih meningkatkan penghasilan insulin dan mengawal paras gula dalam darah pesakit diabetes.




11. Berkesan keatas ketuat
Meletakkan ekstrak bawang putih yang dihancurkan ke atas ketuat boleh mengurangkan kesan ketuat itu.




12. Mengurangkan risiko barah
Pengambilan bawang putih setiap hari didapati boleh mengurang risiko terkena barah. Ia ada ciri-ciri anti barah kerana terdapat allyl sulphides ada dalam bawang putih. PhlP, sejenis heterocyclic amine (HCA) adalah bahan yang dikaji meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita. Menurut satu kajian, diallyl sulphide didapati di dalam bawang putih boleh menghalang pembentukan/penukaran PhlP kepada karsinogen.





13. Meningkatkan fungsi iron
Ferroportin adalah protein yang bantu dalam penyerapan dan pembebasan iron. Diallyl sulphides dalam bawang putih tingkatkan penghasilan ferroportin dan bantu tingkatkan fungsi iron.




14. Sakit gigi

Hanya letakkan bawang putih yang dihancurkan kepada gigi yang sakit dan ia boleh bantu mengurangkan sakit gigi kerana ia ada ciri-ciri anti bakteria dan analgesic. Tetapi, perlu hati-hati kerana ia mungkin memberi kesan yang tidak selesa kepada gusi.




15. Kurangkan Berat Badan

Banyak kajian mendapati obesiti juga adalah salah satu radang peringkat rendah untuk jangka masa yang lama. Menurut kajian juga, bawang putih boleh bantu kawal penghasilan sel lemak dalam badan. Pre-adipocytes ditukar ke sel lemak melalui sistem radang. Ciri-ciri anti radang di dapati dalam bawang putih boleh bantu elak pertukaran ini. Ia mungkin boleh elak penambahan berat badan.

sumber:http://health.india.com

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...