Semasa hamil, badan kita hasilkan lebih darah untuk bantu perkembangan bayi dalam kandungan. Apa yang bantu ibu hamil untuk hasilkan lebih darah?
Pastinya nutrien penting dalam pemakanan termasuk zat besi dan nutrien lain. Jika ibu hamil tidak dapat zat-zat itu, maka badan tidak dapat hasilkan darah yang lebih.
Nampak ceria kan wanita dalam video di bawah? Tapi sebenarnya beliau adalah wanita yang ada anemia setiap kali hamil.
Ketahui apa tips beliau cegah anemia sehingga tiada masalah lagi apabila mengandung kali ke 4.
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
Jangan takut jika anda hamil dan mempunyai anemia. Anemia sederhana adalah normal. Namun begitu, ibu hamil berisiko menghadapi anemia yang lebih teruk jika kekurangan zat besi dan nutrien lain.
Anemia akan menyebabkan ibu hamil mudah penat dan lemah. Jika ia tidak diatasi segera, ia mampu menyebabkan komplikasi lebih teruk seperti kelahiran bayi pra-matang.
Terdapat 3 Jenis Anemia Ketika Hamil
- Anemia kekurangan Zat Besi
- Anemia kekurangan Folate
- Anemia kekurangan Vitamin B12
1. Anemia kekurangan Zat Besi
Anemia jenis ini berlaku apabila ibu hamil tidak mendapat zat besi untuk hasilkan cukup hemoglobin dalam badan. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah. Ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.Anemia kekurangan Zat Besi menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen yang cukup ke tisu badan.
Anemia jenis ini adalah yang paling banyak berlaku kepada ibu hamil .
2. Anemia kekurangan Folate.
Folate atau nama yang sering kita biasa dengar adalah Asid Folik. Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Badan memerlukan folate untuk menghasilkan sel-sel baru termasuk sel-sel darah merah yang sihat.Semasa hamil, wanita memerlukan folate yang lebih, biasanya tidak cukup dengan sekadar dari diet sehari-hari. Disebabkan ini juga, badan kita tak boleh hasilkan sel darah merah yang cukup untuk bawa oksigen ke tisu seluruh badan.
Kekurangan folate juga boleh menyebabkan kecacatan pada kelahiran bayi seperti saluran tiub saraf tidak normal (spina bifida) dan bayi kurang berat.
3. Anemia kekurangan Vitamin B12
Badan kita perlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Seorang wanita mengandung yang tidak mendapat Vitamin B12 yang cukup tidak dapat hasilkan sel darah merah yang cukup.Biasanya ia berisiko kepada wanita yang tidak makan daging, makanan tenusu dan telur. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dan kelahiran pra-matang/ tidak cukup bulan.
Wanita yang mempunyai risiko yang lebih mengalami Anemia
- Wanita yang mengandung kembar
- Wanita yang jarak mengandung dekat dengan terdahulu
- Wanita yang kerap muntah kerana alahan
- Wanita remaja yang mengandung
- Wanita yang tidak makan makanan yang cukup dengan zat besi
- Wanita yang ada anemia sebelum mengandung lagi
SET HAMIL SHAKLEE
Dapatkan Set Hamil Shaklee untuk mengurangkan masalah Anemia kepada ibu hamil.
TESTIMONI SET HAMIL SHAKLEE
TESTIMONI 1:
Dapatkan SET HAMIL SHAKLEE untuk elak ANEMIA hari ini.
Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz