Tuesday, April 7, 2015

4 Strategi Menangkap Pelajar Meniru | Pengalaman Sendiri Menangkap 14 Orang Pelajar Meniru

Sekarang musim peperiksaaan di tempat saya bertugas. Setiap kali musim peperiksaan, saya sangat merindui menjaga peperiksaan, kerana kini saya sudah tidak bertugas kerana menjawat jawatan Ketua Program.

Saya pernah mencoretkan strategi ini di sini, blog personal saya yang telah bersawang. 

Ya, strategi ini adalah berdasarkan pengalaman 7 tahun menjaga exam dan berjaya menangkap 14 orang pelajar meniru. Saya pun tak tahu saya ada skill unik ini, sehinggalah saya berjaya menangkap 4 orang sekaligus dalam satu dewan peperiksaan. 

Student meniru salah satunya sebab mereka tak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Mungkin apa yang mentor saya kata dalam video di bawah ini betul. Kasihan kepada mereka


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.


Yang salah tetap salah. Meniru adalah satu kesalahan dalam peperiksaan. Mungkin apa yang saya kongsikan ini boleh membantu pensyarah lain mengesan pesalah yang tak rasa bersalah ini.

Ia mungkin juga berbeza mengikut keadaan dan situasi. Tidak mungkin boleh menjadi panduan kepada semua orang.

(copy paste dari blog personal saya ye. )




Mengimbau kenangan zaman menjaga exam, saya suka jaga exam semester akhir. Siap bagitau kat pembuat jadual pengawas exam supaya letakkan saya mengawas kelas semester akhir. 

Haha. 

Kalau jaga semester awal, saya akan mengantuk.. sebab mereka masih baru dan tak 'panjang akal' macam pelajar semester akhir. Tak pasti pula keadaan sekarang ini.

Jom kenalpasti adakah strategi saya praktikal untuk dicuba.

Jeng. jeng. jeng


Strategi pertama: Tengok tempat mereka duduk.


Saya boleh mengesyaki pelajar meniru bermula dari mereka masuk ke dewan dan memilih tempat duduk. 

Biasanya pelajar yang hendak meniru akan memilih tempat di tepi sekali atau di belakang sekali. Mereka bukan tergolong dari orang yang datang lambat. Cerdik juga mereka ni.



Strategi kedua: Kepala mereka sentiasa tegak, dan suka mencari mana pengawas


Biasanya, pelajar yg menghadapi peperiksaan akan tunduk khusyuk menjawab. Mereka hanya angkat kepala ketika mereka berfikir dan melihat kosong kesuatu tempat, jika mereka tengok kita sebagai pengawas, mereka tak akan tengok lama. Muka tenang dan tiada masalah.

Pelajar yang ingin meniru, suka mencari di mana pengawas berada. Jika kita berada di belakang mereka pun, mereka akan toleh. 

Sangat Obvious!

Kenapa jadi macam tu? Sebab nak pastikan 'line clear'. Saya suka lihat telatah mereka yang hendak meniru di dewan besar sebab ruang yang besar. Bila ada yang tercari-cari di mana pengawas, saya akan mengesyaki mereka.




Strategi ketiga: Mereka takkan buat apa-apa a.k.a menulis kertas jawapan ketika pengawas dekat, tapi masa kita jauh, sibuk menulis cepat-cepat.


Biasanya, setengah jam pertama, mereka takkan meniru dulu. Ya. Pengawas boleh bersenang-lenang pada setengah jam yang pertama. 

Kenapa? 

Mengikut pemerhatian saya, pada waktu ini, mereka sedang membaca soalan dan tercari-cari soalan mana yang fit dengan 'toyol' yang mereka bawa. 

Haha, hebat tak tekaan saya. Kalau tak percaya anda cubalah. Mereka akan start meniru pada sejam selepas peperiksaan bermula. Ingat senang ke nak bina kekuatan untuk buat salah! Berani kerana benar, Takut kerana salah!
Lain la kalau mereka tu dah expert.




Strategi keempat: Mereka menyimpan 'toyol' dicelah-celah kertas soalan/ jawapan. 


Strategi ini mungkin tidak tepat. Tapi, biasanya saya berjaya dapat. 

Seorang pelajar yang saya syaki, saya akan ambil masa selama 15 minit untuk tangkap. Saya akan dengan selamba, menuju kepada pelajar tersebut dan terus mengibas-kibas kertas soalan dan jawapan tanpa rasa bersalah. 

Tanpa rasa bersalah ok! Jangan teragak-agak pula.

Jika tiada, kita hanya bagitau pelajar bahawa kita hanya buat pemeriksaan biasa sahaja. Awas, perkara ini mungkin menggangu pelajar dan pelajar lain yang sedang menghadapi peperiksaan. 

Confirmkan dahulu yang pelajar ini membawa 'sesuatu', baru lakukannya.

Pelajar wanita kini semakin cerdik. Ada diantara mereka yang menyorokkan nota di celahan baju kurung dan digulung baju kurung supaya sukar dijumpai. 

Berhati-hatilah.

Strategi Terbaru 

Strategi terbaru sekarang adalah menggunakan handset, handset semakin nipis, boleh slide plak tu. Ramai yang telah tertangkap dengan meniru cara begitu. Lagi mudah tangkap sebenarnya.


Ada satu sahaja cara untuk seorang pelajar 'mengalahkan' saya dari mengesan dia meniru. 

Sepanjang saya menjaga exam, ada seorang pelajar membuat perkara ini, dan saya gagal mengesan dia meniru walaupun saya confirm dia ada membawanya. 

Nak tahu? Rahsia... nanti ramai yang buat.

Soalan Paling Kelakar

Ayat paling kelakar saya dapat masa tangkap pelajar meniru:

"Macamana puan boleh nampak saya meniru? Puan ada pasang CCTV ye?"

Mungkin dia tak sangka, saya boleh nampak dia bawa 'toyol'
Haha. Kuasa Allah. Saya hanya dipinjamkan kekuatan dan kelebihan sahaja.


Pesanan kepada mereka yg meniru

Orang sekarang ramai yang pelik, kenapa kerja kuat tapi duit tak pernah cukup. Kenapa dapat pangkat tinggi, tapi tak rasa bahagia, ada sahaja musibah datang.

Itu tanda rezeki tak berkat. Bila kita guna kelayakan diploma / degree dengan cara tidak betul, pasti outcome pun tak dapat dengan betul. 

Moga sama-sama mengambil pengajaran dari pesanan ini.

Anda pernah meniru, dan pernah merasa ketidakberkatan rezeki? Hayati pesanan mentor saya ini sekali lagi. Mungkin cara yang beliau anjurkan membantu anda mensucikan harta anda.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...