Sunday, July 28, 2013

Kelebihan dan Cara Daftar Ahli Shaklee yang Pasti Anda Tidak Akan Lepaskan

Pernahkah anda terfikir untuk mendaftar sesuatu perniagaan secara suka-suka tetapi at last rupanya dapat income lebih?

Pernahkah anda terfikir untuk menambah simpanan dalam bank sehingga ribuan ringgit?

Pernahkah anda terfikir untuk bebas dari hutang?

Ya.

Anda pasti tidak terfikir semua itu apabila mendaftar menjadi ahli Shaklee. Sangat RUGI jika anda pengguna Shaklee tetapi tidak mendaftar menjadi ahli. Kelebihan dan Faedah yang anda akan dapat tidak mungkin anda terfikir selama ini.


Kelebihan menjadi ahli Shaklee #1:

Anda bebas membeli barangan Shaklee tanpa perlu tawar menawar dengan seller Shaklee yang lain. Sebab apa? Sebab anda boleh beli dengan Harga Ahli. Harga Ahli adalah 10% hingga 20% beza dengan harga runcit. Ia sangat menguntungkan.

"Ala. Kawan Saya bagi saya harga ahli. Buat apa saya jadi ahli?" 

Oh. Anda Silap. Sila baca kelebihan menjadi ahli Shaklee yang kedua.


Kelebihan menjadi ahli Shaklee #2:

Anda boleh mengumpul points setiap kali pembelian produk Shaklee. Dengan pengiraan point yang tertentu, anda akan mendapat pulangan duit oleh Shaklee sebagai bonus pembelian. Produk Shaklee adalah produk berkualiti dan pasti habis apabila dimakan. Ia produk yang dijamin mempunyai permintaan kerana ramai orang sekarang sudah 'celik' untuk jaga kesihatan mereka.

"Ala.. Saya bukan nak bisnes pun. Saya nak makan sendiri-sendiri aje"

Jangan terkejut jika saya katakan 90% dari penjual tegar Shaklee malahan yang telah mendapat bonus 4 angka bermula mendaftar Shaklee hanya untuk kegunaan sendiri. Rasa jatuh cinta dengan produk ini membuatkan mereka sangat teruja untuk berkongsi kebaikan dan kelebihannya dengan orang lain. Anda juga PASTI merasa begitu.


Kelebihan menjadi ahli Shaklee #3:

Anda ada peluang mendapatkan barangan Shaklee dengan harga promosi yang lebih rendah dari harga Ahli. Ini kerana Shaklee akan menetapkan satu produk promosi setiap bulan yang hanya ditawarkan kepada Ahli Shaklee sahaja.

Yang pasti harga produk ini LEBIH RENDAH dari harga ahli. Anda perlu mendaftar menjadi Ahli Shaklee untuk menikmatinya.

Contoh produk promosi adalah GLA untuk bulan Julai 2013 dan Mealshake untuk Jun 2013.


Kelebihan menjadi ahli Shaklee #4:

Anda juga berpeluang mendapat Car Bonus dengan point yang telah dikumpul.


bersambung..

Sunday, July 21, 2013

5 Makanan Utama Penyebab Kanser / Barah

Kanser sememangnya penyebab kematian utama di negara kita. Kanser payu dara musuh utama wanita, kanser usus, kanser rahim dan macam-macam jenis kanser. Walaupun pelbagai makanan kesihatan dimakan, dan langkah-langkah mengelak kanser diambil, namun jika makanan yang dimakan tidak dikawal, ia juga tidak mampu elak kita dari kena kanser. 

Adakah anda tahu makanan penyebab kanser adalah makanan yang sedap-sedap, yang biasa kita makan sehari-hari. Bukan bermakna kita tak boleh ambil makanan-makanan ni, tapi pengambilannya kena di kawal. 

Jom semak apa makanan penyebab kanser

1. Minuman Berperisa

Kita biasa jumpa banyak air yang dijual di pasaraya samada dalam kotak dan botol. Minuman ini ada dalam bentuk kordial, soda dan jus buatan. Kajian dalam jurnal Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention" ada menunjukkan mereka yang mengambil air soda 2 kali atau lebih dalam seminggu mempunyai 87% risiko terkena kanser pankreas berbanding mereka yang tidak mengambil minuman ringan. 

Ada juga kajian yang menunjukkan ada kaitan antara air berperisa ini dengan kanser perut dan usus. Agak mustahil jika kita fikirkan air yang biasa kita minum boleh menyebabkan sel sihat kita jadi kanser, namun, ia adalah penggalak dalam penghasilan sel tumor dan mempertingkatkan penghasilannya dengan lebih cepat. Takut kan?

Oleh itu, jom banyakkan minum air kosong dan jus buatan sendiri.

Jom baca : 10 kelebihan minum air untuk badan



2. Kentang Goreng.

Kentang goreng adalah makanan paling utama dalam menu makanan segera kalau kita makan di restoren fastfood kan? Namun, ramai tidak sedar kentang goreng adalah antara makanan penyebab kanser utama. Elemen utama yg menyebabkan ia jadi begitu kerana 3 benda; ia ada minyak terhidrogen, trans-lemak dan acrylamide (bahan bahaya yg terhasil dari produk yg dimasak secara deep frying).

Acrylamide adalah ejen penyebab tumor dan juga merupakan neurotoksin yang kuat, yang mempunyai kesan buruk bukan sahaja pada otak, tetapi juga kepada sistem pembiakan. Sememangnya, makanan tinggi karbohidrat seperti kentang sememangnya sudah menghasilkan Acrylamide apabila digoreng, jika deep-frying, apatah lagi banyaknya.



3. Donut

Donut termasuk dalam makanan yang menjadi penyebab kanser kerana gabungan cara masakannya (deep-frying), tinggi kandungan gula, dan dimasak menggunakan bahan karbohidrat bertapis (refined carbohydrate) atau tepung yang telah diproses. Gabungan 3 perkara ini yang menjadi penggalak pertumbuhan sel tumor dan kanser.



4. Hot Dog

Daging yang telah diproses dan diperam boleh menyebabkan kanser perut dan masalah lain dalam sistem penghadaman. Ia menjadi lebih bahaya apabila bahan pengawet utama seperti sodium nitrate dicampurkan dalam hot dog atau produk daging yang lain. Makanan ini memang sedap, dan menyelerakan tetapi pengambilannya harus dikawal kerana ia boleh menyebabkan kanser perut.




5. Daging Bakar

Apabila sebarang makanan organic seperti haiwan dan tumbuhan terbakar, satu bahan toksik dan mutagenik terhasil. Perasan tak, kalau kita makan sate, kita kan dihidang sekali dengan timun yang bersifat antioksida bagi menyeimbangkan karbon yg terhasil pada sate tersebut. Ia boleh menyebabkan kanser perut dan usus dan mendatangkan masalah pada sistem penghadaman.



sumber: http://www.livestrong.com/article/81614-top-cancer-causing-foods/

Bagi mengurangkan risiko kanser, kita digalakkan makan makanan tambahan mengandungi tinggi antioksida seperti Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A.



Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Friday, July 19, 2013

Vitamin E dan Kesuburan Suami Isteri

Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat bagus untuk mengelakkan serangan radikal bebas ke pada sel tubuh kita. Ia juga sangat baik untuk jantung, aliran darah dalam badan, membantu mengurangkan risiko PMS dan tidak lupa juga kepada sistem reproduksi badan.

Vitamin E sesuai di makan untuk meningkatkan kesuburan lelaki / suami dan perempuan / isteri.


Kebaikan Vitamin E untuk kesuburan lelaki. 

Selalunya kekurangan Vitamin E biasa dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki. Lelaki yang mengambil cukup vitamin E akan meningkatkan kualiti sperma, menjadikannya lebih cergas bergerak. Ia meningkatkan kebarangkalian kepada wanita untuk mengandung. 

Ia juga boleh mengurangkan risiko kecacatan sperma yang menyebabkan kecacatan kelahiran dan keguguran. Ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan Vitamin E oleh lelaki dalam beberapa bulan boleh meningkatkan kesuburan sehingga 10%.


Kebaikan Vitamin E untuk Kesuburan Wanita

Ramai yang tidak tahu peranan Vitamin E membantu wanita untuk hamil. Vitamin E lebih serasi dengan kecantikan kulit wanita. Namun, Vitamin E juga memberi peranan penting dalam meningkatkan kesuburan wanita. 

Vitamin E boleh meningkatkan kandungan cecair mukus dalam serviks wanita. Sperma boleh lagi hidup dalam serviks wanita dengan lebih lama apabila cecair mukus mencukupi dan banyak. Ia membantu meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. GLA juga mempunyai kandungan Vitamin E.

Sila baca : GLA membantu wanita untuk hamil

Vitamin E juga mengurangkan risiko kecacatan telur wanita dan juga boleh mengurangkan masalah kecacatan ketika melahirkan dan keguguran.

sumber: http://www.conceiveeasy.com/get-pregnant/vitamin-e-and-fertility/
Dapatkan Vitamin E Shaklee anda sekarang. Hanya RM 149 (120biji)


dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Monday, July 15, 2013

12 Tips Berpuasa untuk Ibu Hamil Supaya Elak Lembik Sampai Petang

Berpuasa ketika hamil mungkin membawa masalah kepada sesetengah ibu. Walaupun Islam mengharuskan ibu hamil untuk berbuka jika risau akan membawa mudarat kepada ibu dan bayi, ia masih boleh dilakukan dengan mengamalkan 12 tips berikut:




Ketika sahur:

Tip 1: Ambil makanan tinggi protein dan lemak ketika sahur pada kuantiti yang betul. Kedua-dua jenis makanan ini lambat dihadam oleh perut dan kurang rasa memperlahankan rasa kenyang di siang hari.

Tip 2: Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Zinc juga untuk menambah kecergasan badan.

Tip 3: Tidak digalakkan makan makanan yang mempunyai gula yang tinggi ketika sahur supaya badan tidak lesu disebabkan kejutan insulin (insulinshock)

Tip 4: Minum air sebanyak mana yang boleh sebolehnya sebanyak 2 liter. Minum susu ketika sahur boleh mengurangkan risiko anemia untuk ibu hamil / mengandung.






Ketika Berpuasa

Tip 5: Kuatkan semangat ketika sedang berpuasa dan ceriakan diri walaupun sedang hamil / mengandung.

Tip 6: Dapatkan rehat yang cukup.

Tip 7: Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga yang lebih, seperti aktiviti di padang atau yang memerlukan kerahan otak yang lebih. Elakkan stress yang keterlaluan dan buangkan sikap suka marah dan baran.

Tip 8: Jika berlaku perkara-perkara berikut, ibu hamil / mengandung disaran membatalkan puasa:


  • Muntah lebih dari tiga kali dan dikhuatiri menyebabkan dehidrasi
  • Cirit-birit dan diikuti dengan pedih ulu hati
  • Hidung berdarah, ia menunjukkan badan anda tidak sihat
  • Sangat lemah, pening dan mabuk dikhuatiri tanda hypoglycemia, atau disebabkan kekurangan nutrien pada kandungan
  • Mengalami peluh sejuk yang luar biasa, ia menunjukkan kita sudah betul-betul lemah untuk meneruskan puasa. 



Ketika Berbuka

Tip 9 :Mulakan berbuka puasa dengan air sedikit manis dan suam untuk meningkatkan paras gula dalam darah, tetapi tahap gula pastikan terkawal. Elakkan minum air sejuk kerana ia akan melambatkan proses perut memproses makanan.

Tip 10: Ibu hamil / mengandung seterusnya boleh mengambil makanan berkarbohidrat yang ringkas supaya mudah diserap dan di hadam seperti kurma.

Tip 11: Selepas maghrib, barulah kita digalakkan makan makanan pada kadar yang banyak tetapi janganlah terus makan sekaligus. Makan banyak sekaligus akan menyebabkan badan lesu. Selepas solat terawikh, cuba makan lagi sedikit demi sedikit.

Tip 12: Sebelum tidur, cuba makan sedikit makanan dengan air suam.

sumber: http://www.tipspregnancy.info/2013/03/fasting-tips-during-pregnancy.html





-------------

Tak semua boleh berpuasa dengan sempurna ketika hamil seperti sahabat kita bawah ni, Jom korek rahsia bagaimana beliau boleh puasa penuh 30hari walaupun sebenarnya badan tak larat.



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.





Tip berpuasa untuk Ibu Hamil dari Shaklee

Anda boleh dapatkan Mighty 3 Gem untuk kekal Bertenaga ketika puasa








Testimoni


  • Rasa bertenaga dan tak rasa lapar lepas minum ESP





  • waktu petang, masih larat naik turun tangga ofis aras 3





Cara order

SMS/ Wassap "3 GEM" ke 019-3816167 (ida)



Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Sunday, July 14, 2013

5 Kebaikan ESP kepada Wanita Mengandung

ESP adalah kegemaran ramai orang.

Masakan ia menjadi BEST SELLER produk bagi Shaklee. Ia sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa, kanak-kanak dan warga emas.


Siapa nak cantik boleh ambil ESP, hasilnya kulit jadi mulus. Siapa nak kurus boleh ambil ESP, hasilnya rasa kenyang yang lebih lama dah tidak 'craving' untuk makan itu dan ini.


Haa. Meh tengok Ibu Hamil yang super hebat ni. Siap boleh panjat tangga tinggi-tinggi.
Sila jangan TIRU aksi ini jika anda tidak tengok video ini sehingga habis.

Gerun wei.
-----

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


Di sini saya nak cerita kebaikan dan kelebihan ESP untuk wanita mengandung. 

Ya, saya sangat teruja untuk berkongsi dengan ibu-ibu sekalian kerana saya juga sedang mengandung 7 bulan dan sangat menggemari minuman kegemaran ramai ini. 

ESP bukannya sebarang minuman, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo Soya.

Non-GMO Soya: soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. 





Terdapat 5 Kebaikan Utama ESP untuk wanita mengandung




1. ESP meningkatkan Sistem Imun Badan Si Ibu. 



ESP adalah minuman protein yang berkhasiat. 


Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. 

Ramai yang tidak tahu, selain Vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.





2. ESP Mengawal Berat Si Ibu dan Mengelak Serangan Diabetes



Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan si ibu akan meningkat secara mendadak. 

Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. 

Itu adalah normal bagi ibu-ibu mengandung, tetapi kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes. 

ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Gliesmiknya (GI)Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. 

Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. 

Sebab itulah, ramai ibu-ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan. Serangan diabetes terjadi apabila si ibu memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.





3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. 


Protein penting untuk perkembangan otak bayi. 

Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN. 

Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini dan sangatlah penting si ibu mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung. 





4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.


Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. 

Dengan minum ESP, sel-sel kulit si ibu akan bertambah gebu dan lebih menarik kerana bantuan protein yang diminum. Parut juga berkurang kerana penggantian sel-sel baru ini. 

Si ibu akan juga merasa lebih menarik walaupun berbadan dua. 

Tidak lupa juga kulit bayi di dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik. 





5. ESP membantu ibu-ibu morning sickness dan alah di awal kehamilan. 


Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu-ibu mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. 

Kita juga akan merasa mual terutama apabila perut kosong. 

ESP membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan kenyang yang lebih lama. Tambahan pula, ia juga mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain


Nak tahu lebih lanjut tentang ESP?? sumber: di sini


  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian 
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus. 
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. 
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones 
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.


Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:

"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus mcm newborn... Tak tau laa kalau dah lasak nnt akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit & beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..."
~ Pn. Arnie

"kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln."
~ Pn. CT Shamin

"alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu tau....hehehhehe...."
~ Pn. Eyna

sumber : http://hebatkan.blogspot.com




TESTIMONI 1:






TESTIMONI 2:





TESTIMONI 3:





TESTIMONI 4:



Bagaimana Ingin Dapatkan ESP Shaklee?


Sila Ikuti Langkah-langkah di bawah





Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur


Klik Di Sini Untuk Tahu 7 Kebaikan Menjadi Ahli Shaklee

10 Kelebihan Detoks Usus / Detoksifikasi Usus.

Pernahkah anda mengalami sembelit yang teruk? Tahukah anda, sembelit yang kronik boleh mengundang kanser?

Berdasarkan perangkaan, kanser usu adalah kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Takut juga bila kita dengar statistik ni. Rupanya antara sebabnya adalah sembelit. Sembelit juga berpunca dari usus yang tidak sihat. Macamana nak dapatkan usus yang sihat? Kita kena Detoks usus kita supaya usus bersih dari bakteria dan kuman penyebab kanser.



Terdapat 10 kelebihan Detoks Usus selain mengelak kanser:


1. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penghadaman.

Apabila kita dah detoks usus, usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan. Apabila bahan tidak terhadam tinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk. Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak terhadam melaluinya dengan mudah. Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.


2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.

Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan. Kenapa? Sebab toksin benda tidak terhadam itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit. Ia juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.


3. Meningkatkan tenaga

Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga. Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan disalurkan untuk keperluan badan yang lain. Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.


4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien

Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik. Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.


5. Meningkatkan fokus.

Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya. Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh. Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.


6. Permulaan yang baik untuk kurus

Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat. Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus. Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi. Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.


7. Mengurangkan risiko barah kolon.

Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati. Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser


8. Meningkatkan kesuburan.

Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan. Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung. Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang. Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.


9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.

Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat. Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin. Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang. 


10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan. 

Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

sumber: http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing

Shaklee juga mempunyai produk yang membantu detoks usus dan membersihkan usus. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas dan sekali gus dalam membantu untuk kurus. Ia adalah Alfalfa Shaklee.

Harga Alfalfa Shaklee hanyalah RM53(330 biji) dan RM97(700 biji). Dapatkan HARI INI!





dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...