Aloe vera bagus untuk kulit. Banyak manfaat aloe vera, boleh baikkan luka dan pudarkan parut juga.
Rupa-rupanya, Aloe Vera ni boleh di buat masker dengan dicampur dengan bahan-bahan yang mudah
Wanita dalam video dibawah pernah mengalami keadaan muka yang hodoh kerana chicken pox. tapi tindakan cepat yang beliau ambil dapat kembalikan kecantikan kulitnya seperti dulu.
Nak muka lebih glowing dan berseri-seri? Anda boleh campurkan sedikit kunyit, satu sudu teh madu, satu sudu teh susu dan beberapa titisan air mawar.
Lepas campuran sebati, tambahkan gel aloe vera sehingga jadi paste. Ratakan pada muka dan leher, biar kering selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk atau air suam.
Masker #2: Cerahkan muka
Ramai yang nak cerahkan muka, banyak produk di pasaran yang janjikan untuk cerahkan kulit. Produk cerahkan muka sekarang banyak yang guna bahan terlarang sebab nak bagi cepat putih.
Anda boleh cuba masker untuk cerahkan muka ini. Bahan sangat mudah.
Campurkan sedikit aloe vera dengan jus lemon, sapukan ke atas kulit yang telah kena sunburn. Biarkan kering selama 10 minit sebelum dibilas.
Masker #3: Hilangkan Tompok di Muka
Wanita cantik sangat pentingkan kecantikan. Kalau ada tompok hitam jeragat, parut bekas jerawat memang nampak tak cantik. Kita pun rasa tak yakin nak berhadapan dengan orang ramai.
Masker Aloe Vera untuk hilangkan tompok di muka hanya guna Aloe Vera dan air mawar. Campur keduanya sehingga jadi paste. Biarkan dalam 20 minit dan bilas. Urut kawasan muka untuk kesan lebih baik.
Eh. Ingatkan perut dan usus aje ada detoks, muka pun ada detoks. Apa tujuan detoks muka? Detoks muka adalah untuk bersihkan muka dari kosmetik.
Masker detoks muka adalah dibuat dari campuran Aloe Vera, mangga, dan pati jeruk nipis. Sapu campuran ke muka, biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air sejuk.
Kulit sensitif tak boleh guna sebarang produk kecantikan. Untuk membuat masker bagi kulit ini, gel Aloe Vera dicampurkan dengan pati timun, yogurt dan essential oil.
Kisar semua bahan, letak essential oil paling akhir sekali. Sapu pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.
Masker #7: Melembabkan Kulit Kering
Jika kulit anda termasuk kering, masker Aloe Vera berikut boleh membantu melembapkan kulit anda.
Campurkan dua sudu makan cottage cheese dengan gel aloe vera, tambahkan potongan kurma dan timun, serta sedikit jus lemon. Kisarkan hingga halus sebelum disapu pada muka selama 30 minit.
Bilas dengan air sejuk diselang-seli dengan air suam dan air sejuk. Boleh buat banyak dan di simpan dalam peti sejuk jika nak guna lagi.
Masker #8: Scrub Muka Semulajadi
Bukan sahaja masker, Aloe Vera boleh guna sebagai scrub. Potong timun secara dadu dan tambahkan ke dalam gel Aloe Vera. Kisarkan dan campurkan sedikit oatmeal.
Boleh tambah mengikut citarasa, nak lembut atau kasar. Sapu dan urut muka dengan scrub ini. Biarkan dalam 10 minit sebelum bilas.
Masker #9: Menjaga Kelembapan Kulit
Makin kita berumur, minyak dalam kulit pun berkurang. Masker ini boleh kekalkan kelembapan kulit.
Campurkan kacang badam yang dah dihancurkan dengan gel aloe vera. Kacau rata. Guna sebagai masker. Sapu pada muka, biarkan 15 minit sebelum dibilas.
Masker #10 : Mengatasi Kulit Kering
Masker ini sangat sesuai untuk kulit kering dan normal tetapi sedikit kering.
Campurkan shea butter dan minyak zaitun serta aloe vera sehingga sebati dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 minit dan bilas. Kulit anda akan merasa lembap tanpa guna kosmetik mahal.
Energizing Soy Protein (ESP) adalah hot seller Shaklee. ESP adalah penuh dengan kebaikan yang semua orang boleh dapat. Dari wanita hamil ke wanita menyusu. Dari remaja hingga warga tua. Yang nak kurus pun makan ESP. Tetapi tak ramai yang tahu, ESP boleh jadikan kulit jadi cantik dan gebu.
Macam cantik je.. Macam cantik je..
"Mustahil la ESP boleh jadikan kulit cantik. "
eh.
Tak Percaya ke?
Wanita dalam video di bawah FRUST. 7 tahun FRUST dengan muka jerawat. Beliau tidak pernah sangka kulit beliau kini sangat berbeza.
Apa rahsianya? Jangan tengok jika anda tiada masalah kulit.
ESP adalah minuman protein yang diperbuat dari soya non-GMO, 22 asid amino penting untuk badan. Ia juga adalah minuman yang ada indeks glisemik rendah. Indeks glisemik rendah maksudnya kalau kita minum ESP, kita akan rasa kenyang lebih lama.
Badan kita terdiri daripada sel. Protein yang kita makan hari-hari sangat-sangat diperlukan untuk bina sel. So, macam batu-bata tersusun untuk bina rumah, macam tu juga sel-sel badan yang tersusun untuk membentuk organ dan keseluruhan badan. Tanpa protein yang baik, camne sel badan nak membina organ dan sistem dalam badan dengan baik.
3 Rahsia tergempar dapatkan kulit cantik dengan ESP
Rahsia #1 : ESP bantu dapatkan kulit gebu dan sihat
Sel-sel dalam badan terbina dengan baik apabila kita makan ESP. Protein diperlukan untuk mengekalkan sel kulit yang sihat. Kulit menjadi gebu dan berseri-seri apabila ia mendapat khasiat asid amino penting yang diperlukan oleh badan
Rahsia #2: ESP membantu memudarkan parut pada kulit
Apabila kulit kita luka dan selepas proses penyembuhan berlaku, parut akan terbentuk selepas itu. Sel-sel mati pada parut perlu diganti supaya ia cepat pudar dan hilang. ESP yang mengandungi protein bertindak membantu badan menghasilkan sel baru bagi menggantikan sel-sel mati tersebut.
Rahsia #3: ESP mengekalkan tenaga lebih lama, badan lebih cergas
Selain membentuk sel-sel badan yang sihat, protein pada ESP juga membantu organ dan sistem dalam badan menjalankan fungsinya dengan baik. Sistem peredaran darah dan sistem perkumuhan berfungsi dengan baik, badan lebih cergas. ESP yang mempunyai indeks glisemik rendah menjadi pilihan ramai kerana ia menjadikan kita kenyang lebih lama dan bertenaga melakukan aktiviti seharian. Badan cergas, peredaran darah menjadi lebih baik dan kesannya boleh dilihat padakulit secara tidak langsung. TESTIMONI
Dengan pembelian ESP Shaklee dengan saya, anda akan diberikan KONSULTASI PERCUMA cara minum ESP yang betul untuk dapatkan kesan Optimum.
Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.
Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:
1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.
2. Demam Biasa
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.
4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.
Wanita berumur 56 tahun dalam video di bawah tidak menyangka penyakit Darah Tinggi dan Payudara Berdarah boleh Sembuh.
Rahsia beliau mungkin nampak biasa tetapi sangat berharga..
5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.
6. Keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.
7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.
Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.
10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.
Hamil 7 Bulan tetapi Sangat Bertenaga. Ikuti pengalaman kakak kita dalam video di bawah yang boleh ditiru oleh semua orang tak kira hamil atau tidak.
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.
Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.
Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.
15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.
Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
17. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.
18. Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
19. Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
Wanita ini sangat FRUST dengan mukanya. Beliau ada tersalah ambil produk sampai habis rosak satu muka. Ikuti pengalaman wanita ini yang terseksa sehingga 7 TAHUN
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut.
Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.
Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.
21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.
Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.
22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
Sila Klik Video di bawah untuk mengetahui masalah sahabat saya yang ada masalah rambut gugur sampai rambut jadi hampir BOTAK.
23. Rambut yang lebat
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.
24. Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.
25. Mengelak dari Uban
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.
Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.
Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam.
Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
Selain dari Vitamin C, Vitamin E juga menjadi pilihan ramai penggemar vitamin. Ramai yang menggemarinya terutama org yang mementingkan kecantikan kulit dan muka. Ia mencantikkan kulit dan muka, dan boleh menghasilkan kulit yang berseri dan cantik. Namun begitu, ia juga mampu merendahkan taraf kolestrol dan menjamin kesihatan jantung.
Jom kita fokus apa kelebihan Vitamin E untuk kulit. Terdapat pelbagai masalah kulit yang boleh diselesaikan dengan pengambilan Vitamin E. 5 Rawatan Utama pada Kulit adalah:
1. Kedutan
Apabila umur semakin meningkat, maka kulit akan kurang tegang dan berkedut. Ini kerana ia dipengaruhi oleh umur dan radikal bebas seperti pencemaran dan pemakanan yang tidak sihat yang mempercepatkan proses kedutan. Tahukah anda bahawa proses kedutan boleh dilambatkan dengan penggunaan Vitamin E?
Menurut buku "Healing with Vitamins: the Most Effective Vitamin and Mineral Treatments for Everyday Health Problems and Serious Disease", Vitamin E menghalang pembentukan kedutan dengan mengurangkan serangan radikal bebas. Bila kita semakin tua, badan kurang menghasilkan kolagen untuk menegangkan kulit, Vitamin E akan menggalakkan penghasilan kolagen, sejenis tisu penyambung pada kulit yang menegangkan kulit serta menjadikannya elastik. Ia mengurangkan kedutan dengan mengalakkan dan mempercepatkan pembinaan sel baru.
2. Rawatan Malam
Kulit idaman semua adalah kulit yang sentiasa lembab dan tidak kering. Apabila kulit terlalu kering, banyak kesan negatif boleh terjadi termasuklah ekzema dan gatal-gatal. Vitamin E mampu mengembalikan kelembapan pada kulit dan kesan yang baik dapat diperolehi jika pengguna menyapu minyak ini pada waktu malam. Ini kerana proses penyerapan Vitamin E akan menjadi lebih efektif. Namun begitu, Vitamin E tulen sangat pekat untuk digunakan sehari-harian pada kulit. Ia lebih sesuai untuk penyembuhan drastik pada kulit. Mencampurkan Vitamin E dengan Minyak Zaitun adalah langkah terbaik untuk mendapatkan kesan kelembapan yang diinginkan.
3. Parut.
Parut terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Mengapa serangan radikal bebas tidak baik untuk parut? Ia menghalang penyembuhan parut sekaligus melambatkan parut hilang. Menurut Diane Irons, penulis buku "911 Beauty Secrets: an Emergency Guide to Looking Great at Every Age, Size and Budget", Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan membantu penghasilan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit yang tidak terdapat pada parut.
4. Tompok Coklat
Tompok coklat selalu kelihatan pada mereka yang telah berusia. Ia terjadi disebabkan oleh faktor umur, serangan radikal bebas (pencemaran dan pemakanan), serta fungsi hati yang kurang baik. Vitamin E mengurangkan serangan radikal bebas dan mengurangkan tompok coklat. Apabila minyak Vitamin E disapu pada tompok coklat, ia akan melembabkan membran sel dan menggalakkan penghasilan sel baru.
5. Kutikel (Tempat kuku bertemu kulit)
Vitamin E membantu mengurangkan masalah kutikel kering dan merekah. Beberapa titik Vitamin E mampu mengurangkan masalah kutikel kering, sentiasa menjadikannya lembab dan menghalang dari terus merekah.