Saturday, March 2, 2013

Kekurangan Kalsium - Adakah Saya Berisiko?

Kadang-kadang kita tak perasan pun yang sebenarnya kita dan ahli keluarga juga mempunyai potensi untuk mengalami keadaan kekurangan kalsium. Ada yang ingat, bila kita minum susu tiap-tiap hari, cukup ke keperluan kalsium kita?

dari sumber newsmax.com, 5 tanda utama kekurangan kalsium adalah:


  • mudah kejang otot bila lakukan aktiviti
  • insomnia - susah nak tidur
  • gigi mudah reput
  • ketumpatan tulang kurang, mudah patah, mudah retak
  • kuku lemah dan rapuh

Ada tak antara kita mengalami masalah diatas? Kalau bukan kita, mungkin anak, ibu bapa dan ahli keluarga. Perkara ini tidak harus dibiarkan berpanjangan.

Adakah kita berisiko mengalami simptom di atas? Jom lihat beberapa ciri-ciri yang menyumbang kepadanya.

1. Faktor Gaya Hidup

Terdapat beberapa faktor gaya hidup yang mengganggu paras kalsium. Jika anda merokok, selalu minum minuman berkafein(kopi) , atau mempunyai diet yang rendah dalam kalsium (vegetarian atau tak suka minum susu) anda mungkin mempunyai keperluan yang meningkat bagi kalsium.


2. Kanak-kanak dan Orang Dewasa (Kita la tu..)


Kanak-kanak dan remaja mungkin memerlukan kalsium tambahan untuk pertumbuhan tulang yang maksimum. Kita perlukan kalsium yang banyak dari kanak-kanak hingga dewasa (sekarang) untuk menyediakan tulang kuat sebelum tua. Tulang akan semakin menipis dan lemah menjelang usia lanjut.


3. Mengandung

Sememangnya wanita mengandung saaaangat perlukan kalsium. Pembentukan tulang dalam kandungan dan keperluan ibu mengandung sendiri amat perlu dititikberatkan. Kekurangan kalsium menyumbang antara masalah paling banyak dialami oleh ibu mengandung - Kejang Kaki.


4. Wanita Menopause

Kandungan estrogen dalam badan wanita akan berkurang bila dah menopause. Estrogen bantu menyimpan kalsium dalam tulang. Apabila kurang estrogen, risiko tulang retak (breakdown) akan meningkat, kadar penyerapan kalsium dalam tulang pun kurang.


5. Warga Emas

Semakin meningkat usia, badan akan menjadi kurang effektif dalam serap nutrien termasuk kalsium dari makanan.

sumber: Ostelin.com.au


Kesimpulannya, kalsium sangat diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat, semua peringkat umur dalam keluarga kita perlukan kalsium.

Shaklee mempunyai produk yang membantu anda mendapatkan keperluan kalsium harian.

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, Vitamin D, Zinc, Copper dan Manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini mudan ditelan.


Hubungi saya Ida (untuk dapatkan Ostematrix)
SMS dan Whatsapp 0193816167
email : ifaz_0212@yahoo.com
FB: Ida Ifaz

Anda juga pasti berminat untuk mengetahui bagaimana Ostematrix membantu mengelak sembelit.
klik --> Vitamin untuk Elak Sembelit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...