Monday, April 24, 2017
Apa Beza Whitehead dan Blackhead?
Beralih ke hidung, turun ke pipi dan dagu.
Ada rasa macam gerutu dan duri-duri?
Kalau bukan jerawat, mungkin kulit anda juga ada whitehead dan blackhead. Memang rasa geram bila nampak dua benda ni kat muka masa tengok cermin.
Sanggup rasa nak korek dengan jari sampai tersembul keluar. Haha.
Tahukah anda beza whitehead dan blackhead selain dari warnanya?
Whitehead adalah pori-pori yang tersumbat di sebabkan lebihan minyak dan sel-sel mati. Ia masih lagi tertutup oleh satu lapisan nipis kulit lagi. Warna masih putih.
Ia seakan-akan jerawat tapi masih belum sakit dan merah.
Blackhead pula sama sahaja dengan dengan whitehead cuma bezanya ia dah terbuka. Bila dah terbuka, hujung pori-pori dah teroksida. Itu yang menyebabkan ia jadi hitam.
Kita tak boleh picit whitehead dan blackhead ni sebab akan buat kulit luka, dan pori-pori jadi besar.
Nak tahu cara rawat whitehead dan blackhead, sila klik link di bawah:
10 Cara Cepat Buang Whitehead di Dagu dan Hidung, Tiada Lagi Kulit Gerutu
Sunday, April 23, 2017
10 Cara Cepat Buang Whitehead di Dagu dan Hidung, Tiada Lagi Kulit Gerutu
Geram aje tengok kan?
Sedap aje tangan nak kutil whitehead sampai merah-merah hidung.
Puas hati tengok ketul-ketul macam nasi keluar.
Tapi, esok tengok ada lagi. Dari jauh kawan dah tegur whitehead penuh kat muka.
Malu.
Jeles tengok hidung orang lain licin aje kan? Mesti best dapat hidung licin macam tu.
Kalau Ida boleh tunjukkan cara untuk hilangkan whitehead dengan cepat, pasti ramai tertunggu-tunggu kan?
Sebelum tu, jom kita tengok macamana 4 punca whitehead pada muka.
4 Punca Whitehead
1. Perubahan hormon
Perasan tak bila datang bulan, whitehead tumbuh macam lebih banyak.
Masa ni kulit lebih berminyak dari biasa dan menyebabkan kotoran terperangkap. Senang tumbuh whitehead
2. Produk
Produk yang tak sesuai pun boleh menyumbang kepada wujudnya whitehead ni. Dari nak bagi muka licin, jadi menggerutu pula.
Hati hati!
3. Terlalu banyak Minyak dalam Pori-pori
Bila kulit terlebih minyak, ia boleh jadi perangkap kotoran. Sebab tu kena rajin cuci muka bagi kurang berminyak
Bosan dengan whitehead yang tak hilang-hilang? Jom cuba 10 Cara Cepat Buang Whitehead ni.
10 Cara Cepat Buang Whitehead
1. Guna Jus Lemon
- Belah lemon kepada 2 bahagian
- Kupas kulit lemon dan gosok pada muka untuk beberapa minit
- Amalkan 2 kali seminggu
2. Stim bahagian Hidung yang Ada Whitehead
- Didihkan air, tuangkan air didih ke dalam bekas bersih
- Dekatkan muka dengan bekas tersebut, stim muka lebih kurang 10 minit
- Keringkan muka dengan tuala bersih
3. Guna Oat
- Campurkan oat yang dikisar dengan yogurt asli tanpa perisa
- Letakkan pada muka lebih kurang 15-20 minit
- Bilas dengan air suam diikuti air sejuk untuk tutup pori pori
- Amalkan 2 kali seminggu
4. Guna Skrub Gula
- Campurkan madu dan gula, letakkan pada muka
- Urut campuran tadi pada muka dengan lembut
- Biarkan untuk 10 minit, lap kan dengan kain bersih
- Bilas baki campuran pada muka dengan air.
- Amalkan untuk sekali seminggu
5. Cuka Epal
- Campurkan 1 sudu makan cuka epal dengan segelas air
- Sapu campuran tadi pada kulit guna bebola kapas
- Biarkan seketika lebih kurang 20 minit
- Bilas muka dengan air suam
6. Guna Strawberry
Macam tak pernah dengar petua ni kan? Strawberry ada permukaan yang kasar tak macam berry yang lain.
Ia bantu buang kotoran yang terperangkap pada kulit. Ia juga boleh buang sel mati macam bahan lain tersenarai kat atas tadi juga. Whitehead pun boleh dibuang juga.
Cara-cara:
- Lenyek strawberry sehingga jadi campuran
- Tambah satu sudu madu untuk bagi pekat
- Sapu pada muka secara sekata
- Biarkan selama 15 minit. Bilas muka
- Amalkan 2 kali seminggu
7. Jus Limau Nipis
Seperti Jus Lemon, limau nipis juga ada ciri antioksida yang boleh buang blackhead pada kulit.Ia juga boleh buang minyak berlebihan dalam kulit yang jadi penyebab whitehead.
Cara-cara:
- Campurkan jus limau dengan minyak kacang tanah
- Letakkan campuran pada kulit yang ada whitehead
- Amalkan selalu untuk dapatkan kulit yang bersih
8. Guna madu
Madu memang banyak khasiat. Bukan sahaja untuk dalaman badan, untuk kulit juga.Ramai tak tahu yang ia boleh buang whitehead. Madu ada ciri antibakteria. Ia boleh tingkatkan edaran darah untuk dapatkan kulit yang licin dan sihat.
9. Aloe vera
Aloe vera bagus digunakan untuk cepatkan baik luka. Ia juga boleh buang parut dan kurangkan masalah whitehead dan blackhead.10. Baking soda
Campurkan sedikit air dengan baking soda untuk dapat campuran yang pekat. Urut campuran ni pada kulit untuk bersihkannya.
sumber: http://naturalremedyideas.com/
Perasan tak bahan-bahan yang Ida senaraikan kat atas mudah dapat dan semulajadi. Cuma mungkin kita kena konsisten sikit la untuk dapat hasilnya.
Mengejutkan! Makeup Remover Nutriwhite Boleh Buang Whitehead
Biasanya kita dengar Makeup Remover untuk remove makeup aje kan?
Makeup Remover Nutriwhite jauh lebih POWER. Boleh buang whitehead sekali.
Tak Percaya??
Semakin anda baca testimoni di bawah, pasti anda rasa inilah PRODUK yang ANDA CARI selama ini.
Sambil baca, ada yang gosok-gosok hidung ke? Haha.
Macamana? Sekarang rasa tak sabar nak beli kan? Tak sabar nak hilangkan whitehead dengan Makeup Remover dari Shaklee.
Nak tahu Cara Dapatkan Makeup Remover Shaklee
Mudah sahaja untuk dapatkan Makeup Remover Shaklee ni. Sila ikuti langkah di bawah.
Friday, April 21, 2017
12 Tips Simpan Susu Ibu EBM
Kebetulan belum ada lagi entry berkaitan dengan cara simpan susu ibu EBM ni dalam blog Tip Sihat Selalu.
Menjelang hari ke 24 berpantang, Ida dah mula buat stok EBM terutama untuk bekerja dan bulan puasa yang akan menjelang lebih kurang 40 hari lagi.
Setelah survey, Ida ada jumpa satu web yang sangat membantu.
Ida pasti kita akan sama-sama mahir tentang cara simpan susu EBM lepas baca artikel ni.
Berapa lama susu ibu ni boleh disimpan?
Benda ni memang dah lama Ida tak ambil tahu. Jadi confuse. Jom sama-sama kita refresh ilmu. Sebelum tu jom tengok gambar kat bawah ni.Suhu Bilik : 4 jam
Peti Ais : 48 jam
Peti Ais 2 Pintu (bahagian beku): 3 bulan
Deep Freezer : (-5 darjah celcius) : 6 bulan
Jom semak 15 Tips Simpan Susu EBM pula
1. Label kan semua bekas dengan tarikh sekali
2. EBM sebenarnya boleh disimpan lebih lama
3. Bekukan EBM hanya jika tak nak guna dalam 48 jam
Untuk kekalkan kualiti antimicrobial dalam susu ibu, susu segar sebenarnya lebih baik dari yang disejukkan, yang disejukkan lebih baik dari dibekukan. Kalau rasa-rasa memang nak guna dalam 48 jam, tak perlu bekukan. Apapun, EBM beku JAUH lebih baik dari susu formula.4. Jangan isi EBM sampai penuh.
Bila EBM membeku, ia akan mengembang. Kalau nak simpan, pastikan tinggalkan sikit ruang dalam plastik simpanan.5. Bekukan EBM dalam 1 atau 2 auns
6. Simpan susu dalam bekas kecil untuk bagi semangat.
7. Guna bekas bebas BPA
8. Boleh ke kita campur susu baru perah dengan susu yang dah dibekukan?
9. Guna bekas bersih untuk simpan EBM
10. EBM boleh terasing dan boleh jadi banyak warna
11. Cairkan dan terus panaskan EBM dalam masa yg sama.
12. Jika anda guna plastik susu, pilih yang sesuai
sumber: https://www.mumsfairy.com/
Ida pasti ramai ibu-ibu dah nampak lebih jelas cara simpan susu dengan betul. Jom berikan yang terbaik untuk anak kita.
Susu ibu adalah TERBAIK.
Tuesday, April 18, 2017
Pengedar Shaklee Kuantan dan Beserah
Ya, berita baik kepada warga Kuantan yang nak dapatkan produk Shaklee.
Jika anda ingin dapatkan produk shaklee melalui COD (cash on delivery), saya boleh bantu anda.
Tanpa caj penghantaran.
Stok vitamin sentiasa available dengan saya.
Set masa untuk jumpa di mana-mana pun boleh. Free konsultation tanpa had mengenai produk dan kesihatan.
Saturday, April 15, 2017
Vitamin Dimakan Tiada Kesan? Semak 6 Tips Berguna Ini
Sudah pasti anda tahu pentingnya makan vitamin. Beli vitamin sampai ratus-ratus untuk bagi badan sihat dan kuatkan imun badan.
Ada yang beli untuk diri sendiri, dan ada yang bermurah hati belikan untuk suami/isteri dan anak-anak. Bila ahli keluarga sihat, kita pun tenang buat kerja. Rasa gembira dan senang hati.
Bayangkan bila dah beli vitamin semahal beli satu set sofa, tapi tiada hasil seperti yang diharapkan.
Makan set resdung, tapi resdung tak baik-baik.
Makan set tenaga, tapi balik kerja masih lagi longlai dan lesu.
Makan vitamin untuk kuatkan imun, tapi setiap bulan mesti kena check in klinik ambil ubat.
Masa tu mulalah nak salahkan penjual vitamin. Gelar mereka penipu, testimoni palsu dan sebagainya.
1. Tidak Cukup Minum Air Kosong
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan amalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.
2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
5. Pantang larang makan vitamin.
Setelah baca 4 tips di atas, anda pasti lebih jelas kenapa vitamin yang anda makan tiada kesan. Jom teruskan membaca tips seterusnya
- Multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium. Ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
- Vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa. Alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.
6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor).
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu)
sumber: http://www.celikvitamin.com
Sekarang, anda pasti jelas kenapa vitamin yang dimakan tiada kesan. Mulakan amalan yang betul seperti tips di atas supaya vitamin yang kita makan tidak membazir.
Ingin dapatkan vitamin Shaklee yang Halal dan dijamin selamat? Ikuti langkah di bawah
Anemia Punca Bayi Cacat ,Ketahui 3 Jenis Anemia Bagi Wanita Hamil
- Anemia kekurangan Zat Besi
- Anemia kekurangan Folate
- Anemia kekurangan Vitamin B12
1. Anemia kekurangan Zat Besi
Anemia kekurangan Zat Besi akan buat darah tidak dapat bawa oksigen yang cukup ke tisu badan.
Anemia jenis ini adalah yang paling banyak berlaku kepada ibu hamil.
- Letih keterlaluan
- Lemah dan lesu
- Kulit jadi pucat
- Jantung berdebar, sakit dada
- Pening, rasa loya
- Tangan dan kaki jadi sejuk
- Kelahiran bayi pra matang
- Kelahiran bayi kurang berat
2. Anemia kekurangan Folate.
Ibu hamil perlukan lebih folate, biasanya tidak cukup dari pemakanan sehari-hari. Sebab tu, supplemen utama yang klinik kesihatan bagi setiap kali checkup mesti ada asid folik.
Kekurangan folate juga boleh menyebabkan kecacatan pada kelahiran bayi seperti saluran tiub saraf tidak normal (spina bifida) dan bayi kurang berat.
3. Anemia kekurangan Vitamin B12
Wanita yang tidak makan daging, makanan tenusu dan telur ada potensi kena anemia jenis ini. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dan kelahiran pra-matang/ tidak cukup bulan.
Cara Atasi Anemia Paling Mudah
Vitalea Iron Formula
Vitamin C Sustained Release
B Complex
Pengalaman Mereka Yang Berjaya Atasi Anemia Dengan Shaklee
Masih tak percaya dengan cara mudah atasi Anemia ini? Jom lihat beberapa testimoni mereka yang berjaya atasi anemia.
Nak Tahu Cara Dapatkan Set Hamil Bajet
Selepas baca testimoni di atas, anda pasti tak sabar nak dapatkannya.
Tidak sabar ingin kembali cergas.
Tidak sabar ingin kembali bertenaga dan tidak risau dengan kandungan.
Jangan tunggu lagi. Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk dapatkan Set ini
Sunday, April 2, 2017
Bermula Cycle Baru Shaklee. Apa Tu?
"Selamat datang Cycle Baru 2017"
Menjelang 1 April 2017 semalam, ramai SID up status berkaitan dengan Cycle Baru.
Apa tu cycle baru Shaklee?
Cycle baru Shaklee ni adalah permulaan untuk satu jangka masa.
Jangka masa apa tu?
Jangka masa pengumpulan point.
2 point yang sangat-sangat di kejar oleh SID adalah
Point untuk award
Point untuk convention trip
Kat sini Ida nak sentuh pasal Convention Trip.
Ada 2 kenis convention trip yang Shaklee offer untuk semua pengedarnya.
National
International
Memang level 5 bintang punya convention Trip. Percuma pula tu. Sangat sangat best.
Syarat paling utama nak dicapai adalah mesti efektif sebagai Supervisor sepanjang cycle ni.
Eh, effektif tu apa plak? Ha. Nanti Ida akan tulis untuk entry lain.
Tahun depan punya trip sangat menarik.
Satu pergi Bangkok naik Cruise.
Satu lagi merentas 3 negara naik Cruise juga. Fuh.
Yang penting PERCUMA.
Maka, semua SID pasti buat perancangan baik untuk capai point point ni.
Tak rugi masuk shaklee.
Ingin dapatkan percutian percuma juga? Jom sertai kami.