Wednesday, December 23, 2015

Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan

Alhamdulillah.
Pada 21hb Disember yang lalu, saya sekeluarga (bersama suami dan 4 anak) telah bercuti ke Bukit Gambang Resort City. Kami tinggal di Resort selama 3 hari 2 malam dan masuk ke Water Park dan Safari.

Anak-anak sangat gembira dan enjoy sepanjang 3 hari 2 malam di sana.

Agak menyenangkan kerana tidak terkejar-kejar untuk masuk ke kedua-dua Park (Water Park dan Safari Park) dengan anak yang ramai.

Entry ini tiada banyak gambar. Memang cukup busy menguruskan anak, dan gambar kenangan tidak banyak boleh diambil.

Mungkin Entry ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berkira-kira bajet bercuti yang setara dengan bajet kami.


Bajet Resort

Resort di sana ada dua jenis.

Satu Arabian Bay Resort. Satu lagi Carrebean Bay Resort.
Kami pilih tinggal di Arabian.

Bilik yang paling murah adalah Arabian Studio Deluxe. Ada dua lagi jenis Arabian Family Deluxe dan Arabian Suite yang lebih mahal.

Beza Arabian Studio dan Arabian Family:
Studio: 1 Bilik, 2 katil junior queen, takde bath tub
Family: 2 bilik, 4 katil junior queen, ada bath tub, ada ruang tamu, pantry kecil.
Family Suite (sumber gambar bgrc.com.my)

Studio Deluxe (sumber gambar bgrc.com.my)

Sebagai seorang ibu yang ada anak-anak suka main air, 2 benda yang saya kurang gemar dengan bilik Arabian Studio adalah
PERTAMA: Tiada Bath Tub
KEDUA: Jauh dari Swimming Pool (jaraknya merentas blok, kena naik kereta kalau taknak penat)

Siapa yang nak tinggal berdekatan dengan swimming pool, kena pilih Arabian Family punya bilik.


Bajet : RM486 untuk 3D2N
Lepas GST, Harga jadi RM516(harga Promotion Cuti Sekolah)

Harga kat gambar bawah ni jadi beza sbb tarikh yg saya pilih bukan tarikh sebenar kami bercuti. Yang ini adalah harga untuk tarikh 23hb - 25hb Disember (ada cuti umum)
*harga bawah belum GST lagi.



Bajet Makan

Disebabkan kami tempah bilik sekali dengan Breakfast untuk 2 dewasa, jadi kami hanya kena tambah duit lagi untuk 2 hero kami.

Harga breakfast di Resort ini:
Dewasa : RM 27 seorang
Kanak-kanak : RM16 seorang

Jadi, untuk 2 hari kami di sini, kami perlu tambah RM16 x 2orang x 2hari = RM64

Breakfast di sini sangat memuaskan. Pelbagai variety.

Ada menu roti canai, jemput pisang
Ada nasi lemak, mee/kueteow goreng
Ada mee/kueteow sup
Ada bubur dan buah
Ada roti, puding roti, bun, cereal.
Air kopi, teh dan jus.

Saya boleh bagi 4 bintang out of 5. Cuma coffee house adalah ditempat terbuka dan tiada aircond.


Makan malam

Makan malam secara buffet di resort agak mahal.
Dewasa : RM48 seorang
Kanak-kanak: RM27 seorang

Mungkin berbaloi dengan makanan-makanan yang pelbagai, tetapi kami tak memilih untuk makan di sana. Jika tidak, satu malam dinner kena habiskan RM150. 

Fuh!

Jadi kami memilih untuk cari makan di kedai luar yang berdekatan.

Malam 1 di kedai A(tak ingat nak tengok nama kedai), kami di caj RM48 sekeluarga. Agak mahal dengan menu biasa jika di bandingkan di kedai biasa berdekatan rumah kami.

Malam 2 kami makan di Suraya Tomyam. 
5 nasi daging merah + air asam boi + teh o + sirap bandung + 3 ribena. Jumlah RM44.

Total untuk 2 dinner adalah RM92.

Suraya Tomyam (sumber Google)

Bajet Masuk Waterpark dan Safari

Agenda utama datang ke sini adalah nak masuk dua tempat ni.

Harga Asal tiket adalah 
Waterpark: RM32 (Dewasa), RM22(kanak-kanak)
Safari: RM48(Dewasa), RM38(kanak-kanak)



maka, kalau kami nak masuk dua-dua, perlu bayar RM80 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak.

Tetapi, untuk yg menginap di Resort, kami dapat harga istimewa
RM65 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak

Jadi jumlah tiket kami adalah RM265 untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Amin sahaja dpt percuma.


E-Value

Apabila masuk ke Water Park, kami perlu topup E-Value
Kat dalam tu, tak boleh bawa makanan luar, dan pembelian kena pakai e-Value.
Ala-ala konsep kupon, tapi boleh refund kalau tak habis

Kegunaan E-Value selain beli makanan adalah untuk sewa locker room, pelampung dan cabana (pondok kecil) kat dalam waterpark ni.


Saya top-up RM150 dan suami topup RM50.
Tapi kami tak habis guna dalam RM34. Jumlah yang kami guna adalah RM166.

Banyak juga habis. Sebab beli makanan aje dah cecah RM50
Nasi ayam + ice lemon tea = RM13.80 satu pakej

Saya beli 3 pakej, satu topup nasi tambah, set pakej kanak-kanak(ada nugget dan sosej)

Kami juga sewa cabana(RM48), locker(RM12) dan pelampung berdua (RM16).
Cabana (sumber gambar bgrc.com.my)


Perasaan masuk Waterpark sangat enjoy. Saya sempat mandi di WavePool dan masuk Gracier River. 

Glasier River (sumber gambar bgrc.com.my)

Wave Pool (sumber gambar bgrc.com.my)


Antara yang saya suka di Waterpark dan Safari adalah booth makanannya ada di mana-mana walaupun di tempat-tempat jauh dalam Safari. Bukan setakat jual air, makanan pun ada.

Saya suka!

Saya yang ada bawa anak pun agak selesa sebab anak mudah mengamuk bila mereka lapar dan dahaga. 

Beza dengan Zoo Negara dan Sunway Lagoon, tempat makanan adalah berpusat.

Makanan dalam Waterpark perlu dibeli guna E-Value. Tetapi dalam Safari, masih boleh guna tunai.


Lain-lain Bajet

Selain dari bajet utama, ada juga bajet lain-lain yang runcit-runcit.

Kami ada join funfair malam : RM20 untuk token
Keychain 4 ketul (RM9.90 satu) : RM40
7Eleven (beli roti, air mineral dan lain-lain ) : RM30

Bajet lain-lain : RM100


Total Bajet

Hotel : RM516
Tiket : RM265
Breakfast untuk anak: RM64
Dinner: RM92
E-Value : RM166
Lain-lain: RM100

TOTAL: RM1203

Itulah anggaran bajet kami sepanjang 3 hari 2 malam di sana. 

Entry ini tiada niat nak menunjuk atau niat terpesong yang lain, ia cuma satu sharing kepada yang berkira-kira untuk memilih Resort ini sebagai percutian.

Mungkin anda boleh sediakan bajet lebih kurang sama.

Resort ini hanya 40 minit perjalanan dari rumah, dan kos perjalanan tidak termasuk pun dalam total bajet.

Saya tak berapa pasti adakah bajet kami ini mahal atau murah bergantung kepada destinasi percutian kerana kami bukan jenis kaki travel.

Pergi tempat begini pun setahun sekali. hihi.

Saya sangat mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan berkaitan dengan destinasi ini bagi mereka yang pernah datang ke sini.

Terima kasih kerana sudi baca.
Ini bukan entry menceritakan pengalaman di sana, jadi maafkan saya jika ada yang rasa nak tahu lanjut tentang the excitements. Gambar pun tak banyak.

Memang Best! 
Sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga.

Thursday, September 17, 2015

Suka Sangat Minum Susu Masa Pantang, Anak Terima Akibatnya

Sebenarnya memang ramai orang tak suka minum susu.

Tak kira lelaki atau perempuan. 

Sebenarnya walaupun susu ni sangat penting kepada wanita terutama wanita mengandung dan menyusu, tetapi ada golongan yang loya apabila minum susu.

Mesti anda juga ada kenalan begitu.

Atau anda SENDIRI yang loya minum susu.

Haaa...

Jom Tengok pengalaman seorang ibu Berpantang yang awalnya tidak suka minum susu, akhirnya menjadi peminat setia 'SUSU' yang satu ini.






ESP EFFECT !

1st time amik ESP sebab rakan opis beria-ria suh rasa ESP dia..waktu tu myra baru lepas abis pantang..tapi sebenarnya member ni da lama suh rasa ESP ni dari since mengandung lagi..

cuma myra bukan peminum susu or penggemar susu..pendek cerita tak minum susu lansung..jadi agak berkira-kira la nak minum..sebab dah buat mindset yang putih itu susu..hahaha

Ok back to story..

nak jadikan cerita hari 1st day masuk opis pas pantang tu jugakla try ESP ni..tapi memula tak berani try ESP tu begitu sahaja..

Myra campurkan ESP dengan air VICO..wow boleh tahan jugak rasanya..boleh telan..tiada bau yang meloyakan..sangatttttt SEDAPPPP... heart emoticon huhu.. tapi masa tu tak berapa cukup budget tuk beli..jadi hold dulu..duk minum member punya ja..hehe Thanks akak Suhaila bagi try secara percuma..so exclusive..

Then, bulan depannya kak su ni pepagi da jumpa myra..sebab nak bagi tau promo bulan tu adalah ESP..wow masa tu rasa teruja sangat..yela Myra baru pas pantang baby pulak Breastfeed..nak kena pam susu hari2 kat opis..baby pulak memang tak nak minum susu formula..

so, I is TERUJAAAA..

pastu dapat pulak tawaran hebat dari kak su sendiri boleh buat payment 2x.. sapa tak nakkan..Terus call hubby bagitau..cornfirm beli..esok tu terus dapat 1 canister ESP... disebabkan saranan minum 3 sudu 1 hari..sangattt dimanfaatkan.. 

SARAPAN, LUNCH, MALAM cukup 3 sudu..SUSU MELIMPAH sangattt..

 dan paling best now baby dah 2Tahun 1 Bulan and baby dapat penyusuan lengkap sehingga 2 Tahun..ALHAMDULILLAH..

Even anak dah 2 Tahun..myra still consisten amik ESP ni..sebab myra bukan setakat dapat package SUSU MELIMPAH tapi KULIT CANTIK...DAPAT BERAT BADAN SEBELUM MENGANDUNG....WOOOWWWW.. HEBAT KE HEBATTTT !

**Baby myra lahir comey je (2.1kg) pas sebulan (4.2kg) pas 3bulan (6.8kg) and NOW 13kg (2Tahun)





Myra Terus Suka Minum Susu ESP

Myra seperti juga ramai wanita lain yang tidak gemar minum susu. Namun selepas minum ESP, susu badan Myra bertambah banyak. 

Syukur, impiannya untuk menyusukan anaknya sehingga 2 tahun tercapai.

2 lagi keajaiban yang Myra dapat adalah kulitnya bertambah cantik. ESP adalah sejenis protein. Ia bantu menggantikan sel-sel mati dan kulit akan bertambah gebu dan cantik.

Berat bayinya bertambah dengan baik.
Semasa lahir hanya (2.1kg), lepas sebulan (4.2kg)
 lepas 3bulan (6.8kg) and NOW 13kg (2Tahun)

Dengan ciri-cirinya yang membuatkan kita kenyang lebih lama, ia sesuai untuk mereka yang ingin kurus. 

Myra berjaya mendapatkan berat badan sebelum mengandung seperti yang diimpikan oleh semua ibu yang baru bersalin. 

WOW.
WOW
WOW

Patutlah ESP menjadi pilihan ramai ibu-ibu menyusu yang ingin kurus tetapi kekal mempunyai susu badan yang banyak untuk bayi mereka. 





Dapatkan ESP anda HARI INI. 
Hanya RM150 dan anda dapat pelbagai KEBAIKAN yang tidak terhingga. 


Topeng N95 dan Jerebu: 3 Langkah Mudah Untuk Memakainya

Semalam kerajaan telah mengumumkan semua sekolah ditutup kerana tahap jerebu yang melanda negara semakin membimbangkan.

Semua sekolah di Putrajaya, Selangor dan kawasan berhampiran dan mempunyai indeks pencemaran yang tinggi diarahkan tutup dan semua pelajar dibenarkan bercuti.

Ya. Jerebu boleh jejaskan kesihatan kita. 

Akhir-akhir ini, ramai anak-anak yang alami demam dan kurang sihat kerana terdedah dengan jerebu.


Apa itu Jerebu?

Jerebu nampak macam keadaan di negara sejuk dan berkabus. Tapi sebenarnya keadaan berkabus tu adalah kerana ada partikel bahan pencemaran tinggi dalam udara.

Keadaan ni boleh jejaskan kualiti udara kita, boleh kurangkan jarak penglihatan.

Suasana pun nampak redup walaupun dalam terik panas matahari.





Topeng Muka Yang Betul

Kebanyakan kita ramai yang anggap topeng yang macam doktor-doktor pakai tu (surgical mask) adalah topeng yang sesuai untuk jerebu.

Rupanya tidak.
Ramai yang tersilap.

Topeng yang sesuai mengelak partikel halus dalam udara masuk ke rongga pernafasan kita adalah topeng N95





Astro Awani juga ada mewar-warkan tentang topeng N95 yang sesuai untuk jerebu. Sila Klik Video di bawah.




Pelbagai jenis topeng N95 berada di pasaran.





3 Langkah Mudah Untuk Pakai Topeng N95






Cara lindungi diri dari jerebu

Kita perlu minum air yang banyak ketika jerebu. Ini kerana badan kita boleh membuang toksin yang terserap dalam kulit melalui air kencing.

Kita juga tidak digalakkan melakukan aktiviti luar yang banyak.

Pintu dan tingkap di rumah perlu ditutup supaya kurang kesan jerebu masuk ke dalam rumah.



Dapatkan Nutriferon dan Performance Drink untuk kekal sihat ketika musim jerebu ini HARI INI.



Wednesday, September 16, 2015

Pengedar Sah Shaklee Bandar Tun Razak

Anda tinggal di Bandar Tun Razak dan ingin mendapatkan produk Shaklee?

Berita baik untuk anda!

Anda tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk dapatkan produk Shaklee.
Tak perlu redah jam.
Tak perlu bayar parking.
Tak perlu risau ditipu peniaga online.

Kami boleh bantu anda. Kami boleh terus menghantar produk Shaklee terus ke depan rumah anda di Bandar Tun Razak.

Best Service Guaranteed.
Tak perlu bayaran penghantaran tambahan. Best kan?

Hubungi Pengedar Shaklee No 1 di Bandar Tun Razak HARI INI.


Nama : Nora binti Ahmad
ID : 912871

No Telefon / Whatsapp : 012 - 7517281

COD : Petaling Jaya, Bandar Tun Razak, Bandar Sri Permaisuri


Hubungi beliau HARI INI.
Free Consultation disediakan.

Monday, September 14, 2015

Barah Paru-paru : 9 dari 10 kes adalah berpunca dari merokok?

Makin ramai yang mengalami barah paru-paru kini. Ia kini dah menjadi punca kematian yang tinggi.

Menurut webmd.com, merokok ada punca 9 dari 10 kes kematian barah paru-paru.

Terkejut kan?


Bagaimana Merokok Boleh Menyebabkan Barah Paru-paru


Rokok bukan sahaja ada bahan kimia yang jadi penyebab barah, ia juga boleh rosakkan sistem pertahanan semulajadi paru-paru. Salah satunya adalah cilia.

rupa Cilia

Apa itu cilia?

Cilia adalah rerambut halus di laluan pernafasan. Rerambut ni bantu melindungi paru-paru dengan memerangkap toksin, bakteria dan virus.

Asap rokok boleh sebabkan cilia gagal berfungsi dengan baik. Maka, bahan kimia penyebab barah mudah diserap ke paru-paru.



Simptom Barah Paru-paru

Barah paru-paru menjadi parah tanpa kita sedar. Biasanya, ketika stage awal, ia tiada tanda ketara.

Tetapi, bila ia semakin teruk, beberapa simptom yang dikenal pasti adalah:

  • Batuk yang berpanjangan dan tidak sembuh
  • Dada sakit terutama bila tarik nafas yang da;am
  • Nafas berbunyi dan semput
  • Batuk sehingga keluar kahak berdarah
  • Letih


Jenis Barah Paru-paru

Terdapat dua jenis barah paru-paru.

1) Small-cell
2) Non-small-cell


Jenis Small-cell lebih agresif dan mudah merebak ke bahagian badan yang lain di peringkat awal. Biasanya jenis Small-cell adalah dari perokok dan jarang terkena kepada yang bukan perokok.

Jenis Non-small-cell merebak lebih perlahan dan biasa ditemui. 85% kes barah paru-paru adalah dari jenis ini.



Risiko kepada Orang Berdekatan

Bukan orang merokok sahaja yang boleh kena barah ini, orang yang terdedah dengan asap rokok dari perokok juga ada risiko terkena barah paru-paru.

Menurut kajian, mereka yang berkahwin dengan perokok mempunyai 20% hingga 30% risiko terkena barah paru-paru berbanding yang berkahwin dengan bukan perokok.


Berhentilah merokok sebelum terlambat. Jika seseorang itu berhenti merokok dalam masa 10 tahun, risiko terkena barah ini akan turun sebanyak 30% hingga 50%.


Berhenti merokok memang susah, sahabat saya yang dah merokok berbelas tahun pun akuinya.

Video di bawah adalah pengakuan ikhlas pengalaman nak berhenti merokok sehingga ke klinik berhenti merokok.






Vivix memulihkan DNA dengan cara membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. 

Vivix Shaklee BUKAN terapi pengganti nikotin. Tapi ianya terapi membuang nikotin. 

Sebagai bonus Vivix Shaklee juga akan meningkatkan pretasi jantung dan kadar metabolisma perokok. Ini kerana Vivix akan menyebabkan sel-sel menjadi aktif menghasilkan tenaga. Jantung dapat berfungsi dengan baik.



Dapatkan Vivix anda HARI INI. 

Sunday, September 6, 2015

Pengedar Sah Shaklee Petaling Jaya

Anda mencari pengedar sah shaklee sekitar Petaling Jaya?

Berita baik!

Kini anda tak perlu lagi keluar rumah. Tak perlu hadap jam semata-mata nak dapatkan produk Shaklee di branch.

Anda tak perlu rasa bimbang ditipu peniaga online. Tak perlu juga spend duit lebih untuk pos. Anda hanya tunggu di rumah dan pastikan nombor pengedar no 1 Petaling Jaya ini:

Beliau adalah pengedar sah Shaklee area Petaling Jaya.


Nama : Nora binti Ahmad
ID : 912871

No Telefon / Whatsapp : 012 - 7517281


Hubungi beliau HARI INI.
Free Consultation disediakan.


Sunday, August 23, 2015

9 Sebab Utama Muka Jadi Berminyak Dan Cadangan Pencuci Yang Sesuai

Tak semua dari kita ada jenis muka yang normal. Biasanya muka kita terbahagi kepada 3 jenis:


  • Normal
  • Berminyak 
  • Kering

Muka berminyak sangat mudah kumpul kotoran di muka. Bila pori kita tersumbat dengan kotoran, ia boleh menyebabkan timbulnya jerawat.

Tapi sebenarnya muka berminyak ni ada sebab-sebabnya yang tersendiri. Ia bukan semuanya terjadi sendiri. Semakin hari, makin ramai yang alami muka berminyak. 

Ya. Nampak pelik, tapi muka berminyak ni boleh dielak sebenarnya. Asasnya, kita kena tahu sebab-sebab muka kita jadi berminyak. 

Ikuti 9 Sebab Utama muka jadi Berminyak yang Merimaskan

Sebab 1: Genetik


Yang ni tak boleh nak elak. Jika kita ada keturunan yang berkulit berminyak, mungkin kita sendiri mempunyai jenis yang berminyak juga.

Keturunan ni ada kelenjar sebaceous yang lebih besar dari orang lain yang hasilkan lebih minyak pada muka. 




Sebab 2 : Penggunaan produk kecantikan kulit yang berlebihan.

Ada juga jenis orang yang obses nak cantik dan kulit lebih gebu rasa desperate nak guna produk kecantikan kulit secara berlebihan. 

Orang lain cuci 2-3 kali sahaja sehari, dia cuci sampai 8 kali.

Orang lain skrub muka hanya 2-3 kali seminggu, tapi dia skrub muka sampai 2 kali sehari. 

Bila muka kita di treat berlebihan macam tu, kulit muka yang normal juga boleh bertukar menjadi berminyak dan mungkin boleh rosak.




Sebab 3: Keadaan cuaca

Cuaca yang tidak menentu boleh mempengaruhi keadaan kulit muka. Keadaan panas dan lembap boleh tingkatkan pengeluaran minyak pada kulit.

Udara kering yang menyebabkan kulit kering juga menyebabkan kulit muka hasilkan minyak kerana seimbangkan keadaan kulit yang kering.




Sebab 4: Ubat- ubatan

Pil perancang dan pil hormon yang tertentu boleh tingkatkan pengeluaran minyak pada kulit.

Sama juga dengan ubat-ubatan yang boleh  menyebabkan badan terhidrasi, kulit secara automatik akan hasilkan minyak berlebihan akibat kehilangan cecair badan.




Sebab 5 : Guna produk yang salah.

Jika kita tersalah pilih produk, contohnya guna produk untuk muka berminyak padahal muka kita jenis normal, kulit kita mungkin boleh jadi berminyak. 

Ini kerana, produk untuk kulit berminyak akan menyebabkan kulit kering, terkurang minyak dan kelenjar minyak akan keluarkan minyak lebih dari biasa.




Sebab 6 : Perubahan Hormon

Peningkatan mendadak hormon androgen (ketika hamil, pra-menopause) boleh menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan minyak yang terlebih.

Patutlah kulit muka saya akan naik jerawat bila mengandung sahaja. Adakah anda juga begitu? kita sama!




Sebab 7: Tekanan / Stress

Disebabkan kita stress, badan kita akan hasilkan lebih hormon androgen, ia menyebabkan kulit hasilkan lebih minyak dari biasa.




Sebab 8 : Alat pembersih kulit


Ada alat pembersih seperti kain pembersih, berus pembersih kulit boleh keringkan kulit. Bila kulit kering, minyak akan terhasil secara lebih untuk menyeimbangkan keadaan.




Sebab 9 : Jemur bawah panas matahari

Kulit akan kering bila dijemur di bawah panas matahari. Ini menyebabkan kulit akan mengeluarkan lebih minyak untuk seimbangkan keadaan ini.


sumber : http://www.skininc.com


Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Kulit Berminyak


Shaklee ada memperkenalkan produk sesuai untuk muka berjerawat.

Namanya Enfuselle. Enfuselle ada dua jenis, satu untuk yang berminyak dan satu lagi untuk kulit kering


Hanya RM303.75 untuk satu set
Hubungi 019-3816167 untuk harga istimewa.



Ramai antara mereka yang dah berjaya kurangkan jerawat dengan set ini.




Testimoni

Testimoni #1
Nur Azratul Laila Ibu saya pakai set ini. Alhamdulilah jerawat makin kurang & minyak makin sekata.


Testimoni #2
Nurhidayah Rashid saya pun guna set ni..alhamdulillah..kulit kurang berminyak n jerawat pun kurang


Testimoni #3
Ummi Aisyah Ahmad Marzuki sy guna set ni...mmg best...muka.xberminyak dan melekit..lagi pun 8 bln bertahan guna.sebotol ni...shaklee terbaik!


Testimoni #4
June Mohd Alhamdulillah..saya puas hati dengan set ini. Jerawat makin berkurangan...

Bacaan lanjut >> Rahsia Hilangkan Parut Jerawat


Testimoni #5
Su AnNajah saya pun..best!! muka dah takde minyak2 langsung!..tu baru pakai pencuci


Testimoni #6
Nhdbaby Diyana Sy pakai pencuci muka je..kalau duk tengah panas lama-lama pun muka x sunburn..Alhamdulillah. 


Testimoni #7
Zeti Haiza Alhamdulillah.. puas hati guna set nie.... kulit dh kurang berminyak...jerawat dtg sebukan skali jer... memang pedih2 sket kt kawasan yg ader byk pores... tapi pores mengecil... ada kala kulit jd kering & mengelupas (hanya pd kawasan yg ader pimples & kulit mati).. kering & mengelupas sekejap jer... tp x la smpai rasa tegang mcm produk2 lain yg sng jmpa kt luar tu... apa pun.. kna support dgn supplement jgk.. 


Testimoni #8
Nas Wazir Sy mmg pakai.best sangat2..dlu klu lepas cuci muka kulit kering sgt2..pastu x letak apa2 terus berminyak2..tp lepas pakai set ni mmg beza..paling suka balancing moisturizer tu..mmg buat kulit lembut dan kurg berminyak..blackhead pun dah kurang..love it so much 



Waaaahhhh.
Teruja dengar kan. 
Ya. ini bukan rekaan. Ini adalah testimoni sebenar. Di bawah adalah gambar sebenar testimoni ini.




Dapatkan Skin Care Terbaik dari Shaklee HARI INI. 


Thursday, August 20, 2015

7 Tips Cuci Muka Supaya Bebas Jerawat Dan Nampak Bersinar

Muka yang bersih dan tiada jerawat adalah idaman semua wanita. Bila muka kita tiada masalah, kita pun boleh nampak lebih muda dari usia.

Siapa yang tak suka kan?

Rutin bersihkan muka dengan pencuci muka memang amalan kita yang pentingkan muka yang bersih. Tak kisahlah jenama apa, yang penting rutin cuci muka dua kali sehari adalah wajib.



Muka yang bersih boleh elakkan jerawat timbul akibat pori kotor dan tersumbat. Kita bebas keluar tanpa malu ada jerawat hodoh di muka.

Cuma, masih ramai yang tak tahu ada 7 tips Cuci Muka yang mungkin berguna untuk dapatkan muka bebas jerawat dan tanpa masalah.

Tips 1: Cuci muka dua kali sehari. 

Setiap pagi dan malam sebelum tidur tanpa gagal. Mesti buat!

Kita memang nampak ia bersih, tapi sebenarnya tak. Ada kotoran yang kita tak boleh nampak dengan mata yang boleh rosakkan kulit.

Jangan malas untuk buang ia.

Tips 2 : Elakkan cuci muka dengan sabun biasa. 

Gunakan pencuci muka berkualiti yang sesuai dengan jenis muka anda


Tips 3: Jangan keringkan dengan tuala lap tangan. 


Tuala lap tangan tidak bersih. Tidak mustahil jika ada bakteria yang akan kotorkan semula muka anda.

Gunakan tuala muka yang bersih.


Tips 4: Hanya bilas dengan air suam. 

Jangan guna air yang terlalu panas atau sejuk. Ia mungkin boleh cederakan kulit.



Tips 5: Exfoliate kulit sekali seminggu. 

Exfoliate adalah proses buang sel kulit mati pada muka supaya kulit muka lebih lembut dan cerah.

Sama juga seperti pencuci, tetapi ia berstruktur kasar seperti scrub yang sesuai dengan jenis kulit.


Tips 6 : Buat facial di salon

Walau anda tidak lupa untuk cuci muka setiap hari, luangkan masa untuk membuat facial di salon sekali sekala. Kulit kita perlukan servis juga.

Sama macam kita selalu gosok gigi tetapi tetap jumpa doktor gigi untuk cuci karat-karat degil pada plak gigi.


Tips 7: Berhati-hati ketika cuci di bahagian sekitar mata. 

Kulit di sekitar mata adalah kulit paling nipis pada badan kita.

sumber : http://www.discovergoodnutrition.com



Pencuci Muka Terbaik dari Shaklee

Shaklee mempunyai 2 rangkaian penjagaan wajah.

  • NutriWhite untuk kulit normal
  • Enfuselle untuk kulit sensitif

Enfuselle mempunyai 2 kategori iaitu:

  • Normal to oily
  • Normal to dry


NutriWhite


Gentle Deep Foaming Cleanser
150ml
Runcit RM119
Hubungi 019-3816167 untuk harga istimewa

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan


Enfuselle Normal-Oily


Purifying Cleansing Gel
177ml
Runcit RM88.75
Hubungi 019-3816167 untuk harga istimewa
  • Gel berbusa bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit anda.
  • Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

Enfuselle Normal - Dry


Hydrating Cleansing Lotion
177ml
Runcit RM97
Hubungi 019-3816167 untuk harga istimewa


  • Emulsi berkrim bertindak lembut untuk menanggalkan kotor, bahan cemar dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit.
  • Kaya dengan kandungan emolien serta penambahan Vitamin E agar kulit sentiasa halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik


Berminat untuk dapatkan pencuci muka Shaklee?

Friday, August 7, 2015

Pengalaman Best ke Karnival Matematik Playsmart Kuantan

Bermula dari tertarik dengan Whatsapp yang di forward oleh seorang rakan ke salah satu group yang saya join, saya ajak suami dan anak-anak ke Petrosains Playsmart untuk melawat Karnival Matematik yang dianjurkan oleh Petrosains.

First time menjejakkan diri ke Petrosains di Kuantan memang pengalaman menyeronokkan. Lebih-lebih lagi membawa Afiq yang dah darjah tiga dan belajar Matematik.

Walaupun masa kami di sini hanya beberapa jam, tapi ia sesuatu yang menyeronokkan.




Kami sampai dalam pukul 12tengahari lebih. Ada banyak gerai aktiviti yang boleh kita join. Masuk aje kita di sini, kita akan dapat satu borang redemption card.






Tiada barangan yang dijual, tetapi ada banyak barang FREE. Cuma kalau nak dapat barang free, kena join aktiviti dan dapatkan cop dahulu. 

At least kena dapat 10 cop baru boleh redeem hadiah. 

Acara yang kita boleh join semua berkisar tentang matematik.




Afiq dan arif pun ada join aktiviti sikit-sikit dan kami dapat cop cuma tak cukup nak redeem.




Ada juga aktiviti indoor yang dijalankan, dalam aktiviti indoor, pelbagai game yang berkisar tentang teori matematik ada di situ.




Rasa best sampai tak nak balik hero-hero ni. Saya tak dapat nak luangkan masa dan terangkan satu persatu teori matematik advance pada Afiq dan Arif lantaran melayan 2 hero cilik yang sangat aktif.

Anyway, ia satu pendedahan yang best kepada anak-anak dan ibu bapa. 

Cuma sedikit sedih kerana sepatutnya aktiviti seperti ini perlu lebih pengunjung dan ditekankan kepada anak-anak berbanding aktiviti hiburan kanak-kanak yang lain.

Its a good effort and start. Tahniah Petrosains Playsmart. 

Akan join lagi lepas ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...