Thursday, March 20, 2014

Tips Tingkat Sales Shaklee dengan Blog - Pengalaman Sendiri

Satu tika dulu saya ada blog personal. Macam-macam pengalaman hidup hari-hari saya share di situ. Pengalaman bersalin anak kedua, pengalaman beli rumah baru dan macam-macam lagi. Menjadi suatu yang menggembirakan dan release tension bila kita dapat share sesuatu dengan rakan-rakan blogger.

Kini, bila menjengah kedunia bisnes Shaklee, saya create blog baru ini untuk memasarkan produk Shaklee saya. Ada orang tanya, berkesan ke guna blog?  

Alhamdulillah, banyak sale saya masuk menggunakan blog. Paling mudah, tanpa kos tetapi memerlukan kesungguhan yang tinggi. 


Gambar di atas adalah carta pelawat yang melawat blog saya. Dari awalnya hanya puluhan orang, kini ia mencecah ribuan orang pelawat sehari. Banyak petua dan tips yang saya gunakan untuk mendapatkan pelawat seramai itu, dan juga sales yang banyak. 

Tips no satu yang saya boleh kongsi adalah Update blog anda sekerap mungkin. Dengan ini, entri-entri anda boleh naik rank carian pencari.

Tapi bukan itu sahaja tips yang banyak membantu. Tips lain seperti penggunaan SEO juga boleh digunakan untuk naikkan rank.


Gambar di atas menunjukkan rank entri Shaklee yang saya baru sahaja buat baru untuk pengedar shaklee Indera Mahkota. Baru 6 jam buat entri, ia mencapai rank pertama berbanding entri yang lebih lama(lihat entri di bawahnya bertarikh 20 Nov 2013). Rahsianya adalah SEO.

Apa itu SEO? teknik hebat untuk naikkan rank entri. Rahsia ini saya kongsikan bersama semua ahli yang mendaftar di bawah saya dan berminat berbisnes Shaklee secara blog yang PERCUMA. Goyang kaki je, sale boleh masuk.. (jari kena goyang juga supaya dapat update blog kan?).. Di mana sahaja, walaupun anda sedang bercuti.. 


Di atas adalah salah satu dari ratusan Wassap yang saya terima dari customer yang ingin membeli selepas jumpa blog saya. 

Entri yang dia baca adalah :Vitamin untuk Mata Rabun

Amazingly, saya terima wassap ini ketika sedang dalam perjalanan balik kampung. Walaupun saya tidak update status di FB untuk promote kerana bercuti, blog saya tetap membantu saya menambah sale. Alhamdulillah. 

Ingin dapatkan tips-tips lanjut tentang cara meningkatkan sale dengan blog?
Jom sertai saya menjadi ahli Shaklee , dan jika minat berbusiness, saya akan bantu membuatkan blog anda dikenali ramai.

Wassap Ida:  019-3816167

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

[Video] Rahsia Hamil Bertenaga, Kurang Mabuk Walaupun Berpuasa

Wanita mengandung dan hamil adalah special, mereka di beri ujian untuk menganggung segala macam cabaran di sepanjang kehamilan. Hormon berubah, mood berubah dan kadang-kala perlukan tenaga lebih untuk melakukan aktiviti.

Saya telah mengalami pengalaman itu 4 kali, dan saya percaya ibu-ibu lain pun rasa seperti yang saya rasa. Kena kuat semangat sebab bukan mudah untuk lalui 9 bulan dengan penuh cabaran.

Hamil untuk kali ke 2 dan ke atas lebih mencabar kerana perlu uruskan anak yg lain dan kerja rumah yang lain selain diri sendiri menanggung beban kandungan. Makin lama makin berat dan sarat.

Kita makin lemah, makin perlukan tenaga dan kawal stress setiap masa.


-------------

Sahabat kita dalam Video ni sangat letih berpuasa ketika hamil anak ke 4. Jom Tengok apa rahsia beliau boleh berpuasa sampai 30 hari Ramadhan.


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


Testimoni saya sendiri

Saya nak kongsi pengalaman saya makan ESP Shaklee yang bantu saya lebih tenaga. Ya, ESP ni adalah protein yang glisemik rendah, bancuhan minuman saya setiap pagi.

Kalau makan makanan tinggi karbohidrat sahaja dan ada glisemik tinggi, kita akan cepat kenyang, TAPI cepat lapar juga. Kebarangkalian kena diabetes pun tinggi. Oh, tak mau.. tak mau.. Kena kawal makan terutama bila hamil.

Dengan ESP, ia bantu saya kenyang lebih lama. Masa awal-awal hamil, bila kenyang lebih lama, kita akan rasa kurang loya dan nak muntah. Oh, pengalaman muntah-muntah dan loya memang sangat perit. Rasa tak laaaaarat sangat tau.

Masa puasa pun, Alhamdulillah ESP sangat bantu saya untuk lebih tenaga buat kerja. Saya ni jenis kurus kedeking. Bila petang je, saya rasa gigil sebab kurang tenaga, lepas jumpa ESP, dengan izin Allah, saya saaaaangat bersyukur, kerana mampu bertenaga lebih lama sehingga ke petang.

Bacaan lanjut :5 Kelebihan ESP untuk Wanita Mengandung



Jom ikuti pengalaman testimoni orang lain juga.



Ramai yang telah merasai kehebatan Shaklee terutama ESP. Anda pun harus cuba. Tak cuba, tak tahu bagaimana kesannya kan?

Hanya bancuh 3 sudu setiap pagi dan anda akan rasai perbezaannya.






Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Pengedar Shaklee Indera Mahkota, Kuantan

Berita baik kepada pengguna Shaklee Indera Mahkota Kuantan, kini anda boleh dapatkan produk Shaklee tanpa keluar rumah. Pengedar Shaklee Indera Mahkota boleh membantu anda membuat penghantaran ke rumah dengan servis terbaik. Anda hanya perlu hubungi beliau, dan dapatkan khidmat penghantaran secara percuma.

Tak perlu ke bank untuk transfer duit, tak perlu tunggu pos, tak perlu keluar ke pejabat pos untuk ambil bungkusan.

Hubungi pengedar Shaklee Indera Mahkota HARI INI



Ida Fadliza (ID: 886581)
FB: Ida Ifaz


✆: 019-3816167 (SMS dan Whatsapp pun boleh)
✉ : ifaz_0212@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kuantan: Boleh hantar terus ke rumah di area: Beserah, Pantai Batu Itam, Bukit Pelindung, Jalan Beserah, Balok, Sg Karang, Indera Mahkota, Bandar Kuantan

Thursday, March 13, 2014

10 Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Bahagian 2)


Sebelum itu, mari kita hayati cara menjadi lebih HAPPY dan TENANG selain dari bermotivasi dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sila klik Video di bawah ini


Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.



bersambung dari 10 Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Bahagian 1)

6. Mencipta Sokongan
Rasa bosan dan tiada motivasi untuk buat perkara yang anda harus buat untuk berjaya? Jangan risau, cari sorang kawan yang boleh bantu. Anda boleh cipta sokongan dengan share apa yang anda nak buat dengan seseorang yang anda fikir boleh support anda. Minta dia semak progress anda. Secara tak langsung, anda dah ada motivasi dari luar dan ada seseorang yang boleh ingatkan anda.

Rakan anda itu tak perlu memarahi anda buat itu dan ini, cukuplah dia ingatkan anda apa perkara yg anda nak capai dan kenapa anda nak capai perkara itu. Ia lebih berkesan dari kena marah sebab nak push buat kerja.

Cara lain yang berkesan adalah bina group mastermind. Group ni adalah sekumpulan rakan yang ada misi dan visi yang lebih kurang sama macam kita. Dalam group ni, anda boleh bincang masalah dan cara nak selesaikan masalah yg anda hadapi untuk capai target.




tiger woods
7. Raikan semua Kejayaan
Adakah anda tahu, cara paling mudah untuk motivasikan diri sendiri adalah ketika semangat tengah naik? Bila kita dapat jual sesuatu, kita akan rasa bersemangat dan bermotivasi tinggi. Di sinilah anda boleh implement teknik ni..jika anda rasa down dan tak semangat, anda boleh kembalikan motivasi anda semula.

Strategi ini dipanggil Raikan Semua Kejayaan. Seperti mana Tiger Woods melonjak menggenggam jari setiap kali dia berjaya score dalam golf. Ini adalah cara dia raikan kejayaannya. Anda mesti buat perkara yang sama. Cipta satu corak gerakan, lakukannya setiap kali anda berjaya capai. Bila dah jadi habis, ia boleh digunakan gerakan itu bila anda nak. Teknik ni dipanggil anchoring.





8. Berpura-pura Bahawa Anda Bermotivasi
Pernah dengar quote "Fake it until you make it"? Ia adalah prinsip yang sama yang boleh digunakan untuk memotivasi diri sendiri. Ya. Anda hanya perlu pura-pura bermotivasi sehingga anda cipta motivasi yang anda nak. Bila anda tak termotivasi dan down, berpura-puralah bahawa anda bermotivasi, jalan dan bercakaplah seakan-akan anda bermotivasi. Bernafas laju, Cakap lebih kuat, Berfikir lebih yakin.

Jika anda cuba buat, akhirnya anda tidak lagi pura-pura tetapi benar-benar dapat motivasi yang anda cari. Ini kerana tindakan dan emosi kita saling berhubung. Tindakan kita akan mempengaruhi emosi kita. Jadi, bila anda bernafas lebih laju, bercakap lebih kuat dan berjalan dengan lebih yakin, anda akan cipta emosi motivasi dan emosi kejayaan dalam diri.

Tak percaya? cuba senyum selebar-lebarnya dan fikirkan sesuatu sedih. Macam tak boleh kan? sebab tindakan dan emosi tidak selari. Bila anda gembira, anda akan senyum. Bila anda down, org lain boleh lihat dari riak muka anda. Maka, gunakanlah teknik berkuasa ini untuk kekal bermotivasi dari masa ke semasa.





9. Ikrar kepada Diri Sendiri
Dah buat ikrar kepada diri sendiri? Jika belum, buat sekarang! Ikrar yang anda boleh buat adalah seperti "Saya telah ditakdirkan berjaya dan hebat", "Saya adalah usahawan yang hebat", "Saya adalah jutawan bisnes yang terbilang" , "Saya berjaya dapat income berpuluh ribu ringgit sebulan" dan macam-macam lagi.

Gunakan ikrar ini untuk kekal termotivasi dan paling cepat walaupun ikrar itu semudah "Sayalah juara" dengan syarat anda buat dengan yakin dan diulang banyak kali.





10. Jadikan ia Habit / Kebiasaan
Semua point yang telah dibincangkan boleh berkesan pada peringkat awal tetapi ia tidak akan bertahan lama jika anda tidak membiasakan diri anda melakukannya.

"We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, buat a habit" - Aristotle

Selalunya, ramai yang hilang motivasi dan putus asa dengan targetnya kerana tidak bertindak untuk jadikannya habit. Mereka bersemangat pada awalnya, dan lama-lama hilang motivasi dan tak bertindak seperti yang sepatutnya.

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

10 Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Bahagian 1)

Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis sahaja impian, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.

Jika anda juga merasa perkara yang sama, jangan risau..Jom semak 10 cara terhebat memotivasikan diri sendiri seperti di bawah.

Sebelun tu, cara bangkit dari GAGAL adalah muhasabah diri. Jom semak cara muhasabah penting untuk kekal positif dan bermotivasi dalam video ini.


[Video] Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif from iReach HD on Vimeo.



Kita sebagai manusia memang dah jadi lumrah, satu ketika rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak. Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang rasa benda yang sama.

Satu-satunya perbezaan di antara orang biasa dan orang luar biasa dari segi motivasi adalah orang luar biasa tahu bagaimana nak uruskan kemahuan diri mereka dan bagaimana lebih kerap termotivasi dari orang biasa-biasa. Berikut adalah 10 cara terhebat yang anda boleh cuba.

"Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama. Mandi pun macam tu juga - sebab tu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari" Zig Ziglar





1. Vision Board Anda

Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Apa-apa aje. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai, carilah gambarnya dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.

Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.

Dengan membayangkan anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.






2. Tulis Impian Anda SETIAP HARI

Jika nak berjaya, kena apply cara tulis target. Ramai dah tahu macamana nak tulis target, dan dah ada target pun. Tetapi terdapat satu cara paling menarik yang boleh buatkan anda sentiasa termotivasi.

Apa yang anda boleh buat adalah tulis target anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini. Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni.

Anda telah mengambil langkah pertama untuk tekad nak capai juga target anda bila anda tulis ia di atas kertas. Jika anda bangun tidur terus tulis target yang nak capai dan terus fikir bagaimana nak capai, boleh bayangkan tak betapa hebatnya kesannya nanti?





3. Gunakan Sistem Hadiah

Guna Hadiah untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini, anda boleh hadiahkan diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan lain-lain.

Bila guna strategi ini, anda dah set dalam minda bahawa ada hadiah menanti jika anda capai target. Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti sendiri. Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.






4. Kisah Inspirasi Orang lain

Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri. Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung termotivasi.

Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.

 Anda juga boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.






5. Fokus dengan apa yang anda fikir.

Apa yang anda sentiasa fikirkan sepanjang masa? Minda kita adalah alat paling kuasa yang boleh digunakan untuk capai apa sahaja yang kita nak dalam hidup. Ia bergantung bagaimana anda guna ia. Jika anda fikir pasal benda positif, benda positif akan datang kepada anda. Sebaliknya, jika anda fikir susahnya dan nasib anda yang teruk, minda anda akan cari jalan nak buktikan benarkah anda bernasib malang.

Jadi, bagaimana anda guna minda untuk kekal termotivasi? Jawapannya mudah, tapi mungkin susah nak apply pada peringkat awal sebab anda tak terbiasa lagi.

Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat. Bayangkan pandu kereta idaman, melancong tempat impian, jadi kaya, hidup dalam rumah besar yang diidam-idamkan.

Yang memberi motivasi adalah HASIL apa yang kita nak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak.

Fikir tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, anda akan jadi termotivasi. Ingat ye, minda kita lah yang jadikan hidup kita seperti yang kita nak. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.

sambungan Bahagian 2 -->http://tipsihatselalu.blogspot.com/2014/03/10-cara-terhebat-motivasi-diri-sendiri_13.html


dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Wednesday, March 12, 2014

5 Cara Lindungi Diri dari Jerebu

Sejak musim panas menjelang ni, banyak kebakaran hutan terjadi. Sana terbakar, sini terbakar. Daun dan pokok yang kering mudah sangat terbakar. Maka banyak tempat akan diselaputi jerebu. Jerebu ni bahaya, boleh menyebabkan masalah kesihatan, jika dibiarkan mungkin boleh parah.

Berikut adalah 5 cara untuk lindungi dari jerebu





1. Kurangkan Aktiviti luar.
Kita takleh lari dari jerebu (kecuali kita ke luar negara), tetapi kita boleh kurangkan kemungkinan terdedah dengan jerebu. Mereka yang mempunyai masalah jantung dan pernafasan perlu hadkan aktiviti luar dan sentiasa berada dalam bangunan selalu.

Melakukan aktiviti luar seperti joging boleh menyebabkan anda menyedut pencemaran ke dalam paru-paru. Ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.





2. Sentiasa berada di dalam bangunan.
Pastikan pintu, tingkap  dan sebarang lubang udara di tutup sepanjang masa jika anda berada di rumah. Jika anda ada penyaman udara, sila ON dan pastikan penapisnya bersih. Jika mampu, anda boleh memilih untuk membeli air purifier yang membantu menjernihkan udara dalam rumah dari partikel jerebu.

Untuk pilihan yang lebih organik, anda boleh tanam pokok yang boleh menyerap pencemaran seperti Chinese Evergreen dan Snake Plant. 





3. Pakai Topeng
Pilihlah topeng muka berkualiti untuk menapis partikel jerebu dari memasuki hidung dan saluran pernafasan. Topeng pernafasan seperti N95 lebih berkesan menapis partikel halus dari jerebu. Adalah disarankan untuk menukar topeng jika ia rosak atau koyak. Ia boleh dibeli di kedai-kedai ubat dan farmasi.





4. Meningkatkan sistem imun badan
Makan makanan berkhasiat sangat digalakkan untuk kita sehari-harian tetapi untuk musim jerebu, anda disarankan untuk wajib memakannya dengan lebih kerap. Untuk mengurangkan simptom selsema dan batuk yang sering berlaku ketika jerebu, banyakkan makan makanan yang tinggi Vitamin C dan Vitamin E seperti sayur hijau, avocado, epal, tuna dan sebagainya. Minum lebih air dari biasa supaya membantu buah pinggang membuang semua toksin yang diserap oleh paru-paru dan kulit kita.

Kurangkan pengambilan kopi kerana minuman ini menggalakkan kehilangan cecair dalam badan dan menghilangkan nutrien dalam badan dengan lebih cepat. Lagipun, jika ada tanda-tanda hidung mula berair, air yang kita minum boleh mencairkan kahak dan membuangnya dengan lebih mudah.





5. Jumpa doktor jika tidak sihat.
Ada rasa susah nak bernafas, batuk, selsema dan pedih mata? Pergilah berjumpa doktor dengan kadar segera. Mereka yang ada asma dan ekzema sangat penting untuk pantau kesihatan dan sentiasa berada di rumah sepanjang masa ketika jerebu.


sumber: http://blog.stclassifieds.sg/5-ways-to-protect-yourself-against-haze/

Vitamin C Shaklee dan Vitamin E Shaklee sangat baik untuk di ambil.
Vitamin C hanya RM92.50 sebotol (180biji) 
Vitamin E Shaklee hanya RM149 sebotol(120biji)





dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Wednesday, March 5, 2014

Warna Air Kencing Berubah Tanda Penyakit? Kenali Warna Air Kencing Anda.

Pelik dengan warna air kencing? Sudah berabad doktor mengkaji perubahan warna air kencing dan kaitannya dengan penyakit. Air kencing yang keladak menunjukkan kemungkinan ada jangkitan kepada saluran air kencing dan air kencing yang berbau 'manis' menunjukkan kemungkinan ada diabetes.

Buah pinggang menghasilkan air kencing untuk membuang air, bahan kumuh dan toksin berlebihan dalam badan, juga bahan kumuh berlebihan dalam darah. Air kencing boleh 'memberitahu' apa yang kita minum, apa yang kita makan, ubat apa yang kita makan dan penyakit apa yang kita ada. Warna air kencing sangat penting untuk menentukan semua itu.


Warna Air Kencing Oren

Sebab

1. Dehidrasi.
Bila anda kurang minum air, air kencing anda akan jadi pekat dan bertukar menjadi oren atau kuning gelap.

2. Makanan
Lobak Merah, Jus Lobak Merah boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi oren. Jika anda makan banyak lobak merah atau minum banyak jus lobak merah, karoten dalam lobak akan menyebabkan air kencing, tapak tangan dan kaki menjadi oren. Makanan dan pill yang mempunyai Vitamin C yang tinggi juga menyebabkan air kencing berwarna oren.

3. Ubat
Sesetengah ubat seperti coumadin, antibiotics, laxatives dan chemotherapeutic drugs boleh menyebabkan air kencing berwarna kuning. Vitamin B Compleks juga menyebabkan air kencing berwarna kuning gelap atau oren.

Apa yang perlu dibuat.
Jika air kencing bertukar warna bukan sebab makanan dan ubat, nampaknya anda kena minum air yang cukup. Minum lebih air dan ia meningkatkan kesihatan badan anda secara keseluruhan. Warna air kencing disebabkan ubat adalah tidak bahaya, tetapi jika air kencing menjadi oren disebabkan anda makan lobak yang banyak, anda harus untuk kurangkan pengambilannya.




Air Kencing Berkeladak dan Keruh

Sebab

1. Jangkitan Kencing
Jika anda mempunyai jangkitan kencing, bakteria dan sel imun dalam air kencing akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi keruh. Jangkitan saluran kencing adalah biasa dikalangan wanita dan biasanya menyebabkan rasa sakit dan kerap buang air kencing.

2. Kegagalan Buah Pinggang
Protein yang terdapat dalam air kencing menyebabkan ia bertukar keruh. Ia adalah tanda kegagalan buah pinggang.

3. Jangkitan secara umum
Apabila anda sakit dan mengalami jangkitan bakteria, sel imun dan bakteria akan mengeruhkan air kencing.

Apa yang perlu dibuat.
Kepada wanita yang pernah mengalami jangkitan saluran kencing pasti tahu simptom-simptomnya. Cara paling cepat untuk mengubatinya adalah dengan rawatan antibiotik. Jika anda tidak demam dan sakit, anda perlu buat analysis air kencing dan ujian darah untuk mengenalpasti adalah kegagalan buah pinggang yang menyebabkan air kencing anda keruh. 


----------

Lelaki kuat sukan ini bukan mengalami kegagalan buah pinggang, tetapi tiba-tiba dirinya terasa seakan-akan LUMPUH. Tak boleh bangun.

Ikuti pengalaman pahit beliau dalam video ini yang memang mendebarkan.


Lelaki Kuat Sukan Hampir Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.








Air Kencing Biru atau Hijau

Sebab

1. Makanan
Asparagus boleh menyebabkan air kencing menjadi hijau dan berbau pelik. Warna biru mungkin terhasil dari pewarna makanan dalam makanan. 

2. Ubat. 
Sesetengah multivitamin, ubat tahan muntah, ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi biru

3. Familial hypercalcemia
Familial hypercalcemia adalah penyakit kanak-kanak yang jarang berlaku yang biasanya menyebabkan air kencing menjadi biru

Apa yang perlu dibuat
Warna air kencing ini tidak menunjukkan apa-apa bahaya kecuali Familial hypercalcemia.




Air Kencing Coklat Gelap

Sebab

1. Sayur
Jika anda makan beberapa jenis makanan seperti sayur rhubarb atau favor beans, air kencing anda mungkin bertukar warna menjadi coklat gelap.

2. Ubat
Antibiotik, ubat anti-malaria, penenang otot dan laxative seperti Senna boleh menyebabkan air kencing berubah warna menjadi coklat gelap.

3. Kegagalan fungsi buah pinggang dan hati.
Air kencing berwarna coklat gelap mungkin tanda kegagalan buah pinggang atau hati. Kedua-dua penyakit liver cirrhosis dan acute viral hepatitis boleh menyebabkan air kencing menjadi coklat gelap. Kegagalan buah pinggang yang kronik  seperti acute glomerulonephritis di mana buah pinggang tidak boleh membuang cecair dan badan kumuh berlebihan dari darah akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi coklat gelap.

Apa yang perlu dilakukan. 
Jika masalah ini bukan disebabkan makanan atau ubat, anda disarankan untuk berjumpa doktor jika air kencing bertukar warna menjadi coklat gelap. Kegagalan buah pinggang dan hati yang kronik perlukan rawatan segera. 




Air Kencing Tiada Warna atau Pucat

Sebab

1. Terlebih minum air atau kafein
Jika air kencing anda tiada warna, anda mungkin minum banyak air atau anda minum air yang mengandungi diuretics seperti kafein

2. Diuretics
Ubat yang mengandungi diuretics mungkin menyebabkan air kencing tiada warna kerana ia menggesa badan membuang air berlebihan dalam badan

3. Kegagalan buah pinggang
Air kencing tiada warna mungkin disebabkan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik kerana ia tidak boleh memekatkan air kencing. 

Apa yang perlu dilakukan.
Anda boleh mengurangkan minum air atau pengambilan kafein. Tetapi jika air kencing tiada warna adalah bukan disebabkan minum air banyak atau ubat, anda perlu membuat uji kaji buah pinggang supaya dapat mengesan buah pinggang berfungsi dengan baik atau tidak.

---------------




Air Kencing Berwarna Merah atau Pink

Sebab

1. Buah-buahan atau sayur-sayuran
Banyak berry dan sayur berwarna warni seperti red beets boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi merah atau pink

2. Ubat
Laxatives dan ubat antipsychotics boleh menukarkan warna air kencing menjadi merah

3. Keracunan bahan logam berat
Logam kronik atau keracunan merkuri menghasilkan pigmen merah yang akan dikumuh kepada air kencing.

4. Darah
Walaupun beberapa titis darah, ia boleh menyebabkan air kencing menjadi merah. Senaman berat, jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau batu karang, barah pundi kencing dan barah buah pinggang boleh menyebabkan ada darah dalam air kencing.

Apa yang perlu dilakukan.
Anda perlu berjumpa doktor jika air kencing anda berwarna merah bukan disebabkan ubat atau makanan. 



Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...