Wednesday, March 22, 2017

[23k Share di FB] 24 Pesanan Dr Hamit Arshat Tentang Kesihatan Wanita

23,000 Share dalam masa 19 jam?

Tak percaya kan? Boleh tengok gambar screenshot ni



24 pesanan ni memang berbaloi di baca. Sangat berguna.

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA


1. Jaga Kesihatan Sebelum Ditimpa Penyakit

Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.



2. Cegah Lebih Baik 

Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. 

Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.



3. Doa 

Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. 

Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.




4. Jangan Bergantung Dengan Ubat 

Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. 

Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.



5. Dua Punca Penyakit

Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.

Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.



6. Tabiat Makan

Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. 

Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.

Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.

Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)




7. Makan Bila Lapar

Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. 

Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.



8. Mula Makan dengan Buah


Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.

Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.



9. Minuman Terbaik

Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. 

Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.

Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.



10. Minyak kelapa dara (VCO)

Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang.

Juga satu sudu madu lebah setiap hari.



11. Ulam

Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser.

Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.



12. Makanan untuk wanita menopos

Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.

Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.

Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.


13. Stress

Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja.

Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.



14. Ibadah


Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah.

Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.




15. Hubungan dengan manusia


Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri.

Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '



16. Exercise


Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan cara gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.

Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.



17. Deep Breathing


Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.

Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.

Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.



18. Kesan ketulan di payu dara


Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.

Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.





19. Pap Smear


Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos.

Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.




20. Berat Badan


Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg.

Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.




21. Buat Pemeriksaan


Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid .

Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut.




22. Vitamin


Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.

Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.

Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.



23. Suplemen


Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.

Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.



24. Makanan selepas bedah


Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Friday, March 17, 2017

Suplemen Untuk Orang Tua : 5 Sebab Omega Guard Pilihan Utama

Kan bagus bila mak ayah kita masih cergas, aktif dan bebas penyakit bila dah berumur?
Boleh travel sana sini, singgah rumah kita, main-main dengan cucu.

Rasa bahagia sangat kan?

Bayangkan masa kita kecil dulu, mak ayah kita kerja kuat. Buat macam-macam untuk kita. Tak cukup rehat. Pagi-pagi dah keluar rumah untuk bekerja.

Pasti kita sebagai anak nak sangat lihat mereka aktif dan sihat. Cergas buat apa-apa aktiviti kegemaran mereka. Rasa bahagia sangat dapat luangkan masa.

Kini adalah masa untuk mereka berehat.
Pasti kita nak mereka selesa berehat dengan sihat.

Tercari-cari suplemen paling sesuai untuk mak ayah anda?
Omega Guard pastinya suplemen terbaik

Anda pasti teruja memilih Omega Guard bila membaca 5 sebab ini:




1. Penyakit Jantung

Omega 3 yang ada dalam Omega Guard bukan sahaja elak penyakit kepada orang sihat, orang yang telah terkena penyakit jantung pun bagus untuk ambil


Ia boleh mengurangkan risiko komplikasi dan kematian kepada mereka yang telah disahkan ada penyakit jantung.

Omega 3 boleh mengekalkan rentak degupan jantung.

Satu kajian mendapati, mereka yang telah mengalami serangan jantung dan mengambil minyak ikan, mereka mempunyai risiko kematian 45% lebih rendah dari mereka yang tidak mengambil minyak ikan.

Ikan dan minyak ikan boleh memperlahankan arteriosclerosis dan merendahkan risiko serangan strok.










2. Triglycerides.

Apa itu triglycerides?

Dengan ayat mudah, ia didefinisikan sebagai lemak tidak baik dalam badan.

Omega 3 (DHA dan EPA) boleh merendahkan tahap lemak ini sebanyak 20% hingga 50%. Kesan Omega 3 juga dilihat dapat merendahkan tahap kolestrol.







3. Rheumatoid arthritis.


Rheumatoid arthritis adalah sakit sendi dan lutut yang biasa di alami oleh orang tua.

Beberapa kajian telah mendapati minyak ikan boleh mengurangkan simptom sakit ini seperti rasa nyilu pada waktu pagi dan sakit.

Kerana itu juga, Omega Guard adalah salah satu vitamin penting untuk Set Sendi dan berjaya membantu mengurangkan masalah sakit sendi kepada ramai orang.

[Bacaan Lanjut: Vitamin Untuk Sakit Lutut]







4. Osteoporosis


Kajian mendapati mereka yang makan minyak ikan mempunyai kadar kepadatan tulang yang lebih tinggi.

Satu kajian lain pula mendapati minyak ikan (bergabung dengan kalsium dan GLA) boleh meningkatkan kepadatan tulang kepada orang berusia yang telah mengalami osteoporosis.







5. Ingatan, Dementia dan penyakit Alzheimer


Beberapa kajian mendapati pemakanan yang tinggi kandungan lemak ikan/minyak ikan boleh mengelakkan hilang ingatan dan merendahkan risiko dementia kepada orang tua.

Terdapat juga kajian di mana supplement yang mengandungi Omega 3 boleh memperlahankan masalah ingatan kepada pesakit Alzheimer.


sumber: http://www.webmd.com/diet/features/who-needs-omega-3s?page=3



Mereka Sudah Nikmati Kesan Omega Guard


Jika anda diberi peluang untuk bantu mak ayah jadi lebih sihat, mestilah nak kan?

Berikut adalah testimoni / bukti Omega Guard boleh bantu rendahkan Kolestrol mak ayah.








[Video] "Biasanya Darah Tinggi Abah saya 180 / 90, Selepas Ambil Omega Guard.."


Seorang anak telah membuat satu pengakuan berani tentang abahnya dalam video ini.






Lagi pengakuan selepas ambil Omega Guard



Nak Tahu Cara Dapatkan Omega Guard ?


Lepas baca testimoni tadi, pasti anda rasa gembira jumpa satu supplemen sesuai untuk orang tua dan mak ayah kita kan?

Apa yang kita risaukan tentang kesihatan mereka sudah terjawab.

Sekarang bukan masa untuk berlengah dapatkan supplemen yang Halal, ada kelulusan KKM dan berkesan ini.

Sila ikuti langkah di bawah untuk dapatkan Omega Guard dengan segera.



Sunday, March 5, 2017

Mudah! Rawatan Vertigo Yang Selamat dan Cepat


Pernah dengar pasal Vertigo?

Walaupun Ida tak pernah kena, tapi bila dengar cerita orang yang kena Vertigo, sangat menyiksakan. Ida ni, kalau sakit kepala sikit pun, dah tak tahan, ini pula kena Vertigo.

Kawan kat ofis kata Vertigo ni jauh lebih teruk dari migrain. Isteri dia kena Vertigo. Katanya, rasa Vertigo ni macam dunia berpusing-pusing. Duduk rileks pun, boleh tiba-tiba muntah tanpa sebab.






Apa itu Vertigo?


Bayangkan bilik kita berpusing-pusing dan bergerak ketika kita tengah duduk? Mesti pening kan? Macam tu lah rasa Vertigo. 

Bila kena Vertigo, badan rasa melayang-layang , pening, mabuk dan boleh muntah-muntah. Satu kerja pun tak boleh buat. Kalah rasa sakit migrain.


Punca Vertigo


Secara umum, Vertigo merupakan gejala yang dicetuskan oleh gangguan mekanisme baki dalam telinga dalam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penyakit lain yang juga boleh menjadi punca.

Jenis vertigo boleh dibahagikan kepada dua kategori mengikut punca. Dua kategori adalah:


Punca 1: Vertigo periferal. 

Ini adalah jenis yang paling biasa vertigo. Peripheral vertigo dicetuskan oleh gangguan dalam mekanisme keseimbangan yang terletak di telinga dalam. 

Gangguan tersebut termasuk labyrinthitis, neuronitis vestibular, benign kedudukan datang tiba-tiba vertigo (parosimal), dan penyakit Meniere.



Punca 2: Vertigo Sentral. 


Gangguan atau masalah dalam otak kecil (otak sedikit) yang terletak di bawah otak besar atau batang otak (bahagian bawah otak yang berkaitan dengan saraf tunjang) mungkin boleh menyebabkan vertigo ini. 

Satu lagi punca vertigo pusat termasuk migrain, multiple sclerosis, stroke dan serangan iskemia sementara (TIA), akibat ubat-ubatan tertentu, dan juga tumor otak yang terletak di otak kecil atau tumor benigna pada saraf pendengaran (neuroma akustik).



Tiba-tiba Kena Vertigo, Apa Nak Buat?


Pertama sekali. Tidak perlu panik. Anda boleh lakukan perkara berikut:


  • Bertenang, baring dan berehat. Pejamkan mata sambil ambil nafas dalam-dalam. Cari posisi yang selesa untuk berehat sama ada duduk atau berbaring.
  • Cuba lihat sekeliling anda dan segera minta pertolongan sesiapa yang berdekatan. Bila terasa mual dan ingin muntah, teruskan sahaja.
  • Sekiranya dengan berbaring atau pun duduk dapat memberikan anda keselesaan untuk berehat dan menenangkan diri ketika diserang vertigo, teruskan sahaja sehingga ia menghilang. Jangan kerap melakukan gerakan secara tiba-tiba. Cuba berehat sepenuhnya.
  • Buka mata perlahan-lahan dan dalam gerakkan kepala dengan perlahan. Sekiranya masih lagi berasa pusing, berehat kembali pejamkan mata dan minta pertolongan untuk ke klinik.


Ida pun ada jumpa satu cerita seorang kawan yang suaminya ke Vertigo.
sumber: http://www.naluriibu.com/2014/11/penyakit-vertigo-kacak-tapi-pekak-oh-no.html


"Tak Tahu Pun Dia Ada Penyakit Ni Tau"


Ok saya nak share kisah husband saya. Sebelum saya "Jatuh Cinta" dengan Shaklee.. Suami saya pernah di serang Vertigo. 

Masa tu tak tahu pun dia ada penyakit ni tau. Masa tu memang panik la.. tengok muka dia pun dah kuning. Dengar suara I bercakap pun dia tak boleh. Haa macam tu sekali ok. ( tau laa suara ku merdu) 

Masa pertama kali dia diserang penyakit itu.. Doktor mengesahkan yang ianya berpunca dari kesan resdung beliau yang teruk. Ermm suami saya memang ade resdung. Kalau tengok luaran tak de laa teruk mana. 

Tapi dia memang alah dengan habuk. Kena habuk sikit habis laa sroot sreet sroot srett.. 

Arghhh..!!



"U ade gaduh ke dengan husband yang buat dia strees macam ni.."


Nak di jadikan cerita.., masa memula kena tu. Pergi hospital Kerajaan, tapi boleh kan Doc tu kata suami I tak ada apa-apa. 

Dia kata Strees je ni. 

Padahal member nak diri pun dah tak boleh. Muka kuning tak berdarah. Akak tinggalkan Doktor tu dengan pandangan yang agak jaki. Ade ke dia tanya.. 

"U ade gaduh ke dengan husband yang buat dia strees macam ni.." 

Saje kan dia mintak kene setepek. Kan dah. Sape suh mintak.. hahahaha. Sampai mati ku ingat rupamu Doktor..


"Dear kalau lambat sedikit, Husband u Boleh Pekak..!"


Ermm Akibat keadaan En Suami yang semakin kritikal.., saya cakap kat dia jom laa pergi hospital Pakar. Cek je kat sana. We all time tu tak de insurans lagi ok. So apa lagi.. zass kan aje Kad Kredit. 

Duit boleh cari oi.., suami belum tentu de ganti. 
Auwwww..! 

Ermm Nak tau tak Doc kata apa.. Doc Kata.., "Dear kalau lambat sedikit, Husband u Boleh Pekak..!" What muka ensem tapi pekak.. 

oh no..! 

Haa masa nie kan dia ambil MC sebulan.. sebulan tau tak kerja. Memang parah laa.. Sampai duit Syiling jatuh atas lantai pun dia tak boleh dengar. Dia rasa bergegar semua kepala Dia. Dia kata rasa macam isi otak semua nak keluar.. 

Haa sampai macam tu tau.. Trajis laa sangat..!


Alhamdulilah dia tak ambil masa yang lama untuk recover.


Ok Selepas dari tu lama dah dia tak kena lagi.. Masa tu dia memang bergantung sepenuhnya dengan ubat Doktor sahaja. 

Tapi nak dijadikan cerita.., pada Januari 2013 sekali lagi dia diserang.. Haa sudah.. Tapi time tu saya dah Fall in love dengan Shaklee :). Masa tu saya terus bagi dia Vivix. 

Saya memang paksa dia ambil Vivix setiap hari. Ditambah dengan supplement asas untuk mengawal resdung beliau. Alhamdulilah dia tak ambil masa yang lama untuk recover.


Vivix dan Vertigo

Dahsyat kan kisah kawan Ida kat atas tu? Boleh jadi pekak tau. Syukur beliau cuba Vivix



Vivix membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel. Kajian makmal telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaikpulih sel-sel DNA.

Faktor stress juga merupakan salah satu pencetus penyakit ini. Jangan tak tahu stress ini juga adalah salah-satu punca yang membawa kepada kanser. 

Ini disebabkan oleh peningkatan hormon kortisol dalam darah sehingga dapat menyumbat dan mengganggu peredaran darah. Pengambilan vivix yang membaiki dan melindungi sel akan mencegah tubuh kita dari diserang radikal bebas penyebab kanser.




Lagi Testimoni Berkaitan Vertigo dan Vivix






















Bagaimana Nak Dapatkan Vivix?


Ikuti langkah mudah di bawah

Dapatkan Vivix Anda HARI INI

Thursday, March 2, 2017

[Video] Penggunaan Walker Boleh Menyebabkan Anak Lambat Berjalan?

Hari ini Ida nak share satu video tentang mitos dalam perubatan kanak-kanak yang Ida ada jumpa dalam facebook.

Antara mitos yang diulas adalah:

- Penggunaan walker
- Letak Daun Ketum atas perut untuk elak kembung
- Guna Tepung Ubi untuk rawat ekzema
- Elak pakai baju Kuning untuk elak Kuning
- Letak lada hitam pada tali pusat

dan yang famous

Letak tisu basah pada dahi untuk bayi sedu. Haha.

Nak tahu lanjut ulasan doktor pakar kanak-kanak? Sila klik Video di bawah


Punca Bell Palsy Tak Diketahui?

Rupanya bell palsy ni tak sama dgn strok. Ida pun baru tahu.

Simptom mulut senget memang sama,  tapi puncanya tak diketahui. 


Kami dalam group mentor ada bincangkan punca Bell Palsy.  Seorang pengedar Shaklee yang juga doktor,  ada terangkan punca Bell palsy ni. 

Ida quote kata-kata Dr ni ye

The cause of bell's palsy is UNKNOWN...orang medical panggil idiopathic.
Bell's palsy adalah basically paralysis of cranial nerve yg ketujuh AKA facial nerve. Facial nerve ni supply parts of muka kita, control muscle muka dan juga sebahagian drpd deria rasa.
Bila pesakit ada simptom2 macam drooling saliva, muka senget sebelah, mata xleh tutup rapat, kening xleh nak angkat, penyakit2 seperti stroke, brain tumor, infection herpes perlu dirule out dulu. Kalau xjumpa source dia, barulah boleh kita diagnose as bell's palsy

Katanya lagi

Ia satu ilmu baru untuk kami

More info akan Ida kongsi lagi nanti dalam blog


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...