Thursday, February 26, 2015

11 Punca Haid Tidak Teratur Sehingga Sukar Merancang Untuk Hamil

Semua wanita memang nak hamil dan nak anak. Mereka sangat sensitif ditanya dengan soalan bila nak ada anak. Tapi, bagaimana nak merancang jika haid pula tak stabil.

Sekejap datang haid, sekejap tidak datang. Sangat mengecewakan.

Haid yang tidak teratur memang masalah besar untuk wanita yang merancang untuk mengandung. Haid yang teratur adalah idaman semua wanita sebab perkiraan bila sepatutnya hadir haid adalah titik tolak menjadi ukuran mereka lewat datang haid atau tidak.

Tester UPT dah siap beli awal-awal sebab nak tunggu haid tidak datang. Tapi jika haid berterusan dan tidak stabil, macamana nak uji kehamilan?





Mengapa pentingnya haid yang stabil?

Kebiasaannya, wanita yang didatangi haid setiap bulan adalah wanita yang subur. Haid terjadi selepas ovum matang yang berpotensi disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan.

Ketika dilepaskan pada waktu subur, potensi wanita hamil adalah tinggi jika berlaku perhubungan suami isteri. Tetapi, jika haid tidak stabil, nak tentukan bila hari subur pun sukar.

Baru 5 hari habis haid, haid pada cycle seterusnya dah datang. Ataupun, haid berpanjangan sehingga berbelas hari sehingga mengganggu emosi. Hal begini mengurangkan potensi seseorang wanita untuk hamil.

Sangat STRESS.




11 Punca Haid Tidak Teratur.


Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yg tidak teratur adalah:

Punca #1 : 
KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.


Punca #2 : 
BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.


Punca #3:
TERLALU KURUS
- tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.


Punca #4:
MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.


Punca #5:
MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.


Punca #6:
PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.


Punca #7:
TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.


Punca #8:
PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!


Punca #9:
TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.


Punca #10:
MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.


Punca #11:
UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

sumber: http://yourhealthshoppe.blogspot.com/




Wanita dalam video di bawah TERLALU STRESS. Bukan seminggu atau sebulan, tetapi SETAHUN beliau tidak datang haid. Marilah mendengar rintihan hati wanita cekal ini.




Tips Mendapatkan Haid Stabil dari Shaklee

4 Vitamin utama dalam membantu mengurangkan masalah Haid tidak teratur adalah:


1) Vitalea : Membantu sistem organ dan tubuh mendapatkan semua nutrien penting secara menyeluruh. Kandungan 28 vitamin dan mineral dalam multivitamin ini boleh bantu setiap sistem dan organ badan berfungsi dengan baik.


2) BCompleks: Membantu mengawal sistem saraf dalam badan dan mengurangkan stress. Stress adalah salah satu punca haid tidak stabil.


3) Vitamin C: Membantu meningkatkan imun badan dari serangan penyakit, membantu penyerapan iron yang melancarkan edaran darah. Edaran darah yang lancar menyebabkan oksigen dapat sampai kesemua sel dalam badan.


4) GLA : GLA membantu badan menstabilkan hormon terutama apabila hormon terganggu akibat pengambilan ubatan dan pil perancang. Hormon yang stabil membantu mendapatkan haid yang stabil dan teratur.


Dapatkan Produk Shaklee ini HARI INI.




Atau sila ikuti langkah-langkah pembelian di bawah



Thursday, February 19, 2015

7 Tips Kurangkan Rambut Gugur Lepas Bersalin Yang Ramai Wanita Tercari-cari

Rambut gugur lepas bersalin memang mimpi ngeri. Bila mandi aje rasa takut tengok rambut gugur kat lantai bilik air yang sangat banyak. 

Ketika mengandung tiada pula masalah ni, tetapi lepas bersalin, rambut yang gugur dah tak terkawal. Sikat sikit aje, penuh rambut kat sikat. Bukan sikit-sikit gugurnya, naik nipis dah rambut ni.

Suami pula dah mula tegur perubahan pada rambut. Makin lama makin nipis. Jarang suami tegur perubahan pada diri. Jika dia dah mula bersuara, memang serius ni.

Stressnya!



Sahabat saya ni hampir botak sebab rambut gugur. Jom klik video di bawah untuk tahu apa dia buat supaya suami tak terkejut tengok isteri rambut nipis.






Punca Utama Rambut Gugur Lepas Bersalin



Rambut gugur lepas bersalin sebenarnya normal. Istilah medikal kita panggil Telogen Effluvium. Rupanya menurut laman web Wikihow.com, hampir 50% wanita mengalami rambut gugur lepas bersalin.

Punca utama adalah perubahan hormon. Semasa kita hamil, hormon progesteron dan estrogen dalam badan sangat tinggi. Masa tu jarang ada masalah rambut gugur sebab hormon ni lah yang menyebabkan rambut kita berada dalam fasa pertumbuhan.

Sebab tu masa hamil, rambut kita lebih berkilat dan bersinar. Kita pun nampak lebih berseri-seri.

Lepas bersalin, hormon-hormon ini akan turun jadi normal. Sebab tu lah masalah rambut gugur berlaku terutama semasa anak kita umur tiga hingga 4 bulan.

Menurut kepercayaan orang tua, punca rambut kita gugur adalah kerana anak suka main air liur dan menyembur-nyemburkan air liurnya.



Berikut adalah 7 Tips Elak Rambut Gugur yang boleh dicuba.



Tips Elak Rambut Gugur #1: Elak Ikat Rambut dan Dandan Terlalu Ketat


Wanita memang gemar ikat rambut terutama yang berambut panjang. Nampak lebih kemas dan menarik.

Ada yang buat tocang dua, ikat ponytail, dan ada yang ikat berjalin.

Namun, ketika fasa rambut gugur ni, anda boleh kurangkan mengikat dan dandan rambut. Ini kerana tekanan dan regangan akan menyebabkan rambut lebih mudah gugur berbanding dibiarkan lepas.





Tips Elak Rambut Gugur #2: Kekalkan diet sihat termasuk Buah-buahan dan Sayuran



Pemakanan memang sangat penting untuk kekal sihat. Buah-buahan dan sayuran sangat penting dimakan untuk bantu kurangkan masalah rambut gugur.

Buah-buahan dan sayur-sayuran ada flavonoids dan antioksida yang lindungi folikel rambut.

Ia boleh cepatkan tumbuhnya rambut baru sebagai ganti rambut gugur selepas bersalin.





Tips Elak Rambut Gugur #3: Sikat rambut dengan sikat yang Bergigi Jarang



Menyikat rambut boleh buat rambut lagi banyak gugur terutama bila rambut basah. Kita akan menarik rambut dengan sedikit kuat apabila menyikat.

Sedih tengok banyaknya rambut gugur dan tersekat di sikat. Penuh tapak tangan.

Tapi, takkan tak sikat pula terutama bila lepas mandi kan?

Gunakan Sikat yang bergigi jarang untuk elak lebih banyak rambut gugur. Rambut pun nampak lebih kemas berbanding jika tidak disikat.





Tips Elak Rambut Gugur #4: Pendekkan Rambut



Pendekkan rambut supaya dapat kurang tarikan pada folikel rambut. Rambut yang lebih pendek mudah diuruskan dan nampak lebih lebat dan sihat.

Potong hujung rambut yang bercabang. Rambut bercambang akan menyebabkan rambut kita kurang sihat.





Tips Elak Rambut Gugur #5: Kurangkan Penggunaan Alat Pemanas Rambut


Banyak alat pemanas yang kita guna untuk ubah style rambut perlu dikurangkan. Alat kerinting dan alat pelurus rambut yang menggunakan iron pemanas harus dielakkan dahulu.

Paling kurang pun bila rambut basah, tak perlu blow guna dryer bagi rambut kering. Biarkan rambut yang basah kering sendiri secara semulajadi untuk elak lebih banyak rambut gugur.





Tips Elak Rambut Gugur #6: Elak dari Stress


Wanita baru lepas bersalin dan ada anak kecil memang stress. Anak kecil memang banyak kerenah dan si ibu perlu banyak bersabar terutama kepada ibu baru. Tenang-tenangkan diri dan elak dari stress yang keterlaluan.

Stress boleh buatkan rambut gugur dan rambut menjadi makin nipis.




Tips Elak Rambut Gugur #7:Ambil supplemen dan makanan tambahan anda

Ambil makanan tambahan, supplement dan vitamin untuk menguatkan rambut dan kesihatan. Bcompleks, Vitamin E dan Zinc boleh bantu kuatkan rambut.

http://www.wikihow.com/Prevent-Hair-Loss-After-Pregnancy



Zinc Complex Shaklee




Zinc adalah mineral yang sangat penting untuk kita. Ianya diperlukan untuk membentuk enzim dan hormon penting dalam tubuh badan selain memeliharanya.

Zinc berfungsi sebagai perantara bagi lebih 100 jenis enzim dalam tubuh manusia dalam berperanan secara lansung untuk metabolisma seluruh sel didalam tubuh kita.

Zinc juga perlu untuk proses pembentukan genetik iaitu pada DNA dan zinc turut mengaktifkan deria rasa dan lidah kita.





Zinc Untuk Rambut Gugur


Zinc juga boleh bantu untuk kurangkan rambut gugur.

Testimoni #1

Sharing is caring. Just nak share testimoni sendiri...alhamdulillah dh hampir sebulan menggunakan Zinc Complex...rambut gugur dah kurang..dulu kalau x bila sikat aje.. mesti byk  rambut gugur...thanks ZINC COMPLEX






Testimoni #2

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Hari ni excited sgt nak kongsikan pengalaman ina mengamalkan zink complex shaklee..Ina baru lepas bersalin anak pertama..mak ada bgtau, klu anak dah start main2 bueh dalam mulut dengan air liur dia, rambut ibu akn gugur..mula2 tu cm xnk percaya je..sbb rmbut ok je..
tp bila ank da masuk 3bulan dia da start main buih dlm mulut, rambut mula gugur..mula2 berhelai helai..makin hari berpuluh2 helai..tuhan je yang tahu betapa takutnya setiap kali nak sikat rambut..yg lagi merimaskan, bila anak da pandai masukkn jari dlm mulut..kdg2 tu ada rmbut ina kt tangan dia..stress sgt time tu..akhirnya ina cuba mkn zink complex shaklee..alhmdulillh baru 4hari makan, rambut da kurang gugur..klula rambut ni bkn aurat bg wanita, lama da ina snap buat testimoni..hehe.,alhmdulillah, masalah rambut gugur dapat ina atasi dgn zink complex juga dengan izinNya..kepada kawan2 yg ada masalah keguguran rambut ni xkisahla ada ank atau belum, sebut je rambut gugur, cubala zink complex shaklee.terbaikkkk!!!




Testimoni #3
As salam..saya nak share tentang ZINC..
testimoni sendiri yea..sya ambil zinc nie sebab rambut saya selalu gugur selepas melahirkan ..
x tahan sangat sampai ada yg botak2 dah rambut nie..huhuhu...so jalan penyelesaiannya sy amalkan zinc.. x sampai seminggu sya dah nampak perubahannya, rambut dah kurang gugur..Alhamdulillah....suke sangat




Dapatkan ZINC COMPLEX  Anda Hari INI.



Atau hubungi PENGEDAR ANDA : (sila ikut cara order di bawah)

Tuesday, February 17, 2015

Multivitamin Kanak-kanak Punca Ibu-ibu Malas Masak Masakan Seimbang?

Kanak-kanak yang sedang membesar sangat perlukan nutrien dan vitamin. Kanak-kanak yang sihat sepatutnya mendapatkan vitamin dari sumber makanan.

Menurut pakar pemakanan, kanak-kanak yang sihat tidak semestinya memerlukan multivitamin dari supplemen.

Sepatutnya mereka mendapatkan nutrien tersebut dari pemakanan yang seimbang dan sihat seperti:

  • Susu dan produk tenusu dari keju, susu segar dan yogurt
  • Buah-buahan segar yang pelbagai warna, sayur hijau
  • Protein dari ayam, ikan, daging dan telur
  • Bijirin dari beras dan oat

Ibu-ibu hanya perlu meluangkan lebih masa untuk memasak dan pastikan anak-anak makan makanan yg seimbang sahaja kan?

Maka, apa perlunya beri anak makan multivitamin?

Adakah ia adalah shortcut untuk ibu-ibu yang malas masak masakan seimbang?






3 Sebab Multivitamin Pilihan Ibu-ibu Yang Bijak

Tunggu dulu.

Banyak faktor yang menyebabkan multivitamin adalah pilihan ibu-ibu yang bijak termasuk ibu-ibu yang menjadi suri rumah dan mampu masak masakan seimbang.

Sebab-sebab yang akan disenaraikan pasti membuatkan anda teruja untuk beli Multivitamin untuk anak-anak.


Sebab 1:
Anak-anak yang picky eaters


Ia satu kebiasaan mendengar anak-anak yang tak makan sayur dan buah berbanding yang menggemarinya.

Betul atau salah?

Jangan rasa bersalah untuk mengakuinya sebab ada satu kajian di parentdish.co.uk yang mendapati 85% ibu ayah mempunyai anak yang picky eater. Ia banyak sebab anak jadi picky eater, boleh rujuk link untuk membaca lebih lanjut.

Penat dah si ibu decorate bento dengan pelbagai bentuk, tapi masih lagi mereka mencebik bila disua dengan sayur atau buah. Membazir sangat kan? Last-last si ibu juga yang terpaksa habiskan.

Dah kalau macam tu, di mana anak nak dapat nutrien yang seimbang walaupun si ibu telah mencuba masak yang terbaik?





Sebab No 2
Makanan Yang Anak-anak Kita Makan Mungkin Dari Sumber Kurang Sihat


Tahukah anda?

Ikan yang dibekalkan kepada kita dari Thailand, lndia dsb direndam di dalam ubat mayat yang dinamakan Formalin, supaya tahan lama?

Ayam kita ialah anak ayam yang disuntik hormon dsbnya supaya cepat besar, pulangan segera.

Sayur kita ialah sayur yang diselimuti racun serangga yang hebat hinggakan ulat pun tak berani makan. Sebab yang ulat tak makanlah yang mmpunyai harga, yang menjadi pilihan kita.

Buah-buahan kita yang telah disimpan lama, yang telah diawet dengan white chemical, yang kelihatan putih berkilat pada buah epal dan sebagainya. Dikatakan untuk sampai kepada kita makan masa berbulan-bulan.sedangkan vitamin mula hilang sejak ianya mula dipetik.



Begitulah dengan apa saja yang disediakan kepada kita hari ini seperti beras, gula, tepung, segala telah diproses secara kimia.

Gula putih adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya.

sumber : http://ejazbeauty.com





Sebab No 3
Kanak-kanak tidak mungkin dapat semua nutrien dengan cukup setiap hari

Kebanyakan anak-anak yang berumur 4 tahun ke atas sudah bersekolah dan memang susah untuk mereka disediakan dengan makanan yang betul-betul penuh nutrisi. Ibu dan ayah juga kebanyakannya bekerja dan tidak mungkin dapat menyediakan makanan seimbang untuk anak mereka.

Imunisasi badan anak masih lagi kurang. Akses mereka untuk makan junk food dan air berkarbonat sangat mudah terutama yang sudah bersekolah.

Adakah mungkin kita perlu menjaga mereka 24 jam terutama makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut mereka?

Pasti tidak!

Jom lihat apa yang perlu untuk seorang kanak-kanak mendapat nutrien setanding nutrien dalam multivitamin.





Tiga Gelas Susu , 6 auns Air Jus Limau (Asli, bukan dari kotak) dan 1.5 cawan bayam serta 4 cawan brokoli??

Mampukah kita menyediakannya?

Mari sama-sama kita fikirkan.



Maka, adalah TIDAK ADIL dengan mudah melabel ibu-ibu yang memberikan Multivitamin kepada anak mereka sebagai malas.

Sebaliknya, ia tindakan yang sangat bijak kerana ibu-ibu ini sudah pasti memberikan yang TERBAIK untuk anak mereka.




Vitalea for Children


Setelah sekian lama menyepi, Vitalea for Children telah kembali dengan banyak pembaharuan. Multivitamin untuk kanak-kanak yang ditunggu-tunggu ramai ibu bapa ini menjadi rebutan dari awal pelancarannya dari bulan Januari 2015.

Berikut adalah pembaharuan pada Vitalea for Children yang baru.






Manis tetapi tak rosakkan gigi?

Vitalea for Children berperisa anggur, sangat sedap dan manis tetapi ia tidak menggalakkan kaviti pada gigi anak-anak.

Eh, Macamana tu?

Vitalea for Children ni menggunakan Xylitol menggantikan gula biasa yang merosakkan gigi. Xylitol ni adalah pemanis semulajadi yg diekstrak dari tumbuhan seperti tongkol jagung.

Menurut laman web xylitol.org, Xylitol ni lah yang membuatkan buah-buahan yang kita makan terasa manis dan ia sangat mesra kepada gigi. Gula biasa yang menyebabkan terbentuknya karies dan kaviti gigi dan mereputkan gigi tetapi tidak pada Xylitol.


Jadi, ibu-ibu tidak perlu risau dengan pengambilan Vitalea yang manis dan sedap ini kerana kandungan pemanisnya yang selamat.



Dapatkan Vitalea for Children anda HARI INI.




ATAU Hubungi Pengedar Anda Hari ini (Semak Cara Belian Di Bawah)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...