Sunday, August 31, 2014

10 Masalah Kesihatan Yang Berkait dengan Stress Yang Anda Tidak Jangka

Stress?
Semua boleh jadi stress, ibu stress dengan kerja dan anak, pelajar stress dengan study, ayah stress nak kumpul duit untuk keluarga, yang baru kahwin stress pasal kewangan tak stabil, yang sakit stress bila nak sihat.

Anak-anak pun stress tengok mak main whatsapp dan facebook. Opsss. hihi

Rileksss.. Tarik nafas panjang-panjang.

Stress berpunca dari mental tapi tak ramai yang tahu ia boleh memudaratkan kesihatan juga. Ya, walaupun mengawal stress tidak mudah, tetapi usaha itu sangat baik diambil kerana badan kita makin tak sihat bila stress memanjang.

Jom semak 10 Masalah Kesihatan yang menjadi lebih teruk jika kita Stress.




Masalah Kesihatan #1: Sakit Jantung
Kajian mendapati seseorang yang sentiasa diselubungi stress mempunyai risiko mempunyai tekanan darah tinggi dan serangan jantung lebih tinggi. Stress boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan aliran darah, kolestrol akan terbebas lebih banyak dalam salur darah.

Secara tak langsung, bila ada yang merokok bila stress dan makan bila stress, tabiat ini akan tingkatkan risiko jantung secara tidak langsung. Doktor juga ada mengesan, stress keterlaluan yang tiba-tiba juga boleh meningkatkan masalah kardiac seperti serangan jantung.





Masalah Kesihatan #2 : Asma
Banyak kajian menunjukkan stress boleh menjadikan asma lebih teruk. Ada kajian membuktikan, masalah stress keterlaluan pada ibu atau bapa boleh meningkatkan risiko asma kepada anak.

Satu kajian mendapati, ibubapa yang stress boleh tingkatkan kadar anak terkena asma apabila pada masa yang sama ada terdedah dengan asap rokok dari ibu bapa yang merokok.




Masalah Kesihatan #3: Obesiti
Stress tingkatkan penghasilan hormon kortisol. Ia sekaligus meningkatkan kadar lemak yang tersimpan dalam badan.





Masalah Kesihatan #4: Diabetes
Stress boleh membuatkan penyakit diabetes semakin teruk dalam 2 cara. Pertama, orang stress akan makan makanan lebih gula atau yang tak sihat lebih banyak dari biasa. Kedua, stress boleh tingkatkan level glukosa dalam badan mereka yang mempunyai diabetes jenis 2 secara langsung.





Masalah Kesihatan #5: Sakit Kepala
Stress adalah sebab utama ramai yang mengalami sakit kepala, dan lebih teruk lagi migrain.





Masalah Kesihatan #6: Tekanan dan Kemurungan
Stress yang kronik akan menyebabkan kadar kemurungan meningkat. Ia juga kemungkinan boleh meningkatkan bilangan pesakit mental. Satu kajian mendapati mereka yang mengalami stress di tempat kerja mempunyai 80% risiko lebih tinggi mengalami kemurungan dalam beberapa tahun selepas itu berbanding yang kurang stress




Masalah Kesihataan #7: Gastrik
Stress bukanlah punca ulcer. Tetapi, jangan main-main, ia boleh jadikan ulcer anda lebih teruk. Stress adalah faktor biasa masalah gastrik yang menyebabkan pedih ulu hati dan rasa tak selesa pada organ perkumuhan.





Masalah Kesihatan #8: Alzheimer
Satu kajian kepada binatang mendapati stress mungkin menyebabkan Alzheimer seseorang bertambah teruk sebab lesions otak akan terbentuk lebih cepat. Ada pengkaji menyatakan, nak bagi penyakit ni kurang teruk, pesakitnya mesti kurangkan stress.





Masalah Kesihatan #9: Mempercepat Penuaan
Sebenarnya ada kajian yang menunjukkan stress boleh bagi kesan kepada umur. Satu kajian membandingkan DNA ibu yang mengalami stress teruk dan ibu yang tidak stress. Ia mendapati beberapa bahagian pada chomosome mengalami penuaan lebih cepat. Stress dilihat mempercepatkan penuaan antara 9 hingga 17 tahun.

Cakap orang tua "Jangan marah-marah, nanti cepat tua" ada kebenaranya!




Masalah Kesihatan #10: Kematian Awal
Satu kajian telah dibuat untuk melihat kesan stress kepada orang tua yang menjaga pasangannya, yg mengalami stress. Didapati 63% kadar kematian adalah lebih tinggi berbanding yang biasa.

sumber: http://www.webmd.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...