Tuesday, May 10, 2016

Tulang Belakang Yang Patah Dijangka Sembuh Dalam Masa 6 Bulan, Tetapi Tidak Sangka..

Kemalangan dan patah tulang adalah mimpi ngeri. Kita tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi, tetapi moga-moga Allah lindung kita dari bencana ini.

Namun, pengalaman seorang pemuda berhadapan detik genting dalam hidupnya.




Kemalangan dan patah tulang belakang memang satu cabaran dan ujian yang besar.

Ikuti pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh pemuda ini.





Badan Tercampak Dalam Gaung, Tulang Belakang Patah


Assalammualaikum..Saya Muhammad Faiz Bin Ahmad berusia 23 tahun.

Jom ikuti kisah saya..

Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni(2015). 
Semasa tu saya menunggang motosikal.

Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang).

Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.

Menurut doktor tulang belakang yang patah tu akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. 


Tapi, ambil masa tu berapa lama? 

Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..





Kakak Mencadangkan Sesuatu Untuk Cepat Sembuh


Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. 


Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..

Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.

Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. 



Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. 

Dengan izinNya jua. 

Alhamdulillah...Menakjubkan!!




Doktor Pun Macam Tak Percaya


Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. 


Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. 

Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..



Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu 


Sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik 

Sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.





Tulang Sudah Bercantum Pada Bulan Ketiga


Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. 


Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.





Tiada Lagi Iron Man


Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! 



Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.

Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. 


Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih.



Cara Buat Tempahan Produk Shaklee


Anda boleh whatsapp 019-3816167 (Pn Ida Ifaz) untuk membuat tempahan produk

Dapatkan HARI INI.

Monday, May 9, 2016

[Video] Tertekan Dengan Kos Sara Hidup? Ada Pesanan Untuk Anda Oleh Wanita Cekal Ini




Keadaan kos sara hidup yang tinggi sekarang memaksa ramai wanita berbuat macam-macam perkara demi tingkatkan sara hidup.

Jangan mengeluh dahulu.

Dengar dulu pesanan oleh wanita cekal ini.






Apa yang dikatakan oleh beliau mengenai kedai 24 jam?

Sila baca pengalaman kedai 24 jam saya pula. Masa tidur pun boleh masuk sale.
Best sangat.

Sila klik sini : Pengalaman Bina Kedai 24Jam Saya



Apa Pendapat Anda Tentang Video ini: 


Whatsapp saya 019-3816167 (Pn Ida Ifaz) untuk dapatkan Tips-tips percuma yang berkaitan video ini.

Jika Anda Ada 7 Ciri Ini, Anda Ada Attitude yang Hebat

Hobi saya adalah membaca buku self-help. Sejujurnya saya belum berjaya mencapai title orang yang benar-benar berjaya dan menjadi inspirasi orang lain.

Tetapi, i'm happy sebab berjaya suburkan satu sifat dalam diri yang pemalas ini.

Membaca buku self-help

Baru sahaja mencebur diri. Baru sahaja merajinkan diri. (tepuk bahu, ahaks)

Salah satu buku self help terkini yang saya baca adalah buku tulisan John C. Maxwell yang bertajuk 3 Things Successful People Do

Di sini saya nak share 7 tanda seseorang itu mempunyai Attitude yang Hebat.





Tanda 1: Percaya Kepada Diri Sendiri


Kata-kata dari Herb True:

"Ramai orang tetap berjaya walaupun ramai yang tidak percaya kebolehan mereka
Tetapi, tak ramai orang berjaya bila DIRI SENDIRI tidak percaya kepada kebolehan sendiri"

Penulis buku ini menyatakan ini sifat paling UTAMA untuk berjaya.

Sesiapa yang tidak percaya kepada diri sendiri, minta maaf jika dikatakan, tiada benda yang menjadi untuk anda.

Nak buat bisnes, tak jadi
Nak score dalam periksa, tak capai
Nak berjaya dalam kerjaya, jangan harap

Orang yang tidak percaya kepada diri sendiri tak nampak matlamat nak berjaya kerana mereka sangat kisah apa orang kata pada mereka.

Tak buat lagi dah takut gagal.

Berbeza dengan mereka yang percaya kepada diri sendiri. Hidup lebih terarah sebab apa yang anda nampak adalah matlamat dan target.

Mereka lebih fokus untuk berjaya.
Mereka fokus untuk tingkatkan kemampuan diri untuk berjaya.





Tanda 2: Sangat Suka Melihat Kebaikan Dalam Diri Orang Lain


Penulis ini berkata beliau tidak pernah jumpa orang yang positif yang tidak suka melihat dan bersangka baik dengan orang lain.

Cara terbaik untuk melihat kebaikan dalam diri orang lain adalah dengan melihat apa yang bagus-bagus aje.

Setiap orang ada kebaikan dan kelemahan, positif atau negatif. Kita bebas bersangka baik atau buruk.
Orang yang mempunyai attitude yang hebat sentiasa memilih bersangka yang baik sahaja.

Kenapa ia penting untuk berjaya?

Pertama, apabila kita bersangka baik dengan orang, kita boleh kekalkan aura positif dalam diri.

Kedua, apabila kita bersangka baik, kita akan secara automatiknya melayan mereka dengan baik. Kita akan dapat apa yang kita beri.

Orang lain akan membalas sesuatu yang baik, apabila kita memberi/ melayan yang baik.





Tanda 3: Kebolehan Melihat Peluang Dimana-mana


Kebolehan ini bukan mudah. Kita berada di dunia yang kita sendiri tidak sangka apa yang berlaku pada masa akan datang.

Mungkin perkara yang baik, kita lihat satu peluang untuk berjaya. Jika ia sesuatu yang buruk, bagaimana?

Di situlah kelebihan orang yang mempunyai attitude yang hebat, mereka boleh 'mencipta' peluang di mana-mana, apa keadaan sekalipun. 

Penulis berkata - Peluang hadir bila anda 'cari'/'cipta' ia. Ia tidak hadir hanya kerana nasib atau keadaan.





Tanda 4: Fokus Kepada Penyelesaian


Mereka yang mempunyai attitude yang hebat fokus kepada solusi atau penyelesaian dan bukan masalah.

Orang biasa-biasa suka lihat kepada masalah.



Kita gagal dalam sesuatu, kita selalu stuck dengan menyalahkan keadaan, mencari siapa yang salah, melayan perasaan gagal atas sesuatu.

Orang yang berjaya ada mindset yang istimewa, mindset untuk cari cara selesaikan masalah dari membendung diri dengan masalah.

Mereka nampak solusi dalam setiap masalah
Mereka nampak jalan keluar dari setiap masalah yang sukar 
( Seeing a solution in every problem, a possibility in every impossibility)
~ ayat inggeris tetap indah. haha





Tanda 5 : Suka Memberi


Mereka yang memberi tak mungkin dapat selain dari kesan positif.

Karl Menninger berkata : Orang yang pemurah jarang ada sakit jiwa (mentally ill)
Haha. Apa punya translate daaa.

Orang pemurah (generous) jarang di kalangan orang negatif

Katanya lagi, orang pemurah fokuskan masa mereka dan tenaga mereka atas apa yang mereka boleh beri kepada orang lain berbanding dengan apa yang  mereka boleh dapat.

Lagi pemurah seseorang itu, lagi hebat dan bagus attitude mereka.

Kebanyakan orang yang tidak berjaya tak faham konsep ini. Mereka sangat bergantung kepada apa yang orang lain beri kepada mereka dan attitude mereka bergantung kepada apa yang mereka ada.

Penulis buku ini menyatakan, beliau banyak berjumpa orang miskin yang pemurah dan orang kaya yang kedekut.

Berapa yang anda ada tak penting. Yang penting, apa yang anda buat dengan rezeki yang anda ada.

Itu yang membezakan mereka yang mempunyai attitude yang hebat dan yang tak.





Tanda 6: Daya Tahan yang Tinggi (Persistence)


Don B. Owens Jr menyatakan:

"Ramai orang gagal dalam hidup kerana ikut kata-kata ini: 'Jika anda gagal, cuba buat benda lain'

Malangnya, orang yang ikut kata-kata itu tak berjaya pun. Impian tak dapat nak dicapai kerana mereka tak nak rasa gagal (discouraged)

Mereka tidak suka kekecewaan dalam proses berjaya, patutnya cabaran-cabaran tersebut dapat naikkan semangat untuk lebih berjaya.

Attitude yang hebat adalah kebolehan untuk bertahan bila ada cabaran, mengatasi kegagalan (discouragement) dan masih teruskan usaha bila rasa kecewa.



Attitude ini yang membolehkan anda ada daya tahan yang tinggi.

Jika anda yakin anda akan capai kejayaan, anda teruskan usaha.
Jika anda yakin akan berjaya, anda tidak kisah jika perlu bersusah

Bila rasa semua usaha tidak menjadi, anda kekal bertahan kerana anda percaya akan ada sinar untuk berjaya.





Tanda 7: Bertanggungjawab dengan Diri Sendiri


Ciri terakhir orang yang positif ini adalah sanggup bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam hidup mereka.

Orang yang tidak berjaya tidak suka. Mereka suka menyalahkan orang lain (ini ayat saya. haha)

Mereka yang berjaya percaya tiada perkara positif berlaku jika mereka tidak buat sesuatu untuk berjaya.

Buat sesuatu untuk diri sendiri, bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang difikirkan dan tindakan mereka.

Dengan rasa tanggungjawab inilah, mereka yang berjaya boleh lihat kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan berani untuk berubah.





Semoga kesemua tanda-tanda ini boleh disuburkan dalam diri untuk ubah diri menjadi orang yang berjaya.

Selamat berjaya!

Sunday, May 8, 2016

Kerana Gelembung Cacar Penuh Satu Badan, Lelaki Ini Tekad Makan ...

Biasa kita dengar Chicken Pox / Cacar air kena pada budak anak kecil. Anak kecil akan meragam, sampai kita pun tak boleh tidur.

Sebagai ibu/ayah, terpaksalah kita bercuti berminggu-minggu kerana menjaga anak kita. Penyakit ini berjangkit dan sangat gatal serta akan menjadi sangat tidak selesa.

Jarang juga kita dengar penyakit chicken pox ni kena pada golongan dewasa.

Rupanya, ia menjadi lebih teruk bila kena pada usia dewasa




Nak sembuh pun bukan mudah.

Ikuti perkongsian dari Encik Zamri Rosli yang pernah mengalami Chicken Pox yang Teruk.

Beliau terpaksa makan 'ubat' yang tak pernah beliau makan. Jom ikuti kisah beliau.





Seluruh Badan Dan Muka Menggelembung


Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli.

Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak.



Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox.

Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu.

Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.





Nak Ambil Sembahyang Dan Ke Tandas, Allah Saja Yang Tahu Pedihnya.


Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. 

Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.

Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. 

Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya..

Boleh nangis ooo.. 

Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.





Setiap hari "dipaksa" makan


Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. 

Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. 



Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh.

Cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.





Sampai ke Tekak Pedih Tak Terkira, 3 Hari Tak Lalu Makan


Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera.

Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni..

Magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak.


Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.





Kesan Cacar Mengering Selepas Makan 3 Produk


Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. 




Happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap..

Saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya..

"uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..

saya senyum je malas nak cerita..





Cara Hilangkan Parut Cacar Dengan Cepat


Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex..

saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka..

tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni.

Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.






Usia Saya Ni Mana Mungkin Kulit Boleh Pulih Semula


So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose,

walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..


Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya..

so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).





Kembalikan Keyakinan Dengan Shaklee


Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua,

akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. 



Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.


Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan.

Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!


Sekian, terima Kasih




Cara Buat Tempahan Produk Shaklee


Anda boleh whatsapp 019-3816167 (Pn Ida Ifaz) untuk membuat tempahan produk

Dapatkan HARI INI.

Friday, May 6, 2016

Seawal 14 Tahun Dah Ada Stretchmark, Wanita Ini Bingung dan Akhirnya...

Stretcmark bukan sesuatu yang asing untuk wanita. Apabila berlaku stretchmark, ia sangat mengganggu emosi kita.

Stretchmark ni setanding jerawat. Sekali dia keluar, mood mesti swing sebab ia akan menjejaskan penampilan kita.

Bila dengar stretchmark, orang selalu ingat stretchmark pada ibu hamil sahaja. Tetapi ada seorang wanita mengalami stretchmark pada usia remaja iaitu seawal 14 tahun.

Pelik kan?

Ya. Itulah hakikatnya

Jom ikuti kisah sahabat saya ini


Perkongsian Puan Nurul Hazwani Hamzah

Stretch marks. 

Ramai ibu2 yang mengalami masalah ini sepanjang kehamilan, terutama sekali apabila kandungan mencecah 8 bulan ke atas. Rasa stress setiap kali terpandang rekahan pada kulit yang dulu licin dan sekata.


Untuk saya, saya mengalami stretch mark jauh lebih awal. Seawal menjengah alam remaja; 13-14 tahun. 

Awal kan? 

Saya dulu, sangat kurus sewaktu di sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ditambah dengan perubahan hormon, (baru nak up orang kata) saya mula dapat berat seimbang.


Tapi kesannya, saya mula perasan terdapat stretch marks pada kawasan-kawasan tertentu pada tubuh saya. 

Gelap dan hodoh. 


Memang sebagai remaja, saya akui saya rasa sangat rendah diri.
Masalah ini tidak pernah selesai, sehinggalah bertahun-tahun kemudian.





Dari Seteguk Susu..

Suatu hari, kalau tak silap pada 2012, Master Hadha perkenalkan saya dengan ESP. 

Asalnya beliau beri saya cuba segelas di rumahnya. 


Kata Master Hadha, bagus untuk lapik perut sambil boleh meningkatkan metabolisme, maklumlah saya bekerja shift adakalanya makan tak menentu lagi pula letih melayan Adam Dzikri yang baru menginjak 2 tahun masa tu.

Seteguk saya rasa, mm sedap. 

Saya beli 1 canister ESP dengan harapan siapa tak nak kurus kan? Hehe


Rupa Terbaru ESP




Sesuatu Yang Tidak Disangka-sangka Berlaku

Pada suatu hari, lebih kurang 2 bulan selepas mengamalkan ESP, saya perasan yang garisan gelap stretch marks pada tubuh saya semakin pudar. 

Eh, biar benar, detik hati saya. 

Untuk kepastian, saya hubungi Master Hadha. Alhamdulillah, memang betul rupanya. Haruslah saya teruja dan konsisten terus minum ESP.

Rupanya boleh berkurang kesan stretch marks ni ye. 



Saya Masih Setia Sehingga 4 Tahun

Sekarang dah masuk tahun ke 4 saya mengamalkan ESP. 

Kesan rekahan pada kulit saya hampir- hampir tak kelihatan. 

Secara tak langsung keyakinan diri pun bertambah, sampaikan nak bercakap depan orang ramai pun rasa yakin je.

Seronok sangat!





ESP Shaklee Yang Awesome

ESP adalah produk hot-seller Shaklee
Berbentuk serbuk dan diperbuat dari soya non-GMO.

Non-GMO bermaksud ia tidak diubah genetiknya. Contoh tumbuhan yang telah diubah genetik adalah tembikai yang tiada biji.




Cara minumnya adalah dengan membancuhnya dengan air suam atau air sejuk.


Antara kelebihan ESP yang dikenalpasti adalah

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
  • Membantu hilangkan parut jerawat di muka
  • Memberi tenaga berpanjangan
  • Menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan
  • Mengawal paras kolesterol
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Dapatkan ESP anda HARI INI untuk bantu kurangkan masalah stretchmark anda.

Hubungi Puan Ida (019-381 6167) untuk membuat tempahan.


Thursday, May 5, 2016

Review Buku Diagnosis 2: Terasa Seakan-akan Seorang Doktor

Jarang saya buat book review. I'm not a book worm actually. Hanya baru bertukar hobi sebagai pembaca buku.

Biasanya hanya pembaca newsfeed. Ops

Azam tahun baru saya tahun ini adalah menghabiskan 25 buku pelbagai fiksyen sebagai motivasi baca lebih banyak buku.

Satu album khas telah saya buat di FB bagi memenuhkan senarai buku yang telah saya baca.


Buku terbaru yang saya baru habis baca adalah buku Diagnosis 2



Buku Diagnosis 2 ni tentang apa?

Sebelum saya cerita, let me tell you how i engaged with the book. Saya sebenarnya tertarik dengan siri buku Diagnosis ni masa saya baca a few paragraph dalam buku Diagnosis 1.

Ketika itu, saya sedang mencari buku self help atau motivasi untuk tambah koleksi MPH.

Secara tak sengaja, saya terpandang buku ini di rak Bestseller.

"Apa yang best sangat sampai jadi bestseller?"

Masa saya menyelak dan membaca satu kisah di dalamnya, terus saya tertarik.

Sangat tertarik sehingga membelinya.



Buku ini berkisar kisah-kisah yang dihadapi oleh doktor-doktor, kerenah pesakit yang diceritakan dalam bentuk cerpen.

Yang tulis buku ni pun memang doktor.

Memang kisah yang diceritakan sangat real, sehingga ada part yang saya nak mengalirkan air mata.



Apa yang menariknya Buku Diagnosis ni?


Ramai yang anggap kerjaya doktor adalah kerjaya gah, tetapi tak semua tahu liku ranjau yang mereka hadapi dalam kerjaya ni.

Banyak viral pasal silap doktor itu dan ini, tapi struggle mereka tak ramai yang nak ambil tahu.

Clearly, dalam cerpen ni benar-benar menyelami kerjaya doktor yang mencabar.

Dalam buku Diagnosis 2 ada 7 penulis. 
Semuanya doktor.

2 kali ganda lebih tebal dari buku Diagnosis 1
359 muka surat

Ada humor
Ada misteri
Ada cerpen jiwang
Ada cerita di medan perang
Ada cerita konflik kerjaya

Saya tergelak, saya rasa sayu, saya rasa saspen, saya sedih, saya rasa bersemangat.

Macam-macam rasa dalam buku ni.

Saya bukan pembaca cerpen, tapi saya terhibur baca buku ni. Lain dari genre yang saya suka baca berkaitan self help dan motivasi.



Cerita favourite saya

Dr Anwar - kes misteri di lebuh raya

Dr Anwar - Menanti Superman : kisah seorang doktor berjumpa jodohnya

Dr Azah - Dear Diary, kisah doktor yang nak quit

Dr Beni - Meet Dr Roy Azman - kisah doktor yang tinggal di pedalaman sarawak kehilangan isterinya sendiri ketika bersalin

Dr Beni - Timeless Time - seorang cucu kepada doktor 'datang' dari masa akan datang. Futuristik sikit ceritanya tapi best.

Haha. Sanggup saya selak balik buku ni nak list all my favourite stories



Kenapa Saya Suggest Buku Ni Untuk Dibaca.


Firstly, selepas membaca buku ni, kita akan melihat kerjaya doktor dari sudut pandangan yang berbeza.

Sebelum ni memang rasa kagumnya bila jadi doktor, gaji tinggi, orang pandang tinggi, dimuliakan.

Tapi lepas baca buku ni, tambah satu lagi - Respek

Dengan segala cabaran yang dilalui dan terpaksa berkorban masa untuk keluarga demi kerjaya mulia, mereka harus diberi penghormatan.

Tak perlu untuk upacara khas mengingati mereka, cukuplah kita hormat dan tidak sentiasa menyalahkan doktor atas perkara-perkara yang kita sendiri tidak faham.

Prosedur yang cerewet, pemeriksaan yang lama, follow up yang banyak.

Mereka hanya menjalankan tugas mereka.



Secondly, Buku ni banyak mengaitkan kes-kes yang diceritakan dengan peringatan-peringatan dari Allah.

Diselitkan ayat-ayat peringatan dari Al-Quran , sesungguhnya Allah telah ingatkan kita, dan kita sendiri boleh ambil iktibar dari kes-kes itu.


Tak sabar nak dapatkan buku Diagnosis 3 pula.
Dengarnya ia adalah antara buku terlaris di Pesta Buku Antarabangsa 2016.

Terima kasih penulis buku.
Terima kasih Doktor.

Wednesday, May 4, 2016

Baru 5 Hari Guna, Tak Mungkin Kesan Collagen Ini Boleh Dipercayai


Melambak Collagen sekarang dipasaran. 
Ada yang dari buah-buahan, ada dari binatang.
Tak kurang juga ada produk yang memasukkan barang terlarang dalam produk mereka.


Kenapa banyak sangat collagen dijual?
Ya. sebab permintaan yang tinggi.

Semua orang mahu kelihatan cantik. Bila kita cantik, konfiden level meningkat. Setiap kerja yang kita lakukan rasa lebih yakin dan bersemangat.

Kita nampak lebih menarik. Lebih ramai orang selesa berkomunikasi dengan kita apabila muka lebih berseri-seri dan meyakinkan



Tetapi bagaimana kita nak pilih collagen yang benar-benar selamat?

Orang kata kalau collagen yang cepat kesannya, mungkin tidak selamat. Mempunyai bahan yang berbahaya.

Betul ke?

Jom baca kesan sejenis collagen ni, dalam 5 hari dah ada perubahan.

Macam tak boleh dipercayai.


Perubahan yang dialami dalam 5 hari

Testimoni 1: Dalam 5 Hari, Muka Glowing dan Cerah

Eizmierah Mumnbabyshop:

Saya dah cuba. Makan 5 paket pun memang dah nampak kesannya..

Memang nampak glowing, cerah sikit n muka nampak berseri,

Mantop dan gebu, kulit pun rasa halus mulus






Testimoni 2: Dalam 5 Hari, Kulit makin Bersih

Sazrina Elias :

Saya dah consume 5 sachet. Hasil memang puas hati.

Kawan-kawan tegur kulit makin bersih, nampak muda & ada yang tanya 'pakai foundation ke' ?
Alhamdulillah.






Testimoni 3 : Dalam 5 Hari, Kulit dah tak kering, lutut dah tak sakit

Keknis Cha:

Saya dengan pengambilan 5 sacet saja dah rasa perubahan. Kulit dah tak kering, lembap je

Paling rasa perubahan lutut kanan yang problem dari kecil dah tak rasa sakit especially bangun pagi dan naik tangga.

Bergantung pada badan masing-masing, ada lambat ada cepat. 

Yang penting selamat






Testimoni 4 :Dalam 5 Hari...




Collagen Pilihan Mereka Adalah..


Shaklee Collagen Powder - Supplemen pilihan ramai yang ada 4,000mg Sisik Ikan Merah.

Ikan Merah (Red Snapper)


Ia sangat ringan - 1,000 Dalton dan mudah diserap. Lihat gambar di bawah sebagai perbandingan.



Ia ada 7 bahan utama:
  • Ekstrak biji benih Camellia Japonica
  • Ekstrak Pfaffia
  • Kolagen Ikan
  • Ekstrak kerang-kerangan
  • Lactobacillus acidophilus
  • Vitamin C 
  • Vitamin B



Kenapa Shaklee Pilih Sisik Ikan Merah untuk Jadi Bahan Utama dalam Collagen Shaklee?



Pernah tak anda terfikir, kenapa Shaklee pilih ikan merah?
Kenapa tak ikan talapia ke? Ikan sembilang ke? Opsss..ikan sembilang takde sisik...hihi
.
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang SANGAT TAHAN LASAK.
Ikan merah ini hidup di lautan dalam.
Ia bertelur dan hidup bebas di sana.
Lautan dalam bebas pencemaran.

Ya. BEBAS PENCEMARAN.

Ikan merah boleh MENAHAN TEKANAN hingga 20 Paun. Bayangkan betapa melantun-lantun sisik ikan merah tu. Sebagaimana melantunnya kulit anda bila makan kolagen dari sisik ikan merah ini. ::smile emoticon::

Dan kerana itulah harga Shaklee Collagen Powder ini "sedikit mahal" berbanding kolagen berasaskan ikan talapia, buah manggis, etc. Kerana KUALITI bahannya.

Shaklee pilih hanya yang TERBAIK



Testimoni lain dengan penggunaan lebih dari sekotak Collagen Shaklee






Kesannya sangat mengagumkan kan?
Anda perlu DAPATKAN HARI INI


Pertanyaan / Order

Sila whatsapp ke 019-3816167 ( Puan Ida Ifaz) untuk pertanyaan berkenaan produk dan tempahan.

Tuesday, May 3, 2016

Anak Wanita ini Sering Batuk Berkahak Sehingga Masuk Hospital, Kini Tidak Lagi

Semua ibu nakkan anak yang sihat.

Anak-anak yang sihat, tidak mudah dijangkiti batuk dan selsema serta demam. Pendek kata, nak anak-anak yang kuat imun badan.



Tetapi, kita sebagai ibu tidak boleh halang keadaan cuaca dan persekitaran mereka. Kadang-kala jangkitan kuman tak dapat dijangka, mungkin ketika bawa berjalan ke pasaraya juga penyebab mereka dijangkiti kuman.

Apa kita sebagai ibu boleh lakukan?

Ya, mungkin ramai yang tiada idea bagaimana nak lindungi anak.

Wanita yang mempunyai anak dalam gambar di bawah ini ada pengalaman berharga yang boleh kita ikut.



Perkongsian Puan Zahratul Muna 

Assalamualaikum..

Saya Mama kepada Alya Adriana.. berumur 30 tahun..

Saya mula mengenali produk Shaklee semasa berpantangkan anak sulung saya.. Alya. Masa itu,saya ambil suplemen menyusu. Alhamdulillah.. rezeki dariNya saya mampu menyusu sehingga 3 tahun lebih,mampu buat stok semasa bekerja.


Semasa Alya berusia 7 bulan, pernah warded selama seminggu di Pusrawi atas masalah pneumonia.. dan batuk berkahak.

Selepas dari itu, sampailah umurnya setahun lebih.. asal berendam dalam kolam mesti datang selsema, batuk pakej.. melarat seminggu. Lepastu OK balik.



Kejadian ini saya perasan, dan saya hubungi upline a.k.a mami Hadhatina untuk bertanyakan suplemen masalah kesihatan anak saya Alya ni.

Mami cadangkan Vitamin C, Omega Guard dan Mealshakes.




Memandangkan masa itu, Alya berumur bawah 2 tahun. Saya pecahkan Omega Guard dalam minuman koko dia. Campurkan sekali Mealshakes. Saya beri selang sehari.



Alhamdulillah.. selepas konsisten 2 bulan.. Saya perasan bila mandi kolam.. Alya dah takda selsema atau batuk.

Fuhh.. selamat.. hihi!!

Sejak dari itu, saya dan Alya mula jatuh cinta pada Omega Guard, Vitamin C dan Mealshakes. Imun sistem badan dia pun mantap.. dan jarang sangat sakit sehinggalah umur dia sekarang 6 tahun.

Hasil makan Omega Guard juga.. Alya petah berkata-kata, aktif sangat dan bijak. Selama saya konsisten dengan produk Shaklee, dah lama jugalah tak ambil ubat-ubatan ni.



Saya sangat mengesyorkan bagi anak yg hadapi masalah asma, batuk, selsema wajib sangat ambil suplemen ini.. sebab ianya sangat berkesan, selamat dan yg penting tahap kesihatan anak makin baik.

Terima kasih.


Pertanyaan / Order

Sila whatsapp ke 019-3816167 ( Puan Ida Ifaz) untuk pertanyaan berkenaan produk dan tempahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...