Wednesday, June 10, 2015

29 Testimoni Vitamin C Shaklee Yang Mungkin Sukar Dipercayai

Vitamin C Shaklee terkenal dengan ciri-ciri Pelepasan Berperingkat (Sustained Release) yang menyebabkan ia terkenal di kalangan peminat supplemen.

Ciri-ciri ini sangat bagus untuk bantu mengekalkan kesihatan dan kecergasan malahan memberi banyak kesan positif terutama kepada kulit.



Ramai pengguna Vitamin C Shaklee sangat berpuashati dengan kesan Vitamin C ini sehingga akan membeli semula selepas stok habis.

Ikuti Testimoni-testimoni hebat pengguna Vitamin C Shaklee


Vitamin C Bantu Hilangkan Jerawat dan Cantikkan Kulit


Testimoni 1: Kulit licin, senang nak make up





Testimoni 2 : Sebelum ambil Vitamin C, kulit mengelupas. Lepas makan, tiada masalah lagi.




Testimoni 3: Kulit rasa segar lepas pakai masker vitamin C.




Testimoni 4: Kulit muka makin cerah, jeragat berkurangan.




Testimoni 5: Jerawat susah nak naik




Testimoni 6: Parut jerawat cepat hilang




Testimoni 7: Jerawat senang sangat nak hilang. Kulit pun makin cerah




Testimoni 8: Jerawat cepat surut




Testimoni 9: Jerawat hilang lepas makan vitamin c secara konsisten




Testimoni 10: Jerawat surut dan tiada tinggal parut




Testimoni 11: Jerawat kurang naik, kulit lebih cerah




Testimoni 12: Kulit perut yang hitam dah kembali putih




Vitamin C boleh cepatkan baik selsema


Testimoni 13: Selsema masa pregnant hilang




Testimoni 14: Kejap je selsema hilang




Testimoni 15: Hidung selalu tersumbat dan bersin. Sejak konsisten Vitamin C, dah tiada hidung tersumbat dan bersin




Testimoni 16: Susah sangat nak kena selsema




Testimoni 17: Esoknya dah tiada selsema lepas ambil Vitamin C 2 biji




Testimoni 18: Berbulan dah tak selsema






Vitamin C kuatkan imun badan, cepat baik demam



Testimoni 19: Demam reda lepas makan 2 bji Vitamin C




Testimoni 20: Esok paginya dah tak sakit tekak




Testimoni 21: Perut rasa selesa, kepala pun dah tak rasa berat




Testimoni 22: Petang dah tak demam lepas makan 2 biji Vitamin C.




Testimoni 23: Esoknya dah tak demam




Testimoni 24: Boleh makan Vitamin C bila badan lemah.




Testimoni 25:Rasa sistem imun badan lebih kuat




Testimoni 26: Lebih sihat dan tiada demam lepas makan Vitamin C 2biji.

'





Vitamin C bantu hilangkan Ulser dan gusi berdarah


Testimoni 27: Ulser hilang lepas ambil 2 biji Vitamin C




Testimoni 28 : Lepas consume Vitamin C jarang sangat dah kena ulser




Testimoni 29: Gusi tidak berdarah lagi




Dapatkan Vitamin C anda HARI INI

Hanya RM92.50 sebotol (180 biji) - tahan 6 bulan.


Tuesday, June 9, 2015

Benarkah Makan Vitamin C Berlebihan Berbahaya?

Vitamin C adalah vitamin popular yang banyak gunanya. Ramai yang ingin jadi cantik dengan suntik Vitamin C. Ada yang ingin cepat baik luka dengan makan Vitamin C.

Vitamin C bukan sahaja vitamin untuk dewasa, malahan ia juga vitamin untuk kanak-kanak.

Anak saya memang suka makan vitamin C kerana rasanya yang seperti buah oren. Ia baik untuk kuatkan imun kanak-kanak kerana pada ketika ini, badan mereka masih tidak kuat untuk lawan penyakit.


Apa Fungsi Vitamin C Sebagai Antioksida?


Fungsi Vitamin C sebagai antioksida memang dah dikenali ramai, tapi tak ramai yang tahu apa pentingnya antioksida kepada badan.

Setiap hari sel badan kita terdedah dengan radikal bebas. Melalui pencemaran dan makanan yang kita makan juga boleh kena radikal bebas.

Radikal bebas lemahkan sel badan. Ini menyebabkan kita mudah terkena penyakit bila tidak ada perlindungan dari antioksida.

Dengan makan Vitamin C secara konsisten, kita boleh bantu sel badan dari dirosakkan dan kurangkan risiko jangkitan seterusnya risiko terkena sel barah.


Adakah bahaya jika Terlebih Vitamin C?


Vitamin C adalah vitamin yang larut air. Jika kita terlebih dos, buah pinggang akan membuangnya melalui urin atau air kencing. 

Menurut laman web sheknows.com, orang dewasa yang berumur 19 tahun ke atas disarankan ambil kurang dari 2000mg dos Vitamin C sahaja sehari.

Terlebih dos Vitamin C boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut kerana kandungan asid yang berlebihan dalam perut.


Dos Cadangan Harian Vitamin C


Kanak-kanak
0-6 bulan : 40mg sehari
7-12 bulan : 50mg sehari
1-3 tahun : 15 mg sehari
4-8 tahun : 25mg sehari

Lelaki
Lelaki (umur 9-13) : 45mg sehari
Lelaki ( umur 14-18) : 75mg sehari
Lelaki (umur 19 tahun ke atas): 90mg sehari

Perempuan
Perempuan (umur 9-13): 45 mg sehari
Perempuan (umur 14 18): 65mg sehari
Perempuan (umur 19 ke atas): 75 mg sehari
Perempuan mengandung (umur 19 tahun ke atas): 85 mg sehari
Perempuan menyusu (umur 19 tahun ke atas): 120 mg sehari


Anda pasti berminat membaca artikel ini: 25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan



Satu-satunya Vitamin C dengan Ciri Hebat


Apa-apa vitamin yang larut air akan mudah disingkir ke dalam air kencing sejurus selepas kita makan. Jadi badan kita akan mendapat khasiatnya secara sementara dan sekejap sahaja.

Tetapi, dengan ciri hebat Pelepasan Berperingkat oleh Vitamin C Shaklee mampu mengekalkan khasiat vitamin C lebih lama dalam perut.

Maka, kesan perlindungan dari serangan radikal bebas akan jadi lebih lama dan boleh bantu kita kekal lebih sihat dan cergas sepanjang masa.

Hebat kan?

Dapatkan Vitamin C Shaklee anda hari ini.

Monday, June 8, 2015

Cara Capai Impian Lebih Besar sehingga 10 Kali Ganda Peluang Mencapainya

Setiap orang ada impian, dan semua orang inginkan impian mereka tercapai. Ada yang berjaya mencapainya dan ada yang impian tinggal impian.

Kenapa boleh jadi begitu? Mungkin cara untuk mendapatkan impian tersebut tidak berapa betul.

Saya ada satu teknik yang mungkin boleh mengubah peratus anda mencapai impian. Mungkin dari tidak ada peluang mencapainya kepada peratus mencapainya meningkat sehingga 80%-90%?

Menarik bukan?

Sebelum itu, mari ikuti satu kajian di Harvard ini.


Kajian Buktikan Cara Tingkatkan Peluang Capai Impian


Satu kajian di Harvard pada 1979 ini telah dibuat kepada graduan mereka yang sudah habis belajar dengan pertanyaan:

" Adakah anda mempunyai impian yang jelas dan bertulis untuk masa depan dan membuat perancangan untuk mendapatkannya? 

Jawapannya :

Hanya 3% mempunyai impian dan perancangan yang bertulis. 
13% ada impian tetapi tidak ditulis dan
84% tidak ada impian langsung.

10 tahun kemudian, kumpulan yang sama ditemuramah semula dan hasilnya sangat mengejutkan.

13% yang mempunyai impian tetapi tidak menulisnya mempunyai gaji 2 kali ganda dari 84% yang tiada impian langsung.

3% yang mempunyai impian bertulis mempunyai gaji 10 KALI GANDA dari 97% rakan sekelasnya yang lain.

WOW!

Apa yang anda belajar dari kajian ini?



Kuasa Menulis Impian


Bila kita tulis impian, ia nampak lebih jelas dalam minda dan lebih mudah untuk kita sentiasa bayangkan sepanjang masa.

Minda separa sedar kita akan terdorong untuk membuat semua perkara yang perlu untuk capai impian tersebut.

Mari kita sama-sama tonton video seorang rakan saya yang mendapat income puluhan ribu ringgit dengan hanya teknik tulis impian.




Beliau adalah Master Coordinator Shaklee dan telah membuat bisnes ini secara full time.

Berikut adalah anggaran bonus bulanan pangkat dalam Shaklee.



Mencapai impian sangat mudah jika tahu caranya. Walaupun tidak mudah, ia harus diiringi dengan keazaman yang kuat dan semangat tidak putus asa yang tinggi.

Selamat mencapai impian !

Monday, May 4, 2015

3 Sebab Utama Ribuan Jadi Ahli Shaklee Walaupun Tidak Minat Bisnes

Lebih 80% dari ahli Shaklee mendaftar tetapi tidak minat untuk bisnes.

Ya. Itu adalah satu kenyataan. Mungkin anda tidak percaya kerana dilihat seolah-olah ramai yang sudah menjadi pengedar aktif Shaklee.

No. No. No. Itu adalah silap.



Bisnes Shaklee adalah unik. Ia tidak membezakan antara ahli biasa yang mendaftar dan ahli yang ingin berbisnes. Tidak seperti beberapa bisnes lain di pasaran yang ada pakej lain untuk aktif berbisnes.

Anda pasti pernah dengar ada bisnes yang sediakan pakej bisnes dengan nilai sehingga ribuan dan puluhan ribu ringgit untuk sesiapa yang ingin mulakan bisnes? 

Pasti pernah dengar sebab banyak trend bisnes begitu.

Tapi ia tidak berlaku dalam bisnes Shaklee. Anda tidak perlu keluarkan duit sehingga RM100 ke atas untuk menjadi ahli. Yuran ahli hanya RM79 SAHAJA.



Uniknya Jadi Ahli Shaklee


Uniknya daftar jadi ahli Shaklee berbanding bisnes lain:

1) Yuran ahli tak minat bisnes - RM79. Yuran ahli yang minat nak bisnes - RM79
SAMA. Tiada beza. Tiada perlu beli pakej lain sebagai pengedar yang harga ribu-ribu. Ops.

2) Yuran sekali seumur hidup. Tidak perlu renew

3) Tidak perlu kekalkan pembelian setiap bulan, atau tahun. Anda dah beli bulan ni, pastu tak nak beli pula bulan depan, itu tidak menjadi masalah. Anda KEKAL mendapat keistimewaan sebagai ahli Shaklee. 



Haa. Apabila cerita tentang daftar ahli, ramai yang salah faham. Mereka ingat daftar ahli hanya untuk yang ingin bisnes sahaja. 

No. No. No. Exactly NOT. 



3 Sebab Utama Daftar Jadi Ahli Tapi Tidak Mahu Bisnes


Ramai sangat yang mendaftar, kekal menjadi ahli walaupun tidak mahu bisnes. Setelah diselidiki, ada 3 SEBAB utama mereka PILIH mendaftar sebagai ahli walaupun tidak mahu bisnes.





SEBAB #1. Super Duper Jimat

Inilah sebab paling glamer yang ramai pilih jadi ahli Shaklee terutama apabila zaman semua harga barang naik di era GST ini.

Beza harga sangat ketara.sampai 20 hingga 30 peratus tau. 

Contoh kalau harga satu produk ni RM150 untuk harga bukan ahli, tapi harga ahli dia adalah RM121, cuba kira berapa beza harga antara dua itu? RM29 kan?

Boleh belanja makan tengahari untuk 3 hari. Memang jimat sangatlah kalau jadi ahli. Itu baru satu produk, kalau beli lebih, mesti lagi jimat kan?

Produk Shaklee adalah makanan tambahan yang bukan macam barangan perabot dan langsir yang boleh bertahan lama. Kita pasti akan beli lagi bila habis. Bukankah ia satu perancangan bijak bila mendaftar menjadi ahli?





SEBAB #2: Takkan beli untuk sekali dan untuk satu produk sahaja.

Produk semulajadi dan berkualiti seperti Shaklee adalah sangat HOT sekarang. Famous!

Sebut aje supplemen dan vitamin di Malaysia ini, orang dah terbayang Shaklee. Padahal banyak lagi jenama vitamin lain kot. Memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai dah rasa manfaat produk terkenal ini. 

Rangkaian produk Shaklee tidak terhad kepada vitamin, malahan ada juga pencuci muka dan set penjagaan rumah seperti pencuci lantai Basic H dan pencuci baju. Malahan penapis air pertama yang portable juga ada dijual dalam Shaklee. 

Majoriti dari pengguna tegar Shaklee akan membeli lagi untuk kali kedua dan seterusnya serta mencuba produk-produk lain dalam rangkaian Shaklee yang terbaik. 

Saya sendiri telah mencuba lebih dari 10 jenis produk Shaklee termasuk pencuci baju dan krim serbaguna Herbal Blend.

Kelebihan mendapat penjimatan berganda tidak dilepaskan oleh ahli Shaklee walaupun mereka tiada niat untuk bisnes selepas mendaftar menjadi ahli.





SEBAB #3 : 'Terbeli' untuk ahli keluarga dan rakan-rakan

Saya berpengalaman berjumpa ramai ahli Shaklee bawah saya yang tidak minat bisnes tetapi suka membuat belian sehingga ribuan ringgit sebulan. 

Eh, tak bisnes tapi beli banyak-banyak?

Ya. Mereka sangat teruja membeli untuk ahli keluarga selepas melihat kesan positif yang mereka sendiri rasa. 

Kebahagian itu lebih bermakna bila dikongsikan.

Saya rasa berbangga kerana ramai antara mereka sangat prihatin kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang kurang sihat serta mengesyorkan produk Shaklee bersesuaian dengan sukarela. 

Bila dah beli banyak, tiba-tiba LAYAK dapat bonus tanpa mereka sangka. 

Siapa sahaja dalam Shaklee layak dapat bonus dengan perkiraan tertentu walaupun niat asalnya tidak mahu berbisnes. Jangan terkejut melihat mereka yang aktif bisnes Shaklee sekarang sebenarnya pada awalnya juga tidak berminat ceburi bidang bisnes. 

Ya, mana tahu dengan hanya berkongsi dengan rakan-rakan serta ahli keluarga mencetus semangat luar biasa untuk merubah masa depan dengan lebih terjamin.



Alasan Paling Tidak Logik


"Saya tidak minat bisnes" adalah alasan paling TIDAK LOGIK jika anda tidak mahu mendaftar menjadi ahli kerana 80% ahli bawah saya juga tidak minat bisnes tetapi masih mendaftar menjadi ahli. 

Tiga sebab utama ini sudah cukup menarik ribuan pengguna ahli Shaklee mendaftar serta mendapatkan banyak keistimewaan sebagai ahli Shaklee. 



Dapat Vitalea Percuma


OPS. Nanti dulu.
Shaklee ada membuat PROMOSI julung kali untuk mereka yang mendaftar ahli mulai Mei sehingga Oktober 2015


Sempena ulangtahun ke 100 Multivitamin pertama didunia iaitu Vitalea Iron Formula, Shaklee akan memberi sebotol Vitalea ini secara PERCUMA kepada ahli baru daftar beserta pembelian. 

Contohnya anda beli Vitalea sebotol serta mendaftar ahli, tetapi anda akan mendapat 2 BOTOL VITALEA pula. 

Tawaran ini tidak pernah ditawarkan oleh Shaklee, dan anda memang ISTIMEWA kerana terpilih diberi peluang hebat ini.



Hubungi Saya Untuk Dapatkan Vitalea PERCUMA


Anda pasti sudah tidak sabar mendaftar ahli. Apa yang anda sangkakan selama ini tidak tepat rupanya. 

Hubungi Ida (019-3816167) untuk mendapatkan Vitalea PERCUMA.

Kesihatan Terjaga, Income pun boleh di JANA.

Tuesday, April 7, 2015

4 Strategi Menangkap Pelajar Meniru | Pengalaman Sendiri Menangkap 14 Orang Pelajar Meniru

Sekarang musim peperiksaaan di tempat saya bertugas. Setiap kali musim peperiksaan, saya sangat merindui menjaga peperiksaan, kerana kini saya sudah tidak bertugas kerana menjawat jawatan Ketua Program.

Saya pernah mencoretkan strategi ini di sini, blog personal saya yang telah bersawang. 

Ya, strategi ini adalah berdasarkan pengalaman 7 tahun menjaga exam dan berjaya menangkap 14 orang pelajar meniru. Saya pun tak tahu saya ada skill unik ini, sehinggalah saya berjaya menangkap 4 orang sekaligus dalam satu dewan peperiksaan. 

Student meniru salah satunya sebab mereka tak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Mungkin apa yang mentor saya kata dalam video di bawah ini betul. Kasihan kepada mereka


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.


Yang salah tetap salah. Meniru adalah satu kesalahan dalam peperiksaan. Mungkin apa yang saya kongsikan ini boleh membantu pensyarah lain mengesan pesalah yang tak rasa bersalah ini.

Ia mungkin juga berbeza mengikut keadaan dan situasi. Tidak mungkin boleh menjadi panduan kepada semua orang.

(copy paste dari blog personal saya ye. )




Mengimbau kenangan zaman menjaga exam, saya suka jaga exam semester akhir. Siap bagitau kat pembuat jadual pengawas exam supaya letakkan saya mengawas kelas semester akhir. 

Haha. 

Kalau jaga semester awal, saya akan mengantuk.. sebab mereka masih baru dan tak 'panjang akal' macam pelajar semester akhir. Tak pasti pula keadaan sekarang ini.

Jom kenalpasti adakah strategi saya praktikal untuk dicuba.

Jeng. jeng. jeng


Strategi pertama: Tengok tempat mereka duduk.


Saya boleh mengesyaki pelajar meniru bermula dari mereka masuk ke dewan dan memilih tempat duduk. 

Biasanya pelajar yang hendak meniru akan memilih tempat di tepi sekali atau di belakang sekali. Mereka bukan tergolong dari orang yang datang lambat. Cerdik juga mereka ni.



Strategi kedua: Kepala mereka sentiasa tegak, dan suka mencari mana pengawas


Biasanya, pelajar yg menghadapi peperiksaan akan tunduk khusyuk menjawab. Mereka hanya angkat kepala ketika mereka berfikir dan melihat kosong kesuatu tempat, jika mereka tengok kita sebagai pengawas, mereka tak akan tengok lama. Muka tenang dan tiada masalah.

Pelajar yang ingin meniru, suka mencari di mana pengawas berada. Jika kita berada di belakang mereka pun, mereka akan toleh. 

Sangat Obvious!

Kenapa jadi macam tu? Sebab nak pastikan 'line clear'. Saya suka lihat telatah mereka yang hendak meniru di dewan besar sebab ruang yang besar. Bila ada yang tercari-cari di mana pengawas, saya akan mengesyaki mereka.




Strategi ketiga: Mereka takkan buat apa-apa a.k.a menulis kertas jawapan ketika pengawas dekat, tapi masa kita jauh, sibuk menulis cepat-cepat.


Biasanya, setengah jam pertama, mereka takkan meniru dulu. Ya. Pengawas boleh bersenang-lenang pada setengah jam yang pertama. 

Kenapa? 

Mengikut pemerhatian saya, pada waktu ini, mereka sedang membaca soalan dan tercari-cari soalan mana yang fit dengan 'toyol' yang mereka bawa. 

Haha, hebat tak tekaan saya. Kalau tak percaya anda cubalah. Mereka akan start meniru pada sejam selepas peperiksaan bermula. Ingat senang ke nak bina kekuatan untuk buat salah! Berani kerana benar, Takut kerana salah!
Lain la kalau mereka tu dah expert.




Strategi keempat: Mereka menyimpan 'toyol' dicelah-celah kertas soalan/ jawapan. 


Strategi ini mungkin tidak tepat. Tapi, biasanya saya berjaya dapat. 

Seorang pelajar yang saya syaki, saya akan ambil masa selama 15 minit untuk tangkap. Saya akan dengan selamba, menuju kepada pelajar tersebut dan terus mengibas-kibas kertas soalan dan jawapan tanpa rasa bersalah. 

Tanpa rasa bersalah ok! Jangan teragak-agak pula.

Jika tiada, kita hanya bagitau pelajar bahawa kita hanya buat pemeriksaan biasa sahaja. Awas, perkara ini mungkin menggangu pelajar dan pelajar lain yang sedang menghadapi peperiksaan. 

Confirmkan dahulu yang pelajar ini membawa 'sesuatu', baru lakukannya.

Pelajar wanita kini semakin cerdik. Ada diantara mereka yang menyorokkan nota di celahan baju kurung dan digulung baju kurung supaya sukar dijumpai. 

Berhati-hatilah.

Strategi Terbaru 

Strategi terbaru sekarang adalah menggunakan handset, handset semakin nipis, boleh slide plak tu. Ramai yang telah tertangkap dengan meniru cara begitu. Lagi mudah tangkap sebenarnya.


Ada satu sahaja cara untuk seorang pelajar 'mengalahkan' saya dari mengesan dia meniru. 

Sepanjang saya menjaga exam, ada seorang pelajar membuat perkara ini, dan saya gagal mengesan dia meniru walaupun saya confirm dia ada membawanya. 

Nak tahu? Rahsia... nanti ramai yang buat.

Soalan Paling Kelakar

Ayat paling kelakar saya dapat masa tangkap pelajar meniru:

"Macamana puan boleh nampak saya meniru? Puan ada pasang CCTV ye?"

Mungkin dia tak sangka, saya boleh nampak dia bawa 'toyol'
Haha. Kuasa Allah. Saya hanya dipinjamkan kekuatan dan kelebihan sahaja.


Pesanan kepada mereka yg meniru

Orang sekarang ramai yang pelik, kenapa kerja kuat tapi duit tak pernah cukup. Kenapa dapat pangkat tinggi, tapi tak rasa bahagia, ada sahaja musibah datang.

Itu tanda rezeki tak berkat. Bila kita guna kelayakan diploma / degree dengan cara tidak betul, pasti outcome pun tak dapat dengan betul. 

Moga sama-sama mengambil pengajaran dari pesanan ini.

Anda pernah meniru, dan pernah merasa ketidakberkatan rezeki? Hayati pesanan mentor saya ini sekali lagi. Mungkin cara yang beliau anjurkan membantu anda mensucikan harta anda.




Sunday, March 29, 2015

8 Cara Jaga Luka Bersalin Normal Elak Luka Lambat Baik

Bersalin normal adalah impian semua ibu. Luka bersalin normal lebih mudah dijaga berbanding luka ceaser.

Walaupun ada ibu yang bersalin tanpa episotomi (guntingan pada perineum) tetapi kebanyakannya mengalami episotomi ataupun kesan koyak ketika bersalin.



Bagaimana boleh luka ketika bersalin?

Ketika melahirkan bayi, perineum akan meregang dan menipis memberi laluan kepada kepala bayi untuk keluar.

Perineum mampu meregang secara fleksibel jika si ibu mengamalkan teknik pernafasan dan meneran yang betul walaupun saiz bayi yang besar.

Jika perineum tidak meregang sepenuhnya, akan berlaku koyakan atau sebahagiannya digunting (episotomi) oleh doktor atau bidan.


Ketika luka masih belum sembuh, sangatlah mengerikan jika si ibu mengalami sembelit dan ingin membuang air. Wanita dalam video di bawah sangat TRAUMA untuk bersalin kerana sembelit. 

Ikuti pengalaman ngeri beliau yang tak ramai ibu-ibu tahu. Sampai tak sanggup lagi mengandung dan berpantang. Dahsyat kan?


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.



8 Cara Jaga Luka Bersalin


Cara #1 : Ice Pad boleh digunakan untuk kurang rasa sakit dan surutkan bengkak. Boleh digunakan pada 24jam hingga 72 jam yang pertama. Ia bantu luka cepat baik.

Biarkan ice pack pada bahagian luka selama 10-20 minit.



Cara #2: Tukar tuala wanita sekerap mungkin untuk bantu luka cepat kering



Cara #3: Baring sekerap mungkin. Peha boleh ditinggikan dengan bantal atau bengkokkan lutut dan naikkan sedikit ketika berbaring.



Cara #4 : Untuk memastikan perineum bersih, mandi sekurang-kurangnya sekali sehari terutama selepas membuang air. Lapkan bahagian luka dengan tuala lembut sehingga kering.



Cara #5: Ia adalah normal jika anda risau untuk membuang air selepas bersalin. Jangan tahan dari membuang air, ia tidak menjejaskan luka anda.



Cara #6: Bersenam otot pelvik (kemutan bahagian peranakan) boleh menguatkan otot bahagian perineum.



Cara #7 : Elakkan dari sembelit. Rujuk artikel 6 cara elak sembelit dengan mudah.



Cara #8 : Ketika buang air besar, rapatkan bahagian luka dengan tuala berlipat atau tisu tandas bantu otot pelvik supaya kuat.





Anda perlu berjumpa doktor jika luka anda:

  • Bertambah sakit, atau sakitnya tidak berkurang
  • Ada cecair berbau keluar dari luka
  • Berlaku jangkitan (bengkak, mengeras dan rasa tidak selesa)


sumber : http://www.cyh.com/


Set Bersalin Terbaik Supaya Luka Cepat Sembuh


Set Bersalin Shaklee sudah menjadi pilihan ribuan wanita. Ramai ibu-ibu berpantang kelihatan cergas, luka cepat baik dan susu badan meriah dengan set bersalin Shaklee.



Vitalea : Bantu tambah darah selepas bersalin, bantu ibu lebih cergas. 

Bcomplex : Bantu kawal sistem saraf, kurangkan stress dan tambah tenaga ketika berpantang

Zinc : Bantu luka cepat sembuh

Vitamin C: Bantu penyerapan iron dari Vitalea, kuatkan imun badan supaya tidak mudah dijangkiti penyakit, cepatkan baik luka. 



Tambahan (optional):

ESP : bantu tambah susu badan, tambah tenaga si ibu

Ostematrix : Bantu hilangkan sembelit, hilangkan lenguh-lenguh badan

Alfalfa : Bantu kecutkan rahim, sebagai penggalak susu badan

Lecithin : bantu elak susu tersumbat, bantu bakar lemak supaya kembali slim selepas bersalin




Testimoni #1:

- Rasa Lebih Bertenaga walaupun bangun banyak kali waktu malam

- Jahitan yang terbuka,  hanya teruskan makan Shaklee






Testimoni #2:

- Rasa lebih bertenaga

- Badan cepat sihat





Testimoni #3

- Luka bersalin cepat sembuh

- Rahim kecut lebih cepat dari first baby

- Buang air lancar

- Berat hilang 11kg dalam masa 31 hari






Testimoni #4 

- Tak sembelit langsung

- Jahitan tak rasa sakit sangat , luka nampak cepat sembuh (hari ke 6)

- Nampak bertenaga tak macam first baby

- hari ke- 3 dah ada susu badan



Alami perbezaan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.
Berpantang tidak lagi sesuatu yang menakutkan. 

Hubungi saya HARI INI.


3 Rahsia Saya Berbisnes Online Secara Part Time Tanpa Mengadap Komputer 24 Jam

Bisnes Online menjadi pilihan ramai wanita sekarang. Ada yang ambil buat bisnes online secara part time, ada yang buat bisnes online secara full time.

Mudah dikendalikan dari rumah tanpa premis - ini adalah salah satu sebab utama ramai yang memilih berbisnes online berbanding berbisnes offline dengan premis.

 Itu juga adalah pilihan saya, memandangkan saya adalah seorang wanita berkerjaya full time di ofis. 






Berbisnes part time bukan mudah jika anak-anak berebut gajet kita terutama laptop dan handset. 

Sahabat saya dalam video di bawah mempunyai tips paling best nak elak rebut gajet dengan anak untuk wanita berbisnes online seperti saya. 






Bisnes Part Time Sangat Perlu Kini

Ramai yang sedar keperluan hidup sedang meningkat. Terutama apabila GST di implemen 1 April ini. Pelbagai barang yang dijual meningkat harganya tanpa kita rela.

Ya, siapa yang suka keadaan macam ni kan?

Cuba kita kaji perkiraan harga sebelum GST dan selepas GST seperti di bawah.

credit to FB Old Town White Coffee Malaysia

Dengan tanggungan anak lelaki 4 orang yang semakin membesar, saya memilih untuk membuat bisnes online part time (Shaklee) untuk menampung pembelanjaan sampingan dan menambah simpanan. 

Alhamdulillah walaupun tidak membuat secara Full Time, bisnes part time yang telah saya mulakan dari tahun 2012 membantu menambah pendapatan sampingan sehingga 4 angka.




Bisnes Online Tapi Tidak Mengadap Komputer 24 Jam?

Bila kata bisnes online, tapi tak mengadap komputer? Oh, macam pelik aje kan? 

Ya. Saya tetap menggunakan komputer tapi dengan cara yang lebih tersusun hasil didikan mentor saya. Saya memasarkan produk Shaklee melalui blog dan FB. 

Cara marketing yang betul sangat membantu saya manage masa saya antara kerja, bisnes part time, family dan masa lapang. 




3 Rahsia Saya Dalam Bisnes Online Tanpa Mengadap Komputer



Rahsia #1: Blog Marketing Memang Awesome

Cara pemasaran melalui blog sangat best. Dari blog, saya bukan sahaja dapat menjual tetapi lebih kepada berkongsi maklumat.

Pembaca blog mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan mereka, terjumpa blog saya, berminat dan membeli produk Shaklee.

Saya mengambil masa 2 jam sehari sahaja (biasanya dari 10.30 sehingga 12.30 malam) untuk update blog tanpa mengganggu masa saya bekerja pada waktu siang.

Blog saya pula akan bekerja 24 jam, bertindak sebagai 'kedai' yang membantu memaparkan kelebihan produk yang menjadi rebutan ramai orang.

Berikut adalah beberapa printscreen customer yang menjumpai blog dari ribuan customer yang pernah berurusan dengan saya.

Ya. Hanya dari blog.







Saya suka sangat menjual dari blog kerana saya seorang yang pemalu (ouch!). Tak perlu berurusan secara terus dengan pembeli seperti menjual dari kedai. 

Lagipun, saya tidak perlu menutup 'kedai' saya jika saya pergi bercuti atau balik kampung, kerana order masih masuk setiap hari tanpa gagal.

Pengalaman Paling awesome bilamana semasa sakit kontraksi bersalinkan Muhammad Amin, saya masih boleh pergi menghantar barang Shaklee kepada customer. 




Orang lain ada blog tapi tak boleh dapat sale pun?

Ya. Tidak diakui blog menjual Shaklee sangat banyak sekarang. Saingan untuk mendapatkan sale sangat tinggi, tetapi saya masih bernasib baik mendapatkannya.

Itu rahsia paling hebat ramai tidak tahu. Saya mendapat bimbingan mentor hebat dari iReach (satu group dalam Shaklee) yang diterajui oleh Master Zainul dan Master Lyna. 

Group bimbingan bisnes Online (blog) seperti SOLARIS PRO sangat membantu saya mencapai kejayaan seperti hari ini.


Memilih mentor yang betul sangat penting untuk berbisnes. Jika anda ingin berjaya dalam bisnes online, mentor yang berjaya adalah faktor penting menjejaki kejayaan yang sama.

Alhamdulillah, kini anak didik saya, Surya Baizura (pengedar Shaklee Sg Buloh) telah sama-sama berjaya mendapat bonus 3 angka melalui blognya Lovesihat.com. Ia adalah usaha yang berbaloi.




Rahsia #2: Aplikasi Schedule Post yang Membantu

Tidak dinafikan pemasaran melalui FB juga sangat membantu saya memperkenalkan blog dan produk Shaklee kepada rakan. 

Tetapi kekangan masa dengan kerja dan masa sangat membataskan saya post entry waktu perdana (waktu siang). Jadi, aplikasi schedule post seperti Buffer dan Hootsuite sangat membantu saya. 


Saya boleh menetapkan masa untuk FB memaparkan post saya lebih awal supaya saya tidak perlu mengadap komputer 24 jam.

contoh post yang saya post melalui Buffer




Rahsia #3 : Smartphone ada Internet adalah WAJIB


Saya sangat mementingkan pemilihan smartphone sebab ia Ofis Bergerak saya. Ia tidak perlu mahal (harga phone saya tak sampai RM1k) tetapi cukup laju untuk saya reply mesej dan membuat aplikasi asas dalam mempromote produk saya.

Ia juga merupakan tempat saya study pasal produk, coaching downline, membaca melalui e-book dan blog berinformasi dan membuat perbincangan bersama business partner on the go. 

Saya juga membuat poster melalui apps di handset. 

Poster yang saya buat melalui apps Pic Collage


Memang mudah berbisnes online jika tahu caranya. Pemilihan mentor yang betul sangat penting. 

Anda ingin berbisnes online tanpa korbankan masa bekerja dan masa bersama anak-anak? Hubungi saya kerana saya tahu caranya.

019-3816167 (Ida)
Pengedar Shaklee Seluruh Negara
Mentor Pemasaran Melalui Blog

Sunday, March 15, 2015

[Video] 7 Tips Legakan Sakit Belakang Untuk Ibu Menyusu

Biasa kita dengar tentang sakit belakang kerana mengandung. Mungkin berat badan bertambah dan menambah beban untuk ditampung oleh belakang badan.

Tapi sebenarnya sakit belakang kerana menyusu juga biasa dan adalah normal. Kebanyakan sakit belakang oleh ibu hamil adalah berpunca dari postur badan yang salah ketika menyusu.

Sakit belakang buat badan tak selesa. Nak buat apa-apa kerja pun terbantut. Nak ruku' ketika solat serta mendukung anak memang menyiksakan. Fuh!

Sakit sangat!


Jika anda rasa sakit ketika mendukung anak, wanita dalam video di bawah juga mengalaminya. Ikuti pengalaman beliau dan bagaiman beliau melegakan rasa sakit tulang dan belakang.


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.




Postur yang salah ketika menyusu

Ramai ibu menyusu mengadu bahawa belakang mereka sakit tapi ramai tak sedar kesalahan mereka ketika menyusu.


Ramai ibu-ibu menyusu termasuk saya sendiri menyusukan bayi secara membongkok. Bahu dan payudara dibawa ke arah anak sehingga memberi kesan kepada belakang kita. Menyusu ambil masa yang agak lama dan ia akan menyakitkan belakang badan.

Cara postur yang betul adalah dengan membawa anak dekat ke badan. Badan anak ditampung dengan bantal supaya lebih tinggi. Badan si ibu tidak perlu membongkok ke hadapan dan mengurangkan sakit belakang kepada ibu.



7 Cara Legakan Sakit Belakang untuk Ibu Menyusu

1. Gunakan tungku panas / Pad panas

Tungku panas boleh digunakan pada bahagian yang sakit. Pad panas boleh di letakkan pada bahu, leher dan belakang ketika menyusu.

Ia bantu otot untuk relaks dan kurangkan rasa sakit belakang ketika menyusu. Haba memang sangat membantu dalam kurangkan sakit.



2. Cuba Kedudukan Menyusu yang Berbeza

Banyak kedudukan untuk menyusu yang boleh digunakan oleh si ibu. Ada kedudukan 'football hold' dan ada kedudukan berbaring. Anda boleh cuba cara menyusu yang berbeza untuk kurangkan sakit belakang kerana menyusu



3. Menyusu di dalam carrier / wrap

Ini mungkin satu teknik baru, tetapi ia mungkin cara yang berkesan bagi kurangkan sakit belakang ketika menyusu.

Selain digunakan untuk memudahkan dukung anak ketika outdoor, ia juga boleh digunakan untuk menyusukan anak tanpa menyakitkan belakang. Carrier atau wrap boleh menyokong berat bayi dan bantu meletakkan bayi dekat kepada payu dara ketika menyusu.

Bukankah ia memudahkan? Sambil bekerja di rumah, sambil menyusu. Badan pun kurang sakit, anak selesa dalam carrier / wrap sehingga tertidur.



4.  Mengurut.

Mengurut adalah cara paling popular dalam kurangkan sakit belakang. Mengurut boleh kurangkan ketegangan otot yang sakit dan melancarkan edaran darah



5. Senaman regangan lembut.

Selain mengurut, otot yang tegang boleh dikurangkan dengan senaman. Senaman yoga seperti dalam video di bawah mungkin boleh membantu.



6. Akupuntur

Akupuntur adalah salah satu cara untuk legakan sakit belakang



7. Relaks dan kurangkan stress

Stress boleh menyebabkan tegangan kepada otot. Otot yang tegang boleh menyebabkan sakit belakang, leher dan baru. Jika rasa stress ambil jalan mudah untuk tenangkan diri kembali.

Cara untuk tenangkan stress.
[✔] Mengingati Allah


[✔] Mandi air panas

[✔] Berurut

[✔] Tidur

[✔] Fokus kepada penyusuan. Penyusuan boleh menenangkan.


http://hubpages.com/




Kurangkan Sakit Belakang dengan Shaklee.

Kekurangan kalsium juga adalah penyebab sakit belakang dan lenguh-lenguh badan. Ostematrix adalah pil Kalsium Shaklee yang boleh bantu kurangkan rasa sakit belakang dan lenguh-lenguh badan.

Hanya RM61 sebotol (120biji)



Testimoni






Dapatkan Ostematrix anda HARI INI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...