Saturday, December 27, 2014

4 Cara Water Pitcher Shaklee Bantu Mangsa Banjir Dapatkan Bekalan Air Bersih

Negara dikejutkan dengan bencana banjir yang telah menyebabkan kehilangan nyawa dan berpuluh ribu yang kehilangan tempat tinggal.

Negeri yang telah mengalami banjir adalah Kelantan, Pahang, Perak, Kedah dan Perlis dan beberapa tempat lain. Kelantan adalah negeri paling teruk terjejas.

Kami dari group IReach Shaklee telah membuat inisiatif untuk mengumpulkan dana membeli Water Pitcher Shaklee untuk kegunaan mangsa banjir.


Kami sangat prihatin atas sukarnya mangsa banjir mendapatkan air bersih. Ini kerana bekalan elektrik dan air bersih terputus ketika banjir dan bekalan air mineral yang hendak diagihkan ke tempat pemindahan agak sukar kerana masalah terputus jalan perhubungan kenderaan kerana dinaiki air.

Berikut adalah sebaran masalah air bersih di Facebook oleh Tuan Raja Shamri pada Sabtu 27 Disember 2014.



sangat menyedihkan kan? 

Air bersih sangat penting terutama untuk keperluan ibu hamil, anak kecil dan warga emas di cuaca yang tidak menentu ini. 

Pengumpulan dana telah bermula dari hari Khamis (25 Disember 2014) dan telah diwarwarkan kepada semua ahli kumpulan iReach kami. 





iReach yang diketuai oleh Master Lyna berjaya mengumpulkan dana yang cukup untuk membeli 10 Water Pitcher Shaklee yang berharga RM460 setiap satu (harga retail) hanya dalam masa 1 hari. 

Syabas Warga iReach!



4 Cara Water Pitcher Shaklee Boleh Bantu Mangsa Banjir Dapatkan Bekalan Air Bersih





Cara #1 : Water Pitcher Shaklee adalah Portable dan boleh dibawa kemana-mana

Berbanding penapis air lain, Water Pitcher Shaklee adalah penapis air pertama yang boleh dibawa kemana-mana. 

Dalam keadaan banjir yang agak kritikal dan bekalan air bersih yang terhad, fungsi penapis air yang portable sangat perlu supaya lebih ramai mangsa dapat menggunakannya walau di mana berada.

 Tak perlu menghabiskan duit beribu-ribu untuk dapatkan water filter





Cara #2 : Di bekalkan satu set dengan Filter tambahan.

Setiap pembelian Water Pitcher ini disertakan dengan tambahan 3 filter tambahan. Satu filter boleh menapir 303liter (80 gelen) air. 

Boleh bayangkan berapa banyak air yang boleh ditapis dalam satu-satu masa.






Cara #3: Ringan berbanding bekalan Air Mineral

Bekalan air mineral yang nak diedarkan di sekitar kawasan banjir adalah berat dan sukar dibawa jika tiada kenderaan.

Bot penyelamat juga tidak mampu berulang alik membawa bekalan air mineral yang banyak dengan keadaan arus deras. Water Pitcher Shaklee sangat mudah dan ringan untuk dibawa berbanding bekalan air mineral.

Jumlah sampah dari pembuangan botol air mineral terpakai juga dapat dikurangkan.





Cara #4: Air Tidak perlu dimasak dan selamat di minum

Water Pitcher Shaklee diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

Ia juga disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.

Airnya selamat diminum dan tidak perlu menggunakan tenaga elektrik untuk menapis air seperti sesetengah penapis air yang lain.




Alhamdulillah. Moga lebih ramai lagi dermawan yang dapat membantu mangsa banjir dalam apa jua bentuk sumbangan samada Water Pitcher atau sumbangan yang lain

------------------------------------

Video Shaklee Effect #3
[Video] Lelaki Hampir Lumpuh Kembali Aktif Selepas Isterinya Hadiahkan SESUATU
--- SILA KLIK GAMBAR --

1 comment :

Mazmohd said...

Alhamdulillah...sangat sesuai dalam masa2 darurat..semoga sumbangan kita sampai pada target dan bermanfaat ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...