Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, May 9, 2016

Jika Anda Ada 7 Ciri Ini, Anda Ada Attitude yang Hebat

Hobi saya adalah membaca buku self-help. Sejujurnya saya belum berjaya mencapai title orang yang benar-benar berjaya dan menjadi inspirasi orang lain.

Tetapi, i'm happy sebab berjaya suburkan satu sifat dalam diri yang pemalas ini.

Membaca buku self-help

Baru sahaja mencebur diri. Baru sahaja merajinkan diri. (tepuk bahu, ahaks)

Salah satu buku self help terkini yang saya baca adalah buku tulisan John C. Maxwell yang bertajuk 3 Things Successful People Do

Di sini saya nak share 7 tanda seseorang itu mempunyai Attitude yang Hebat.





Tanda 1: Percaya Kepada Diri Sendiri


Kata-kata dari Herb True:

"Ramai orang tetap berjaya walaupun ramai yang tidak percaya kebolehan mereka
Tetapi, tak ramai orang berjaya bila DIRI SENDIRI tidak percaya kepada kebolehan sendiri"

Penulis buku ini menyatakan ini sifat paling UTAMA untuk berjaya.

Sesiapa yang tidak percaya kepada diri sendiri, minta maaf jika dikatakan, tiada benda yang menjadi untuk anda.

Nak buat bisnes, tak jadi
Nak score dalam periksa, tak capai
Nak berjaya dalam kerjaya, jangan harap

Orang yang tidak percaya kepada diri sendiri tak nampak matlamat nak berjaya kerana mereka sangat kisah apa orang kata pada mereka.

Tak buat lagi dah takut gagal.

Berbeza dengan mereka yang percaya kepada diri sendiri. Hidup lebih terarah sebab apa yang anda nampak adalah matlamat dan target.

Mereka lebih fokus untuk berjaya.
Mereka fokus untuk tingkatkan kemampuan diri untuk berjaya.





Tanda 2: Sangat Suka Melihat Kebaikan Dalam Diri Orang Lain


Penulis ini berkata beliau tidak pernah jumpa orang yang positif yang tidak suka melihat dan bersangka baik dengan orang lain.

Cara terbaik untuk melihat kebaikan dalam diri orang lain adalah dengan melihat apa yang bagus-bagus aje.

Setiap orang ada kebaikan dan kelemahan, positif atau negatif. Kita bebas bersangka baik atau buruk.
Orang yang mempunyai attitude yang hebat sentiasa memilih bersangka yang baik sahaja.

Kenapa ia penting untuk berjaya?

Pertama, apabila kita bersangka baik dengan orang, kita boleh kekalkan aura positif dalam diri.

Kedua, apabila kita bersangka baik, kita akan secara automatiknya melayan mereka dengan baik. Kita akan dapat apa yang kita beri.

Orang lain akan membalas sesuatu yang baik, apabila kita memberi/ melayan yang baik.





Tanda 3: Kebolehan Melihat Peluang Dimana-mana


Kebolehan ini bukan mudah. Kita berada di dunia yang kita sendiri tidak sangka apa yang berlaku pada masa akan datang.

Mungkin perkara yang baik, kita lihat satu peluang untuk berjaya. Jika ia sesuatu yang buruk, bagaimana?

Di situlah kelebihan orang yang mempunyai attitude yang hebat, mereka boleh 'mencipta' peluang di mana-mana, apa keadaan sekalipun. 

Penulis berkata - Peluang hadir bila anda 'cari'/'cipta' ia. Ia tidak hadir hanya kerana nasib atau keadaan.





Tanda 4: Fokus Kepada Penyelesaian


Mereka yang mempunyai attitude yang hebat fokus kepada solusi atau penyelesaian dan bukan masalah.

Orang biasa-biasa suka lihat kepada masalah.



Kita gagal dalam sesuatu, kita selalu stuck dengan menyalahkan keadaan, mencari siapa yang salah, melayan perasaan gagal atas sesuatu.

Orang yang berjaya ada mindset yang istimewa, mindset untuk cari cara selesaikan masalah dari membendung diri dengan masalah.

Mereka nampak solusi dalam setiap masalah
Mereka nampak jalan keluar dari setiap masalah yang sukar 
( Seeing a solution in every problem, a possibility in every impossibility)
~ ayat inggeris tetap indah. haha





Tanda 5 : Suka Memberi


Mereka yang memberi tak mungkin dapat selain dari kesan positif.

Karl Menninger berkata : Orang yang pemurah jarang ada sakit jiwa (mentally ill)
Haha. Apa punya translate daaa.

Orang pemurah (generous) jarang di kalangan orang negatif

Katanya lagi, orang pemurah fokuskan masa mereka dan tenaga mereka atas apa yang mereka boleh beri kepada orang lain berbanding dengan apa yang  mereka boleh dapat.

Lagi pemurah seseorang itu, lagi hebat dan bagus attitude mereka.

Kebanyakan orang yang tidak berjaya tak faham konsep ini. Mereka sangat bergantung kepada apa yang orang lain beri kepada mereka dan attitude mereka bergantung kepada apa yang mereka ada.

Penulis buku ini menyatakan, beliau banyak berjumpa orang miskin yang pemurah dan orang kaya yang kedekut.

Berapa yang anda ada tak penting. Yang penting, apa yang anda buat dengan rezeki yang anda ada.

Itu yang membezakan mereka yang mempunyai attitude yang hebat dan yang tak.





Tanda 6: Daya Tahan yang Tinggi (Persistence)


Don B. Owens Jr menyatakan:

"Ramai orang gagal dalam hidup kerana ikut kata-kata ini: 'Jika anda gagal, cuba buat benda lain'

Malangnya, orang yang ikut kata-kata itu tak berjaya pun. Impian tak dapat nak dicapai kerana mereka tak nak rasa gagal (discouraged)

Mereka tidak suka kekecewaan dalam proses berjaya, patutnya cabaran-cabaran tersebut dapat naikkan semangat untuk lebih berjaya.

Attitude yang hebat adalah kebolehan untuk bertahan bila ada cabaran, mengatasi kegagalan (discouragement) dan masih teruskan usaha bila rasa kecewa.



Attitude ini yang membolehkan anda ada daya tahan yang tinggi.

Jika anda yakin anda akan capai kejayaan, anda teruskan usaha.
Jika anda yakin akan berjaya, anda tidak kisah jika perlu bersusah

Bila rasa semua usaha tidak menjadi, anda kekal bertahan kerana anda percaya akan ada sinar untuk berjaya.





Tanda 7: Bertanggungjawab dengan Diri Sendiri


Ciri terakhir orang yang positif ini adalah sanggup bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam hidup mereka.

Orang yang tidak berjaya tidak suka. Mereka suka menyalahkan orang lain (ini ayat saya. haha)

Mereka yang berjaya percaya tiada perkara positif berlaku jika mereka tidak buat sesuatu untuk berjaya.

Buat sesuatu untuk diri sendiri, bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang difikirkan dan tindakan mereka.

Dengan rasa tanggungjawab inilah, mereka yang berjaya boleh lihat kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan berani untuk berubah.





Semoga kesemua tanda-tanda ini boleh disuburkan dalam diri untuk ubah diri menjadi orang yang berjaya.

Selamat berjaya!

Monday, June 8, 2015

Cara Capai Impian Lebih Besar sehingga 10 Kali Ganda Peluang Mencapainya

Setiap orang ada impian, dan semua orang inginkan impian mereka tercapai. Ada yang berjaya mencapainya dan ada yang impian tinggal impian.

Kenapa boleh jadi begitu? Mungkin cara untuk mendapatkan impian tersebut tidak berapa betul.

Saya ada satu teknik yang mungkin boleh mengubah peratus anda mencapai impian. Mungkin dari tidak ada peluang mencapainya kepada peratus mencapainya meningkat sehingga 80%-90%?

Menarik bukan?

Sebelum itu, mari ikuti satu kajian di Harvard ini.


Kajian Buktikan Cara Tingkatkan Peluang Capai Impian


Satu kajian di Harvard pada 1979 ini telah dibuat kepada graduan mereka yang sudah habis belajar dengan pertanyaan:

" Adakah anda mempunyai impian yang jelas dan bertulis untuk masa depan dan membuat perancangan untuk mendapatkannya? 

Jawapannya :

Hanya 3% mempunyai impian dan perancangan yang bertulis. 
13% ada impian tetapi tidak ditulis dan
84% tidak ada impian langsung.

10 tahun kemudian, kumpulan yang sama ditemuramah semula dan hasilnya sangat mengejutkan.

13% yang mempunyai impian tetapi tidak menulisnya mempunyai gaji 2 kali ganda dari 84% yang tiada impian langsung.

3% yang mempunyai impian bertulis mempunyai gaji 10 KALI GANDA dari 97% rakan sekelasnya yang lain.

WOW!

Apa yang anda belajar dari kajian ini?



Kuasa Menulis Impian


Bila kita tulis impian, ia nampak lebih jelas dalam minda dan lebih mudah untuk kita sentiasa bayangkan sepanjang masa.

Minda separa sedar kita akan terdorong untuk membuat semua perkara yang perlu untuk capai impian tersebut.

Mari kita sama-sama tonton video seorang rakan saya yang mendapat income puluhan ribu ringgit dengan hanya teknik tulis impian.




Beliau adalah Master Coordinator Shaklee dan telah membuat bisnes ini secara full time.

Berikut adalah anggaran bonus bulanan pangkat dalam Shaklee.



Mencapai impian sangat mudah jika tahu caranya. Walaupun tidak mudah, ia harus diiringi dengan keazaman yang kuat dan semangat tidak putus asa yang tinggi.

Selamat mencapai impian !

Sunday, March 29, 2015

3 Rahsia Saya Berbisnes Online Secara Part Time Tanpa Mengadap Komputer 24 Jam

Bisnes Online menjadi pilihan ramai wanita sekarang. Ada yang ambil buat bisnes online secara part time, ada yang buat bisnes online secara full time.

Mudah dikendalikan dari rumah tanpa premis - ini adalah salah satu sebab utama ramai yang memilih berbisnes online berbanding berbisnes offline dengan premis.

 Itu juga adalah pilihan saya, memandangkan saya adalah seorang wanita berkerjaya full time di ofis. 






Berbisnes part time bukan mudah jika anak-anak berebut gajet kita terutama laptop dan handset. 

Sahabat saya dalam video di bawah mempunyai tips paling best nak elak rebut gajet dengan anak untuk wanita berbisnes online seperti saya. 






Bisnes Part Time Sangat Perlu Kini

Ramai yang sedar keperluan hidup sedang meningkat. Terutama apabila GST di implemen 1 April ini. Pelbagai barang yang dijual meningkat harganya tanpa kita rela.

Ya, siapa yang suka keadaan macam ni kan?

Cuba kita kaji perkiraan harga sebelum GST dan selepas GST seperti di bawah.

credit to FB Old Town White Coffee Malaysia

Dengan tanggungan anak lelaki 4 orang yang semakin membesar, saya memilih untuk membuat bisnes online part time (Shaklee) untuk menampung pembelanjaan sampingan dan menambah simpanan. 

Alhamdulillah walaupun tidak membuat secara Full Time, bisnes part time yang telah saya mulakan dari tahun 2012 membantu menambah pendapatan sampingan sehingga 4 angka.




Bisnes Online Tapi Tidak Mengadap Komputer 24 Jam?

Bila kata bisnes online, tapi tak mengadap komputer? Oh, macam pelik aje kan? 

Ya. Saya tetap menggunakan komputer tapi dengan cara yang lebih tersusun hasil didikan mentor saya. Saya memasarkan produk Shaklee melalui blog dan FB. 

Cara marketing yang betul sangat membantu saya manage masa saya antara kerja, bisnes part time, family dan masa lapang. 




3 Rahsia Saya Dalam Bisnes Online Tanpa Mengadap Komputer



Rahsia #1: Blog Marketing Memang Awesome

Cara pemasaran melalui blog sangat best. Dari blog, saya bukan sahaja dapat menjual tetapi lebih kepada berkongsi maklumat.

Pembaca blog mencari penyelesaian kepada masalah kesihatan mereka, terjumpa blog saya, berminat dan membeli produk Shaklee.

Saya mengambil masa 2 jam sehari sahaja (biasanya dari 10.30 sehingga 12.30 malam) untuk update blog tanpa mengganggu masa saya bekerja pada waktu siang.

Blog saya pula akan bekerja 24 jam, bertindak sebagai 'kedai' yang membantu memaparkan kelebihan produk yang menjadi rebutan ramai orang.

Berikut adalah beberapa printscreen customer yang menjumpai blog dari ribuan customer yang pernah berurusan dengan saya.

Ya. Hanya dari blog.







Saya suka sangat menjual dari blog kerana saya seorang yang pemalu (ouch!). Tak perlu berurusan secara terus dengan pembeli seperti menjual dari kedai. 

Lagipun, saya tidak perlu menutup 'kedai' saya jika saya pergi bercuti atau balik kampung, kerana order masih masuk setiap hari tanpa gagal.

Pengalaman Paling awesome bilamana semasa sakit kontraksi bersalinkan Muhammad Amin, saya masih boleh pergi menghantar barang Shaklee kepada customer. 




Orang lain ada blog tapi tak boleh dapat sale pun?

Ya. Tidak diakui blog menjual Shaklee sangat banyak sekarang. Saingan untuk mendapatkan sale sangat tinggi, tetapi saya masih bernasib baik mendapatkannya.

Itu rahsia paling hebat ramai tidak tahu. Saya mendapat bimbingan mentor hebat dari iReach (satu group dalam Shaklee) yang diterajui oleh Master Zainul dan Master Lyna. 

Group bimbingan bisnes Online (blog) seperti SOLARIS PRO sangat membantu saya mencapai kejayaan seperti hari ini.


Memilih mentor yang betul sangat penting untuk berbisnes. Jika anda ingin berjaya dalam bisnes online, mentor yang berjaya adalah faktor penting menjejaki kejayaan yang sama.

Alhamdulillah, kini anak didik saya, Surya Baizura (pengedar Shaklee Sg Buloh) telah sama-sama berjaya mendapat bonus 3 angka melalui blognya Lovesihat.com. Ia adalah usaha yang berbaloi.




Rahsia #2: Aplikasi Schedule Post yang Membantu

Tidak dinafikan pemasaran melalui FB juga sangat membantu saya memperkenalkan blog dan produk Shaklee kepada rakan. 

Tetapi kekangan masa dengan kerja dan masa sangat membataskan saya post entry waktu perdana (waktu siang). Jadi, aplikasi schedule post seperti Buffer dan Hootsuite sangat membantu saya. 


Saya boleh menetapkan masa untuk FB memaparkan post saya lebih awal supaya saya tidak perlu mengadap komputer 24 jam.

contoh post yang saya post melalui Buffer




Rahsia #3 : Smartphone ada Internet adalah WAJIB


Saya sangat mementingkan pemilihan smartphone sebab ia Ofis Bergerak saya. Ia tidak perlu mahal (harga phone saya tak sampai RM1k) tetapi cukup laju untuk saya reply mesej dan membuat aplikasi asas dalam mempromote produk saya.

Ia juga merupakan tempat saya study pasal produk, coaching downline, membaca melalui e-book dan blog berinformasi dan membuat perbincangan bersama business partner on the go. 

Saya juga membuat poster melalui apps di handset. 

Poster yang saya buat melalui apps Pic Collage


Memang mudah berbisnes online jika tahu caranya. Pemilihan mentor yang betul sangat penting. 

Anda ingin berbisnes online tanpa korbankan masa bekerja dan masa bersama anak-anak? Hubungi saya kerana saya tahu caranya.

019-3816167 (Ida)
Pengedar Shaklee Seluruh Negara
Mentor Pemasaran Melalui Blog

Tuesday, March 10, 2015

Tips Kejayaan : Kenali 20% yang Jadikan Kita Kaya

Saya bukan seorang pemimpin yang hebat dan berjaya, tetapi saya ada passion ke arah itu. Saya belajar dari buku bagaimana untuk jadi pemimpin yang berjaya.

Buku yang sedang saya baca sekarang adalah Developing the Leader Within You.

Buku ini sangat menarik. Baru baca sedikit tapi sangat berminat untuk ulas satu point penting yang saya pernah dengar tapi tak pernah nak paham. 

Prinsip Pareto 20/80.


Atau atas nama lain, fokus pada 20 untuk dapat 80.

Paham ke paham?

Mesti belum faham lagi. Saya akan terangkan ikut ayat saya sendiri.


Sebelum saya terangkan lebih lanjut, saya nak share cara muhasabah diri paling simple yet berkesan untuk diikuti. Mentor saya Pn Lyna Noh ada 3 tips yang akan diceritakan dalam video ini.






Kita Kena Pandai Pilih Keutamaan / Prioriti

Dalam hidup kita, kita tak boleh fokus semua. Kalau kita fokus semua, satu benda pun tak jadi. Sebab tu, kita kena susun hidup kita ikut keutamaan. 

Kita lalui banyak benda dalam hidup, ada yang penting, ada kurang penting dan tidak kurang ada yang remeh. Yang penting beri value yang lebih untuk diri kita.

Jom kita uji diri. Sebagai seorang pelajar, mana yang penting, mana yang kurang penting dan mana yang remeh.

1. Menyiapkan tugasan : Penting / Kurang Penting / Remeh ?

2. Shopping: Penting / Kurang Penting / Remeh ?

3. Berniaga online: Penting / Kurang Penting / Remeh ?

Anda boleh jawab sendiri mana yang anda rasa perlu diberi keutamaan jika disituasi sebagai Pelajar.

Tugas kita sebagai pelajar adalah bermatlamat untuk mendapat result yang baik. Jadi 'Menyiapkan Tugasan' pasti keutamaan kita untuk capai matlamat kan?




Prinsip Pareto 20/80

Penurut prinsip ni, dalam hidup kita, 20% dari apa keutamaan kita menyumbang kepada 80% kejayaan kita capai matlamat, jika kita spend masa, tenaga dan duit dan macam-macam lagi untuk 20% itu.

Matlamat kita apa?
Contoh: Nak berjaya dapat sales dalam bisnes kita. 

Ada 20% aktiviti yang paling utama kita buat dalam bisnes yang menyumbang kepada 80% kita dapat sale. 

Contohnya saya yang buat part time dalam shaklee. Banyak aktiviti yang saya buat untuk mendapatkan sales dalam shaklee.

1. Update blog
2. Follow up return customer
3. Update FB dan Page
4. Coaching Downline
5. Sharing secara Offline
6. Buat e-book
7. Buat fb ads
8. Edar Flyers dan Business card
9. Sharing video testimoni customer
10. Buat webinar

Ini sekadar contoh sahaja. Ada yang saya betul-betul buat, ada yang saya suka-suka tambah aje.

Dalam list di atas, hanya no 1 dan 2 sahaja (20%) yang menyumbang kepada 80% sales saya. Baki lagi 8 list hanya menyumbang 20% sahaja dari sale saya. 

Nampak dengan jelas tak aplikasi pareto di situ?

Kalau nampak, apa perlu kita buat?




Fokus kepada 20% untuk Kaya.

Prinsip ni kata, habiskan masa 80% dari aktiviti bisnes kita pada 20% perkara tersebut. Fokuskan masa, tenaga, wang kepada keutamaan kita yang 20% itu sahaja. 

Jangan terkejut jika secara tidak sedar dengan fokus 20% ini, produktiviti bertambah berbanding anda nak cuba buat semua. Habis semua kita nak buat, satu benda pun tak dapat.

Yang penting, pemilihan 20% itu kena betul.

Orang kata Don't work hard, WORK SMART.





Aplikasi Prinsip Pareto sebagai Pemimpin. 

Dalam organisasi, ada 20% orang yang sgt efisyen bekerja sehingga menyumbang kepada 80% kejayaan satu-satu organisasi. Selebihnya hanya memberi 20% sahaja kejayaan. 



Dalam buku ni, John C Maxwell ada bagi tips macamana praktikkan prinsip ni sebagai pemimpin.

1. Kenalpasti 20% pekerja / anak buah yang hebat dan yang  rajin dan efektif bekerja.

2. Luangkan 80% dari masa konsultansi anda kepada mereka yang hebat ini

3. Spend kos pembangunan kendiri dalam organisasi untuk 20% pekerja efektif ini

4. Tugaskan mereka dengan 20% tugasan terpenting dalam organisasi. Agihkan kerja kurang penting kepada 80% pekerja yang lain dan dapat menyelamatkan pekerja hebat dari buat kerja remeh.

5. Arahkan 20% pekerja hebat membantu dan menyelia 20% pekerja yang kurang efisyen bekerja.



Saya sangat suka poin-poin yang dikongsikan oleh penulis buku ni. Sebagai seorang yang baru belajar untuk jadi pemimpin yang lebih baik, ia adalah tips yang mudah diamalkan dan sangat berharga untuk tingkatkan produktiviti sesuatu organisasi.

Saya gemar mencoret semula apa yang saya baca dengan mengulasnya dalam ayat sendiri. Ia dapat tingkatkan pemahaman saya sendiri yang masih belajar.

Semoga ramai dapat manfaat dari perkongsian ini termasuk saya yang menulisnya. 

Wednesday, November 12, 2014

4 Ilmu Parenting Yang Betulkan Salah Faham Cara Saya Didik Anak Selama Ini

Saya suka ilmu parenting. Banyak buku parenting yang saya beli. Terbaru saya ada beli audio book parenting dari Dr Rozieta, pakar ilmu parenting yang membahasakan dirinya Ibu.

Banyak ilmu-ilmu parenting saya belajar dari audio itu. Banyak yang best-best. Saya lebih mengenali anak saya selepas mendengar audio itu.

Sebelum tu jom dengar video 2 minit tentang cara sahabat saya mengajar anaknya mengenai gajet.



Di sini saya senaraikan beberapa perkara salah faham saya tentang anak yang saya dapat dari audio itu. 




1. Anak suka melempar barang (usia 7 bulan hingga 1tahun lebih)
Selama ini saya juga seperti ibu-ibu lain, apabila anak melempar barang, saya selalu pukul tangan anak. Saya fikir dengan cara itu, anak tidak boleh teruskan habit itu kerana ia tidak elok. 

Rupa-rupanya, ia adalah latihan psikomotor anak, kerana dia teruja untuk menggunakan tangannya. Anak melempar barang bukan menunjukkan habit negatif, tetapi dia sangat teruja mendapat skill baru dan ingin mencuba. 





2. Merampas barang yang hendak dimasukkan ke dalam mulut.(usia 7 bulan hingga 1tahun lebih)
Ia adalah satu tindakan yang SALAH. Sebelum ini, jika anak-anak kecil ingin masukkan sesuatu ke dalam mulut, saya akan merampas alat itu dengan serta merta. 

Ia tindakan yang SALAH. Dengan merampas alat tersebut akan 'mengajar' anak untuk bertindak sebegitu juga kepada kawannya kemudian hari. 

Cara lebih baik adalah kita ambil alat tersebut dengan baik, dan gantikan dengan alat lebih selamat untuk dimasukkan ke dalam mulut.





3. Anak suka bermain dari membaca buku.
Suatu ketika, apabila anak saya dah masuk 5 tahun, saya sibuk untuk membelikan buku dan mengajar macam-macam terutama anak yang sulung. Risau sangat kalau mereka asyik bermain. 

Ya. Biarkan mereka bermain. Cara anak-anak belajar adalah dengan BERMAIN. Dengan bermain, mereka akan meneroka dan menganalisis dunia dan persekitaran mereka dengan cara mereka sendiri. 





4. Anak kena ikut cakap, apa yang kita bagi adalah muktamad. 
Dari dulu lagi, saya sangat ikut kata-kata ini. Apa yang kita bagi adalah FINAL. Kita berhak tentukan baju apa yang dia pakai, apa yang mereka makan. Mereka tak boleh membantah dan ikut sahaja. 

Dr Rozieta mengajar sebenarnya cara itu telah mengikis rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Adakah kita perasan sikap anak muda hari ini yang dah besar panjang pun, masih harap duit belanja dari mak ayah? Adakah kita lihat bagaimana anak-anak muda hari ini tidak pandai mencari kerja / terlalu memilih kerja dan sanggup menganggur?

Itu adalah kesan dari sikap ibu-bapa yang tidak pernah memberi mereka peluang membuat pilihan. 

Ya. Kita boleh tanya baju apa yang mereka nak pakai, biar mereka yang pilih. 

Kita boleh tanya, warna apa yang lebih cantik untuk basikal mereka. Ya, dan selepas itu, jika mereka rasa tersalah pilih, di sinilah peluang kita untuk ajar mereka bertanggungjawab dengan pilihan mereka. 



Banyak lagi ilmu yang saya dapat dari audio ini. Saya pernah membuat entri ringkas tentangnya. 

Sila baca di sini --> Audio Parenting dari Dr Rozieta.


Apa antara kesan baik yang saya dapat selepas saya dengar audio ini?

1. Saya sudah tidak tertekan melihat anak saya yang baru pandai bercakap lancar, yang tidak berhenti bercakap. Rasa kelakar pula sebab mereka baru perasan kebolehan baru mereka dan berlatih serta berlatih tanpa henti. 


2. Saya gemar membawa mereka keluar bermain di taman yang sebelum ini saya anggap satu kepayahan membawa 4 hero seorang tanpa ayah mereka. Mereka berhak meneroka kerana bermain adalah salah satu aktiviti mereka untuk belajar. 


3. Setiap kali saya nak masak, saya akan bertanya menu apa yang mereka nak saya masak. Saya nampak mereka sangat gembira dan rasa dihargai. I feel connected with them. 

Saya ajar mereka menabung jika mereka mahukan sesuatu, dan bila duit dah cukup, saya bawa mereka ke kedai mainan dan biarkan mereka pilih sendiri mainan mengikut bajet mereka sendiri. 

Jika bajet mereka tak cukup, saya bertegas tidak akan menambah duit mereka jika mereka berminat dengan mainan yang lebih mahal (oh, itu sudah pasti). Afiq lebih mudah berjimat selepas itu.




Ilmu parenting buatkan saya lebih positif, sebab saya lebih kenal anak saya. Anak saya juga lebih gembira kerana saya tidak lagi simply marah kepada mereka atas sesuatu yang natural bagi seorang kanak-kanak(seperti suka bermain dan melempar barang).

Looking Forward any other Parenting Audio lagi. I love it.


Saturday, October 25, 2014

7 Cara Fokus Dalam Belajar: Rahsia Jadi Pelajar Terbaik

Nak berjaya memang tak mudah
Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.

Apa jadi bila tak fokus?
Kita akan membazir masa. Contohnya, ada 2 jam untuk belajar tapi yang betul-betul kita fokus hanya 15 minit.
Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB dan Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak tahu  2 jam tu dapat belajar apa je,


Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan. Muhasabah diri dan cari punca kenapa kita gagal. Seorang Motivator,  Puan Lyna Noh ada jawapan bagaimana BANGKIT dan muhasabah diri dari kegagalan.

Cara nak fokus boleh belajar. Penting sangat kita tahu cara betul untuk fokus. Lebih Fokus, lebih banyak masa effektif kita, lebih banyak kita belajar dan tak mudah panik di saat-saat akhir.

Jom Semak 7 Cara untuk Fokus dalam Belajar.






Cara #1: Cari tempat belajar yang sesuai.

Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.





Cara #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar. 

Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.




Cara #3: Cari teman belajar 

Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.

Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

Tips pilih teman belajar:

1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.

2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.






Cara #4: Pilih snek sesuai

Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.





Cara  #5: Take 5

Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.

Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.

2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.






Cara #6: Rasakan Bahang Motivasi

Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,

Tips kekal motivasi:

1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.

2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.

"Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri". Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?


3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.






Cara #7: Duduk dan Belajar

Dah cuba cara 1 - Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk poin penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca

Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang (Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?

Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.



Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.

Wednesday, April 16, 2014

Jadi Leader Untuk Diri Sendiri: Beri Ganjaran

Kita ada impian, kadang-kadang impian kita tak tinggi mana pun, tapi kita je yang malas. Malas nak belajar, malas nak update blog jualan, malas nak cuba benda baru. Kadang-kadang pula kita takut. Takut nak cuba benda baru takut apa org kata. Takut nak letak impian, nanti tak capai rasa frust.

Takut dan malas biasa terjadi kepada kita. Siapa yang ikutkan 2 benda tak baik ni, takde apa pun dia boleh capai, nak berjaya apatah lagi. Orang tak suka, orang tak nak ambil bekerja dan macam-macam halangan dan benda tak best kita akan dapat. Kita sendiri tak suka orang malas dan takut tak bertempat ni kan?

Macamana nak lead atau ajak diri sendiri untuk bermotivasi, kurangkan malas dan takut?

Banyak cara. Salah satu yang saya nak kongsi dan rasa berkesan kepada diri sendiri adalah dengan Beri Ganjaran.

Camne tu?

Konsep dia sama macam kita bekerja. Kalau Bekerja dapat duit. Kalau tak keje, satu benda pun tak dapat. Kita apply benda ni kat diri kita sendiri. Kat sini saya senaraikan langkah-langkah yang anda boleh cuba.

1. Setkan apa yang kita nak capai
"Saya nak siapkan buat ebook hari ni"

2. Setkan masa yg kita nak capai
"Ebook akan siap jam 4.00 petang ni"

3. Sediakan ganjaran untuk diri sendiri jika dapat siap pada waktunya. Ganjaran adalah subjektif, berbeza mengikut kesukaan masing-masing. Tak perlu mahal pun, sekadar termampu.
"Saya boleh makan Tutti Frutti hari ni"

4. Take Action --> Siapkan apa yang kita nak capai PADA WAKTUnya.

5. Jangan manjakan diri. Be firm!!!
"Takpelah aku tak siap pun, esok boleh buat lagi" <---- NO NO NO

6. Jika dapat capai, Silalah beri ganjaran. Dont lie to yourself. WAJIB beri dan nikmati ganjaran anda sepenuh hati.
"Yeay, dapat makan Tutti Frutti my faveret flavour"


Kita bukan sahaja dapat GANJARAN yang kita setkan, malahan lebih penting lagi, kita mampu siapkan tugasan yang biasanya kita suka tangguh. Seronok kan?

Tak percaya? Cubalah. Anda pasti nak buat lagi.

~ Kegemaran saya adalah belanja diri sendiri di Secret Recipe. hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...