Kini, banyak kerja dah tak guna sistem fail yang lama, semua dah bertukar ke sistem komputer yang lebih cepat dan berkesan.
Tapi, ramai yang tak tahu, kesan bekerja dengan skrin komputer boleh jejaskan mata. Makin berumur ia akan makin parah. Boleh jadi hilang penglihatan untuk jangka masa lama tau.
Ngeri kan?
Bila tengok komputer lama-lama, boleh timbul sakit kepala, mata jadi kering dan kadang-kadang boleh jadi kabur.
Jom semak 10 tips Jaga Mata untuk pengguna Komputer.
Tips #1: Guna teks berwarna gelap di atas background skrin cerah.
Tips #2: Pastikan gambar pada monitor tak blur dan fokus. Kecerahan skrin sama dengan kecerahan bilik.
Tips #3: Elakkan biasan warna pada komputer yang mengganggu, pasangkan skrin anti-biasan (anti-reflective) pada skrin.
Tips #4: Elakkan sebarang cahaya lampu terang yang terpantul ke skrin komputer dan seterusnya masuk ke mata. Cahaya bilik mesti tidak direct/ terus dan pada watt rendah.
Tips #5:Kedudukan monitor sepatutnya tidak selari dengan pandangan mata. Laraskan kedudukan monitor sepatutnya 7-10 inci di bawah garisan horizontal paras mata.
Tips #6: Flickering skrin boleh sakitkan mata. Gunakan skrin yang kadar refreshnya at least 60hertz atau lebih.
Tips #7: Pengguna komputer biasanya sangat fokus pandang ke skrin. Pastikan anda ambil masa untuk kelipkan mata dan bernafas dengan baik dari masa ke semasa supaya mata kekal lembap dan otot mata boleh relaks
Tips #8: Setiap 10 ke 20 minit, beri masa mata untuk berehat (20-30 saat). Rehatkan sebentar dengan pandang dan fokuskan mata ke arah tempat lebih jauh dari skrin.
Anda mungkin berminat untuk membaca >> 8 Makanan Jadikan Mata Lebih Sihat
Tips #9: Setiap sejam atau lebih, bangun dari meja komputer dan pergi ke mana-mana tempat dalam 5 minit atau lebih sebelum menyambung semula kerja.
Tips #10: Jika masih ada masalah mata, pergilah berjumpa pakar mata dan berbincang tentang cermin mata khas untuk pengguna komputer tegar. Ataupun dapatkan program terapi penglihatan untuk kurangkan masalah mata.
sumber: http://www.keystoneview.com
Bacaan lanjut >> Vitamin untuk Mata Rabun
(sila klik link untuk mengetahui vitamin sesuai bantu kurangkan rabun)
------------------
[Video] Lelaki Hampir Lumpuh Kembali Aktif Selepas Isterinya Hadiahkan SESUATU --- SILA KLIK GAMBAR -- |