Monday, September 22, 2014

Pengalaman Bersalin Abid (Anak ke 3)

Best pulak bila baca pengalaman bersalin anak-anak yang terdahulu. Besar dah diorang sekarang. Hehe. Jom baca kisah pengalaman bersalin anak ke 3 pula. Muhammad Abid

--------------------------------

31jan.seorang lagi putera dilahirkan. Alhamdulillah. Patutnya aku due 14feb, tapi baby tanak tunggu bulan 2. Nak lahir sebulan dgn abahnya..abahnya 13hb, adik 31hb.

this is the kronologi kelahiran.

3.30pagi.. Kejut afiq untuk ke toilet. Terasa ada air mengalir kat kaki.rilek lg. Ada rasa sikit2 sakit kat perut.

4.00pagi.. Tiba2 air banyak turun, abis basah baju kaftan.waa. Panik. Kejut abah dia. Terus teringat skema soalan FINAL tak siap lg. ON komputer, email soalan ke miza..tak sempat dah nak siapkan.

Pastu, siap2 beg baju aku ngan baby..husband suruh makan dn buat air dulu. Confirm kena bersalin dalam 24hours sebab turun air.roti 2 keping,air milo. Siap2kan baju afiq ngan arif juga. Sbb nak antar gi umah kakak ipa. kejut afiq, kelakar jawapan dia..

Aku:"afiq, bangun. Ibu nak gi hospital. Sakit"

afiq:"takpe ke pakai seluar ni?"

sempat lg, nak pikir pakai baju yg dia pakai. Sebijik cam abah dia. Kalau nak keluar, kena proper..seluar slack n tshirt.

5.30pg berangkat ke hospital. jalan lengang. Biasala, pg2 buta. Sakit kontraksion dh 5minit sekali..tapi kejap ada, kejap takda. Sampai kat hospital, hujan renyai. Aku tunggu husband solat subuh, baru masuk register.

6.15pg register.. Doktor cek jalan.. Baru 3cm. Kena warded dulu. Kakak ipa dtg amik dua hero tu.. Masa aku sampai, ada sorg kakak ni register gak. Muka dia senyum..rilek je. Abis je doktor cek dia, rupanya dia dah 7cm..kontraksi dlm 30saat. Mak aih. Nurse ngan doktor terkejut. Bleh dia senyum..muka control abis. Kalau aku ni, dah mngerang kesakitan..kena naik ambulan. Kakak ni siap bleh nak jalan lg,nurse marah..takut kepala baby bleh kuar. Isk. Dia terus masuk labour room.



7.15pg Lepas husband register room kelas 1st, aku masuk wad. Tapi 1st class full. Duk second clas. doktor pakar ngan student2nya dtg round. Sampai tempat aku, dia ckp aku kena terus masuk labour room sbb dah turun air. Takut infection.



9.15 pg masuk labour room, mulut tak henti2 selawat. Lepas tuka baju..Baring,sakit kontraction dah bleh tahan. Kalau anak first ngan second, bukaan 4cm dah mcm sakit gile..cek jln lg, dah 4cm. Doktor kata akan cucuk ubat tahan sakit.. Ikut jela. Harap2 dpt kurang rasa sakit.



10.15pg doktor cucuk ubat thn sakit. Kalau ikutkan kul 2 nanti baru bleh bsalin. Lamanya.. Makin lama makin sakit.


12tgh sakit contraction dah 3kali dlm 10 minit. Dalam 3 minit sekali. Woaaa. Sakit sgt.


1ptg.Rasa mcm lamanya masa berlalu. Kalau buat teka teki..jam mana paling lambat bergerak..rasanya jam kat dlm labour room masa nak bersalin.. Cek jalan dah 7cm. Sakit sangat. (camne la kakak td bleh tahan..) rasa nak teran je..



Ckp ngan nurse..tak tahan sakit dah. Terus je rasa nak teran. Masa nak teran tu, ada sorang je nurse yg nak sambut. Biar btul..superb nya nurse ni. Dia prepare semua..pastu baru 2 org masuk. Husband dah amik tempat kat kepala. Tolong sapu kepala, bagi semangat sikit2.aku teran je, nurse ngan husband bg galakan. Sakit wo.



sambil pegang pergelangan kaki,aku teran lg.. Rasa mcm dah abis tenaga..tapi rupanya baru kepala keluar. Nurse kata,"ha..teran lg, nak kuar bahu pulak" ha! Tak kuar lg?Part ni paling sakit..fuh. Kena teran lg. pas berapa minit.. Baru baby kuar semua.. Terus dia nangis.. Alhamdulillah.



1.44pm selamat bersalin baby laki. Alhamdulillah. nurse suruh sebut jantina anak, dia letak baby atas dada.sejuk. Mata pun dah buka. kulit baby nampak cerah sikit mcm arif. Pastu, husband pun dah bleh keluar. Abis semua nurse ngan doktor dia ucap terima kasih..



Kul 2lebih, kena jahit plak luka. Nurse dah bertuka tgn. Nurse lain plak. Injek bius..pastu jahit. sakit gak, tapi tahan je. Nurse ni ganas sket dr td. lagi la sakit. 2,3 kali gak ada darah tumpah. Dia tonyoh2 je tempat jahit. Fuh.. Nak sedapkan hati, nurse ckp "bagusla awak ni, tak bbunyi pun.. Masa jahit,senyap je.. Kontraksion td pun tahan je.." pergh, pandai dia psiko.. memgle kena tahan, bersalin arif dulu,keluar suara sikit kena marah.. Lebih baik diam je. Dahla sakit, nanti tension plak.



Dah abis jahit, dia cuci sikit2, curah ubat luka. Lega. Akhirnya, tamat juga penyiksaan. Penyiksaan menunggu masuk wad bmula. Lama gile tunggu dalam labour room. Sejuk tangan kaki. Masa arif dulu camni gak. Tanya gak, bila bleh masuk wad..kena bebel. Mak aih, baru tanya 2kali. Aku yg dah sejuk2 ni. Lapa pun ada. Nasib baik sempat makan nasi lemak pagi td.



5.00ptg. Lebih 2jam tunggu, baru dia antar wad. Itupun lepas husband tanya..aku tanya dia tak layan. Ni beza duk gov ngan swasta. Their treat. Kena paham,sbb ramai org. biasa ke wad,naik kerusi roda..dukung baby.. Kali ni,tak.



Baby takde.kena tahan utk pemerhatian.. Sbb aku kena bersalin kurang 4jam dari injek ubat tahan sakit. Tahan 3jam 20 minit. Sapa bleh tahan..sakit sgt dah. Sayangnya, org lain ada anak kat tepi, aku tadek.



5.30ptg masuk wad,husband iring. Nasib ada nasi, kakak ipa bawak. Separuh tupperware gak aku balun. Kakak yg register pagi ngan aku td duduk katil depan. Dia bersalin kul 10pg. Aku kul 1ptg.



Rindu nak pegang anak. Nak breastfeed. Takpela, esok bleh jumpa. Anyway, nama tak decide lg. Any update, aku tulis lg..



nama blog kena tuka..Mom's of 3 A's plak. Hehe.



-----------------------------------------------------

Gambar terkini Muhammad Abid 3 tahun (2014)



Anda pasti nak tahu macamana pengalaman bersalin adik Abid iaitu Muhammad Amin yang paling mudah berbanding abang-abangnya

Pengalaman bersalin Amin <-- klik link ini

dan juga pengalaman bersalin abang Abid, Muhammad Arif

Pengalaman Bersalin Arif  <-- klik link ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...