Monday, September 8, 2014

8 Makanan Jadikan Mata Lebih Sihat

Mata satu nikmat besar untuk kita. Kita mesti cuba sebaik mungkin jaga mata kita supaya tidak rosak.

Ada banyak cara boleh jaga mata. Kena cukup rehat, mata kena exercise, dan jangan terus-menerus tengok skrin komputer. Mesti rehat juga.
Apapun, cara paling baik untuk jaga mata adalah dari makanan yang kita makan.

Ada 8 makanan yg boleh jadikan mata lebih sihat.



#1. Sayur Hijau

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kale dipercayai boleh elakkan masalah mata. Sayur hijau mempunyai vitamin A, B12, C dan kalsium. Banyakkan makan sayuran hijau setiap hari.

Pastikan sayur ini tak dimasak overcook, supaya nutriennya tak hilang.





#2. Telur
Jom breakfast dengan sebiji atau 2 biji telur untuk kekalkan kesihatan mata. Telur mengandungi protein yang berfungsi kepada kanta mata. Telur kuning pun bagus juga, ia elak masalah mata bila anda semakin berumur.





#3. Bawang Putih

Sama dengan telur, bawang putih bantu pelihara kanta mata dan boleh bantu elak katarak dan masalah mata bila berumur. Bawang putih banyak sangat kelebihan, selain boleh tingkatkan kesihatan mata, ia boleh rendahkan kolestrol, tingkatkan imun sistem badan dan melancarkan edaran darah.





#4. Lobak Merah
Makanan yang ini memang ramai dah tahu baik untuk mata. Lobak merah mempunyai beta karotin yang baik untuk retina mata dan elak dari bahaya cahaya matahari. Kalau buat jus karot susu pun sedap juga.






#5. Ikan
Ikan terutamanya salmon dan tuna ada asid lemak omega 3 yang baik untuk retina. Omega 3 juga terkenal dalam tingkatkan kuasa otak secara tak langsung boleh bantu beri penglihatan yang lebih jelas. Kalau tak suka makan ikan, Omega Guard Shaklee boleh jadi pilihan terbaik anda.






#6. Kekacang
Badam, gajus dan kacang tanah semuanya ada omega 3, sama macam ikan. Walaupun sedikit, ia boleh bantu kurangkan masalah kering mata dan masalah mata bila dah berumur.





#7.  Acokado
Avokado mengandungi lebih lutein berbanding sayur lain. Lutein tingkatkan penglihatan dengan kurangkan risiko katarak dan masalah mata yang lain.




#8 Dark Chocolate
Yummy, sedapkan coklat. Dark chocolate baik untuk penglihatan. Ia ada flavonoids yang lindung urat darah dalam mata. Urat darah yang kuat akan kuatkan kornea dan kuatkan kanta juga.


sumber : http://www.sheknows.com


Anda pasti nak tahu tentang Vitamin Shaklee yang boleh kurangkan Rabun, baca di sini >> Vitamin untuk Mata Rabun (beserta testimoni)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...