Terdapat 7 Kebaikan Menyusu Kepada para ibu
1. Mengurangkan risiko Barah Payudara.
Tahukah kita barah payudara adalah barah no 1 yang menyebabkan kematian wanita di Malaysia? Dan mengikut bangsa, wanita bangsa Cina paling ramai terkena barah ini, diikuti India dan Melayu. Mungkin kah budaya penyusuan susu ibu adalah faktornya?
Wanita yang menyusu dapat mengurangkan risiko dihidapi barah payudara sebanyak 25%. Pengurangan risiko ini selari dengan jangka masa menyusu. Semakin lama si ibu mengambil masa menyusu, semakin kurang risiko terkena barah.
2. Mengurangkan risiko terkena barah rahim dan ovari.
Salah satu sebab menyusu dapat mengurangkan risiko terkena barah adalah paras estrogen yang rendah ketika penyusuan. Semakin kurang hormon estrogen meransang sel rahim dan sel tisu payudara, semakin kurang tisu-tisu ini berubah menjadi barah.
3. Menghindar Osteoporosis
Wanita yang tidak menyusu mempunyai 4 kali lebih tinggi peluang terkena Osteoporosis dari wanita yang menyusu. Mereka juga lebih mudah mengalami keretakan tulang peha selepas masa mengalami menopause.
4. Menjarakkan Anak.
Menyusu boleh melambatkan ovulasi, semakin lama si ibu menyusu, semakin mudah dia menjarakkan anak secara semulajadi. Namun ia juga bergantung kepada corak penyusuan dan keadaan diri sendiri.
5. Meningkatkan kesihatan Emosi
Bukan sahaja baik untuk fizikal ibu, menyusu juga baik untuk mental. Kajian mendapati ibu menyusu kurang mengalami stress selepas kelahiran/meroyan berbanding ibu tidak menyusu.
6. Mengurangkan Berat Badan.
Ibu-ibu menyusu dapat menguruskan badan dengan cepat. Lebar pinggul cepat berkurang, lemak pada badan pun berkurang selepas bersalin berbanding ibu tidak menyusu. Ibu menyusu lebih cepat mendapat berat asal semula seperti sebelum mengandung.
sumber: http://www.askdrsears.com
Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz