Wednesday, May 10, 2017

Betul Ke Ada Ketumbuhan pada Payudara yang Bukan Kanser?

Ida tertarik nak tulis tentang ketumbuhan pada payudara selepas dapat mesej dari seorang customer yang mencari suplemen untuk anaknya yang ada ketumbuhan pada payudara.

Anaknya baru umur 19 tahun.




Katanya, anaknya dah setahun dikesan ada ketumbuhan. Tahun lepas, doktor tak boleh buat operation lagi sebab sangat kecil. Tahun ni, ketumbuhan itu perlu diperiksa semula.

Kalau membesar, ia perlu dibuang melalui operation



Fibroadenoma


Bila Ida cari info tentang ketumbuhan payudara, terjumpa artikel di blog mmgazette.com yang ditulis oleh Dr Ruhi Fadzlyana berkaitan ketumbuhan payudara.

Rupanya ketulan atau ketumbuhan pada payudara ada 5 jenis:

1. Kanser payudara 

Benjolan selalunya tidak disertai dengan kesakitan di payudara. Sesetengah pesakit mempunyai perubahan pada kulit seperti kemerahan (erythematous), kulit tegang, atau tertarik kelihatan seperti lesung pipit (dimpling). Benjolan keras yang kekal atau membesar tidak berkaitan dengan putaran haid atau dikalangan wanita menopause.


2. Fibroadenosis 

Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadangkala beserta dengan sakit dan saiz akan berubah-ubah mengikut kitaran haid.

3. Galactocele (bengkak susu) 

Benjolan yang terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.

4. Breast cyst 

Benjolan yang lembut. Boleh diketemui di kalangan semua umur pesakit.

5. Fibroadenoma

Ketumbuhan yang sering berlaku dikalangan wanita berusia kurang dari 30 tahun. Biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara.


Ida tertarik dengan jenis yang ke 5, Fibroadenoma sebab Dr Zubaidi juga ada ditanya berkaitan perkara tersebut di blognya.

Soalannya ada seperti berikut

"Assalamualaikum doktor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi 
Saya telah membuat pemeriksaan doktor, dan doktor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit.
Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakkukan pembedahan.
Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara? Terima kasih"



Ida ringkaskan jawapan Dr Zubaidi kepada soalan tersebut dalam bentuk poin

1. Ia hanya ketulan fibroadenoma , tidak bahaya dan tidak akan menyebabkan kanser . Jika kanser, selalunya dalam masa 6 bulan, ia akan menjadi parah kerana kanser bersifat sangat agresif .Sedangkan ketulan ini telah lama dikesan.

2. Fibroadenoma adalah ketulan pada itsu payudsara.Ia boleh jadi lebih dari satu dalam satu masa.

3. Ketulan fibroadenoma biasa berlaku pada wanita 20an dan 30an pada mana-mana belah payudara. 

4. Ia boleh dicadangkan untuk dibuang jika terlalu besar dan menyakitkan. 

5. Setelah dibuang, ia mungkin boleh berulang.

6. Ketulan fibroadenoma biasa dikaitkan dengan tahap hormon estrogen dalam badan wanita yang lebih tinggi dari biasa. Saiz ketulan fibroadenoma selalunya akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun.


Lepas baca penerangan dari dua doktor ni, baru Ida jelas tentang ketumbuhan payudara. Ida ingat selama ni semua ketumbuhan payudara adalah kanser.

Mungkin ada yang terfikir tentang cara nak hilangkan ketumbuhan ni selain operation kan?

Jom baca pengalaman Kawan Ida di bawah ni


"Dunia Saya Terasa Gelap"


Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu.

Sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya.

Saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. 

Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.



Bau Dan Warna Cecair Tersebut Confirm Darah


Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. 


Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.

Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.



Sel Bukan Dari Kumpulan Kanser


Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. 

Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. 

Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut. 


Dan hasil ujian itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. 

Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.


Dah Tinggal 1


Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. 



Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.

Allahuakhbar !!! 
Ketumbuhan yang 2 ketul tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.

Confirm tak ada!!! 
Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). 

Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .

Vivix Bantu Kecutkan Ketumbuhan Payudara


Bayangkan apa yang kita takutkan hilang dengan cuba supplemen terbaik? Seperti mati hidup semula.

Syukur, sahabat Ida ni dapat semula 'hidup'nya selepas cuba Vivix

Semakin anda baca testimoni di bawah ni, pasti yakin Vivix boleh bantu kecutkan ketumbuhan.






Bagaimana Nak Dapatkan Vivix?


Ikuti langkah mudah di bawah

Sunday, May 7, 2017

Bayam dan Jus Delima Boleh Elak Alzheimer?

"Kau siapa, mak aku mana?"

Bila terdengar arwah nenek cakap macam tu masa usianya dah lanjut, Ida pernah tergelak. Iyelah masa tu mana kita tahu pasal penyakit Alzheimer yang selalu kena pada orang tua.

Lagipun masa tu kecik lagi. Tak paham apa-apa.

Sebelum arwah nenek completely lupa siapa orang disekeliling dia, tanda penyakit ni pada awalnya, dia akan ulang cerita dia banyak kali.

Selalu juga cakap dengan dia "Ya, Ida dah tahu. Kan tadi nenek ada cerita?"
Tak baik kan cucu dia ni? Haha
Masa tu kecik lagi, ingatkan dia sengaja ulang cerita, rupanya ada sakit.

Tapi arwah nenek tak disahkan pun sakit Alzheimer, cuma simptom penyakit tu lebih kurang sama.


Bayam dan Alzheimer


Ada satu artikel di buku kesihatan yang Ida baca, makan bayam sangat bagus untuk fungsi otak sekaligus elak Alzheimer.



Bayam kaya dengan folate, sejenis Vitamin B yang kawal sejenis asid amino bukan protein dalam badan iaitu homocysteine.

Asid amino ni tak boleh banyak dalam badan. Homocysteine yang tinggi boleh rosakkan salur darah dan tinggikan risiko kena Alzheimer.

Satu lagi jenis Vitamin B bagus adalah Niacin.

Satu kajian mendapati, makanan yang ada 17mg Niacin (Vitamin B3) sehari boleh kurangkan risiko Alzheimer sebanyak 70% berbanding yang tiada Niacin.




Jus Delima dan Alzheimer


Siapa suka minum jus Delima?

Warna merah yang mengiurkan, rasa masam-masam manis yang super sedap memang ramai yang suka.

Ida pernah tengok orang perah buah delima fresh. Sayangnya, tak terasa nak beli pula waktu tu.

Dalam buku yang Ida baca, siapa minum jus delima sekurang-kurangnya 3 kali seminggu boleh kurangkan risiko kena Alzheimer sehingga 76%.

Antara sebabnya, jus delima dikatakan tinggi antioksidan yang dipanggil flavonoids.

Antioksidan ni meneutralkan radikal bebas, hapuskan molekul yang serang sel dan bina plak pada otak.

Ia terbukti berkesan elak penyakit seakan Alzheimer pada tikus.


Cara Mudah Dapatkan Vitamin B dan Flavonoids


Ida tak rasa kita boleh dapatkan bayam hari-hari untuk dapatkan Vitamin B. Delima pun sama. Nak dapatkan delima yang merah dan manis bukan mudah.

Lagipun, leceh juga nak dapatkan jus delima asli untuk dapatkan khasiat flavonoids

Dekat sini Ida nak tunjukkan cara mudah nak dapatkan Vitamin B dan Flavonoids

Cuba tengok kat gambar bawah ni




Ya. B Complex dan Vitamin C Shaklee boleh bantu penuhi nutrisi untuk elak penyakit Alzheimer.

Vitamin B Complex adalah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam fungsi sistem imun dan saraf, pertumbuhan sel, pengeluaran tenaga, metabolisme lemak dan karbohidrat, pertumbuhan yang normal dan pembangunan, kesihatan mental dan tekanan.

Vitamin B Complex terdiri daripada lapan vitamin B yang penting dan beberapa bahan-bahan yang berkaitan. Lapan vitamin adalah:


  • Vitamin B1 (thiamine)
  • Vitamin B2 (riboflavin)
  • Vitamin B3 (niasin)
  • Vitamin B5 (Pantothenic asid)
  • Vitamin B6 (pyridoxine)
  • Vitamin B7 (Biotin)
  • Vitamin B9 (asid folik)
  • Vitamin B12 (cyanocobalamin)
Vitamin C Shaklee pula mempunyai formulasi Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. 

Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

Ia juga mengandungi 124mg bioflavonoid yang baik untuk kesihatan

Dengan mendapatkan kedua vitamin ini, anda tidak perlu lagi susah susah makan bayam dan beli delima bagi mendapatkan nutrisi untuk elak alzheimer

Awas, ia bukan untuk dimakan waktu dah sakit, tetapi ia bagus diamalkan dari muda dan sihat.

Ingat sihat sebelum sakit!


Nak tahu Cara Dapatkan Vitamin B Complex dan Vitamin C Shaklee


Mudah sahaja untuk dapatkan Vitamin Shaklee ni. Sila ikuti langkah di bawah.

Saturday, May 6, 2017

Badan Terlebih Lemak? Awas, Ini 3 Cara Ia Boleh Bawa Maut.

" Saya badan aje besar, tapi tiada penyakit"

Pernah dengar tak statement tu? 

Ya. Ida setuju dengan statement tu. Saiz tidak penting. Yang penting kita sihat dan bebas penyakit.

Sebenarnya Ida terjumpa satu artikel menarik dari buku kesihatan berkaitan badan berlemak. Badan besar dan banyak lemak sangat berisiko mendapat penyakit kronik.

Lemak yang Ida maksudkan adalah Intra-abdominal fat/ Visceral Fat.


Apa itu Intra-abdominal Fat?


Intra-abdominal fat ni merujuk kepada lemak badan yang salut organ dalaman kita. Cuba tengok gambar jantung di bawah. 

Nampak beza kan antara yang kiri dan kanan?

Rasa-rasa jantung kita yang mana satu?


Pasti anda boleh bezakan yang mana sihat dan yang mana tidak sihat kan?

Menurut buku ni, wanita Asia berpotensi ada lemak jenis ini jika ukur lilit pinggang lebih dari 31.5 inci, manakala untuk lelaki Asia, ukur lilit pinggang melebihi 37.5 inci

Walaupun BMI anda cantik, tapi ukurlilit perut yang besar sebenarnya membawa bahaya.

Buku Rujukan Ida tentang Intra Abdominal Fat


Punca Intra-Abdominal Fat


Antara punca lemak ini wujud adalah cara pemakanan yang tinggi kalori, kurang senaman dan stress yang kronik.

Kerja yang kurang aktif dan banyak duduk juga boleh jadi punca.



3 Cara Lemak Ini Boleh Bawa Maut


Lemak yang salut organ kita beza dengan lemak yang ada di bahagian badan lain seperti kaki dan tangan sebab ia boleh jadi penyebab sakit kronik. 

3 Cara Ia boleh mengundang penyakit kronik pembawa Maut:


1. Intra-Abdominal Fat boleh keluarkan lebihan asid lemak dan bahan penyebab keradangan ke dalam salur darah kita yang hantar darah ke bahagian organ lain



2. Lebihan lemak yang banyak ni boleh menyebabkan hati kita hasilkan lebih kolestrol jahat (LDL), rendahkan kolestrol baik (HDL) , tingkatkan paras gula dalam darah, dan kurangkan hormon adiponectin, hormon yang kawal paras gula dalam darah.

Ia tingkatkan risiko sakit jantung dan kencing manis.



3. Bahan penyebab keradangan yang dihasilkan oleh lemak tadi boleh tingkatkan pembentukan plak dalam dinding arteri, naikkan tekanan darah dan boleh buat darah bergumpal.

Ia boleh tingkatkan risiko serangan jantung.

Ia juga boleh menyebabkan kerintangan sel kepada insulin yang jadi penyebab pelbagai penyakit dari Alzheimer ke kanser. 

Nampak tak bahayanya lemak jenis ini?




Cara Berkesan Kurangkan Lemak Intra-Abdominal Fat


Kalau Ida boleh tunjukkan cara berkesan kurangkan lemak bahaya ini, adakah anda berminat?

Perkenalkan Set Detox Shaklee. Ia bukan sahaja boleh buang toksin dalam badan, tetapi kurangkan inchi ukur lilit pinggang.





Program detox Shaklee mendidik kita berkenaan 3 perkara iaitu:

a. Detoks melalui nutrisi


Pengambilan suplemen untuk mengekalkan kesihatan organ detox di samping menjadikan organ detox lebih efisien.

Untuk detox keseluruhan, anda memerlukan suplemen yang direka khas untuk organ-organ detox anda. 

Sebab itu dalam Set Detox Shaklee, telah siap sedia memasukkan semua suplemen yang perlu untuk detox keseluruhan. Bahkan program detox Shaklee juga direka khas untuk program keseluruhan dari segi
  • Pengambilan Suplemen antaranya Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Herblax dan Peppermint Ginger Plus
  • Amalan senaman
  • Amalan gaya pemakanan yang sihat


b. Detoks melalui makanan


Dalam program detox Shaklee, kita dilatih untuk menggantikan makanan yang tidak sihat dengan makanan sihat, rendah kalori. 

Ini adalah disebabkan makanan adalah punca kepada segala-galanya. Jadi dalam tempoh 3 bulan kita akan ajar cara pilih makanan yang sihat dan sesuai.


c. Detoks melalui gaya hidup.


Dalam program detox Shaklee, kita galakkan untuk banyakkan senaman, kurangkan diri daripada pendedahan kepada pencemaran dan sebagainya. Kita kongsikan beberapa kaedah senaman yang mudah dan ringkas dilakukan. Hasilnya memang menakjubkan.

sumber: vitamin-cerdik.com



Mereka Yang Berjaya Kurangkan Berat / Kempis Perut Dengan Set Detox Shaklee.











Nak tahu Cara Dapatkan Set Detox Shaklee


Mudah sahaja untuk dapatkan Set Detox  Shaklee ni. Sila ikuti langkah di bawah.


Friday, May 5, 2017

[Video] Istimewa Mei 2017, Blender Jus Separuh Harga Untuk Semua

Bayangkan anda dapat peluang beli blender dengan separuh harga?
Lagi-lagi yang branded dan kualiti tinggi.

Pasti tak akan lepaskannya kan?

Itu belum lagi tengok bentuk rupanya yang seksi. Aww.

Tara..



Haa cantik kan?

Gambar di bawah pula adalah set penuh Blender Ferrano ini





Satu set blender Shaklee ni didatangkan dengan :

  • 2 unit botol 400ml & 600ml dengan penutup
  • 2 unit sarung penebat haba, bestt kan nih!
  • 1 unit carrying ring (mudahlah nak bawa botol tu ke mana-mana)
Kelebihan:

  • Motor blender sangat power dengan kuasa 350W. Mudah nak dapatkan smoothies yang halus.
  • Penutup botol mudah dibuka (ada flip), mudah untuk minum bila bawa ke mana-mana
  • Ada sarung untuk kekalkan kesejukan air

Nak tengok dengan jelas setiap satu bahagian dia, boleh klik video rakan saya di bawah ni:




Apa nak blend dalam blender ni kan?


Boleh tengok youtube contoh penggunaan di bawah ni:


Nampak menarik kan?


Bagaimana Dapatkan Blender Promosi ni

Lepas tengok video kat atas, mesti tak sabar nak dapatkan dia kan? 

Cara dapatkan Blender ni adalah dengan buat pembelian 250uv, dan boleh dapatkan blender dengan harga RM149.99

Contoh pembelian 250uv : Vivix 2 botol + Omega Guard

atau pembelian satu set lengkap Nutriwhite (7 produk)

Jika ingin produk tahu uv produk lain, boleh hubungi saya dan saya akan consult anda.

Ikuti langkah di bawah


Monday, April 24, 2017

Apa Beza Whitehead dan Blackhead?

Cuba anda pegang kulit muka. Mula dari dari, rasa perlahan-lahan kulit muka anda.
Beralih ke hidung, turun ke pipi dan dagu.

Ada rasa macam gerutu dan duri-duri?

Kalau bukan jerawat, mungkin kulit anda juga ada whitehead dan blackhead. Memang rasa geram bila nampak dua benda ni kat muka masa tengok cermin.

Sanggup rasa nak korek dengan jari sampai tersembul keluar. Haha.

Tahukah anda beza whitehead dan blackhead selain dari warnanya?




Whitehead adalah pori-pori yang tersumbat di sebabkan lebihan minyak dan sel-sel mati. Ia masih lagi tertutup oleh satu lapisan nipis kulit lagi. Warna masih putih.

Ia seakan-akan jerawat tapi masih belum sakit dan merah.




Blackhead pula sama sahaja dengan dengan whitehead cuma bezanya ia dah terbuka. Bila dah terbuka, hujung pori-pori dah teroksida. Itu yang menyebabkan ia jadi hitam.

Kita tak boleh picit whitehead dan blackhead ni sebab akan buat kulit luka, dan pori-pori jadi besar.

Nak tahu cara rawat whitehead dan blackhead, sila klik link di bawah:

10 Cara Cepat Buang Whitehead di Dagu dan Hidung, Tiada Lagi Kulit Gerutu


Sunday, April 23, 2017

10 Cara Cepat Buang Whitehead di Dagu dan Hidung, Tiada Lagi Kulit Gerutu

Pernah tak kena perli muka menggerutu dan macam kertas pasir sebab ada whitehead dan blackhead?
Geram aje tengok kan?

Sedap aje tangan nak kutil whitehead sampai merah-merah hidung.

Puas hati tengok ketul-ketul macam nasi keluar.
Tapi, esok tengok ada lagi. Dari jauh kawan dah tegur whitehead penuh kat muka.

Malu.

Jeles tengok hidung orang lain licin aje kan? Mesti best dapat hidung licin macam tu.

Kalau Ida boleh tunjukkan cara untuk hilangkan whitehead dengan cepat, pasti ramai tertunggu-tunggu kan?



Sebelum tu, jom kita tengok macamana 4 punca whitehead pada muka.

4 Punca Whitehead


1. Perubahan hormon


Perasan tak bila datang bulan, whitehead tumbuh macam lebih banyak.
Masa ni kulit lebih berminyak dari biasa dan menyebabkan kotoran terperangkap. Senang tumbuh whitehead


2. Produk


Produk yang tak sesuai pun boleh menyumbang kepada wujudnya whitehead ni. Dari nak bagi muka licin, jadi menggerutu pula.

Hati hati!


3. Terlalu banyak Minyak dalam Pori-pori


Bila kulit terlebih minyak, ia boleh jadi perangkap kotoran. Sebab tu kena rajin cuci muka bagi kurang berminyak

Bosan dengan whitehead yang tak hilang-hilang? Jom cuba 10 Cara Cepat Buang Whitehead ni.


10 Cara Cepat Buang Whitehead



1. Guna Jus Lemon


Lemon ni banyak guna. Mesti ramai yang tahu. Ia kaya dengan Vitamin C. Ia pun ada bahan yang baik untuk kulit.

Rasa segar sangat kalau guna lemon pada kulit, dan yang paling best boleh hilangkan whitehead.

Cara Cara:
  • Belah lemon kepada 2 bahagian
  • Kupas kulit lemon dan gosok pada muka untuk beberapa minit
  • Amalkan 2 kali seminggu



2. Stim bahagian Hidung yang Ada Whitehead


Biasa pergi spa tak?
Sebelum buat facial biasanya mereka akan stim muka kita kan?

Stim kulit muka boleh bantu buka pori poli kulit. Jadi bila dah terbuka, mudahlah nak buang whitehead dari kulit.

Bukan whitehead aje, bakteria dan kotoran lain pun boleh terbuang sekali. 

Seronok kan?

Cara-cara:
  • Didihkan air, tuangkan air didih ke dalam bekas bersih
  • Dekatkan muka dengan bekas tersebut, stim muka lebih kurang 10 minit
  • Keringkan muka dengan tuala bersih



3. Guna Oat


Pernah jumpa produk berasaskan oat? Banyak produk facial dah berasaskan oat.

Sebabnya, oat boleh kita guna untuk scrub muka, buang kulit mati dan juga bakteria pada muka.

Cara-cara:
  • Campurkan oat yang dikisar dengan yogurt asli tanpa perisa
  • Letakkan pada muka lebih kurang 15-20 minit
  • Bilas dengan air suam diikuti air sejuk untuk tutup pori pori
  • Amalkan 2 kali seminggu



4. Guna Skrub Gula


Selain memaniskan makanan dan minuman, ia juga boleh 'memaniskan' muka. Gula boleh digunakan sebagai skrub juga dengan sifat kasar seperti pasir.

Ia juga boleh buang sel sel kulit mati, kotoran yang terperangkap pada kulit dan juga bakteria.

Cara-cara
  • Campurkan madu dan gula, letakkan pada muka
  • Urut campuran tadi pada muka dengan lembut
  • Biarkan untuk 10 minit, lap kan dengan kain bersih
  • Bilas baki campuran pada muka dengan air.
  • Amalkan untuk sekali seminggu



5. Cuka Epal


Kehabisan toner untuk cuci muka? Cuka Epal boleh gantikannya.

Ia bantu buang kotoran dan minyak pada kulit. Ia juga ada bahan yang boleh bunuh bakteria penyebab whitehead dan jerawat

Cara-Cara:
  • Campurkan 1 sudu makan cuka epal dengan segelas air
  • Sapu campuran tadi pada kulit guna bebola kapas
  • Biarkan seketika lebih kurang 20 minit
  • Bilas muka dengan air suam




6. Guna Strawberry


Macam tak pernah dengar petua ni kan? Strawberry ada permukaan yang kasar tak macam berry yang lain.

Ia bantu buang kotoran yang terperangkap pada kulit. Ia juga boleh buang sel mati macam bahan lain tersenarai kat atas tadi juga. Whitehead pun boleh dibuang juga.


Cara-cara:
  • Lenyek strawberry sehingga jadi campuran
  • Tambah satu sudu madu untuk bagi pekat
  • Sapu pada muka secara sekata
  • Biarkan selama 15 minit. Bilas muka
  • Amalkan 2 kali seminggu



7. Jus Limau Nipis

Seperti Jus Lemon, limau nipis juga ada ciri antioksida yang boleh buang blackhead pada kulit.

Ia juga boleh buang minyak berlebihan dalam kulit yang jadi penyebab whitehead.


Cara-cara:
  • Campurkan jus limau dengan minyak kacang tanah 
  • Letakkan campuran pada kulit yang ada whitehead
  • Amalkan selalu untuk dapatkan kulit yang bersih



8. Guna madu

Madu memang banyak khasiat. Bukan sahaja untuk dalaman badan, untuk kulit juga.

Ramai tak tahu yang ia boleh buang whitehead. Madu ada ciri antibakteria. Ia boleh tingkatkan edaran darah untuk dapatkan kulit yang licin dan sihat.



9. Aloe vera

Aloe vera bagus digunakan untuk cepatkan baik luka. Ia juga boleh buang parut dan kurangkan masalah whitehead dan blackhead.



10. Baking soda


Baking soda bukan sahaja bagus untuk buat kek tapi untuk kulit muka juga. Ia boleh buang whitehead dengan buang apa-apa kotoran yang buat pori-pori tersumbat.

Campurkan sedikit air dengan baking soda untuk dapat campuran yang pekat. Urut campuran ni pada kulit untuk bersihkannya.


sumber: http://naturalremedyideas.com/


Perasan tak bahan-bahan yang Ida senaraikan kat atas mudah dapat dan semulajadi. Cuma mungkin kita kena konsisten sikit la untuk dapat hasilnya.

Tapi sebenarnya ada cara lebih mudah.

Ya. Lebih mudah.
Tak perlu cari bahan, campur itu ini dan kesannya cepat.

Anda pasti teruja untuk ketahuinya. Lagi-lagi dengan testimoni-testimoni orang yang telah cuba dan berjaya buang whitehead dengan mudah.



Mengejutkan! Makeup Remover Nutriwhite Boleh Buang Whitehead


Biasanya kita dengar Makeup Remover untuk remove makeup aje kan?

Makeup Remover Nutriwhite jauh lebih POWER. Boleh buang whitehead sekali.

Tak Percaya??

Semakin anda baca testimoni di bawah, pasti anda rasa inilah PRODUK yang ANDA CARI selama ini.








Sambil baca, ada yang gosok-gosok hidung ke? Haha.
Macamana?  Sekarang rasa tak sabar nak beli kan? Tak sabar nak hilangkan whitehead dengan Makeup Remover dari Shaklee.


Nak tahu Cara Dapatkan Makeup Remover Shaklee


Mudah sahaja untuk dapatkan Makeup Remover Shaklee ni. Sila ikuti langkah di bawah.

Friday, April 21, 2017

12 Tips Simpan Susu Ibu EBM

Dah 4 tahun Ida tinggalkan hal ehwal simpan susu ibu ni. Bila anak kelima ni lahir, maka terfikir nak buat satu entry blog sambil buat revision semula.

Kebetulan belum ada lagi entry berkaitan dengan cara simpan susu ibu EBM ni dalam blog Tip Sihat Selalu.

Menjelang hari ke 24 berpantang, Ida dah mula buat stok EBM terutama untuk bekerja dan bulan puasa yang akan menjelang lebih kurang 40 hari lagi.



Setelah survey, Ida ada jumpa satu web yang sangat membantu.

Ida pasti kita akan sama-sama mahir tentang cara simpan susu EBM lepas baca artikel ni.


Berapa lama susu ibu ni boleh disimpan?

Benda ni memang dah lama Ida tak ambil tahu. Jadi confuse. Jom sama-sama kita refresh ilmu. Sebelum tu jom tengok gambar kat bawah ni.


Ada 4 jangka masa yang kita boleh ikut untuk simpan susu ibu.

Suhu Bilik : 4 jam

Peti Ais : 48 jam

Peti Ais 2 Pintu (bahagian beku): 3 bulan

Deep Freezer : (-5 darjah celcius) : 6 bulan



Jom semak 15 Tips Simpan Susu EBM pula


1. Label kan semua bekas dengan tarikh sekali

Cara ini sangat penting supaya kita boleh guna konsep First-In-First-Out masa nak guna susu itu nanti. Susu paling lama disimpan mesti kena guna dulu.



2. EBM sebenarnya boleh disimpan lebih lama

Susu ibu ni special. Ia ada ciri khas boleh lindung dari dicemari bakteria. Nak tahu ia rosak, ia dah baru masam atau rasa tak elok. Apa pun, better ikut panduan simpanan yang dicadangkan untuk lebih selamat.



3. Bekukan EBM hanya jika tak nak guna dalam 48 jam

Untuk kekalkan kualiti antimicrobial dalam susu ibu, susu segar sebenarnya lebih baik dari yang disejukkan, yang disejukkan lebih baik dari dibekukan. Kalau rasa-rasa memang nak guna dalam 48 jam, tak perlu bekukan. Apapun, EBM beku JAUH lebih baik dari susu formula.


4. Jangan isi EBM sampai penuh.

Bila EBM membeku, ia akan mengembang. Kalau nak simpan, pastikan tinggalkan sikit ruang dalam plastik simpanan.


5. Bekukan EBM dalam 1 atau 2 auns

Kuantiti kecil mudah dan cepat untuk dipanaskan semua. Kalau letak lebih banyak, takut-takut membazir kalau ada lebih. Susu yang dah dipanaskan tak boleh diminum lagi lepas 24 jam.


6. Simpan susu dalam bekas kecil untuk bagi semangat.

Bila simpan dalam bekas kecil, kita rasa seronok bila nampak ia penuh satu bekas. Kalau guna bekas besar, mungkin susu kita nampak separuh bekas je. Lagi semangat nak kumpul EBM. Antara sedar atau tak, ia boleh bantu banyakkan susu badan tau. 
Satu hal lagi, ia mudah untuk disimpan.


7. Guna bekas bebas BPA

Bisphenol-A (BPA) ni bahaya. Ia boleh ganggu hormon endoktrin. Maka banyak timbul masalah hormon seperti masalah kecacatan pada kelahiran dan kanser.
Bahan ni ada pada plastik polycarbonate, boleh cemari susu dan bahaya pada bayi.


8. Boleh ke kita campur susu baru perah dengan susu yang dah dibekukan?

Boleh. Lepas pam susu, susu tu perlu disejukkan dalam setengah jam sebelum campur dengan susu yang dah dibekukan. 
Satu lagi, susu baru perah mesti kurang dari susu beku. Ikut langkah cadangan penyimpanan ikut masa dan tarikh susu yang mana pam dahulu.


9. Guna bekas bersih untuk simpan EBM

Cara untuk bersihkan, semudah cuci dengan sabun, bilas dan biarkan ia kering. Boleh juga guna plastik simpanan khas yg telah disteril untuk simpan susu.


10. EBM boleh terasing dan boleh jadi banyak warna

Ia suatu yang biasa bila susu EBM boleh terasing antara susu dan krim. Hanya goncangkan sahaja untuk campurkan semula sebelum beri kepada anak. 
Ada ketika susu kita boleh jadi kebiruan, kekuningan dan mungkin kecoklatan warnanya.


11. Cairkan dan terus panaskan EBM dalam masa yg sama.

Letakkan bekas susu beku bawah air mengalir, kemudian rendam dalam bekas air suam sehingga susu cair kepada suhu bilik. Jangan terlebih panas sebab ia akan rosakkan susu.


12. Jika anda guna plastik susu, pilih yang sesuai

Pilih plastik susu yang direka khas untuk simpan susu ibu. Ia dah disteril, tebal, ada seal dan ada ruang untuk label. Guna semula plastik boleh menyebabkan susu tercemar .


sumber: https://www.mumsfairy.com/


Ida pasti ramai ibu-ibu dah nampak lebih jelas cara simpan susu dengan betul. Jom berikan yang terbaik untuk anak kita.

Susu ibu adalah TERBAIK. 

Tuesday, April 18, 2017

Pengedar Shaklee Kuantan dan Beserah

Bayangkan produk Shaklee yang anda inginkan di hantar ke rumah terus tanpa perlu keluar dari rumah untuk bank in duit dan tak perlu tunggu pos yang berhari-hari?

Ya, berita baik kepada warga Kuantan yang nak dapatkan produk Shaklee.

Jika anda ingin dapatkan produk shaklee melalui COD (cash on delivery), saya boleh bantu anda.
Tanpa caj penghantaran.



Stok vitamin sentiasa available dengan saya.

Set masa untuk jumpa di mana-mana pun boleh. Free konsultation tanpa had mengenai produk dan kesihatan.



Whatsapp / SMS / Call : 019-3816167

Facebook : Ida Ifaz

Saturday, April 15, 2017

Vitamin Dimakan Tiada Kesan? Semak 6 Tips Berguna Ini



Sudah pasti anda tahu pentingnya makan vitamin. Beli vitamin sampai ratus-ratus untuk bagi badan sihat dan kuatkan imun badan.

Ada yang beli untuk diri sendiri, dan ada yang bermurah hati belikan untuk suami/isteri dan anak-anak. Bila ahli keluarga sihat, kita pun tenang buat kerja. Rasa gembira dan senang hati.

Bayangkan bila dah beli vitamin semahal beli satu set sofa, tapi tiada hasil seperti yang diharapkan.

Makan set resdung, tapi resdung tak baik-baik.
Makan set tenaga, tapi balik kerja masih lagi longlai dan lesu.
Makan vitamin untuk kuatkan imun, tapi setiap bulan mesti kena check in klinik ambil ubat.

Masa tu mulalah nak salahkan penjual vitamin. Gelar mereka penipu, testimoni palsu dan sebagainya.

Sabar dulu.


Semakin anda baca artikel ini seterusnya, anda pasti sedar ada perkara yang anda tidak cukup amalkan supaya vitamin yang di makan nampak kesan positif.



1. Tidak Cukup Minum Air Kosong


Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan amalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.



2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.


Darah akan menjadi pekat pada masa masa tertentu bila kita makan semua vitamin secara sekali gus.

Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. 

Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. 

Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.



3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.


Anda sedang makan ubat doktor?

Elakkan mengambil ubat secara serentak dengan vitamin. Ia hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. 

Ida cadangkan anda buat jadual. Sekiranya ubat doktor diambil waktu pagi, vitamin pula boleh diambil waktu petang atau malam.


Jika anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas makan ubat doktor.



4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Siapa suka minum kopi?
Kita Geng. Haha.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? 

Jadi, kalau nak minum kopi, kena berpada-pada. Ia boleh bazirkan vitamin yg kita makan.

Kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.



5. Pantang larang makan vitamin.


Setelah baca 4 tips di atas, anda pasti lebih jelas kenapa vitamin yang anda makan tiada kesan. Jom teruskan membaca tips seterusnya

Vitamin juga ada pantang larang. Ramai yang tak perasan. Antara pantang larangnya adalah:

- Multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium. Ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

- Vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa. Alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.



6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:


Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa

Pesakit talasemia: Vitalea

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). 

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan. Si ibu dikuatiri akan mengalami risiko keguguran. 

Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. 

Vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu)
sumber: http://www.celikvitamin.com



Sekarang, anda pasti jelas kenapa vitamin yang dimakan tiada kesan. Mulakan amalan yang betul seperti tips di atas supaya vitamin yang kita makan tidak membazir.

Ingin dapatkan vitamin Shaklee yang Halal dan dijamin selamat? Ikuti langkah di bawah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...