Monday, April 24, 2017

Apa Beza Whitehead dan Blackhead?

Cuba anda pegang kulit muka. Mula dari dari, rasa perlahan-lahan kulit muka anda.
Beralih ke hidung, turun ke pipi dan dagu.

Ada rasa macam gerutu dan duri-duri?

Kalau bukan jerawat, mungkin kulit anda juga ada whitehead dan blackhead. Memang rasa geram bila nampak dua benda ni kat muka masa tengok cermin.

Sanggup rasa nak korek dengan jari sampai tersembul keluar. Haha.

Tahukah anda beza whitehead dan blackhead selain dari warnanya?




Whitehead adalah pori-pori yang tersumbat di sebabkan lebihan minyak dan sel-sel mati. Ia masih lagi tertutup oleh satu lapisan nipis kulit lagi. Warna masih putih.

Ia seakan-akan jerawat tapi masih belum sakit dan merah.




Blackhead pula sama sahaja dengan dengan whitehead cuma bezanya ia dah terbuka. Bila dah terbuka, hujung pori-pori dah teroksida. Itu yang menyebabkan ia jadi hitam.

Kita tak boleh picit whitehead dan blackhead ni sebab akan buat kulit luka, dan pori-pori jadi besar.

Nak tahu cara rawat whitehead dan blackhead, sila klik link di bawah:

10 Cara Cepat Buang Whitehead di Dagu dan Hidung, Tiada Lagi Kulit Gerutu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...