Saturday, April 15, 2017

Vitamin Dimakan Tiada Kesan? Semak 6 Tips Berguna Ini



Sudah pasti anda tahu pentingnya makan vitamin. Beli vitamin sampai ratus-ratus untuk bagi badan sihat dan kuatkan imun badan.

Ada yang beli untuk diri sendiri, dan ada yang bermurah hati belikan untuk suami/isteri dan anak-anak. Bila ahli keluarga sihat, kita pun tenang buat kerja. Rasa gembira dan senang hati.

Bayangkan bila dah beli vitamin semahal beli satu set sofa, tapi tiada hasil seperti yang diharapkan.

Makan set resdung, tapi resdung tak baik-baik.
Makan set tenaga, tapi balik kerja masih lagi longlai dan lesu.
Makan vitamin untuk kuatkan imun, tapi setiap bulan mesti kena check in klinik ambil ubat.

Masa tu mulalah nak salahkan penjual vitamin. Gelar mereka penipu, testimoni palsu dan sebagainya.

Sabar dulu.


Semakin anda baca artikel ini seterusnya, anda pasti sedar ada perkara yang anda tidak cukup amalkan supaya vitamin yang di makan nampak kesan positif.



1. Tidak Cukup Minum Air Kosong


Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan amalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.



2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.


Darah akan menjadi pekat pada masa masa tertentu bila kita makan semua vitamin secara sekali gus.

Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. 

Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. 

Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.



3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.


Anda sedang makan ubat doktor?

Elakkan mengambil ubat secara serentak dengan vitamin. Ia hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. 

Ida cadangkan anda buat jadual. Sekiranya ubat doktor diambil waktu pagi, vitamin pula boleh diambil waktu petang atau malam.


Jika anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas makan ubat doktor.



4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Siapa suka minum kopi?
Kita Geng. Haha.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? 

Jadi, kalau nak minum kopi, kena berpada-pada. Ia boleh bazirkan vitamin yg kita makan.

Kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.



5. Pantang larang makan vitamin.


Setelah baca 4 tips di atas, anda pasti lebih jelas kenapa vitamin yang anda makan tiada kesan. Jom teruskan membaca tips seterusnya

Vitamin juga ada pantang larang. Ramai yang tak perasan. Antara pantang larangnya adalah:

- Multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium. Ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

- Vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa. Alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.



6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:


Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa

Pesakit talasemia: Vitalea

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). 

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan. Si ibu dikuatiri akan mengalami risiko keguguran. 

Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. 

Vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu)
sumber: http://www.celikvitamin.com



Sekarang, anda pasti jelas kenapa vitamin yang dimakan tiada kesan. Mulakan amalan yang betul seperti tips di atas supaya vitamin yang kita makan tidak membazir.

Ingin dapatkan vitamin Shaklee yang Halal dan dijamin selamat? Ikuti langkah di bawah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...