Geram aje tengok kan?
Sedap aje tangan nak kutil whitehead sampai merah-merah hidung.
Puas hati tengok ketul-ketul macam nasi keluar.
Tapi, esok tengok ada lagi. Dari jauh kawan dah tegur whitehead penuh kat muka.
Malu.
Jeles tengok hidung orang lain licin aje kan? Mesti best dapat hidung licin macam tu.
Kalau Ida boleh tunjukkan cara untuk hilangkan whitehead dengan cepat, pasti ramai tertunggu-tunggu kan?
Sebelum tu, jom kita tengok macamana 4 punca whitehead pada muka.
4 Punca Whitehead
1. Perubahan hormon
Perasan tak bila datang bulan, whitehead tumbuh macam lebih banyak.
Masa ni kulit lebih berminyak dari biasa dan menyebabkan kotoran terperangkap. Senang tumbuh whitehead
2. Produk
Produk yang tak sesuai pun boleh menyumbang kepada wujudnya whitehead ni. Dari nak bagi muka licin, jadi menggerutu pula.
Hati hati!
3. Terlalu banyak Minyak dalam Pori-pori
Bila kulit terlebih minyak, ia boleh jadi perangkap kotoran. Sebab tu kena rajin cuci muka bagi kurang berminyak
Bosan dengan whitehead yang tak hilang-hilang? Jom cuba 10 Cara Cepat Buang Whitehead ni.
10 Cara Cepat Buang Whitehead
1. Guna Jus Lemon
Lemon ni banyak guna. Mesti ramai yang tahu. Ia kaya dengan Vitamin C. Ia pun ada bahan yang baik untuk kulit.
Rasa segar sangat kalau guna lemon pada kulit, dan yang paling best boleh hilangkan whitehead.
Cara Cara:
- Belah lemon kepada 2 bahagian
- Kupas kulit lemon dan gosok pada muka untuk beberapa minit
- Amalkan 2 kali seminggu
2. Stim bahagian Hidung yang Ada Whitehead
Biasa pergi spa tak?
Sebelum buat facial biasanya mereka akan stim muka kita kan?
Stim kulit muka boleh bantu buka pori poli kulit. Jadi bila dah terbuka, mudahlah nak buang whitehead dari kulit.
Bukan whitehead aje, bakteria dan kotoran lain pun boleh terbuang sekali.
Seronok kan?
Cara-cara:
- Didihkan air, tuangkan air didih ke dalam bekas bersih
- Dekatkan muka dengan bekas tersebut, stim muka lebih kurang 10 minit
- Keringkan muka dengan tuala bersih
3. Guna Oat
Pernah jumpa produk berasaskan oat? Banyak produk facial dah berasaskan oat.
Sebabnya, oat boleh kita guna untuk scrub muka, buang kulit mati dan juga bakteria pada muka.
- Campurkan oat yang dikisar dengan yogurt asli tanpa perisa
- Letakkan pada muka lebih kurang 15-20 minit
- Bilas dengan air suam diikuti air sejuk untuk tutup pori pori
- Amalkan 2 kali seminggu
4. Guna Skrub Gula
Selain memaniskan makanan dan minuman, ia juga boleh 'memaniskan' muka. Gula boleh digunakan sebagai skrub juga dengan sifat kasar seperti pasir.
Ia juga boleh buang sel sel kulit mati, kotoran yang terperangkap pada kulit dan juga bakteria.
Cara-cara
- Campurkan madu dan gula, letakkan pada muka
- Urut campuran tadi pada muka dengan lembut
- Biarkan untuk 10 minit, lap kan dengan kain bersih
- Bilas baki campuran pada muka dengan air.
- Amalkan untuk sekali seminggu
5. Cuka Epal
Kehabisan toner untuk cuci muka? Cuka Epal boleh gantikannya.
Ia bantu buang kotoran dan minyak pada kulit. Ia juga ada bahan yang boleh bunuh bakteria penyebab whitehead dan jerawat
Cara-Cara:
- Campurkan 1 sudu makan cuka epal dengan segelas air
- Sapu campuran tadi pada kulit guna bebola kapas
- Biarkan seketika lebih kurang 20 minit
- Bilas muka dengan air suam
6. Guna Strawberry
Macam tak pernah dengar petua ni kan? Strawberry ada permukaan yang kasar tak macam berry yang lain.
Ia bantu buang kotoran yang terperangkap pada kulit. Ia juga boleh buang sel mati macam bahan lain tersenarai kat atas tadi juga. Whitehead pun boleh dibuang juga.
Cara-cara:
- Lenyek strawberry sehingga jadi campuran
- Tambah satu sudu madu untuk bagi pekat
- Sapu pada muka secara sekata
- Biarkan selama 15 minit. Bilas muka
- Amalkan 2 kali seminggu
7. Jus Limau Nipis
Seperti Jus Lemon, limau nipis juga ada ciri antioksida yang boleh buang blackhead pada kulit.Ia juga boleh buang minyak berlebihan dalam kulit yang jadi penyebab whitehead.
Cara-cara:
- Campurkan jus limau dengan minyak kacang tanah
- Letakkan campuran pada kulit yang ada whitehead
- Amalkan selalu untuk dapatkan kulit yang bersih
8. Guna madu
Madu memang banyak khasiat. Bukan sahaja untuk dalaman badan, untuk kulit juga.Ramai tak tahu yang ia boleh buang whitehead. Madu ada ciri antibakteria. Ia boleh tingkatkan edaran darah untuk dapatkan kulit yang licin dan sihat.
9. Aloe vera
Aloe vera bagus digunakan untuk cepatkan baik luka. Ia juga boleh buang parut dan kurangkan masalah whitehead dan blackhead.10. Baking soda
Campurkan sedikit air dengan baking soda untuk dapat campuran yang pekat. Urut campuran ni pada kulit untuk bersihkannya.
sumber: http://naturalremedyideas.com/
Perasan tak bahan-bahan yang Ida senaraikan kat atas mudah dapat dan semulajadi. Cuma mungkin kita kena konsisten sikit la untuk dapat hasilnya.
Tapi sebenarnya ada cara lebih mudah.
Ya. Lebih mudah.
Tak perlu cari bahan, campur itu ini dan kesannya cepat.
Anda pasti teruja untuk ketahuinya. Lagi-lagi dengan testimoni-testimoni orang yang telah cuba dan berjaya buang whitehead dengan mudah.
Mengejutkan! Makeup Remover Nutriwhite Boleh Buang Whitehead
Biasanya kita dengar Makeup Remover untuk remove makeup aje kan?
Makeup Remover Nutriwhite jauh lebih POWER. Boleh buang whitehead sekali.
Tak Percaya??
Semakin anda baca testimoni di bawah, pasti anda rasa inilah PRODUK yang ANDA CARI selama ini.
Sambil baca, ada yang gosok-gosok hidung ke? Haha.
Macamana? Sekarang rasa tak sabar nak beli kan? Tak sabar nak hilangkan whitehead dengan Makeup Remover dari Shaklee.
Nak tahu Cara Dapatkan Makeup Remover Shaklee
Mudah sahaja untuk dapatkan Makeup Remover Shaklee ni. Sila ikuti langkah di bawah.