Sunday, July 14, 2013

5 Kebaikan ESP kepada Wanita Mengandung

ESP adalah kegemaran ramai orang.

Masakan ia menjadi BEST SELLER produk bagi Shaklee. Ia sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa, kanak-kanak dan warga emas.


Siapa nak cantik boleh ambil ESP, hasilnya kulit jadi mulus. Siapa nak kurus boleh ambil ESP, hasilnya rasa kenyang yang lebih lama dah tidak 'craving' untuk makan itu dan ini.


Haa. Meh tengok Ibu Hamil yang super hebat ni. Siap boleh panjat tangga tinggi-tinggi.
Sila jangan TIRU aksi ini jika anda tidak tengok video ini sehingga habis.

Gerun wei.
-----

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


Di sini saya nak cerita kebaikan dan kelebihan ESP untuk wanita mengandung. 

Ya, saya sangat teruja untuk berkongsi dengan ibu-ibu sekalian kerana saya juga sedang mengandung 7 bulan dan sangat menggemari minuman kegemaran ramai ini. 

ESP bukannya sebarang minuman, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo Soya.

Non-GMO Soya: soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. 





Terdapat 5 Kebaikan Utama ESP untuk wanita mengandung




1. ESP meningkatkan Sistem Imun Badan Si Ibu. 



ESP adalah minuman protein yang berkhasiat. 


Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. 

Ramai yang tidak tahu, selain Vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.





2. ESP Mengawal Berat Si Ibu dan Mengelak Serangan Diabetes



Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan si ibu akan meningkat secara mendadak. 

Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. 

Itu adalah normal bagi ibu-ibu mengandung, tetapi kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes. 

ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Gliesmiknya (GI)Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. 

Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. 

Sebab itulah, ramai ibu-ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan. Serangan diabetes terjadi apabila si ibu memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.





3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. 


Protein penting untuk perkembangan otak bayi. 

Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN. 

Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini dan sangatlah penting si ibu mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung. 





4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.


Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. 

Dengan minum ESP, sel-sel kulit si ibu akan bertambah gebu dan lebih menarik kerana bantuan protein yang diminum. Parut juga berkurang kerana penggantian sel-sel baru ini. 

Si ibu akan juga merasa lebih menarik walaupun berbadan dua. 

Tidak lupa juga kulit bayi di dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik. 





5. ESP membantu ibu-ibu morning sickness dan alah di awal kehamilan. 


Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu-ibu mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. 

Kita juga akan merasa mual terutama apabila perut kosong. 

ESP membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan kenyang yang lebih lama. Tambahan pula, ia juga mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain


Nak tahu lebih lanjut tentang ESP?? sumber: di sini


  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian 
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus. 
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. 
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones 
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.


Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:

"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus mcm newborn... Tak tau laa kalau dah lasak nnt akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit & beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..."
~ Pn. Arnie

"kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln."
~ Pn. CT Shamin

"alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu tau....hehehhehe...."
~ Pn. Eyna

sumber : http://hebatkan.blogspot.com




TESTIMONI 1:






TESTIMONI 2:





TESTIMONI 3:





TESTIMONI 4:



Bagaimana Ingin Dapatkan ESP Shaklee?


Sila Ikuti Langkah-langkah di bawah





Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur


Klik Di Sini Untuk Tahu 7 Kebaikan Menjadi Ahli Shaklee

10 Kelebihan Detoks Usus / Detoksifikasi Usus.

Pernahkah anda mengalami sembelit yang teruk? Tahukah anda, sembelit yang kronik boleh mengundang kanser?

Berdasarkan perangkaan, kanser usu adalah kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Takut juga bila kita dengar statistik ni. Rupanya antara sebabnya adalah sembelit. Sembelit juga berpunca dari usus yang tidak sihat. Macamana nak dapatkan usus yang sihat? Kita kena Detoks usus kita supaya usus bersih dari bakteria dan kuman penyebab kanser.



Terdapat 10 kelebihan Detoks Usus selain mengelak kanser:


1. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penghadaman.

Apabila kita dah detoks usus, usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan. Apabila bahan tidak terhadam tinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk. Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak terhadam melaluinya dengan mudah. Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.


2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.

Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan. Kenapa? Sebab toksin benda tidak terhadam itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit. Ia juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.


3. Meningkatkan tenaga

Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga. Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan disalurkan untuk keperluan badan yang lain. Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.


4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien

Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik. Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.


5. Meningkatkan fokus.

Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya. Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh. Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.


6. Permulaan yang baik untuk kurus

Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat. Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus. Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi. Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.


7. Mengurangkan risiko barah kolon.

Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati. Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser


8. Meningkatkan kesuburan.

Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan. Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung. Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang. Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.


9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.

Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat. Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin. Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang. 


10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan. 

Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

sumber: http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing

Shaklee juga mempunyai produk yang membantu detoks usus dan membersihkan usus. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas dan sekali gus dalam membantu untuk kurus. Ia adalah Alfalfa Shaklee.

Harga Alfalfa Shaklee hanyalah RM53(330 biji) dan RM97(700 biji). Dapatkan HARI INI!





dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Sunday, June 2, 2013

Adakah Wanita Mengandung Selamat Guna Bahan Pencuci? 4 Tips Yang Boleh Diikuti.

Sebagai seorang ibu dan wanita, kita dah biasa menggunakan bahan pencuci untuk mengemas dan mencuci rumah. Ada kalanya kandungan untuk bahan pencuci mengandungi bahan yang boleh memberi kesan tak elok kepada wanita mengandung.


Antara syarat untuk menggunakan bahan pencuci ketika hamil atau mengandung adalah:

1. Pastikan aliran udara yang baik ketika menggunakan bahan pencuci tersebut. Ia mengelakkan lebih banyak bahan kimia disedut dalam badan.

2. Pastikan anda menggunakan sarung tangan atau kemeja berlengan panjang supaya bahan kimia tidak terkena pada kulit.

3. Berhati-hati ketika menggunakan bahan pencuci aerosol. Jika terasa pening ketika menggunakannya, sila minta bantuan orang lain untuk mencuci dan menggunakan bahan tersebut.

4. Mencuci ketuhar besar adalah kerja yang menyebabkan kita menghidu asap yang lebih kerana tempatnya yang sempit. Elakkan dari melakukannya ketika mengandung.



Terdapat pelbagai risiko negatif akan terjadi kepada anak dikandung jika si ibu menggunakan bahan pencuci dengan tidak berhati-hati ketika mengandung. Bahan kimia yang dihidu oleh si ibu boleh menjejaskan jantung dan organ bayi dalam kandungan.

sumber: http://www.babycenter.com.my/a1048085/adakah-selamat-untuk-menggunakan-produk-pencuci-semasa-hamil


dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Saturday, May 25, 2013

Testimoni GLA: Alhamdulillah Ramai Berjaya Hamil

GLA adalah produk Shaklee yang menjadi kegemaran ramai terutama di kalangan wanita. Ia mempunyai banyak fungsi terutama dalam memperbaiki hormon dalaman dan membantu ramai wanita untuk hamil.

Jom tengok testimoni-testimoni berikut:

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5

Testimoni 6

Bacaan lanjut --> GLA Membantu Cepat Hamil


Dapatkan GLA Complex hari ini!


dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Vitamin untuk Sakit Sendi dan Lutut Yang Ramai Cari


Pernah dengar penyakit Arthritis? Macam biasa dengar, tapi di mana ya?

Arthritis adalah istilah perubatan untuk sakit sendi dan tulang. Bila mana kita tak dapat berjalan lancar dan rasa sakit pada sendi, itu kita panggil arthritis. Cuba kita lihat golongan tua yang sukar berjalan. Biasanya mereka akan mengadu sakit sendi dan tulang di bahagian lutut, pinggul, pinggang dan tangan. Bukan sahaja golongan tua, malah ada golongan muda yang mengalaminya.

Kenali Bahagian Dalaman Sendi

Diagram of a Joint

Jom belajar sikit pasal sendi. Dalam bahasa inggeris kita panggil Joint. Sendi ni berada di pertemuan 2 tulang kita. Dekat jari, lutut, pinggul, siku, bahu semua ada sendi. So, banyak bahagian badan kita ada sendi. 

Ligamen adalah otot yang sambungkan 2 tulang kita pada sendi. Ligamen ni macam getah, dia boleh lentur dan elastik. Kartilaj (Cartilage) adalah bahan yang salut tulang kita supaya 2 tulang kita tidak berlaga antara satu sama lain. Dengan adanya salutan kartilaj, sendi kita boleh berfungsi dengan baik tanpa rasa sakit.

Dalam ligamen ada kapsul. Kapsul ni ada cecair Synovial. Cecair Synovial bertindak sebagai pelincir bagi sendi supaya pergerakan adalah lancar.

Bagaimana Terjadi Sakit Sendi dan Lutut

Sakit sendi dan lutut yang biasa terjadi di panggil Osteoarthritis. Osteoarthritis terjadi apabila kartilaj dah tak elastik dan menjadi keras. Apabila ia keras, sendi akan mudah tercedera dan akan merasa sakit. Lama-kelamaan 2 tulang pada sendi boleh berlaga dan menambah kesakitan yang ada.

Keadaan ini biasa terjadi kepada golongan tua dan mungkin berlaku pada segelintir golongan muda.

sumber : http://www.medicalnewstoday.com/articles/7621.php



Vitamin untuk sakit sendi dan lutut.


Vivix mengandungi Resveratrol.

Resveratrol boleh membantu:

  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.

Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:

  • Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
  • Pergerakan.
  • Kekakuan (stiffness).
  • Ketidakselesaan sendi.

Secara spesifiknya kajian saintifik ini dijalankan terhadap penyakit osteoarthritis (OA), iaitu sejenis penyakit pada sendi yang serius. 

Yang mana terjadinya radang pada sendi atau kerosakan pada tulang rawan. Orang yang sakit sendi biasa, kalau tak cegah daripada awal sangat mudah nak kena OA ni.

Testimoni





















Vitamin-vitamin  Lain




Kaedah 1: Mengekalkan tulang rawan yang sihat


Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi:
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Meningkatkan kesan kusyen


Kaedah 2: Mengurangkan inflamasi


Omega Guard Shaklee adalah Omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi, maka ia kurangkan sakit pada sendi. 

Omega 3 juga boleh jadi pelincir, maka kita boleh bergerak dengan lebih aktif. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat tingkatkan kesihatan sendi berbanding mengambil glukosamina sahaja.
* Glukosamina terdapat dalam Advanced Joint Health Tablet yang diambil dari ekstrak jagung.




Kaedah 3: Mengekalkan sel tulang yang sihat.


Ostematrix adalah pembekal kalsium penting untuk tulang, otot dan ligamen. Ia juga mengandungi Magnesium yang diperluka untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.


Testimonial 1:

  • 3 hari selepas makan AJHT , Omega Guard dan Ostematrix, emak mengalami healing crisis(sakit pemulihan). 
  • Seminggu selepas itu, kaki emak boleh lipat dan duduk atas lantai.




Testimoni 2:
  • Emak ada sakit lutut yang teruk, takde pelincir
  • Emak ambil AJHT
  • Mula-mula sakit, selepas satu minggu, mak boleh naik tangga.
  • Tak sakit bila kaki dibengkokkan.





Testimoni 3:
  • Suami mengadu sakit bahu, ambil AJHT selama 3 bulan.
  • Bahu dah tak sakit (dahulu sudah nak gerakkan bahu)
  • Dapat pusingkan badan dengan mudah
  • Tiada sengal-sengal lagi di bahagian bahu & belakang badan





Testimoni 4:
  • Emak umur 53 tahun
  • Mampu daki bukit tinggi, menyelam, aktiviti lasak
  • Naik tangga pun laju
  • Baru sebulan makan AJHT dan Ostematrix



Baca lagi testimoni Advanced Joint Health Tablet di sini --> Testimoni Joint Health Tablet (AJHT)


Biasa kita dengar orang tua aje yang sakit sendi, tapi wanita ini juga rupanya ada masalah yang memang TAK JANGKA. Sila klik Video di bawah. 


[Video] Wanita ini nampak muda tapi ada sakit sendi?? from iReach HD on Vimeo.




Hubungi saya untuk dapatkannya:






Pengedar Shaklee berhampiran anda:

Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Sunday, May 12, 2013

10 Cara Tingkatkan Produktiviti: Anda Pasti Jadi Orang Berjaya!

Anda seorang bisneswoman?
Anda seorang pelajar?
Anda seorang cikgu?

atau

Seorang ibu sepenuh masa?

Walau siapa pun kita, setiap hari adalah hari-hari yang produktif untuk kita. Setiap hari adalah hari-hari yang memerlukan kita menyelesaikan sasaran dan target kita. Apabila kita berjaya menjadi produktif, kita mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain dan kita akan jaaauuuhhh lebih tenang dan berjaya bila dapat buat banyak benda dengan produktif dan berkesan.

Tapi, Macamana nak tingkatkan produktiviti?


Nampak sibuk aje sahabat saya dalam video di bawah ni. Beliau ada tips untuk jadi orang produktif. Ya, 3 tips yang mudah. Anda pasti beruntung jika tahu tips yang diberikan.


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.


Cara #1: Buat Senarai.

Kita tak tahu berapa banyak tugas yang kita nak buat selagi kita tak senaraikan. So, langkah pertama.. SENARAIKAN apa yang hendak kita selesaikan. Tuliskan pada kertas atau gunakan teknologi terkini seperti handphone dan laptop. Android sekarang sudah banyak application yang boleh menyenaraikan tugas yang hendak diselesaikan.


Cara #2 : Buat tugas yang kita rasa paling PENTING

Dalam banyak-banyak tugas yang kita senaraikan, pilih tugas yang paling PENTING. Walaupun tugas itu terasa sangat berat untuk dilaksanakan, ia adalah pilihan terbaik untuk diselesaikan. Percayalah! selepas menyelesaikannya, anda akan merasa RINGAN dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan yang lain.




Cara #3 : Just Do it

Jangan fikir panjang, JUST DO IT. Kecilkan tugasan anda kepada tugasan-tugasan kecil, dan selesaikan satu persatu. Potong senarai tugas yang anda dah buat, anda akan rasa lebih produktif.




Cara #4 : Jadikannya Fun dan Enjoy

Beri 'hadiah' kepada diri sendiri dengan benda yang kita suka buat. Contoh: "Kalau aku dapat siapkan kerja ni, aku boleh makan coklat satu botol".

 Beri motivasi kepada diri sendiri seperti kita motivasi 'pekerja' kita untuk buat apa-apa kerja. Pasti berbaloi! Tapi, janganlah terlalu leka dengan 'reward' (contoh: main game) sehingga menjadi tidak produktif pula. Terbalik dah tu.




Cara #5: 'Peak Time'

Kenalpasti masa paling EFEKTIF untuk anda buat kerja. Contohnya jam 1.00pagi. 'Peak Time' ni maksudnya masa inilah masa paling BERKESAN untuk anda buat kerja. Buat kerja sekejap, tapi anda fokus dan kerja benar-benar berkualiti. Luangkan masa ini untuk ada selesaikan tugasan-tugasan tertentu. Ia pasti berbaloi dari mengambil masa berjam-jam tapi kerja tak siap-siap dan banyak salah.




Cara #6 : Pareto (80/20)

Bahagikan kerja mengikut kemahiran dan kebolehan anda. Ada kerja yang banyak tapi boleh dilakukan PADA MASA SINGKAT. Tugas-tugas itu perlu dikumpulkan dan dengan itu, masa yang diperuntukkan juga adalah sedikit.




Cara #7 : Kumpulkan Email dan Panggilan Telefon

Ada di antara kita adalah businessman atau usahawan berjaya yang memerlukan interaksi dengan pelanggan. Pelanggan call dan email ataupun watsapp tak kira masa. Untuk tidak membazirkan masa melayan panggilan atau SMS mereka, kumpulkan ke semuanya dalam satu masa khas, supaya ia dapat meningkatkan fokus kita kepada kerja yang lain. 




Cara #8 : Khusus Satu Kerja

Fokus untuk satu kerja pada satu masa. Gangguan-gangguan dan kerja-pelbagai-tugas (multitasking) akan melengahkan kita menyiapkan sesuatu kerja. Tumpukan untuk siapkan sesuatu kerja dan cepat-cepat potong ia dari senarai lebih memberi motivasi dan menenangkan.






Cara #9 : Semak Semula

Apabila habis kerja, semak semula masa yang telah anda luangkan untuk siapkan kerja. Yang mana dapat dilakukan pada 'Peak Time' dan yang masa mana anda perlukan lebih masa. Ia dibuat supaya anda tidak akan mengulangi kesilapan anda pada hari esoknya.

Bila anda tidak dapat siapkan sesuatu kerja, muhasabah diri dan tulis nota pada diri sendiri yang anda boleh buat lebih baik lagi dari ini pada esok, atau masa akan datang.


Cara #10 : Buat Senarai Semula

Mungkin anda tidak dapat menyiapkan beberapa tugasan anda pada hari ini. Tak Mengapa. Masukkan senarai itu ke dalam senarai tugasan untuk diselesaikan pada hari berikutnya, tandakan BINTANG pada tugasan itu supaya ia tidak tertangguh lagi.

So, Boleh dah buat senarai yang baru untuk hari ESOKNYA.

Camne? Adakah ia membantu??

source: http://www.lifehack.org/articles/productivity/10-ways-to-boost-productivity.html

11 Kelebihan Teh Hijau Yang Pasti Anda Ingin Tahu

Teh biasa ada di setiap rumah di Malaysia. Dah jadi kebiasaan kita untuk menjadikan teh sebagai minuman seharian. Kat rumah kita minum teh, kat kedai pun kita order teh. Minum petang pun lebih sedap jika dihidang dengan teh dan kuih-muih ringan, atau sekadar dicicah dengan biskut kering. Yummy.

Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat dan kelebihan. Biasanya ia di minum tawar tanpa gula atau dicampur dengan sedikit madu. Ramai antara kita tidak tahu bahawa teh hijau banyak manfaat, jauh lebih baik untuk kesihatan kita. Antara kelebihannya adalah:


1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 


2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.


3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung.

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.


4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.


5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.


6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson

Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.


7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 


8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah.

Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.


9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.


10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria.

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.


11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

Shaklee mempunyai produk terbaik yang bukan sahaja mempunyai ekstrak Teh Hijau, malahan Teh Merah dan Teh Putih sekaligus. Sangat berbaloi untuk membelinya, mudah untuk dibancuh dan membantu mengurangkan risiko barah dan mengurangkan berat badan.


---
Tak pernah lagi minum teh tapi dapat kesan macam minum kopi. Tapi, kawan saya dalam video di bawah merasainya. Jangan terkejut jika anda MENGETAHUINYA.



Kesan Minum Teh Hijau yg MENGEJUTKAN from iReach HD on Vimeo.



Dapatkan CINCH TEA Anda Hari INI.







Atau hubungi PENGEDAR ANDA : (sila ikut cara order di bawah)

Thursday, May 2, 2013

Sirap Ajaib untuk Kurangkan Risiko Serangan Jantung

Semakin hari, semakin ramai yang mengidap penyakit jantung. Ia bukan sahaja terdiri dari golongan berumur malahan golongan yang berumur 40 tahun ke bawah juga semakin meningkat. 

Kita pernah digemparkan dengan kematian pelakon popular, Faizal Yusof disebabkan serangan jantung pada 1 Januari 2011. Beliau baru berumur 32 tahun pada ketika itu.

Merujuk artikel Utusan Online pada 9 Januari 2011, menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad SyadiMahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. 95% daripadanya adalah lelaki. 



Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

  • Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
  • Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
  • Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
  • Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
  • Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
  • Kepala berpusing
  • Badan lemah serta berpeluh sejuk.
sumber: http://www.utusan.com.my


Terdapat satu berita baik untuk pesakit yang telah disahkan mengidap penyakit jantung. Shaklee mempunyai satu produk berkualiti yang telah diuji secara klinikal untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Ia adalah sirap ajaib, Vivix.



Apa yang ada dalam Vivix?


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

sumber: 
http://vitaminsemulajadi.com

Resveratrol adalah satu kandungan istimewa yang ada dalam Vivix yang menjadikannya sangat bermanfaat untuk pesakit jantung. Malahan kandungan Resveratrol dalam Vivix adalah 10 kali lebih hebat dari supplemen atau makanan berkhasiat yang lain.


Apa manfaat Resveratrol untuk Pesakit Jantung. 

Resveratrol membantu mengelakkan kerosakkan pada injap jantung, merendahkan tahap kolestrol jahat, dan mengelakkan keadaan gumpalan darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat. Dengan ini, ternyata kandungan sirap ajaib ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung.

Anda sememangnya bijak dalam menjaga kesihatan jantung dengan memilih Vivix terutama yang mempunyai sejarah keturunan sakit jantung. Hanya satu sudu kecil Vivix yang lazat setiap hari memberi kebaikan berpanjangan.

sumber: 
http://www.mayoclinic.com


Dapatkan Vivix pada harga promosi untuk Mei 2013. Boleh dapat harga ISTIMEWA walaupun membeli hanya 1 BOTOL.


Hubungi saya hari ini:

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Supplemen dan Vitamin untuk Hilangkan Bau Badan

Euww.
Kita biasanya sangat tidak selesa apabila berada di tempak sesak, lebih-lebih lagi jika berhadapan orang yang mempunyai bau badan yang kuat dan kurang menyenangkan. Pasti kita rasa macam nak lari ke tempat lain, atau paling tidak akan tahan nafas selama mana yang kita boleh di tempat itu. 

Bayangkan jika diri kita sendiri menghadapi masalah bau badan. Kita pasti tidak selesa, kurang keyakinan diri dan akan merasa malas untuk ke tempat awam berikutan masalah kita itu. Ia betul-betul memberi kesan negatif kepada fizikal dan emosi seseorang. 

Bagaimana Bau Badan Terjadi

Bau Badan Terjadi biasanya selepas kita berpeluh. Berpeluh adalah sesuatu yang baik. Berpeluh adalah salah satu cara badan mengekalkan suhu badan dan mengimbangi kandungan cecair dan elektrolit dalam badan. 

Kelenjar Peluh terbahagi kepada dua:

Kelenjar Eccrin : terdapat di seluruh badan dan biasanya di tempat terbuka.

Kelenjar Apocrine: banyak terdapat di kulit kepala, ketiak dan pangkal peha dan biasa 'diiringi' dengan rambut/bulu.

Biasanya kelenjar peluh Eccrin akan merembeskan peluh berupa air dan garam (sodium chloride) dan juga kandungan elektrolit badan. Ia akan menyejukkan badan apabila tersejat. Tetapi, Kelenjar peluh Apocrine akan merembeskan peluh berlemak dan menolaknya ke permukaan kulit dan mudah dijangkiti bakteria. Bakteria ini yang menyebabkan bau badan.



Bagaimana Alfalfa Membantu Mengurangkan Bau Badan?

Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago Sativa bertindak sebagai 

  • penyahtoksik
  • pembersih darah
  • agen anti-kulat

Ia juga berguna menyembuhkan pelbagai penyakit, termasuk masalah hati, bau nafas, jangkitan bakteria, kencing manis, ulser, masalah-masalah tulang dan sendi dan penyakit kulit. Alfalfa telah membantu ramai wanita dengan ketidakselesaan gejala menopaus, khususnya hot flashes. Ia juga dipercayai dapat membantu pesakit arthritis.

Alfalfa bersifat alkali pada badan kerana ia kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, besi, kalium. Ia juga mempunyai kandungan klorofil, karotena, vitamin A, D, E, B-6, K, dan beberapa enzim pencernaan lain yang tinggi.

Alfalfa mempunyai klorofil. Klorofil inilah yang bertindak menghilangkan bau badan, penghalang jangkitan penyakit dan deodoran semulajadi untuk badan

 sumber: http://bodyodor777.com

Testimoni




Dapatkan Alfalfa dari Shaklee hari ini. 



Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

10 Kelebihan Minum Air Untuk Badan



Tidak dinafikan kita digalakkan untuk minum 8 gelas air sehari. Sebenarnya, minum air sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan. Banyak kelebihan minum air yang boleh kita perolehi.

1. Minum air boleh mengurangkan berat.
Air yang kita minum boleh membantu membuang semua lemak yang dibuang melalui pemakanan apa-apa jenis produk. Ia juga membuatkan kita kenyang, dan mengurangkan selera makan.

2. Petua Semulajadi menghilangkan sakit kepala.
Minum air boleh membantu melegakan sakit kepala dan sakit belakang kerana terhidrasi (kekurangan air dalam badan). Walaupun, ia tidak semestinya tepat, namun sememangnya salah satu punca sakit kepala adalah kurang minum air.

3. Awet Muda
Apabila kulit kita cukup kandungan air, ia kelihatan segar dan membuatkan kita awet muda. Auw. Air membantu menyegarkan tisu kulit, melembabkan kulit dan mengekalkan kekenyalan kulit.

4. Meningkatkan Produktiviti ketika bekerja.
Hampir keseluruhan struktur otak dibina dengan air. Pengambilan air yang cukup akan membuatkan kita berfikir dengan lebih baik, lebih peka dan dan lebih fokus.
5. Dapat bersenam dengan lebih baik.
Air dapat mengawal suhu badan. Minum air yang cukup menyebabkan anda akan lebih bertenaga ketika senaman. Air juga mampu melicinkan pergerakan otot.

6. Membantu dalam penghadaman dan Mengelakkan sembelit.
Minum air yang cukup membantu meningkatkan metabolisma badan kerana ia membantu penghadaman. Air dan serat saling memerlukan untuk menghasilkan kesan 'pembuangan' yang selesa.

7. Mengurangkan kekejangan otot.
Air yang cukup membantu melincirkan pergerakan otot dan sendi, seterusnya mengurangkan kekejangan otot.

8. Kurang dijangkiti penyakit dan sentiasa sihat.
Minum air yang banyak boleh membantu mengawal demam dan penyakit lain seperti batu karang dan serangan jantung. Air yang dicampur dengan lemon boleh dijadikan penawar untuk penyakit berkaitan pernafasan, rheumatism dan arthritis. Dengan kata lain, minum air yang cukup boleh meningkatkan imunisasi badan.

9. Mengurangkan keletihan
Badan kita menggunakan air untuk membuang toksin dan bahan buangan lain dalam badan. Jika badan kurang air, jantung perlu bekerja lebih untuk mengepam darah beroksigen keseluruh organ badan, dan ia menyebabkan badan kita cepat letih.

10. Mengurangkan risiko barah. 
Terdapat kajian yang mendapati, minum air yang banyak boleh mengurangkan risiko barah usus dan barah pundi kencing. Air melarutkan kepekatan unsur pembawa barah.


Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...