Berikut adalah beberapa sedutan ilmu parenting yang saya baru dengar dalam CD ini
Cara betul nak larang anak pegang benda merbahaya.
.
Ramai ibu-ibu terus sahaja marah anak bila dia nak pegang benda bahaya. Cara yang betul - mula-mula kita pegang tangan anak, bagitau 'NO'. Tak boleh pegang ni.
.
Kemudian, kita letak tangan anak ke tempat yang boleh dipegang. contoh meja. pastu cakap "Ya, yang ni boleh pegang"
.
Ambil lagi tangan dia, letak kat tempat lain yang boleh dipegang dan bagitau "Ya, yang ni boleh pegang", Ambil lagi tangan anak, cari benda lain lagi dan bagitau "Ya, yang ini boleh pegang"
.
Banyakkan balas dengan "Ya". Cara ini akan bagitahu minda bawah sedar anak yang dia ada lebih banyak "Ya" daripada "Tidak". Ia akan bantu bina hormat diri dia. Kalau selalu terima banyak "No", dan dia akan senang sebut "No" lepas tu.
- Audio Class Parenting Bijak, Dr Rozieta Shaary.
dan ini juga:
[Feel Good Statement]
.
Masa anak tidur adalah masa paling sesuai bagi Feel-Good Statement kat anak.
.
Contoh :"Afiq ni budak baik, afiq ni suka tolong ibu, afiq adalah seorang budak yang bertanggungjawab"
.
Feel Good Statement akan masuk terus ke unconcious mind anak dan seterusnya ke hati. Hati anak akan terbentuk dengan penuh kasih sayang.
.
- Parenting Bijak, Audio Class Dr Rozieta Shaary.
Saya jadikan 2 ilmu di atas sebagai status FB. Ilmu baru untuk saya. Ilmu ramai orang tak tahu terutama ibu bapa.
Saya bukan ejen jual CD ini, tapi saya dah beli, saya dah dengar 2 CD dan saya rasa semua ibu ayah perlu beli CD ini. Dengar dan amalkan.
saya beli CD ini di link ini --> http://www.parentingbijakmp3.gr8.com/
saya dah dengar CD1 dan CD 2 dan saya sangat berpuas hati dengan CD ini. Banyaaakk benda yang selama ini saya rasa betul dalam mendidik anak, tapi rupanya banyak perlu diperbaiki.
Terima kasih Dr Rozieta. Semoga kepakaran dan dengan tersebarnya ilmu ini akan membetulkan didikan ramai ibu bapa dalam lahirkan generasi hebat pemimpin negara.
Semoga saya diberi kekuatan untuk mengamalkan segala ilmu yang ada.
Ayat paling best:
"Kita boleh bagi hanya jika kita ada. Kita perlu rasa diri sendiri berharga sebelum dapat menghargai orang lain"
Saya jual shaklee.
Kalau nak order, boleh ikut langkah dibawah ye (sempat promote tu)..