Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Monday, November 7, 2016

Kencing Manis Ketika Mengandung? 7 Cara Kawal Melalui Pemakanan

Sejak mengandung ni, banyak entri berkaitan dengan hamil dan mengandung aje. Hihi.

Kali ini Ida nak bercerita tentang masalah kencing manis ketika mengandung.

Sebenarnya ia berkait rapat dengan Ida sebab masa nak buka buku merah a few weeks ago, Ida kena lalui test kencing manis dulu - Prosedur MOGTT sebab dah cecah umur 35 tahun.


Dr Zubaidi beritahu wanita hamil yang mempunyai 9 ciri ini berisiko ada kencing manis ketika hamil:

1. Mengalami kencing manis ketika kehamilan yang lepas

2. Obesiti (BMI>30)

3. Umur > 35

4. Mengalami gula dalam air kencing (glycosuria) dalam dua kali pemeriksaan

5. Keluarga terdekat ada penyakit diabetes mellitus

6. Pernah melahirkan bayi lebih dari 4.0 kg

7. Pernah mengalami keguguran berulang atau kematian bayi dalam rahim tanpa diketahui punca yang sebenar

8. Pernah melahirkan bayi yang cacat pada kehamilan yang lepas

9. Pernah alami air tuban yang banyak dalam rahim (polyhydramnios)

sumber



Prosedur MOGTT

Bila ada salah satu ciri di atas, maka memang kena buat Prosedur MOGTT.

Ida kena prosedur ni sebab umur dah cecah 35 tahun tahun ni. Nak tak nak kenalah mengadap air gula sangat tidak best. hihi.



Caranya: kita kena puasa bermula pukul 10 malam hari sebelumnya, boleh minum air masak sahaja.

Pukul 8.00 pagi hari keesokannya, darah kita akan di cek kandungan gula. Kemudian diberi minum air gula.

Air gula yang kita minum tu adalah campuran 75g gula dengan 250ml air. Bayangkan betapa manisnya air gula itu.

Memang rasa nak muntah.

2 jam kemudian, bacaan gula kita akan di cek semula.


Jadual di atas menunjukkan paras bacaan yang doktor akan cek untuk pastikan kita tiada kencing manis.

Malangnya bacaan Ida hari tu selepas 2 jam lebih dari 7.8mmol/L. Maka perlu buat prosedur BSP pula.



Prosedur BSP(Blood Sugar Profile)

Prosedur BSP ni kena cek paras gula juga tetapi tak perlu minum air gula.

Hari tu Ida kena ambil 4 kali mengikut waktu : 8 pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 9 malam. Dua jam sebelum kena cek darah perlu puasa.

Gambar ditemani anak ketika sesi ambil darah untuk BSP


Bacaan BSP kali pertama

Disebabkan Ida pun kena control makan, maka hasil kajian Ida jumpa 7 cara kawal melalui pemakanan dari web babycenter.com.my




Cara #1 : Makan pelbagai jenis makanan pada waktu siang

Kita disarankan makan tiga kali sehari hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Pakar pemakanan yang nasihatkan Ida bagitahu, ia penting supaya dapat kawal dari kita makan banyak sekaligus.

Kita juga boleh makan di antara dua dan empat snek, termasuk selepas makan malam untuk mengekalkan tahap gula dalam darah anda.



Cara #2 : Makan makanan berserat tinggi

Makan banyak makanan yang tinggi kandungan seratnya. Makanan seperti ini biasanya mempunyai GI yang rendah. 

Ia dapat bantu elak tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Makanan yang berserat tinggi termasuk:
  • buah-buahan dan sayur-sayuran segar;
  • roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh;
  • kekacang yang dikeringkan.


Cara #3 : Makan 5 jenis 

Pastikan anda makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:

  • campurkan buah-buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda;
  • tambah salad kepada sandwic anda sewaktu makan tengahari;
  • pilih dua jenis sayur-sayuran dengan hidangan waktu makan utama anda;
  • jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek.



Cara #4 : Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu


  • Gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak dan sebagai kuah salad;
  • Gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu;
  • Panggang makanan berbanding goreng;
  • Buang lemak pada daging atau ayam.



Cara #5 : Jangan tinggal waktu makan

Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.



Cara #6 : Jangan makan terlalu banyak makanan dan minuman manis

Kurangkan, atau elakkan terus, gula-gula, minuman berkarbonat, jus buah-buahan dan kebanyakan pencuci mulut yang lain.

Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan anda. Ia boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.

Anda boleh cairkan jus buah dengan air.

Campurkan kira-kira satu perempat jus dengan tiga perempat air, dan minum sekali sehari. Pada masa lain, minumlah air kosong dan minuman lain yang tidak bergula.



Cara #7 : Makan sarapan yang berkhasiat

Sarapan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah anda sepanjang pagi. Cuba makan sarapan yang rendah GI. 

Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dan setara.

Atau anda boleh pilih bijirin sarapan atau roti daripada bijian penuh dengan sedikit makanan berprotein tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.

Makanan yang tinggi GI seperti bijirin sarapan bersalut gula atau roti putih bakar dengan jem boleh meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat.




Apa itu Makanan Rendah GI?


Indeks glisemik (glycaemic index - GI) makanan ialah pengukur berapa cepat gula (glukos) dibebaskan ke dalam sistem darah anda selepas anda memakannya. 

Makanan yang rendah GI mempunyai kandungan serat yang tinggi dan merupakan bahagian penting dalam diet yang sihat.

Memakan makanan yang rendah GI dapat bantu kawal penyakit kencing manis sebab ia ambil masa lebih lama untuk dihadamkan. 


Glukos dibebaskan ke dalam darah dengan lebih perlahan.

Beberapa contoh makanan yang rendah GI ialah:
  • pasta yang diperbuat daripada tepung gandum durum;
  • epal, oren, pir, pic;
  • kekacang dan lentil;
  • jagung manis;
  • bubur.

Beberapa contoh makanan yang tinggi GI:
  • kentang bakar;
  • emping jagung;
  • nasi putih (nasi perang mempunyai GI rendah);
  • roti.
sumber




Supplemen Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Supplemen yang mempunyai GI rendah dan sesuai untuk wanita hamil yang ada GDM adalah ESP Soy Protein Isolate Powder.

Indeks Glisemik  untuk ESP hanya 39.

ESP Soy Protein Isolate Powder ni adalah minuman protein yang memang Hot Seller Shaklee. Memang ramai yang cari.

Ia diperbuat dari kacang soya Non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya)

Ia pekat. 1 kg ESP diperbuat dari 30kg kacang soya asli.

sumber



[Testimoni ] Pengalaman Ibu Hamil Ada GDM dan Minum ESP



Ikuti pengalaman beliau ini

Kembali Selera Makan Selepas Morning Sickness


Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. 

Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. 

Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. 

Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan. 



Disahkan GDM


Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal.

 Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). 

Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari. 

Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. 

Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. 

Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil.
.

Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal

Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin.

Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.



Testimoni-testimoni ESP Bantu Ibu Hamil ada GDM








Ingin Dapatkan ESP Shaklee?


Kepada yang ingin dapatkan ESP Shaklee, boleh ikuti langkah-langkah di bawah.


Sunday, October 16, 2016

ESP Shaklee - 5 Soalan Yang Beri Info Ramai Ingin Tahu


"Tak boleh ke makan bancuh lebih dari 3 sudu?"

Itulah ayat pertama yang Ida tanya kepada upline Ida selepas pertama mencuba ESP pada tahun 2012. Tahun ini dah masuk 4 tahun Ida ambil ESP.

Sedap sangat rasanya sampai nak minum banyak-banyak.

First time Ida beli sekali dengan Mealshake dan Performance Drink. Masa tu Shaklee buat ia dalam satu set dipanggal Triple Gems.

Masa tu nak minum ESP Shaklee untuk bantu tambah tenaga dan bagi kenyang lebih lama. Memang sesuai ambil waktu pagi, boleh ganti breakfast terutama untuk ibu-ibu yang aktif dan sibuk macam Ida.

Ida akan kupas 5 Soalan berikut dalam entry ini

1. ESP tu Soya ke?
2. Penting ke Protein Untuk Badan Kita?
3. Kenapa Minum ESP Kita Rasa Lebih Kenyang? 
4. Tak Boleh Telan ESP Begitu Sahaja?
5. Bagaimana Ingin Dapatkan ESP Shaklee?



ESP itu Soya ke?


ESP Soy Protein Isolate Powder ni adalah minuman protein yang memang Hot Seller Shaklee. Memang ramai yang cari.

Ia diperbuat dari kacang soya Non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya)

Ia pekat. 1 kg ESP diperbuat dari 30kg kacang soya asli.

sumber




Penting ke Protein Untuk Badan Kita?

Rasa tahu kelebihan sayur dan buah sebab banyak vitamin dan nutrien. Tapi tak ramai yang tahu protein pun jauh lebih penting untuk badan kita.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM



Struktur badan kita terdiri daripada SEL. 

Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. 

 Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

sumber

Sekarang dah tahu kan kenapa kena ambil protein?

Cuba bayangkan kalau rumah kita tu dibina dengan bata lopong sana lopong sini. Rasa-rasa selamat tak nak duduk?



Kenapa Minum ESP Kita Rasa Lebih Kenyang?


Anda mungkin ingat semua makanan sama aje, tapi sebenarnya ada makanan boleh buat anda kenyang lebih lama, ada yang tidak.

Makan oat akan bagi kita kenyang lebih lama dari makan nasi.

Makan roti yang penuh serat buat kita kenyang lebih lama dari makan roti putih



Macamana nak tahu makanan mana buat kita lebih kenyang, makanan mana yang tidak?

Kita boleh cek Indeks Glisemik makanan tersebut.



Indeks Glisemik tunjuk bagaimana satu-satu makanan karbohidrat itu boleh beri kesan kepada paras gula dalam darah.

Makanan yang ada Indeks Glisemik tinggi akan menyebabkan paras gula dalam darah naik segera dengan tinggi kerana makanan tersebut mudah ditukar kepada glukosa.

Makan makanan ada Indeks Glisemik yang rendah bukan sahaja boleh bantu kita bertenaga pada kadar yang lama, tetapi juga penting untuk kawal paras gula dalam darah supaya tidak terkena kencing manis.

Indeks Glisemik untuk ESP Shaklee adalah rendah iaitu bawah dari 55

Oleh sebab itu, ia sangat sesuai di minum oleh semua orang untuk kekal kenyang dengan lebih lama.



Tak Boleh Telan ESP Begitu Sahaja?

Sebenarnya ESP ni boleh dipelbagaikan cara bancuhnya.



Resepi ESP #1

ESP + Madu
ESP + Twister
ESP + Air Bandung
ESP + Milo





Resepi ESP #2 

ESP + Avocado + Madu
ESP + Nesvita
ESP + Yogurt Bliss
ESP + Ribena





Resepi ESP #3

ESP + Serbuk Koko
ESP + Horlicks
ESP + Susu Segar
ESP + Performance Drink


[Video] Cara Bancuh ESP Shaklee





Bagaimana Ingin Dapatkan ESP Shaklee?

Satu tin ESP berharga RM150 sahaja.

Untuk membeli sendiri ESP Shaklee menggunakan kad kredit, anda boleh klik di sini.

Ataupun ikuti langkah seperti di bawah



Tuesday, May 10, 2016

Tulang Belakang Yang Patah Dijangka Sembuh Dalam Masa 6 Bulan, Tetapi Tidak Sangka..

Kemalangan dan patah tulang adalah mimpi ngeri. Kita tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi, tetapi moga-moga Allah lindung kita dari bencana ini.

Namun, pengalaman seorang pemuda berhadapan detik genting dalam hidupnya.




Kemalangan dan patah tulang belakang memang satu cabaran dan ujian yang besar.

Ikuti pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh pemuda ini.





Badan Tercampak Dalam Gaung, Tulang Belakang Patah


Assalammualaikum..Saya Muhammad Faiz Bin Ahmad berusia 23 tahun.

Jom ikuti kisah saya..

Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni(2015). 
Semasa tu saya menunggang motosikal.

Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang).

Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.

Menurut doktor tulang belakang yang patah tu akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. 


Tapi, ambil masa tu berapa lama? 

Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..





Kakak Mencadangkan Sesuatu Untuk Cepat Sembuh


Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. 


Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..

Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.

Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. 



Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. 

Dengan izinNya jua. 

Alhamdulillah...Menakjubkan!!




Doktor Pun Macam Tak Percaya


Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. 


Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. 

Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..



Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu 


Sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik 

Sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.





Tulang Sudah Bercantum Pada Bulan Ketiga


Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. 


Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.





Tiada Lagi Iron Man


Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! 



Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.

Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. 


Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih.



Cara Buat Tempahan Produk Shaklee


Anda boleh whatsapp 019-3816167 (Pn Ida Ifaz) untuk membuat tempahan produk

Dapatkan HARI INI.

Sunday, May 8, 2016

Kerana Gelembung Cacar Penuh Satu Badan, Lelaki Ini Tekad Makan ...

Biasa kita dengar Chicken Pox / Cacar air kena pada budak anak kecil. Anak kecil akan meragam, sampai kita pun tak boleh tidur.

Sebagai ibu/ayah, terpaksalah kita bercuti berminggu-minggu kerana menjaga anak kita. Penyakit ini berjangkit dan sangat gatal serta akan menjadi sangat tidak selesa.

Jarang juga kita dengar penyakit chicken pox ni kena pada golongan dewasa.

Rupanya, ia menjadi lebih teruk bila kena pada usia dewasa




Nak sembuh pun bukan mudah.

Ikuti perkongsian dari Encik Zamri Rosli yang pernah mengalami Chicken Pox yang Teruk.

Beliau terpaksa makan 'ubat' yang tak pernah beliau makan. Jom ikuti kisah beliau.





Seluruh Badan Dan Muka Menggelembung


Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli.

Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak.



Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox.

Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu.

Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.





Nak Ambil Sembahyang Dan Ke Tandas, Allah Saja Yang Tahu Pedihnya.


Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. 

Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.

Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. 

Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya..

Boleh nangis ooo.. 

Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.





Setiap hari "dipaksa" makan


Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. 

Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. 



Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh.

Cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.





Sampai ke Tekak Pedih Tak Terkira, 3 Hari Tak Lalu Makan


Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera.

Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni..

Magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak.


Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.





Kesan Cacar Mengering Selepas Makan 3 Produk


Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. 




Happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap..

Saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya..

"uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..

saya senyum je malas nak cerita..





Cara Hilangkan Parut Cacar Dengan Cepat


Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex..

saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka..

tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni.

Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.






Usia Saya Ni Mana Mungkin Kulit Boleh Pulih Semula


So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose,

walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..


Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya..

so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).





Kembalikan Keyakinan Dengan Shaklee


Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua,

akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. 



Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.


Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan.

Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!


Sekian, terima Kasih




Cara Buat Tempahan Produk Shaklee


Anda boleh whatsapp 019-3816167 (Pn Ida Ifaz) untuk membuat tempahan produk

Dapatkan HARI INI.

Friday, May 6, 2016

Seawal 14 Tahun Dah Ada Stretchmark, Wanita Ini Bingung dan Akhirnya...

Stretcmark bukan sesuatu yang asing untuk wanita. Apabila berlaku stretchmark, ia sangat mengganggu emosi kita.

Stretchmark ni setanding jerawat. Sekali dia keluar, mood mesti swing sebab ia akan menjejaskan penampilan kita.

Bila dengar stretchmark, orang selalu ingat stretchmark pada ibu hamil sahaja. Tetapi ada seorang wanita mengalami stretchmark pada usia remaja iaitu seawal 14 tahun.

Pelik kan?

Ya. Itulah hakikatnya

Jom ikuti kisah sahabat saya ini


Perkongsian Puan Nurul Hazwani Hamzah

Stretch marks. 

Ramai ibu2 yang mengalami masalah ini sepanjang kehamilan, terutama sekali apabila kandungan mencecah 8 bulan ke atas. Rasa stress setiap kali terpandang rekahan pada kulit yang dulu licin dan sekata.


Untuk saya, saya mengalami stretch mark jauh lebih awal. Seawal menjengah alam remaja; 13-14 tahun. 

Awal kan? 

Saya dulu, sangat kurus sewaktu di sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ditambah dengan perubahan hormon, (baru nak up orang kata) saya mula dapat berat seimbang.


Tapi kesannya, saya mula perasan terdapat stretch marks pada kawasan-kawasan tertentu pada tubuh saya. 

Gelap dan hodoh. 


Memang sebagai remaja, saya akui saya rasa sangat rendah diri.
Masalah ini tidak pernah selesai, sehinggalah bertahun-tahun kemudian.





Dari Seteguk Susu..

Suatu hari, kalau tak silap pada 2012, Master Hadha perkenalkan saya dengan ESP. 

Asalnya beliau beri saya cuba segelas di rumahnya. 


Kata Master Hadha, bagus untuk lapik perut sambil boleh meningkatkan metabolisme, maklumlah saya bekerja shift adakalanya makan tak menentu lagi pula letih melayan Adam Dzikri yang baru menginjak 2 tahun masa tu.

Seteguk saya rasa, mm sedap. 

Saya beli 1 canister ESP dengan harapan siapa tak nak kurus kan? Hehe


Rupa Terbaru ESP




Sesuatu Yang Tidak Disangka-sangka Berlaku

Pada suatu hari, lebih kurang 2 bulan selepas mengamalkan ESP, saya perasan yang garisan gelap stretch marks pada tubuh saya semakin pudar. 

Eh, biar benar, detik hati saya. 

Untuk kepastian, saya hubungi Master Hadha. Alhamdulillah, memang betul rupanya. Haruslah saya teruja dan konsisten terus minum ESP.

Rupanya boleh berkurang kesan stretch marks ni ye. 



Saya Masih Setia Sehingga 4 Tahun

Sekarang dah masuk tahun ke 4 saya mengamalkan ESP. 

Kesan rekahan pada kulit saya hampir- hampir tak kelihatan. 

Secara tak langsung keyakinan diri pun bertambah, sampaikan nak bercakap depan orang ramai pun rasa yakin je.

Seronok sangat!





ESP Shaklee Yang Awesome

ESP adalah produk hot-seller Shaklee
Berbentuk serbuk dan diperbuat dari soya non-GMO.

Non-GMO bermaksud ia tidak diubah genetiknya. Contoh tumbuhan yang telah diubah genetik adalah tembikai yang tiada biji.




Cara minumnya adalah dengan membancuhnya dengan air suam atau air sejuk.


Antara kelebihan ESP yang dikenalpasti adalah

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
  • Membantu hilangkan parut jerawat di muka
  • Memberi tenaga berpanjangan
  • Menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan
  • Mengawal paras kolesterol
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Dapatkan ESP anda HARI INI untuk bantu kurangkan masalah stretchmark anda.

Hubungi Puan Ida (019-381 6167) untuk membuat tempahan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...