Thursday, September 17, 2015

Topeng N95 dan Jerebu: 3 Langkah Mudah Untuk Memakainya

Semalam kerajaan telah mengumumkan semua sekolah ditutup kerana tahap jerebu yang melanda negara semakin membimbangkan.

Semua sekolah di Putrajaya, Selangor dan kawasan berhampiran dan mempunyai indeks pencemaran yang tinggi diarahkan tutup dan semua pelajar dibenarkan bercuti.

Ya. Jerebu boleh jejaskan kesihatan kita. 

Akhir-akhir ini, ramai anak-anak yang alami demam dan kurang sihat kerana terdedah dengan jerebu.


Apa itu Jerebu?

Jerebu nampak macam keadaan di negara sejuk dan berkabus. Tapi sebenarnya keadaan berkabus tu adalah kerana ada partikel bahan pencemaran tinggi dalam udara.

Keadaan ni boleh jejaskan kualiti udara kita, boleh kurangkan jarak penglihatan.

Suasana pun nampak redup walaupun dalam terik panas matahari.





Topeng Muka Yang Betul

Kebanyakan kita ramai yang anggap topeng yang macam doktor-doktor pakai tu (surgical mask) adalah topeng yang sesuai untuk jerebu.

Rupanya tidak.
Ramai yang tersilap.

Topeng yang sesuai mengelak partikel halus dalam udara masuk ke rongga pernafasan kita adalah topeng N95





Astro Awani juga ada mewar-warkan tentang topeng N95 yang sesuai untuk jerebu. Sila Klik Video di bawah.




Pelbagai jenis topeng N95 berada di pasaran.





3 Langkah Mudah Untuk Pakai Topeng N95






Cara lindungi diri dari jerebu

Kita perlu minum air yang banyak ketika jerebu. Ini kerana badan kita boleh membuang toksin yang terserap dalam kulit melalui air kencing.

Kita juga tidak digalakkan melakukan aktiviti luar yang banyak.

Pintu dan tingkap di rumah perlu ditutup supaya kurang kesan jerebu masuk ke dalam rumah.



Dapatkan Nutriferon dan Performance Drink untuk kekal sihat ketika musim jerebu ini HARI INI.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...