Sunday, April 21, 2013

10 Kelebihan Utama Kurma

Kurma terkenal apabila tiba bulan Ramadan. Ramai peniaga tidak akan ketinggalan untuk menjual kurma menjelang bulan Ramadan kerana ia disunnahkan untuk dimakan ketika berbuka. Namun begitu, tidak ramai yang sedar kelebihan dan kebaikan makanan sunnah ini.



10 Kebaikan dan Kelebihan Utama Kurma.

1. Kurma adalah Bebas Kolestrol dan Rendah kadar lemaknya. Ia kaya dengan minerals dan vitamins.

2. Ia kaya dengan protein, serat dan juga kandungan B1, B2, B3 dan B5 beserta vitamin A1 dan C.

3. Ia meningkatkan sistem penghadaman kerana ia mengandungi serat boleh larut dan serat tidak boleh larut dan beberapa jenis asid amino.

4. Kurma adalah pemberi tenaga segera yang hebat kerana ia mengandungi glukosa, sukrosa dan fruktosa.

5. Kurma kaya dengan potassium dan rendah sodium. Ia membantu untuk mengawal sistem saraf. Kajian mendapati, pengambilan potassium cukup pada tahap tertentu boleh mengurangkan risiko strok. Kurma juga dapat membantu merendahkan kolestrol LDL (kolestrol jahat)

6. Kurma kaya kandungan zat besi (iron) dan membantu mencegah anemia. Pesakit anemia digalakkan untuk makan kurma untuk pemulihan. Kurma juga mempunyai kandungan flourine yang melembapkan kerapuhan gigi.

7. Ia membantu mereka yang sembelit. Rendam kurma semalam dan makan ia dengan air untuk mendapatkan kesan yang baik.

8. Ia juga dapat menguatkan tenaga keintiman. Rendam segenggam kurma dalam susu kambing semalaman. Kisar kurma beserta susu pada waktu pagi dan campurkan madu serta serbuk buah pelaga, kemudian minum.

9. Kurma juga membantu meningkatkan berat badan kepada mereka yang sangat kurus.

10. Ia membantu menyembuhkan barah. Ia tidak meninggalkan sebarang kesan pada badan dan berfungsi dengan baik seperti ubat-ubatan. Ia juga mengurangkan masalah penglihatan dan membantu mengurangkan rabun malam.

sumber : http://www.indiaparenting.com/health/325_3792/top-10-health-benefits-of-dates.html


dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

2 comments :

norfaziela mohd noor said...

Tengah minum kurma blended dengan Esp, boleh menguatkan tenaga keintiman jugak ke puan. macam dalam article puan ada sebut. insyAllah membantu kan puan.

Unknown said...

wow banyaknye khasiat kurma...info yang bermanfaat
http://www.sayangabang.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...