Friday, November 7, 2014

Kolestrol Tinggi: Turunkan Paras Kolestrol Tanpa Makan Ubat?

Bila sebut kolestrol tinggi, ramai yang tak berapa ambil berat.
Cuba kita sebut sakit jantung dan stok? Apa perasaan anda? Rasa lebih takut kan?

Ya. Sakit Jantung dan Strok membawa kesan tak elok, ada juga membawa mati, tapi ramai tak sedar yang sakit jantung dan strok adalah berpunca dari kolestrol tinggi. 



Macamana Kolestrol boleh buat sakit jantung?

Kolestrol ada dua. Kolestrol jahat (LDL) dan kolestrol baik(HDL). Kolestrol jahat (LDL) yang tinggi boleh bawa partikel kolestrol dan melekat kat dinding salur darah.

Makin lama makin banyak kolestrol melekat kat dinding salur darah, darah nak mengalir pun susah. Jantung pun kurang dapat darah yang beroksigen, berlakulah serangan sakit jantung.

Bila salur darah ke otak tersumbat pula, itu penyebab kepada serangan strok. Strok boleh jadi penyebab lumpuh. Satu benda tak boleh buat jika kena serangan strok.

Kesian.




Rendahkan Kolestrol Tanpa Makan Ubat?

Sekarang ni, bukan orang tua je yang kena serangan jantung, orang muda pun bertambah ramai. Selebriti Hani Mohsin telah kembali kerahmatullah kerana serangan jantung pada umur 41 tahun. Tak pernah terjangka insan popular ini pergi dahulu dari orang lain.

Sedih bila orang tersayang pergi dengan mengejut tanpa pesan.
Anak-anak dan ahli keluarga menangis sayu.

Ramai yang masih tak sedar keburukan kolestrol tinggi

Allahyarham Hani Mohsin ketika rebah akibat serangan jantung mengejut


Ramai yang mencari ikhtiar lain dan tak mahu bergantung dengan ubat. Ubat pun ada kesan jangka panjang yang tak elok. 

Memang best bila kolestrol dapat dikurangkan tanpa makan ubat, dan ada yang BERJAYA. 

Tak Percaya?
Jom tengok testimoni ini.




Omega Guard? Eh Apa tu?

Omega Guard adalah produk kegemaran ramai, minyak ikan terbaik dari pasaran. Ia boleh turunkan paras kolestrol dan kurangkan risiko terkena serangan jantung. 

Berikut adalah 7 sebab anda perlu pilih Omega Guard berbanding minyak ikan jenama lain di pasaran.

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


omega3


Dapatkan Omega Guard hari ini hanya RM136
Mencegah lebih baik dari mengubati.


Monday, November 3, 2014

3 Sebab Anda Rugi Jika Tiada Walau Sebotol Omega Guard di Rumah

Ayat power tu. Anda mungkin nampak tajuk ini seperti mengarut, tetapi di akhir entri ini pasti anda ingin membeli bukan 1 botol, tapi berbotol-botol omega ini.

Anda pasti rugi
Anda sangaaat rugi.
Omega Guard adalah minyak ikan terbaik yang ramai tak tahu kelebihannya. Walaupun nampak macam sama dengan jenama lain, tetapi Omega Guard sangat berbeza.

Bila tak kenal, maka tak cinta, dan tak teruja nak beli.
Jadi, di sini saya nak senaraikan 3 sebab anda rugi tahap tertinggi jika tiada sebotol pun Omega Guard di rumah.

Pasti rugi.




Sebab #1:Omega Guard Mesra Sekeluarga. 
Apa pasal pula mesra?

Haa. Kalau web tu dikatakan mesra pengguna, maksudnya ia disukai pengguna kerana mudah digunakan. Jadi, bila Omega Guard ni mesra sekeluarga, ia memang digemari seluruh ahli keluarga.

Dari ibu, ayah, mak, nenek, anak, dan tak terlepas anak dalam kandungan memang boleh dapat kebaikannya:

Ibu hamil / menyusu : untuk kecerdasan minda anak dalam kandungan
Ayah : untuk tenaga dan rendahkan paras kolestrol, kurangkan buncit
Anak Dara : Omega 3 boleh elak pembentukan prostaglandin yang jadi penyebab senggugut
Kanak-kanak: Tingkatkan kecerdasan otak/minda
Atok dan nenek : Sebagai pelincir dan elak keradangan pada sendi yang sakit
 Abang Obesiti : Boleh kurangkan berat badan.

Wow. Memang mesra sungguh Omega Guard ni.



Sebab #2 : Menjimatkan

Saya biasa dengar keluhan bakal pengguna, "Eh, banyaknya sampai 90 biji, saya nak cuba aje"

Ya. Bakal pengguna ni tak tahu, Omega Guard ni bukan macam ubat. Bila dah di preskrip untuk seorang, orang lain tak boleh makan. Padahal, satu keluarga boleh makan.

Sebotol Omega Guard tak perlu dibazirkan kerana SELURUH ahli keluarga boleh dikongsi bersama. Anak boleh makan, mak boleh makan, nenek boleh makan.

Tiada istilah, nanti tak terhabis dengan sebotol Omega Guard sampai expired. Kan JIMAT tu.

Mula mula nak cuba, tiba-tiba dah habis. Eh. Terpaksa beli 1 lagi.




Sebab #3 : Omega Guard ni lebih istimewa

omega3

Haa.. tengok gambar pun dah boleh nampak beza kan? Ini bukan overclaim, ini berdasarkan kajian.

Special tak?
Jom tengok apa lagi KEISTIMEWAAN Omega Guard berbanding produk lain.


7 Beza Omega Guard dengan produk lain adalah:

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Saya sendiri makan Omega Guard dan berkongsi dengan suami dan anak. Memang best kesannya, lebih seronok bila tengok perut suami dah kurang buncitnya.

Omega guard bukan ubat kurus, ia hanya makanan tambahan, tapi kesannya sangat meluas. Bagusss sangat dengan mereka yang tak terkawal gaya hidup kurang sihat seperti pemakanan tidak sihat dan mudah stress. 


Testimoni Omega Guard

testi og3testi og2testi og1

Dapatkan 90biji Omega Guard anda dengan hanya RM136 SAHAJA


Friday, October 31, 2014

10 Kelebihan Omega 3, Minyak Ikan Shaklee Adalah Terbaik?

Kita banyak jumpa Minyak Ikan yang dikapsulkan. Banyak sangat jenama di pasaran. Tapi tahukah kita macamana nak pilih minyak ikan terbaik?

Banyak spesifikasi yang kita boleh semak supaya minyak ikan yang kita pilih adalah pilihan terbaik.
Shaklee juga adalah menyediakan minyak ikan di panggil Omega Guard Shaklee.






Kelebihan Omega Guard berbanding Brand lain.

1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.


2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran



10 Kebaikan Omega 3 dalam Minyak Ikan Terbaik di Dunia.
Omega 3 digunakan untuk:


Sumber : http://benefitsofomega3.org/

1. Kesihatan Jantung dari Omega 3

Beberapa kajian membuktikan kebaikan Omega 3 adalah untuk mengelak dan merawat sakit jantung. Lemak baik ini boleh merendahkan paras keradangan (inflammation), merendahkan triglycerides dan mengelakkan darah tersumbat yang boleh membawa maut.


2. Tekanan darah tinggi

Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.


3. Diabetes.

Pesakit diabetes mempunyai triglyceride(lemak dalam darah) yang tinggi dan paras HDL rendah. Omega 3 dari minyak ikan boleh merendahkan paras triglycerides dan Apo proteins (petanda untuk diabetes) dan meningkatkan HDL, makan mengambil supplement minyak ikan boleh membantu pesakit diabetes. Namun, pesakit diabetes Jenis 2 boleh mengalami peningkatan gula dalam darah apabila mengambil minyak ikan dan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


4. Barah Payudara

Walaupun beberapa pakar tidak setuju, wanita yang mengambil Omega 3 dalam beberapa tahun mungkin kurang risiko mengidap barah ini. Kajian terperinci perlu dibuat untuk mengenalpasti adakah Omega 3 membantu mengelakkan barah ini.


5. Barah Prostat

Satu kajian terhadap tikus yang telah dikenakan genetic barah ini. Pemakanan yang tinggi Omega 3 boleh melembabkan pembentukan tumor dan perkembangan sel barah dan meningkatkan peluang untuk sihat. Namun, kajian ini belum disahkan ke atas manusia.


6. Barah Kolon(usus)

Kebaikan Omega 3 boleh mengurangkan risiko terkena barah ini. Sebagai contoh, orang Eskimo, mempunyai pemakanan tinggi Omega 3 dan mereka mempunyai risiko mempunyai barah ini yang sangat rendah.


7. Senggugut

Kajian terkini menunjukkan Omega 3 boleh mengelak pembentukan prostaglandins. Prostaglandins menyebabkan senggugut dalam uterus.


8. Ibu mengandung dan menyusukan anak.

Kebaikan Omega 3 kepada wanita mengandung dan menyusukan anak adalah pada pembentukan otak bayi. Ia meningkatkan paras IQ.


9. Keguguran

Pengambilan ikan dan suplemen omega 3 boleh mengurangkan kebarangkalian keguguran berulang atau dikenali simdrom antiphospholipid.


10. Tekanan

Saturday, October 25, 2014

Sakit Migrain Hilang : Selamat Tinggal Pain Killer dan Paracetamol

Migrain memang sakit.
Sangat sakit. Orang yang sakit migrain sahaja yang tahu macamana sakitnya. Rasa macam nak hantuk-hantuk kepala.

Sakit migrain biasanya serang sebelah kepala sahaja. Ada yang kena migrain sampai 2 jam, ada yang kena paling lama sampai 3 hari. Satu kerja tak boleh buat. Selagi tak makan pain killer dan paracetamol, selagi tu migrain tak hilang.

Menurut Dr Zubaidi, Migrain ni ada kaitan dengan keturunan sebab kebanyakan yang ada migrain kata ibu dan ayah mereka pun ada migrain.






Selamat Tinggal Pain Killer dan Paracetamol

Bukannya elok pun makan pain killer dan paracetamol untuk migrain. Lega sekejap aje pun. Dan kalau makan kerap, boleh effect buah pinggang.

Ada satu artikel dalam majalah iSihat, edisi ke berapa saya tak ingat. Ada seorang sportman yang kena sakit buah pinggang sebab kerap sangat makan pain killer sebab migrain. Aktif bersukan tapi masih kena sakit.

Ada cara nak kurangkan serangan migrain. Tanpa ubat tau. Memang berkesan.
Tak percaya?
Boleh tengok testimoni ini.




CoqHealth dan migrain

Melalui blog Dr Zubaidi, ada satu kajian menarik tentang Coq10 dan migrain. 

Dalam satu jurnal, beberapa orang saintis dari Jabatan Neurology, Cincinnati Children's Hospital Medical Care, Amerika Syarikat telah memberikan hipotesis bahawa sakit kepala migrain boleh disebabkan oleh kurangnya coq10 dalam badan.

Dari blog vitguide.com, Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Koenzim Q10(CoQ10) sebagai pencegahan migrain dilaporkan mengalami pengurangan diserang migrain sebanyak 50% dalam tempoh tiga bulan kajian . Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam migrain dan sakit kepala.



Apa itu Coq10?

Coq10 ni macam enzim, Dia dibina dalam badan dan berkurang mengikut usia. Tapi, kita boleh dapatkan dari makanan juga. Kurangnya coq10 dalam badan boleh jadi punca sakit kepala.


Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya.

Pada usia 40 tahun, jantung kita haya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.



Cadangan produk Shaklee lain untuk migrain adalah:



Dapatkan COQHEALTH PLUS (RM124 sahajaanda HARI INI.


7 Cara Fokus Dalam Belajar: Rahsia Jadi Pelajar Terbaik

Nak berjaya memang tak mudah
Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.

Apa jadi bila tak fokus?
Kita akan membazir masa. Contohnya, ada 2 jam untuk belajar tapi yang betul-betul kita fokus hanya 15 minit.
Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB dan Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak tahu  2 jam tu dapat belajar apa je,


Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan. Muhasabah diri dan cari punca kenapa kita gagal. Seorang Motivator,  Puan Lyna Noh ada jawapan bagaimana BANGKIT dan muhasabah diri dari kegagalan.

Cara nak fokus boleh belajar. Penting sangat kita tahu cara betul untuk fokus. Lebih Fokus, lebih banyak masa effektif kita, lebih banyak kita belajar dan tak mudah panik di saat-saat akhir.

Jom Semak 7 Cara untuk Fokus dalam Belajar.






Cara #1: Cari tempat belajar yang sesuai.

Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.





Cara #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar. 

Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.




Cara #3: Cari teman belajar 

Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.

Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

Tips pilih teman belajar:

1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.

2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.






Cara #4: Pilih snek sesuai

Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.





Cara  #5: Take 5

Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.

Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.

2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.






Cara #6: Rasakan Bahang Motivasi

Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,

Tips kekal motivasi:

1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.

2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.

"Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri". Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?


3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flet, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.






Cara #7: Duduk dan Belajar

Dah cuba cara 1 - Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk poin penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca

Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang (Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?

Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.



Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.

Monday, October 20, 2014

2 Produk Shaklee Ini Buat Customer Saya Bertambah Sakit | Saya Pasti Berhati-hati

Sakit?
Pelik kan?
Patutnya makan supplemen Shaklee bertambah sihat, kenapa makan produk Shaklee jadi sakit pula?
Apa dua produk tu?

Jangan panik semua.
Ya betul. Memang customer saya akan bertambah sakit bila ambil 2 produk ini. Saya tak tipu.
Tapi sakit bukan erti kata produk Shaklee tak bagus.


Ia adalah kesan Healing Crisis.

Healing Crisis?
Apa itu Healing Crisis?
Proses Healing Crisis adalah proses bersihkan dan bina semula sel badan yang dirosakkan oleh radikal bebas. Salah satu proses adalah buang toksin dalam badan, kita akan mengalami keadaan yang tidak selesa. Baca mengenai Healing Crisis di SINI

Jangan risau, ia takkan ambil masa lama.

Mengikut pengalaman lebih 2 tahun menjadi pengedar Shaklee, saya perasan ada 2 produk Shaklee yang utama yang memberi kesan Healing Crisis yang ketara:
1) Alfalfa
2) Advanced Joint Health Tablet

Produk yang lain juga ada beri kesan, ia bergantung kepada badan pengguna Shaklee.






Healing Crisis yang Mengambil Alfalfa

Alfalfa terkenal dengan sifat superbnya membersihkan usus dan membuang toksin. Set paling popular yang ada Alfalfa adalah Set Kurus. Selain dari untuk kurus Alfalfa juga popular untuk:
1) Merawat keputihan
2) Menjadi perapat untuk wanita
3) Menghilangkan alergi

Healing Crisis yang biasa dihadapi oleh customer saya adalah sakit kepala dan rasa nak demam. Ia berlaku kerana toksin sedang dibuang oleh badan.

Pengguna perlu minum air dengan lebih banyak dan kurangkan dos. Sesiapa yang mengalami healing crisis tidak disarankan BERHENTI makan alfalfa tetapi hanya kurangkan dos sahaja.






Healing Crisis yang Mengambil AJHT

AJHT adalah supplemen dengan formula vegetarian, diperbuat dari ekstrak jagung yang boleh bantu mengurangkan sakit sendi terutama golongan berumur dan warga tua.

Healing Crisis paling ketara yang dialami oleh mereka adalah rasa sakit pada sendi atau lutut yang sakit. Ia menunjukkan kesan positif kerana ternyata supplemen ini serasi dengan badan mereka dan mempunyai tindakbalas yang bagus.

Biasanya Healing Crisis akan dialami dalam masa seminggu hingga 2 minggu sahaja, dan tempat yang sakit akan terasa ringan dan bertambah pulih dengan izin Allah.


Healing-healing crisis lain boleh di semak DI SINI.

Pesanan saya, jangan cepat putus asa bila mengalami healing crisis. Ia hanya kesan sementara sebelum kesakitan dan masalah kesihatan kembali normal seperti biasa.

Banyakkan minum air dan berehat ketika Healing Crisis berlaku.


Jom dapatkan Produk Shaklee dari saya hari ni.


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Sunday, October 19, 2014

Sejak Ia Hilangkan Gemuruh Saya, Kini Saya Jadikan Ia Hobi

Mesti tertanya-tanya apa bendanya kan?
Nampak suspen
Tapi ia satu perkara mustahil yang kini jadi tidak mustahil kerana HOBI baru saya ini.

Satu ketika dahulu, saya seorang yang mempunyai darah gemuruh yang sangat kritikal. Saya seorang yang adventure, saya sukakan cabaran, tetapi kelemahan ini telah menyebabkan banyak benda saya mustahil nak capai.

Walaupun ada kelemahan ini, saya tetap seorang pemimpin satu ketika dahulu.

Saya seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti saya satu tika dulu. Memikirkan betapa teruknya saya bercakap sebagai seorang leader dahulu kerana gemuruh, saya telah isytihar salah satu perkara mustahil untuk saya adalah menjadi pengacara majlis. Haha.

Perkara paling memalukan bagi saya adalah ketika satu conference yang saya hadiri di USM. Salah seorang panel ketika itu adalah menteri. Saya hanya ingin bertanya soalan, tetapi kerana gemuruh, mulut saya yang bergerak, suara tak keluar.

Bersama Arwah Dr Lo Lo ketika ke Kongres bersama adik

Salah seorang pemimpin tertinggi di Kolej di UPM


Ahli panel kesian kat saya, sehingga menyuruh saya tulis soalan pada kertas. Saya sangat malu.

Saya berjaya melepasi ujian bertulis lapisan pertama Pegawat Tadbir Diplomatik (PTD), tetapi kerana saya gemuruh, saya gagal melepasi ujian public speaking.

Gemuruh saya tetap ada walaupun saya menjadi pensyarah.

Jika saya perlu handle meeting yang dihadiri oleh 5 - 6 orang sekalipun dikalangan rakan sekerja, saya tetap tak boleh control gemuruh saya.

Macam-macam cadangan untuk hilangkan gemuruh saya buat, tapi tak semua jadi sehinggalah saya jumpa buku ini.

Buku Magic Saya

Betul.
Buku yang berjaya hilangkan gemuruh saya. Seingat saya, buku ini saya terfikir nak beli dari group coaching Shaklee saya.

Bab ke 3 dari buku ini sangat membuka mata saya. Build Confidence, Conquer Fear. Page 49.

Rupanya masalah gemuruh saya adalah berpunca dari kurang confidence pada diri saya sendiri. Saya sangat memikirkan apa orang kata kepada saya, saya rasa 'kecil' berbanding orang lain. 

"Keep this two points in mind when dealing with people. first: the other fellow is important. Emphatically, he is important. Every human being is. 
But remember this, also: You are important too. So, when you meet another person, make it a policy to think,"We're just two important people sitting down to discuss something of mutual interest and benifits"

Ada banyak lagi kata-kata dalam buku itu yang mengetuk minda saya, saya tak patut rasa 'kecil' lagi berbanding orang lain. 

Dan, automatik, darah gemuruh saya berkurang. Kini saya boleh bercakap dengan selesa bersama orang lain. Oh bahagia. 

Yang kelakarnya, sejurus selepas saya baca bab itu, saya terus ingin tegur ketua jabatan saya, yang selama ini kalau saya nampak beliau dari jauh, saya pasti pusing cari jalan lain supaya tidak bertembung. Kantoi! hahaha.


Panjangnya cerita sebelum saya declare apa HOBI saya.

Ya. Hobi saya adalah Membaca Buku Self Help / Motivasi

Buku Favourite saya sehingga kini adalah THINK BIG. 



5 Buku Self Help Favourite saya adalah:

1) Law of Universal Attraction



2) Who Move My Cheese




3) No Excuse from Brian Tracy




4) 21 Kunci Pemimpin Efektif




5) The Success Principle Edisi Bahasa Melayu


Dan banyak lagi buku Self Help yang saya kumpul sikit demi sikit.

Saya tidak suka membaca satu tika dulu. Benarlah apa yang Dr. Muhaya kata. Kita adalah apa yang kita baca. Banyak perkara baru saya belajar dari membaca.


  • Saya belajar buat Vision Board dari buku Law of Universal Attraction


  • Saya dah kurang layan perasaan frust bila gagal buat sesuatu, kesan dari buku Who Moved My Cheese


  • Saya kejar mentor-mentor, hadiri pelbagai majlis ilmu walau ada halangan, hasil 'hasutan' dari buku No Excuse.
  • Saya sedar saya perlu buat mentee saya rasa dihargai dan termotivasi selepas baca buku 21 Kunci Effektif
  • Dan saya belajar bagaimana menulis impian dengan betul dari buku Success Principle Edisi Bahasa Melayu. 



Walaupun asyik kena bebel dengan suami kerana buku-buku saya tidak tersusun dan di mana-mana ada terutama berdekatan dengan katil (masa membaca saya adalah ketika baring menyusukan anak dan sebelum tidur), saya doa semoga Allah kekalkan hobi saya ini kerana banyak lagi benda tak elok saya nak ubah dari dalam diri saya.

Ayat macam POYO. Yes POYO is stand for Proud Of Your Own.

Terima Kasih Mentor dalam Shaklee yang banyak ajar saya perkara yang saya tak tahu selama ini. Perubahan besar dalam diri saya selepas masuk Shaklee bukanlah bonus 4 angka yang saya dapat setiap bulan, tapi A NEW ME. Perubahan kepada seorang yang berbeza dari sebelum ini.

Syukur. Alhamdulillah.

Saturday, October 18, 2014

9 Kebaikan Garlic Shaklee Pilihan Ramai Yang Nak Sihat Tanpa Ubat

Garlic Shaklee tidak sepopular Vitamin C Shaklee tapi kelebihan dan kebaikannya tak kurang hebat.

Tak ramai orang boleh makan garlic secara mentah, dengan adanya kapsul Garlic Shaklee memudahkan ramai orang menikmati kelebihan Garlic yang menakjubkan.

Menurut web alliforce.com, Garlic dah lama digunakan sebagai bahan semulajadi untuk mengubati banyak penyakit.

Dikatakan, pekerja yang membina piramid Giza makan Garlic untuk kekal cergas di zaman pemerintahan Firaun.

Orang Roman juga iktiraf garlic sebagai ubat mujarab sehingga dipercayai boleh halau hantu dan ilmu hitam.

Anda juga biasa lihat kartun vampire lari bila terbau bau garlic yang enak kan?



Kenapa kena pilih Garlic Shaklee berbanding yang lain?

Garlic yang dipilih adalah yang ditanam secara organik di California, USA. Ia tak disembur dengan bahan perosak dan dipilih dari jenis yang berkualiti.

Cara buat dia eksklusif tau. Secara klinikal, ia diproses tanpa haba untuk kekalkan satu bahan hebat dalam Garlic iaitu Allicin aktif.

Garlic Shaklee ada ditambah dengan 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint

Setiap 2 tablet Garlic Shaklee bekalkan 1000mg ekstrak Garlic tulen yang menyamai 2 ulas garlic segar.



9 Kebaikan Garlic Yang Menjadi Pilihan Ramai






Kebaikan Garlic Shaklee #1: Mengandungi Spearmint
Garlic Shaklee ada dicampur sejenis herba namanya Spearmint. Fungsi Spearmint adalah untuk tingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung






Kebaikan Garlic Shaklee #2: Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi
Bila kita sakit, selalu juga doktor bagi antibiotik untuk bunuh bakteria. Antibiotik yang doktor bagi bagus, tapi kalau kita asyik selalu ambil, kesannya sangat tidak baik. Kita boleh terkena kerintangan antibiotik di mana bakteria dah imun dengan antibiotik.

Garlic pula antibiotik semulajadi. Kita tak risau nak makan Garlic sebab selamat untuk kegunaan jangka masa panjang.

Ia boleh tingkatkan sistem imun badan, halang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.






Kebaikan Garlic Shaklee #3: Menghalang Alergi
Garlic Shaklee boleh tingkatkan sistem imun badan dari penyakit seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.






Kebaikan Garlic Shaklee #4: Mempertingkatkan Sistem Penghadaman
Rupanya bukan Peppermin Ginger Shaklee sahaja yang boleh bantu tingkatkan sistem
penghadaman, Garlic Shaklee juga.

Ia juga boleh kurangkan masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.






Kebaikan Garlic Shaklee #5: Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Fungsi Garlic ini setara dengan Omega Guard yang boleh turunkan tekanan darah tinggi.

Ada kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 poin.

Lelaki dalam video di bawah mengalami Tekanan Darah Tinggi yang kronik sampai tak boleh bangun, Jom ikuti detik cemas beliau dan cara beliau atasi masalah ini.


Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.






Kebaikan Garlic Shaklee #6: Detoksifikasi
Detoksifikasi adalah proses buang toksin dari dalam badan. Badan akan kembali cergas dan aktif bila toksin dalam badan dapat dikeluarkan.

Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan kadmium adalah logam toksin yang akan menaikkan tekanan darah.

Garlic juga boleh lindungi sel-sel darah dari kemusnahan logan dan halang kerosakan hati oleh bahan kimia.






Kebaikan Garlic Shaklee #7: Menurunkan kolestrol
Kolestrol sangat bahaya. Bila bacaannya sangat tinggi, kita boleh kena strok atau sakit jantung.

Garlic boleh turunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan bekuan darah. Selain itu, ia boleh tingkatkan HDL, lindungi jantung dan halang strok dan penyakit koronari.






Kebaikan Garlic Shaklee #8: Bantu Cegah Kanser
Garlic bantu elak dan rawat kanser dengan kurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine






Kebaikan Garlic Shaklee #9 : Menstabilkan Glukos dalam Badan
Ini berita baik untuk pesakit diabetis. Garlic boleh bantu stabilkan glukos dalam badan.




TESTIMONI










Harga Garlic Shaklee hanya RM47 untuk 60biji

Dapatkan HARI INI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...