Wednesday, October 15, 2014

Restoren Kegemaran : Warung Mee Calong Beserah | Cabaran 7 Hari Entry

Kalau sebut mee calong, ramai yang akan fikirkan tempatnya.

Ya. Mee Calong adalah makanan popular di Beserah Kuantan. Kuantan banyak tempat, tapi spesifik tempat yang terkenal dengan Mee Calong adalah di Beserah.

Saya pun tak pernah kenal Mee Calong tu apa sehingga saya menetap dan membeli rumah di area Beserah. Nak tahu apa itu mee calong?

Mee calong ni macam mee sup, tapi dia ada tambahan fish ball, telor dan tauhu goreng dalam dia.



ehsan gambar google


Banyak tempat jual mee calong di Beserah, tapi ada satu tempat favourite saya adalah Warung Mee Calong Beserah dan Keropok Beserah

ihsan gambar google


Satu perkara yang ramai orang tidak tahu adalah saya tak suka makan mee kuning. Saya lebih prefer meehoon dan kueteow dari mee kuning.

Tapi warung / restoren ni tak guna mee kuning biasa yang di jual di kedai. Rasa mee kuning dalam Mee Calong Warung ni macam rasa mee lidi. Saya sangat suka sebab takde rasa kapur macam mee kuning biasa.

Senang aje nak jumpa warung ni. Ia berhadapan dengan Petronas Beserah dan dia ada di tepi jalan aje. Signboard besar dan senang nampak.

Rugi sangat kalau datang Beserah dan tak singgah sini. Jom singgah.

Tuesday, October 14, 2014

10 Makanan Utama Tinggi Vitamin C Yang Anda Tidak Jangka

Vitamin C adalah vitamin larut air dan antioksidan penting yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan gusi, penyembuhan luka dan meneutralkan radikal bebas. Vitamin C terdapat dalam banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, serta bijirin. Keperluan harian yang disyorkan adalah berbeza-beza mengikut jantina (75 miligram untuk wanita dan 90 mg untuk lelaki setiap hari). Jika anda adalah seorang perokok, wanita hamil atau wanita yang menyusukan bayi, kandungan Vitamin C yang diperlukan adalah lebih tinggi.

Berikut adalah 10 Makanan Utama yang mengandungi Vitamin C yang tinggi



Makanan #1: Bell Peppers
Bell Peppers adalah salah satu daripada sumber Vitamin C terbaik.
Bell Peppers Merah mengandungi lebih banyak vitamin C daripada Bell Peppers Hijau.

Satu hidangan (2/3 cawan) - 100 gram - atau kira-kira satu biji Bell Peppers merah kecil, mempunyai 125 mg vitamin C. Ini adalah 140 peratus daripada keperluan harian Vitamin C yang disyorkan untuk lelaki dan 165 peratus bagi wanita.

Bell Peppers Hijau mempunyai 80 mg vitamin C dalam saiz hidangan yang sama.






Makanan #2: Kiwi
Kiwi mempunyai kandungan Vitamin C yang paling tinggi berbanding semua buah-buahan.
Satu hidangan (100 g , 1 1/3 cawan buah kiwi) mengandungi 93 mg vitamin C, bersamaan dengan 103 dan 124 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita.






Makanan #3: Brokoli
Brokoli merupakan satu lagi sumber yang sangat baik vitamin C.
100g hidangan, yang merupakan kira-kira satu cawan, mempunyai kira-kira 90 mg vitamin C.
Ini adalah 100 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan 120 peratus bagi wanita.






Makanan #4: Betik
Betik juga adalah sumber yang baik vitamin C.
100g hidangan, yang merupakan dua pertiga daripada betik kecil, mempunyai kira-kira 61 mg vitamin C. Sebiji betik memberikan anda 96 mg vitamin C, yang sepadan dengan 106 dan 128 peratus daripada pengambilan harian bagi lelaki dan wanita, masing-masing.





Makanan #5: Strawberi
Strawberi mengandungi Vitamin C paling banyak dalam kalangan buah beri.
Satu hidangan 100 g, atau kira-kira kurang sedikit daripada dua pertiga cawan strawberi segar mempunyai 60 mg vitamin C.

Ini adalah 67 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan untuk lelaki dan 80 peratus bagi wanita.






Makanan #6: Oren
Bila sebut vitamin C pasti semua orang teringat oren.
Satu oren kecil - 100 g - mempunyai 53 mg vitamin C, yang sepadan dengan 60 peratus dan 71 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita, masing-masing.

Jus oren juga merupakan sumber yang baik vitamin C dan boleh mengandungi sebanyak 124 mg dalam satu cawan.






Makanan #7: Nanas
100g berkhidmat nanas, yang merupakan kira-kira satu persembilan buah keseluruhannya, mempunyai 48 mg vitamin C, yang sepadan dengan 53 peratus dan 64 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita, masing-masing.






Makanan #8: Tembikai Melon
Satu biji besar tembikai - 100 g - memberi 37 mg vitamin C, atau 41 peratus dan 50 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita, masing-masing.






Makanan # 9: Grapefruit
Limau gedang adalah satu lagi buah-buahan sitrus yang merupakan sumber yang baik vitamin C. Setengah merah jambu atau merah limau gedang - 100 g - mempunyai 31 mg vitamin C, yang sepadan dengan 34 peratus dan 41 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita , masing-masing.

Anggur putih mempunyai lebih sedikit dengan 33 mg vitamin C dalam 100 g berkhidmat. A limau gedang keseluruhan berat sekitar 250 g dan mempunyai kira-kira 77-80 mg vitamin C, menurut USDA.

Anda mungkin berminat membaca >> 25 Kebaikan Vitamin C untuk Kulit, Rambut dan Badan





Makanan #10: Bijirin
Selain daripada sumber semula jadi vitamin C, banyak bijirin telah diperkayakan dengan asid askorbik dan oleh itu, juga menyediakan vitamin.

Walau bagaimanapun, kandungan yang berbeza-beza ketara antara jenama yang berbeza dan jenis bijirin. Baca label makanan untuk memastikan bahawa bijirin yang telah diperkayakan dengan vitamin C.

100g  bijirin boleh mempunyai sehingga 200 mg vitamin C. Satu cawan adalah saiz hidangan yang biasa dan berat kira-kira 30 g. Ia boleh mempunyai kira-kira 61 mg vitamin C atau 68 peratus dan 81 peratus daripada keperluan harian untuk lelaki dan wanita masing-masing.

Sumber : http://www.livestrong.com


Vitamin C Shaklee



Dapatkan Vitamin C Shaklee Hari ni




----
Video Shaklee Effect #3
[Video] Lelaki Hampir Lumpuh Kembali Aktif Selepas Isterinya Hadiahkan SESUATU--- SILA KLIK GAMBAR --

Monday, October 13, 2014

2 Entry Kesihatan Terbaik dari Multivitaminbest.com | Blog Review

Hari ni saya nak buat review untuk blog pilihan.

Blog pilihan saya hari ni adalah blog Multivitaminbest.com

Blog ni banyak sediakan entri kesihatan yang menarik dan berguna untuk semua pembaca. Banyak tips yang baik dan sesuai diamalkan untuk mengekalkan kesihatan pada paras terbaik. 

2 Entri terbaik yang sangat saya suka untuk bulan Oktober 2014 adalah:


dan 







Entri 1 : 10 Cara Atasi Hormon Tidak Stabil.

Dari entri ini, banyak info yang saya baru tahu. Adakah anda tahu ada satu kelenjar yang kawal hormon?

Haa.. Ramai tak tahu kan? saya pun baru tahu. 

Banyak masalah kesihatan rupanya berpunca dari hormon tak stabil. Bila kita tak tahu punca macamana datangnya masalah tu, itu yang kita susah nak baik dari masalah kesihatan.
Yang penting, kena tahu punca masalah. 

Anda tahu ke salah satu masalah adalah stress?

Pasti anda tak jangka kan? Haaa. Anda wajib baca entri ni sebab 10 Cara atasi hormon tak stabil ni boleh baiki masalah stress anda. 







Entri 2: 6 Cara Kurangkan Senggugut Secara Cepat dan Semulajadi

Senggugut memang sakit kan? 
Ya.. Guling-guling tahan sakit. Ramai yang ambil cara mudah dengan makan pil tahan sakit. Bahaya tau pil ni. Boleh efek buah pinggang. 

Kalau ada cara yang selamat dan semulajadi, kenapa anda nak pilih cara bahaya kannnn?

Jom terjah entri ni dan baca cara-caranya. Anda pasti teruja. 



Tahniah Multivitaminbest.com dengan entri yang sangat menarik
Keep it up!

Friday, October 10, 2014

Resepi Overnight Oatmeal Mudah dan Sedap | Cabaran 7 Hari Entry

Overnight oatmeal dah jadi famous tiba-tiba. Makanan yang paling mudah nak buat, sedap dan berkhasiat ni memang best.

Kalau dah cuba buat overnight oatmeal, tiap-tiap pasti nak buat.

Sebenarnya saya dah tengok ramai yang buat overnight oatmeal. Macam best aje. Tapi tak rasa nak buat. Tapi, bila saya search di pinterest tentang overnight oatmeal, huwaaa... terus TERLIUR nak buat.


Haaaa.
Mana tak terliur tengok gambar overnight oatmeal. 
Nak lebih jelas lagi.. pergi ke http://www.pinterest.com dan search 'Overnight Oatmeal'
Pasti lepas tu nak beli bahan terus buat. 

Inspirasi saya adalah di blog ini --> http://www.theyummylife.com/Refrigerator_Oatmeal

Fridge_Oatmeal_collage1.jpg

Fridge_Oatmeal_collage2.jpg

Gambar tunjuk langkah demi langkah ni, memang rasa buat overnight oatmeal ni sangat mudah. Jadi saya pun terus terliur dan menggagahkan diri mencari bahan. 



Sebelum melihat cara membuat Overnight Oatmeal, jom dengar apa yang rakan saya seorang traveler cadangkan untuk mereka yang selalu travel dan selalu penat.

Mungkinkah dapatkan satu lagi jenis makanan seperti Oatmeal ini?



Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.



Bahan-Bahan Overnight Oatmeal Versi Tip Sihat Selalu


1/2 cawan Oat (bukan yang instant tu)
1/2 cawan susu low fat
1/2 cawan Greek Yogurt (yogurt biasa pun boleh)
Buahan-buahan (strawbery, kiwi, pisang, epal pun boleh)
** tambahan versi saya - 1 sudu susu pekat sebagai pemanis


Cara Buat. 

1. Dadukan buah-buahan dulu.





2. Ambil jar kosong (bekas apa-apa pun boleh, asalkan bertutup), letak Oat dulu.







3. Pastu campurkan 1/2 cawan susu






4. Campur pula 1/2 cawan yogurt






5. Campurkan 1 sudu besar susu pekat (tiada gambar) sebelum campurkan buah.






6. Tinggalkan dalam peti sejuk untuk semalaman. Tapi, oat tu lagi sedap buat dalam 2-3 malam, baru lembut dan sedap.


Selamat Mencuba

Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan | Cabaran 7 Hari Entry

Pertama kali saya terjebak dengan Shaklee adalah pada 2012.

Saya sebenarnya tercari-cari supplemen untuk saya tingkatkan tenaga. Maklumlah, anak lelaki ketika itu dah masuk 3 orang dan bekerja lagi.

Saya sangat penat setelah habis kerja dan selalu sangat teremosi, balik rumah dan marah-marah anak. Mungkin sebab penat. Saya dah cuba macam-macam. Cuba makan madu, VCO, habbatus sauda dan macam-macam lagi. Bukan saya kata produk itu tak baik, tapi tak sesuai dengan badan saya.

Sehingga saya berjumpa dengan Set Optimum Shaklee (Vitalea, Vitamin C dan BCompleks). Sehari-hari saya nampak lebih bertenaga terutama lepas makan Bcompleks.



Kesan B Compleks kepada saya

Lepas kaji sikit-sikit, rupanya BCompleks ni tukar makanan yang kita makan ke tenaga. Tak sempat nak rasa lemau dan mengantuk lepas lunch atau dinner, terus segar dan boleh buat kerja lepas makan BCompleks.



Kesan Vitamin C kepada saya

Vitamin C pula alternatif saya kepada panadol. Kalau saya sakit kepala, saya akan telan 2 biji Vitamin C dan kelegaan akan datang tak lama lepas tu.

Kesan paling saya nampak sekali adalah gusi saya dah tak berdarah. Sejak sebelum kahwin lagi, saya ada gusi berdarah. Memang saya ni, tak suka makan buah. Sayur saya makan, tapi rasa macam tak cukup.

Tak makan buah, maka vitamin C dalam badan saya kurang, Alhamdulillah, gusi saya dah tak berdarah dah lepas tu.

Saya saya recommend Set Optimum ni untuk kekal cergas terutama semua ibu-ibu yang busy bekerja di ofis atau 24 hours di rumah. Siapa lagi yang nak jaga kita kalau bukan diri kita sendiri..sebab ibu adalah tunjang utama dalam sebuah rumah.

Set Optimum Shaklee memang TERBAIK!

Eh Rupanya Sahabat saya ni pun dapat kesan yang sama!
Jom layan VIDEO ni


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.





Wednesday, October 8, 2014

Apa Yang Ada Dalam Handbag Saya | Cabaran 7 Hari Entry

Bersambung lagi cabaran blogging. Haha.
Cabaran paling mencabar buat setakat ini.

Jom tengok gambar


Jangan tertipu. Bukan ini sahaja ada dalam handbag saya. Baaaanyyaaak lagi. Tapi yang ini sahaja yang mampu di ambil gambar. Hihi

1. Purse - Macam biasa lah kan. Mesti ada dalam handbag

2. Buku Nota - Ni memang tak boleh tinggal. Banyak idea boleh catat walaupun on the go. Orang pelupa memang wajib bawa buku nota.

3. Termometer - Yang ni memang ada dalam beg tangan, senang nak pantau suhu anak. 

4. Gincu dan Bedak Compact 

5. Kabel - Ini adalah paling penting selepas purse dan handset. Sama penting dengan handset.

6. Pendrive - banyak benda penting dalam ni. Audio parenting pun ada untuk saya dengar dalam kereta. 

7. Stamp untuk alamat - Yang ni untuk saya cop alamat pada kertas pos laju bila nak pos. Alamat rumah panjang sangat, ada benda ni senang kerja dan jimat masa

8. Coqhealth - Vitamin yang paling saya suka akhir-akhir ni. Setiap hari saya ambil 2 biji untuk kecergasan saya. Best sangat. Memang jarang dah letih sekarang lepas makan coqhealth. Tak mengah sangat bila naik tangga. (kelas saya di tingkat 4)

9. Purse kecil - Yang ni saya guna untuk asingkan duit bisnes dari duit poket sendiri. Kalau campur, alamat memang tak nampak mana modal nak di rolling balik. 


Hehe. Cabaran yang mencabar tapi seronok. Anda punya pula bagaimana?

Tuesday, October 7, 2014

3 Tempat Yang Menjadi Percutian Idaman Saya | Cabaran 7 Hari Entry

Setelah bercerita tentang 3 Perkara Menarik Tentang Diri Saya, cabaran hari ke 2 pula tentang percutian Idaman saya.

Saya telah pun merancang percutian Idaman saya walaupun saya tak tahu bila nak pergi. Merancang dengan hanya tahu di mana tempat terawal saya nak pergi jika ke oversea dan jika saya mampu.

Untuk pengetahuan, saya tidak pernah ke oversea. hihi. Kesian kan? Hanya sekali aje saya naik flight, itu pun hanya ke Sabah. Oklah, dari tak merasa langsung.

Ini adalah Vision Board saya.



Vision Board adalah gambaran impian saya yang saya akan capai satu hari nanti. Ada tiga tempat yang menjadi percutian impian saya. Cuba teka di mana?


Ha... Pandai pun. 

Ok jom bercerita.



Percutian Impian No 1: Masjidil Haram Mekah. 

Percutian paling saya naaakkk sangat, saya percaya saya akan pergi pada Disember 2015 bersama suami. Umrah pertama.

Kenapa Disember 2015?
Pertama sebab ia cuti sekolah. Saya boleh pergi dengan suami. Suami saya cikgu. Jadi, ia adalah masa paling sesuai untuk ke sana.

Kenapa tahun depan, kenapa bukan tahun ni?
Sebab anak saya paling kecil dah umur 2 tahun lebih ketika itu. Mudah untuk saya minta tolong sesiapa untuk jagakan. Lagipun kewangan masih belum stabil lagi.

Saya tak tahu bila ajal saya, dan saya doa semoga Allah bagi saya kesempatan untuk jejakkan kaki ke sana walaupun sekali sebelum ajal saya menjemput.






Percutian Impian No 2: Jepun

Saya merancang untuk pergi ke sana ketika Perayaan Hanami, masa akhir Mac dan awal April ketika bunga sakura mengembang.

Macamana saya boleh pilih Jepun?
Saya tertarik nak pergi Jepun setelah mendengar cerita pengalaman kawan saya ke sana ketika beliau membuat kursus Bahasa Jepun di tempat saya.

Lagipun, nak tengok sendiri betapa bersih dan sopannya orang Jepun, etika yang sangat dituntut oleh Islam tetapi dipraktikkan oleh orang Jepun. Orang kata kalau kita tertinggal dompet di mana-mana, ia tetap ada di situ jika kita kembali semula untuk ambil. Jaaauuhh beza dengan keadaan di Malaysia.






Percutian Impian No 3: Turki

Saya sangat tertarik untuk melawat Turki selepas mengikuti seminar Parenting di mana salah seorang ahli panelnya adalah ustaz favourite saya, Ustaz Syaari yang menjadi panel di Ikim.fm setiap Isnin petang.

Beliau bercerita tentang pemikiran Al-Fateh yang sangat saya kagumi. Bagaimana pada umur 21 tahun, beliau berjaya menakluki Constantinople dan menjadikan hadis Nabi yang orang anggap mustahil satu tika dulu menjadi realiti.

Saya nak tengok sendiri besarnya bukit yang menjadi laluan kapal-kapal Al-Fateh, saya nak tengok sendiri meriam binaan Al-fateh sendiri yang ditempah dengan pakar besi ketika itu. Nak tengok sendiri tempat tinggal Al-Fateh, 'superman' yang sepatutnya menjadi idola belia hari ini.

Saya nak bawa semua hero-hero saya tengok sendiri bagaimana seorang HERO hebat pernah lahir dan takluk sebahagian besar tempat di Timur Tengah dan Eropah dan membuatkan Islam gah di mata dunia. Ia bukan cerita dongeng, tapi ia benar-benar wujud.

Fuh. Besarnya Cita-cita saya.


Saya yakin satu hari nanti, semua ini menjadi Realiti

Monday, October 6, 2014

3 Fakta Menarik Tentang Saya Yang Ramai Orang Tidak Tahu | Cabaran 7 Hari Entry

Entry yang lain dari yang lain. Ya, mari berkenalan dengan pemilik blog Tip Sihat Selalu ini.

Sebenarnya, saya menyahut cabaran membuat Entry berdasarkan tajuk untuk 7 hari. 7 Entri yang lain dari konsep blog ini. 

Sekali sekala lari dari konsep apa salahnya kan?

Hari ni saya nak cerita 3 Fakta Menarik yang Ramai Orang Tak tahu tentang saya. 


Gambar Bersama Adik Beradik saya at my wedding day
Gambar bersama Adik beradik ipar
Fakta Pertama: 'Air Bertemu Air'

Eh. Apa tu Air bertemu Air?
Pernah dengar tak pasal kalau anak pertama Tanah, Anak Kedua Api, Anak Ketiga Air, Anak Keempat Angin.. dan seterusnya?

Ya. Saya adalah anak ketiga, Saya ada kakak, abang, adik perempuan dan adik lelaki. 

Saya berkahwin dengan anak nombor 3 juga. Suami saya anak nombor 3. Dia juga ada kakak, abang, adik perempuan dan adik lelaki. 

Saya dan suami anak no 3 dan anak-anak sedara panggil kami Maklang dan Paklang.

Tak confuse nak panggil nama lain macam pasangan lain, sebab pangkat kami sama di sebelah saya dan sebelah suami. Best kan?





Gambar konvo bersama tunang, kakak dan abang ipar
Fakta Kedua: Saya tak pernah keluar dari Selangor dari zaman sekolah, tapi kini satu-satunya di kalangan adik beradik yang tinggal luar Selangor selepas kahwin.

Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti, saya tinggal di Selangor dan anak jati Selangor. Adik-beradik lain ada juga yang belajar di luar Selangor.

Tetapi, rezeki selepas berkahwin mentakdirkan saya satu-satunya dari adik-beradik yang tinggal di luar Selangor. Adik Beradik saya semua tinggal di Selangor dan KL.




Gambar masa sekolah. Cuba cari saya yang mana.
Fakta Ketiga: Saya tak pernah dapat 1 pingat pun masa sekolah rendah tapi saya olahragawati sekolah di sekolah menengah.

Masa saya sekolah rendah, sepatutnya saya dapat pingat gangsa. Tapi cikgu tersalah bagi, akhirnya saya tak dapat. Saya nangis waktu tu. Haha. Malu kan?

Masuk ke sekolah menengah tahun 1997 ketika umur saya 17tahun, saya kalahkan kakak senior untuk rangkul olahragawati tahun tu. 

Dari pecut 100meter, 4 x 100 meter, lari 1500meter dan lempar cakera semuanya saya dapat pingat. Tamak kan? Haha. 

Sebenarnya ia adalah balas dendam saya kerana tidak dapat mewakili sekolah lama ke kejohanan sukan peringkat daerah. Hari pertama mendaftar diri di sekolah baru itu, adalah hari saya sepatutnya mewakili sekolah lama ke kejohanan sukan. Sesuatu yang sangat berbaloi.


3 Perkara menarik ini tak ramai yang tahu tentang saya dan anda bertuah dapat mengenali saya serba sedikit. 

Terima kasih kerana meluangkan diri membaca entri ini

10 Amalan Boleh Cepat Rosakkan Sel Otak

Ramai orang sangat menjaga kesihatan, tapi tak ramai yang ada kesedaran jaga sel otak. 

Semua aktiviti kita akan guna otak, dan sel otak sentiasa tersimulasi bila kita berfikir. Bila kita jaga sel otak, setiap aktiviti kita akan lebih efektif sebab kita akan mudah fokus dengan kerja kita. Kita ada mudah ingat banyak perkara.

Dengan jaga sel otak, kita tak mudah kena nyanyuk bila dah tua. Boleh bekerja dengan baik lagi walaupun umur meningkat. Apa guna badan sihat, tapi mudah lupa dan tak boleh fokus bila buat kerja kan?


Jom semak 10 amalan yang boleh cepat rosakkan Sel Otak.




Amalan #1: Kurang Berfikir
"Malas nak fikir".
Kita selalu dengar ayat ni dari ramai orang, tapi sebenarnya ramai tak sedar yang perkara ini boleh buat sel otak mengecil. 

Berfikir boleh stimulasikan otak, boleh latih otak kita. Jadi, buatlah amalan yang membuatkan kita banyak berfikir, banyak menulis, banyak meneroka dan mengkaji. Main teka silangkata dan sudoku adalah lebih baik dari hanya menonton televisyen sahaja. Amalan berfikir ini boleh segarkan sel otak dari masa ke semasa.






Amalan #2: Tinggalkan Sarapan Pagi atau Tidak Bersarapan Langsung
Kita biasa dengar kalau tak sarapan boleh tambah berat badan. Tapi kita jarang dengar, kalau tak sarapan, sel otak akan rosak.

Ya. Mereka yang tak sarapan tak cukup kandungan gula dalam darah, maka sel otak pun tak dapat cukup nutrien. Bila tak dapat cukup nutrien, sel otak boleh mengecil dan rosak






Amalan #3: Terlebih makan
Terlebih makan memang bahaya. Bahaya untuk badan, datangkan banyak penyakit juga.

Rupa-rupanya, terlebih makan juga boleh bahayakan sel otak juga. Bila kita makan lebih dari yang badan kita perlukan, arteri yg bawa darah ke otak mudah mengeras dan akan kurangkan kuasa sel otak untuk bekerja






Amalan #4: Merokok
Merokok memang bahaya kepada kesihatan. Bahaya kepada paru-paru, mulut dan banyak bahagian badan lain.

Sel otak juga tidak terkecuali. Nikotin dalam sel otak ada bahan yang boleh rosakkan sel otak, dan jadi penyebab penyakit Alzheimer.






Amalan #5: Pengambilan Gula Berlebihan
Terlebih ambil gula boleh menyebabkan kencing manis, tapi tak ramai orang tahu kaitannya dengan sel otak.

Gula berlebihan boleh ganggu penyerapan protein dan nutrien lain dalam badan. Badan akan kurang nutrien dan ganggu perkembangan sel otak.






Amalan #6: Kurang Tidur
Selain menyebabkan kita kurang fokus pada kerja, kurang tidur ada kesan jangka pangjang yang tidak baik.

Untuk jangka masa panjang, kurang tidur boleh percepatkan sel otak jadi mati. Lagi banyak sel mati, lagi banyak kita lupa ingatan.






Amalan #7: Tutup Kepala ketika tidur
Tidur dengan kepala tertutup boleh tingkatkan kepekatan karbon dioksida dan kurangkan kepekatan oksigen. Ia boleh beri efek kerosakan sel otak.

Hanya 92.8% peluang untuk sembuh jika pada peringkat awal, peringkat pertengahan atau peringkat akhir penyakit dementia untuk orang yang berumur 70 tahun.






Amalan #8: Jarang bercakap
Bercakap perkara berintelek boleh tingkatkan keberkesanan proses otak.






Amalan #9: Bekerja dan berfikir ketika sakit. 
Berehat, bekerja dan belajar ketika sakit boleh jejas sel otak. Ia akan membebankan sel otak dan seterusnya boleh membawa kerosakan kepada sel.






Amalan #10: Pencemaran Udara. 
Kita tahu otak adalah pengguna oksigen paling banyak dalam badan berbanding bahagian badan lain. Kalau ada udara tercemar, organ paling terkesan sekali adalah otak.

Bila kita sedut udara tercemar, ia akan kurangkan bekalan oksigen dalam otak, dan ini boleh rosakkan sel otak.

sumber: http://positivemed.com


Mengekalkan Keberkesanan Sel Otak dengan Shaklee



60% sel otak kita di bina dari lemak. DHA (docosahexanoic asid, sejenis lemak dari Omega 3) membina 15% hingga 20%  cerebral cortex otak kita. Ia banyak terdapat dalam neurons - sel dalam sistem saraf tunjang.

3 cara Omega 3 boleh bantu baiki sel otak yang rosak:

1) Elak sel otak mati
2) Sambungkan semula neuron otak yang rosak
3) Mengaktifkan semula genetik yang bantu lindung sel otak yang rosak

sumber: http://articles.mercola.com


Dapatkan Omega Guard anda HARI INI. Hanya RM124 untuk sebotol (90 kapsul).


Sunday, October 5, 2014

15 Tanda Anda Mungkin Ada Migrain

Arghhhh.
Sakitnya migrain. Hanya yang pernah alami sahaja yang tahu.

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara kerap. Sangat sakit dan siapa yang kena migrain akan rasa denyut di sebelah sahaja bahagian kepala. Berguling-guling nak tahan sakit migrain.

Orang yang teruk kena migrain ada yang sampai muntah, loya. Tak boleh kena cahaya, sensitif pada bunyi. Paling kurang kalau kena migrain sampai 4 jam, ada yang kena sampai 3 hari.

Bila kena serangan migrain, satu kerja tak boleh buat. Tidur pun tak boleh sebab sakit sangat. Kena makan painkiller baru lega. Makan painkiller banyak-banyak pun bahaya, boleh effect buah pinggang.

Tapi nak buat macamana, kalau dah sakit sangat migrain, terpaksa telan jugak.


Nak tahu tanda-tanda kena migrain?



Sebelum tu, kawal kesabaran boleh bantu kita untuk kurangkan sakit migrain. Jangan marah-marah macam seorang suami dalam video ni. Anda pasti tak percaya apa yang beliau katakan kepada isterinya. Takut wei.


Suami Garang takpi Penyayang.. Dalam hati ada taman from iReach HD on Vimeo.



Jom semak 15 tanda anda mungkin ada migrain.






Tanda Migrain #1: Aura

Ada ketika orang migrain nampak macam ada bintik-bintik cahaya kat mata, ada garisan cahaya. Ia berbeza ikut orang. Ada yang bentuk zig zag.

Aura ni tak semestinya tanda migrain, tapi kebanyakan orang migrain akan nampak. Punca aura ni mungkin sebab berlaku gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.






Tanda Migrain #2: Rasa Tertekan

Orang migrain akan rasa tiba-tiba mood jadi down dan tertekan. Kajian dari American Academy of Neurology 2010 menunjukkan rasa tertekan yang terlalu kerap boleh menyebabkan migrain jadi lebih teruk.






Tanda Migrain #3: Kurang Tidur

Orang yang migrain akan tak dapat tidur dengan lena, bangun tidur dengan lesu sebab kerap kena serangan migrain. Ramai yang kena insomnia atau susah nak tidur kesan dari migrain.

Kurang tidur dan migrain pun ada kaitan lain, di mana orang yang kurang tidur juga boleh jadi penyebab migrain.





Tanda Migrain #4: Hidung tersumbat atau mata berair.

Sesetengah orang yang ada migrain mempunyai simptom sinus atau macam resdung. Hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata.

Satu kajian menunjukkan 90% dari mereka yang ada sakit kepala sebab sinus atau resdung mempunyai migrain.(kajian dari GlaxoSmithKline, pengeluar ubat migrain)






Tanda Migrain #5: Keinginan makan yang tinggi

Sebelum serangan migrain, sesetengah pesakit migrain akan ada keinginan makan yang tinggi. Keinginan makan coklat adalah salah satu contoh biasa.






Tanda Migrain #6: Sakit Berdenyut di Sebelah Kepala atau di Kedua-dua belah kepala

Simptom atau tanda ini adalah paling biasa di kalangan orang yang kena migrain. Biasanya ia adalah rasa sakit pada sebelah kepala sahaja.

Dari satu survey online yang dijalankan di kalangan pesakit migrain, 50% selalu mengalami tanda ini dan 34% sahaja yang merasakannya tidak terlalu kerap.







Tanda Migrain #7: Sakit belakang mata

Sakit migrain kadang-kadang di rasai di belakang mata. Ada yang ingat ia disebabkan oleh mata letih, tapi sebenarnya ia adalah tanda sakit kepala dan migrain.





Tanda Migrain #8: Sakit Tengkuk

Sebelum kena migrain, ada beberapa pesakit menyatakan yang tengkuk mereka sakit. Ada juga yang kena sakit tengkuk lepas migrain.

Satu kajian online mendapati 38% pesakit selalu rasa sakit tengkuk dan 31% daripadanya hanya merasai sakit tengkuk kadang-kadang sahaja.





Tanda migrain #9: Kerap kencing

Jika anda merasai simptom kerap ke tandas, anda mungkin mengalami migrain. Ia mungkin fasa pencetus kepada migrain yang berlaku mungkin awal sejam dari kena migrain atau boleh jadi awal 2 hari dari sakit migrain






Tanda migrain #10: Kerap menguap

Kerap menguap juga mungkin tanda migrain akan menyerang. Ia tidak seperti menguap disebabkan mengantuk malah ia lebih kerap berbanding biasa.





Tanda migrain #11: Kebas atau hilang deria rasa

Orang yang kena migrain ada juga yang rasa kebas bermula hujung jari naik ke tangan dan sehingga muka.






Tanda migrain #12: Loya dan muntah

Satu kajian yang dijalankan kepada 3700 orang pesakit migrain, 73% mengalami loya dan 29% daripada muntah-muntah. Satu kajian lain mendapati pesakit migrain yang ada loya disebabkan migrain akan merasa lebih sakit dan susah nak baik berbanding yang tidak loya atau kurang rasa loya.





Tanda migrain #12: Sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau

Orang sakit migrain biasanya tak boleh berhadapan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi boleh menyebabkan sakit kepala mereka bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan mereka bertambah sakit.





Tanda migrain #13: Aktiviti yang menyakitkan

Aktiviti biasa seperti berjalan dan naik tangga mungkin menjadi pencetus sakit migrain. Orang yang merasa sakit kepala apabila melakukan aktiviti biasa tersebut mungkin tanda ia akan diserang migrain.





Tanda migrain #14: Percakapan yang susah difahami

Percakapan orang yang kena migrain susah nak difahami.  Gangguan ini mungkin tanda migrain. Namun, jika anda mengalami masalah ini, anda harus membuat pemeriksaan doktor kerana takut ia juga tanda orang yang kena strok.





Tanda migrain #15: Lemah sebelah badan

Tanda ini dialami oleh sesetengah orang sebelum diserang migrain. Namun, ia juga tanda kepada strok dan anda harus membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.

sumber : http://www.health.com


Set Migrain Shaklee






Testimoni














Dapatkan SET MIGRAIN anda hari ini

(Sila Klik Di Sini Untuk Membeli SET MIGRAIN)

atau ikuti langkah di bawah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...