Thursday, September 15, 2016

Idola Saya Dalam Bisnes Shaklee


Idola saya dalam bisnes adalah mentor saya Master Azrin Mohd


Satu-satu master celebration yang saya pergi, tapi belum pernah dapat gambar bersama.
.
She always believe in me whenever i myself doubt my ability to succeed.
Kerana beliau, saya masih bertahan. 
Terima kasih mamarin.

40 Tahun Penyelidikan Membuatkan Saya Tidak Ragu-ragu..

40 tahun penyelidikan tau!
=====

Ni gambar tahun lepas. 
Paket kecil tu adalah 'ubat' saya bila rasa badan kurang sihat. Lama dah tak ambil panadol. 

Selain Vitamin C, Nutriferon juga adalah pengganti panadol saya. Ia bentuk serbuk, mudah larut.

Saya pilih nutriferon sbb ia dibuat dari bahan semulajadi. 


Dr Yasuhiko Kojima buat penyelidikan sampai 40 tahun tau nak cipta bahan dari 4 ramuan botani:

 Ekstrak biji labu
 Biji Plantago
 Bunga Safflower
 Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle
.
40 tahun tau!
Memang lama. Sebab tu saya yakin.
.
Anda juga perlu ada simpanan untuk boost imun badan, tak perlu tunggu sakit baru makan nutriferon.
.
Dapatkan hari INI!

Cara Lain Bancuh ESP Jika Tidak Boleh Telan Kosong


"Tak boleh nak telan lah ESP"
.
Ramai yang tak boleh nak minum ESP begitu sahaja.
.
Sebenarnya ESP ni bukanlah setakat minum macam tu je, kita boleh try macam-macam resepi lain.
.
Bagi saya, resepi paling saya suka, tambah ESP dengan susu, blend dengan buah.


ESP + Susu segar + kiwi
ESP + Susu segar + mangga
ESP + Susu segar + strawberry
ESP + Susu segar + epal hijau
ESP + Susu segar + kurma
.
dan macam-macam resepi lain. Kalau nak lagi sedap, boleh tukar susu segar dengan susu yogurt.
.
Memang Yummy!
Cubalah!

Tuesday, September 13, 2016

Destinasi Impian Saya Selepas Mekah dan Madinah Adalah..

Destinasi Impian saya selepas mekah dan Madinah adalah Jepun ketika Hanami. 
.
Sangat cantik.
Ia agak mustahil untuk saya, tapi tak salah berimpian kan. 
April 2019 adalah bulan yang sesuai, dan doakan saya capai Impian ni.
.
Ada jumpa 10 tempat sesuai untuk Hanami, boleh jadi rujukan untuk merancang nanti.

http://livejapan.com/ms/article/s010001/


Saturday, September 10, 2016

Walaupun Lambat, Syukur Dapat Customer Yang Memahami..



Kisah penghantaran barang kali ini membuatkan saya terharu.


Semalam, ada customer nak Vitamin C dan Esp. Tapi, disebabkan lewat dpt discharge dari KSH, minta izin hantar hari ni.

4 Hari Amin terpaksa bermalam di KSH kerana demam panas

Alhamdulillah, beliau memahami.
Syukur. Petang ni dapat kesempatan hantar barang customer ni.

Moga produk yang dibeli memberi manfaat kepada beliau.

Destinasi Idaman Bawa Anak Bercuti Untuk Cipta Kenangan



Hadiah yang saya teringin hadiahkan kepada anak-anak adalah lawatan ke USS. 
Saya ingin cipta kenangan saya bersama mereka di sini.

Hero-hero berempat adalah inspirasi saya. Banyak impian saya tercapai walaupun saya rasa mustahil dengan inspirasi dari mereka dan izin Allah.

Usaha sungguh-sungguh dalam bisnes Shaklee adalah pilihan saya.
Setiap tahun Allah bagi peluang kami bercuti walaupun dalam negara dengan bonus Shaklee.


Tak mustahil untuk berimpian kali ini untuk pergi jauh sikit, dan anak ada kenangan masa kecil yang mereka boleh kenang sampai bila-bila.

2017 adalah masa sesuai untuk impian ini tercapai. Semoga Allah permudahkan.

Vivix Yang Dimakan Oleh Ibu Membuatkannya Terkejut..


Ni ibu saya, sudah jadi peminat Vivix.
Mula-mula cuba makan Vivix adik yg tertinggal di rumahnya, beliau beritahu dah tak mengantuk masa dengar kuliah subuh.

Lepas 2 minggu makan, jeragat hitam kat mukanya berkurang, nampak lebih awet muda.
Dia pun request nak beli sebotol.

Maka bertambahlah satu lagi produk Shaklee yg beliau konsisten makan.
Sebelum ni hanya ostematrix untuk sembelit, GLA untuk ekzema dan kuping di kepala.

Seronok tengok muka ibu dah bertambah cerah dari jeragat, dan lebih bertenaga.
Syukur.
Ibu saya adalah nenek kepada 20 org cucu dan sudah berumur 61 tahun. nampak macam 40an kan? hihi

Menyesal Saya Minum Performance Drink Kerana..



Kalau korang stress, biasanya buat apa.
Ramai org suka makan, tapi saya suka tidur.

Ada satu hari(minggu lepas), sebab kerja banyak, saya sedikit stress dan cuba utk lelapkan mata.

Mata tutup tapi tak lena.
Habisnya terkebil-kebil.
Nak kata minum kopi, teh. Takde pula.

Rupanya, masa buka puasa ada minum Performance drink(Performance Drink)
Saya jarang beli, beli pun utk bulan puasa.

Memang niat nak tidur terpaksa ditunda.
Penangan PD, mata jadi segar,tak mengantuk.

Menyesal minum Performance Drink kalau ada niat nak tidur.
Bagusnya, end up bangun terus buat kerja tau.

Memang bantu kekal cergas masa a few sleepless days hari tu.

PD TERBAIK!


#tsunamishaklee
#task1

Sunday, September 4, 2016

5 Fakta Tentang Zika dan Cara Untuk Elak Virus Ini

Walaupun setakat ini hanya baru 2 kes di Malaysia, penyakit Zika ni memang sangat merisaukan Ida.

Mana taknya, dalam usia kandungan baru 2 bulan lebih, kesan yang dikatakan merbahaya kepada ibu hamil memang menakutkan.

Walaupun ia tidak membawa maut, kecacatan kekal kepada bayi yang akan terjadi memang semua ibu nak elak termasuk Ida sendiri.

Siapa sanggup melihat anak yang dilahirkan tidak sempurna kan?

Mungkin ada yang masih tidak tahu tentang Zika, jom baca 5 fakta ini.


1. Apakah virus Zika?


Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.



Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.


2. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?


Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.



3. Bagaimanakah ia merebak?


Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.



Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.




4. Siapa berdepan risiko paling tinggi?

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.




Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.



5. Langkah-langkah pencegahan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:

  • Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu

  • Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh

  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan jangkitan virus Zika di Malaysia.

Pada masa sama, orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.




Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika


Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-

  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit
  • Sakit sendi
  • Mata kemerahan


Produk #1 Untuk Elak Virus Zika : Krim Elak Gigitan Nyamuk

Herbal Blend merupakan sejenis krim serbaguna yang mempunyai bahan yang boleh elak gigitan nyamuk.

Nama bahan itu adalah Lemon Balm - Nama Saintifik : Melissa Officinalisas





Lemon Balm/ Melissa Officinalisas

  • dikenali sebagai balm atau balm pudina, iaitu herba dalam keluarga pudina Lamiaceae
  • berasal dari selatan-tengah Eropah, Afrika Utara, rantau Mediterranean dan Asia Tengah. 
  • telah digunakan secara perubatan oleh orang Yunani sejak 2,000 tahun yang lalu. 
  • Tinggi 70-150cm dan daunnya mempunyai bau limau lembut, yang berkaitan dengan pudina. 
  • Semasa musim panas, bunga kecil berwarna putih akan tumbuh dan ianya menarik perhatian lebah lalu diberi nama Melissa (dalam bahasa Greek, 'honey bee').
sumber: http://lovingcarehealthylife.blogspot.my/





Produk #2 Untuk Elak Virus Zika : Nutriferon


Menurut Dr Fyda Noh:

Sekarang banyak orang panik sebab virus Zika & sekarang ni dah ada kes kat Malaysia & katanya virus tempatan sebab orang tu tak pernah keluar negara pun.

Zika ni sama la macam denggi,
tak ada ubat atau vaksin, jadi bergantung pada sistem imun kita untuk lawan jika dijangkiti.

Nutriferon tak adalah kajian mengatakan dia boleh melindungi daripada virus denggi atau zika, tapi ada 6 sebab kenapa mesti pilih Nutriferon untuk perisai tubuh:


Sebab #1 

Terbukti daripada kajian ke atas manusia - campuran fitonutrien yang berkesan & selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel.


Sebab #2

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun tubuh & paling mahal.

Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Sekarang ada ubat interferon digunakan untuk merawat Hepatis B, AIDS dan kanser.


Sebab #3

Dicipta oleh penemu interferon - Dr Yasuhiko Kojima yang menemui interferon pada tahun 1954.


Sebab #4

Rumusan berpaten yang ekslusif. Sebelum dipasarkan Nutriferon telah melalui set2 ujian yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan & prestasi.


Sebab #5 

Dikaji selama 40 tahun. Menggunakan berjuta2 sebatian sebelum Dr Kojima menemui ekstrak 4 tumbuhan yang boleh meningkatkan interferon secara semulajadi.


Sebab #6

Sejak Nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal ke atas manusia telah mendokumenkan keberkesanan suplemen ini. 

Dimuatkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Complementary Medicine - mengetengahkan pelbagai faedah Nutriferon.



Ingin dapatkan Nutriferon dan Herbal Blend?



Saturday, September 3, 2016

Keputihan Ketika Mengandung, Gatal Tanda Tidak Normal?

Bila mengandung, macam-macam perubahan berlaku kat badan kita.

Ida dah pernah mengandung selama 4 kali dan sedang mengandung untuk kali ke 5. Macam-macam perubahan pada badan yang ida alami. Awal trimesterlah yang paling mencabar sebenarnya.

Mungkin rakan-rakan ibu pun ada pengalaman berbeza. Dari mula kita mengandung, akan rasa loya dan kurang selera makan. Ada yang rasa lebih penat dari biasa.

Ia semua adalah disebabkan ada perubahan hormon ketika mengandung.

Ada tak yang pernah kena keputihan?



Pasti ada.
Ida pun pernah kena tetapi hanya jika membuat aktiviti yang lebih banyak dari biasa. Dan ia adalah jenis keputihan yang sama.

Ada rakan Ida yang mengandung dan alami keputihan yang menyebabkan kegatalan serius. Ia mungkin perlu diberi perhatian.


Punca Keputihan

Keputihan ketika hamil berpunca dari perubahan hormon kita. Satu jenis cecair yang dipanggil Leukorrhea. 

Nama macam menakutkan kan? Tapi fungsi cecair ni sangat bagus untuk badan.



Bila kita mengandung, hormon estrogen dalam badan kita meningkat. Bila hormon estrogen tinggi, cecair Leukorrhea akan dirembes dari serviks.

Tugas Leukorrhea: Bersihkan ruang vagina. 

Ia bagi kita tidak selesa tetapi rupanya badan kita sedang 'dibersihkan'. 

Ada ketika, ia agak banyak sehingga ada antara kita sangka ketuban kita pecah. Ia tidak bahaya dan di anggap normal.



Keputihan yang Normal


Cara nak cek keputihan kita adalah normal atau tidak, pertamanya dari bentuk fizikalnya. Keputihan yang normal berwarna putih susu dan tidak berbau.

Ada ketika ia bergumpal dan melekit, tetapi ia masih tidak perlu dirisaukan.

Ia mungkin ambil masa berbulan lamanya dan kita disaran bersedia dengan panty liner supaya kekal selesa sepanjang hari.

Ida pun perasan keadaan ni dan selalunya apabila terlalu aktif, ia akan semakin banyak.



Keputihan Tidak Normal


Bukan semua keputihan adalah normal. Bentuk fizikal keputihan ini berwarna sedikit kuning berketul, warna kekuningan atau kehijauan atau ada warna seakan darah

Bau keputihan juga agak busuk. Kita mungkin akan rasa gatal dan pedih pada bahagian vagina.

Ia mungkin tanda jangkitan atau penyakit kelamin.


Lagi satu tanda keputihan yang tidak normal adalah apabila air yang keluar sangat banyak. Ia seakan sebaldi air keluar mencurah dari vagina.

Itu pastinya air ketuban telah pecah.

Ida pernah alaminya ketika hendak bersalinkan anak ketiga. Air yang keluar sangat banyak, dan apabila ia jatuh ke lantai, air tersebut boleh bertakung membentuk bulatan besar.



Rawat Keputihan Dengan Shaklee

Ibu mengandung boleh cuba Garlic Shaklee untuk atasi masalah keputihan ketika mengandung.


Diproses khas dengan gabungan ramuan istimewa bagi meningkatkan keberkesanan dan mudah ditelan mentah berbanding bawang putih sedia ada di rumah anda!


Kelebihan Garlic Complex Shaklee

Diperbuat daripada bawang putih jenis premium, bebas daripada racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA pada musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan Allicin aktif 100%. Tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif

Allicin - sebatian aktif daripada bawang putih yang bagus untuk kesihatan. Teknik tertentu diperlukan untuk hasilkan allicin dari bawang putih iaitu dengan cara menghiris halus bawang putih atau dengan cara menghancurkan bawah putih tersebut.

Menggunakan dwi teknologi untuk mengawal bau garlic

Tidak mengandungi pewarna, pemanis dan pengawet tiruan

sumber: yourfabulousmama.net


Testimoni






Bagaimana Nak Dapatkan Garlic Shaklee?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...