Friday, May 9, 2014

Gambaran Padang Mahsyar Dari Mimpi Seorang Rakan

Bukan berniat untuk mensensasikan cerita, saya cuma copy paste segala PM saya dengan sahabat, Lina(bukan nama sebenar) yang bertuah dikurniakan mimpi hebat ini supaya saya boleh nak rujuk balik in one page. Memang rekod PM FB saya ada, tapi susun ia dalam satu page lebih mudah saya baca.

Saya bersyukur terpilih untuk menjadi tempat beliau ceritakan, sbb sebenarnya saya lebih memerlukan peringatan ini, berbanding sapa-sapa di dunia ini. T___T

------------------------

Lina:
Lina sebenarnya nak share something ngan ida tapi x tahu nak mula kat mana
tapi ida pun sibuk x perlah
mungkin lain kali kot


Saya:
hihi. nape lina. share aje lah
nanti ida baca. tapi maybe lambat reply
hihi

Lina:
ermm..entah nak citer kat sapa..nak bercerita atau tak..atau diam kan ajer
nak mula dr mana pun x tahu
actually semalam...lina mimpi something
lina mimpi ...rasanya kat padang masyar
ramai sgt...sgt...sgt org ...yang tiada nampak penghujungnya
nampak kepala orang di jalan yang datar yang terlaluuuuuuuu sgt ramai
dan masing2 x berpakaian

lina nampak ada org tgh timbang tara ...dia struggle nak kata tak..tapi mulut, tangan , kaki berkata2..tapi x dengar apa benda
ada buku dipegang kiri kanan org tu tapi x nampak org yang pegang.. di hadapan neraca yang besar tu ada satu cahaya yang entah x tahu

masa tu semua org suram x berkata2..semua macam takut ..termasuk juga lina ..macam lina sedih sgt..minta dicepatkan timbang tara lina..lina x sanggup nak menunggu turn

sebab dalam keadaan yang bercahaya tu ...menunggu giliran seperti terlalu lama sgt sgt sgt .. dah terlalu lama pun masih belum nampak kurangnya org yang dah ditimbang tara

lina pun nak ada org baju putih lelaki macam tgh cross beberapa line tali itam
mungkin titian siratulahim..memula dia jalan ok..pastu laju sampai bercahaya..pastu dia stop..pastu dia jalan sekejap sekejap selangkah demi selangkah..pastu laju sikit..pastu bergoyang ..pastu dia menapak perlahan dan perlahan

lina runsing sgt sgt ..apa benda yang lina mimpi sebenarnya nie
perasaan lina terbawa2..perasaan takut sebab dapat rasa perkaataan ni 'nie tempat selama2nya
tempat kekal...dan perasaan menunggu dan mengharap agar dicepatkan turn dihisab sebab x sanggup menunggu

cahaya yang nampak kat padang tu merah..cahaya yang x bertebing
cahaya yang x berbayang
hanya org dan cahaya jer..tiada apa2...
lina x senang duduk skg nie


Saya:
Ya Allah lina..
rasa nak nangis baca
lina ada baca buku apa-apa ke sebelum tidur?

Lina:
x ada..masa tu berishtirihat dengan anak2 ..sapu2 losyen

Saya:
siapa dia yg jln pelan pelan atas tali itam tu
gambaran yg lina cerita sebiji mcm kat mahsyar..

Lina:
x tahu..nampak pakai jubah putih dan bersereban

Saya:
insaf ida dengar

Lina:
muka org tu x nampak ..sebab dia membelakangkan lina
cuma masa dia laju tu memang terpancar bahaya putih bila dia laju
lina masih dup dap ida..sembahyang ok..x rasa apa2..lepas habis sembahyang dup dap..sampai skg

Saya:
yaAllah. kalau ida dah gigil dah lina

Lina:
perasaan berada kat situ lina x leh terangkan dengan perkataan..nampak ramai yang sungul..takut sampai x hiraukan org lain..ada lelaki x pakai baju macam meraung2..struggle something..apa hal x tahu..tapi semua org buat x tahu jer kat dia

ida lina rasa lina macam dah tahu apa perasaan menunggu di padang masyar ..memang nak menangis.meraih simpati x ada sapa dengar

tadi lina google...upernya jika kita sering berselawat pada nabi muhammad..nabi akan mohon percepatkan timbang tara kita

Saya:
bila lina mimpi..malam tadi ke

Lina:
yer malam tadi mimpi


Lina bukan seorang ustazah.. jika ustazah, pasti dia sudah pasti di mana dia berada di dalam mimpi itu. dia pasti tidak google tentang cara cepatkan dihitung.. tapi, sejak saya mengenali dia, dia seorang yang sangaaatt baik.. tidak berkira untuk memberi kepada orang lain.




Semoga saya mendapat hidayah dan dikekalkan iman dengan cerita dari sahabat ini.
Allahu Akbar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...