Tidur lewat boleh menjejaskan kesihatan. Antaranya boleh menyebabkan sakit kepala dan naik jerawat serta stress. Berikut adalah 7 cara yang boleh dicuba untuk tidur lebih awal.
Cara 1: Simpan gajet elektronik
Satu kajian di US mendapati 95 peratus warganya menggunakan gajet elektronik sejam sebelum tidur sekurang-kurangnya beberapa hari dalam seminggu, menjurus kepada lewat tidur. Buat satu peraturan supaya tiada gajet dibenarkan di katil.
Matikan semua gajet sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Terdedah dengan cahaya lampu yang terang adalah salah satu faktor sukar untuk tidur. Anda juga akan menjadi asyik menggunakannya sehingga terlewat tidur.
Cara 2: Tulis 'Worry Journal'
Biasanya kita susah nak tidur sebab banyak sangat benda nak fikir. Pasal kerja lah, pasal anak lah, pasal duit lah, pasal keluarga dan macam-macam lagi. Biasanya kita tak tidur sebab terfikir banyak kerja nak setel. Cara untuk elakkan benda ni adalah dengan buat senarai apa nak buat.
Tak semestinya senaraikan kerja yang nak disiapkan, kita juga boleh tulis perkara yang menyebabkan kita risau. Kosongkan minda boleh bantu untuk tidur.
Cara 3: Set Alarm (bukan untuk bangun tidur, tapi untuk tidur)
Jadikan kebiasaan untuk tidur pada masa yang tetap setiap malam. Letakkan alarm supaya mengingatkan kita supaya habiskan segala kerja dan tidur awal.
Cara 4: Tinggalkan kerja anda di pejabat
Membawa balik kerja ke rumah boleh menyebabkan kita akan stay-up untuk siapkan kerja. Kerja tersebut akan mengganggu tidur kita. Cara paling mudah untuk tidur awal adalah meninggalkan segala kerja di pejabat. Anda akan terkejut kerana cara ini sebenarnya boleh menambah produktiviti kerja anda dengan tidur awal.
Cara 5: Bersenam di waktu siang
Kajian mendapati orang yang bersenam mempunyai tidur yang berkualiti dari orang yang tidak bersenam. Dengan bersenam, kita akan rasa lebih letih dan mendorong untuk tidur lebih awal. Jika kita tidak bersenam pun, pastikan kita bertindak aktif sepanjang hari, banyakkan berjalan, membuat kerja rumah dan naik turun tangga supaya ia menyamai kesan kita bersenam selama beberapa jam.
Cara 6: Tetapkan ia sebagai rutin
Biasakan diri untuk bersiap untuk tidur lebih awal. Minum susu, pakai pakaian tidur dan membaca buku bagi merehatkan diri serta menyiapkan diri untuk tidur. Kita juga akan rasa nyaman dan selesa serta terdorong untuk tidur lebih awal.
Cara 7: Terus tidur bila rasa penat
Jangan paksa diri untuk terus berjaga bila anda rasa penat. Pertama kali merasa penat, anda perlu terus tidur kerana apabila anda paksa lagi diri selepas itu, sekurang-kurangnya anda akan tidur 3 jam lewat selepas itu.
sumber: http://www.huffingtonpost.com
Ada vitamin untuk bantu tidur lebih lena?
Klik sini --> Vitamin untuk bantu tidur lebih lena
Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz