Sunday, July 12, 2015

4 Cara Marah Anak Supaya Anak Lebih Mudah Terima dan Sayang Kita

Assalamualaikum, salam Ramadhan buat semua. Hari ni saya terpanggil untuk share satu ilmu Parenting / keibubapaan dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang lebih baik.

Perkongsian ini adalah dari Pakar Ilmu Parenting iaitu Ibu Rozieta di page beliau: Ibu Rose - Mesejnya Kasih.
(sila klik link untuk melihat post asal)


Bila kata marah, mustahil tak ada ibu bapa yang tak marah anak. Memang antara tujuan kita marah adalah untuk mendidik dan tidak mahu anak kita buat kesilapan yang sama lagi. 

Tapi, bila marah, pasti tidak disukai. Bila marah, kebanyakan dari kita sebagai ibu bapa terlalu ikut emosi. Anak yang kurang matang ditengking dan dihina serta sehingga dipukul tanpa belas.

Akhirnya tujuan kita marah mereka tadi dah bertukar jadi negatif. Anak lebih menjauh, tak mahu dengar kata dan lebih selesa meluahkan kepada rakan dan bukan ibu ayah.


Ibu Rose adalah memberikan 4 cara marah anak supaya anak boleh terima dan sayang kita.




Cara 1: Jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak. 

Rapat berdasarkan kasih-sayang dan hormat. Ini adalah dasar yang paling penting. 

Itu sebab jika suka sangat berleter dan membebel, bila marah sudah tiada nilai, sebab apa yang dikata sudah masuk telinga dan keluar serta-merta. Serta leteran dan bebelan akan menjauhkan hubungan! 

So, First syarat is kamceng dengan anak, wujudkan pertalian erat atas dasar Trust Each Other.




Cara 2: Marah Perbuatan dan Jangan Hina

Maksudnya, cakap yang anda tak suka itu adalah perbuatan bukan anak itu. 

Selalu ibu bapa bila marah akan menggunakan perkataan seperti " Ko ni memang tak guna!" atau " Macamana bodoh sangat ni!" Nampak tak yang kena attack ialah anak itu bukan kesilapannya. 

Oleh itu, jika yang di attack ialah anak itu, maka bagaimana dia hendak berubah. Oleh itu sia-sia sajalah marah itu. 

Ia hanya menjadi asid dalam badan anak itu yang akan memamah hatinya yang cantik dan merah itu menjadi mati dan buruk!

Katakan begini; " Apa yang abang buat yang boleh menyebabkan abang salah jawab? Abang tak faham soalan ke? Abang letih ke? Abang kurang ulang kaji ke? "

Atau. 

" Abang ni sebenarnya baik dan suka tolong mama, macam ari tu(ambil contoh yang betul). Apa (jangan mengapa) yang membuatkan abang pukul adik tadi? 

Abang tahu tak perbuatan memukul adik tu sebenarnya tidak baik...... abang ni budak baik dan sayang adik, boleh tak mama minta abang kawal marah abang tu bila adik salah...macam mama kawal marah mama bila abang salah...tak pe you do better next time ya!" 

dan cakap pada adik pula jika adik itu sudah boleh faham. BERSIKAP ADIL!




Cara 3 - Kuatkan Sangkaan Baik Kepada Anak.

Di dalam hati, kuatkan sangkaan baik kepada anak dan tahu DIA AKAN BERUBAH DAN MEMBETULKAN KESILAPANNYA. 

Selalu sangat bila kita marah syaitan akan mengmbar-gemburkan lagi perasaan kita sehingga kita merasa anak kita itu teruk sangat dan tidak boleh menjadi baik. 

Ini menjerut hati kita menyebabkan kita rasa lagi takut, maka apa lagi kita pun menghukumlah seperti orang tidak sedarkan diri. Akhirnya anak menyimpan dendam, keadaan menjadi lebih teruk.







Cara 4 - Sebut Syukur, Puji dan Hargai Dia Bila Dia Berubah dan Membetulkan Kesilapan

Bila melihat anak melakukan sesuatu yang menyirap darah.

1- Tarik nafas dan langkah satu langkah ke belakang. (supaya anda boleh ubah keadaan diri anda 'state' dan berfikir jelas tanpa didorong emosi negatif).

Terus ingatkan diri anak ini baik dan dia hanya tersilap. KUATKAN PERASAAN SAYANG ANDA KEPADANYA. Ingat ini peluang anda untuk MEMIMPIN.


2- ANALISA KEADAAN. Tengok punca.


3- BETUL PERBUATAN dan guna SANDWICH METHOD seperti diatas ,
1-sebut kebaikan dia,
2- tegur perbuatannya yang salah
3- ingatkan dia anak yang baik dan anda sayang dia walaupun dia tersilap asalkan dia mahu membetulkan kesilapan.


4- AJAK BUAT SESUATU YANG POSITIF yang menyebabkan dia merasai anda sayang pada dia dan memaafkan dia bila dia telah meminta maaf.

Nampak saja macam banyak, tapi bila sudah biasa dilakukan, ia menjadi sebati dengan diri anda. Dan orang lain nampak anda sangat bijak dan sabar mendidik anak. Dan yang penting, anak anda RASA SELAMAT dengan anda dan dia dapat membesar dengan baik. Dan kemudiannya menjadi anak yang berjasa dan berjaya.

Semoga ini membantu.

Ibu Rose



Perkongsian ini boleh jadi magic untuk anda apply kepada anak. Biasanya bila kita marah, anak akan benci kita, tapi kali ini, anak boleh terima dan sayang sangat kat kita.

Magic kan?

Selamat Beramal

2 comments :

Unknown said...

Ibu xblh emosi.Beremosi tu yang menjadikan rasa nak marah.jom cuba berhikmah.

Kira Sakura said...

tapi kadang kita dah didik anak kita betoi elok2. bila pegi rumah orang atau mana2 bila anak terrrr buat salah .terus orang tu marah anak kita bukan dengan cara kita. stressss rasa haaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...