Friday, July 3, 2015

5 Cara Vitamin C Bantu Tambah Kesuburan Sehingga Dapat Anak

Vitamin C memang banyak kegunaannya. Memang ramai orang yang dapat kesan best dari Vitamin C. Biasanya mereka kaitkan Vitamin C dengan kulit cantik.

Tetapi tak ramai yang tahu, Vitamin C juga boleh bantu untuk pasangan suami isteri untuk hamil dan tingkatkan kesuburan

Tak percaya?

Saya juga tak percaya mulanya tetapi dari artikel di natural-fertility-info.com, rupanya Vitamin C ni boleh dikatakan Vitamin penting untuk bantu pasangan suami isteri untuk dapatkan anak.

Menurut info dalam web ini, Vitamin C boleh bantu untuk wanita hamil/mengandung sekurang-kurangnya dalam 2 bulan selepas pengambilan.

Nampak menarik kan? Jom ikuti bagaimana ia boleh berlaku.

5 Cara Vitamin C boleh bantu untuk hamil







Cara #1 : Vitamin C boleh bantu tingkatkan kualiti sperma


Bila kata peluang untuk hamil, ada yang cuma ingat punca tak dapat anak adalah dari isteri. Tetapi ia adalah tidak tepat.

Kualiti sperma yang tidak baik juga boleh jadi penyebab masih tidak dapat anak.

Macam tak percaya kan?

Kali ini, isteri-isteri perlu tahu bagi pihak suami, atau suami-suami yang lebih prihatin dan tingkatkan pengambilan Vitamin C sehari-hari

Vitamin C dikatakan boleh tingkatkan kualiti sperma dan lindungi sperma dari kerosakan DNA. Rosaknya DNA sperma adalah salah satu penyebab keguguran dan kecacatan kromosom.

Vitamin C lindungi sperma dari kerosakan oksidatif disebabkan radikal bebas.

Kajian pada 1991 menunjukkan kadar asid askorbik (satu bentuk Vitamin C) adalah lebih tinggi dalam air mani berbanding cecair lain dalam badan termasuk darah. Kajian itu juga mendapati kekurangan Vitamin C yang merujuk kepada kesihatan kelelakian boleh menjejaskan kesihatan sperma.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan meningkatnya kualiti sperma pada perokok selepas pengambilan Vitamin C.

Ia pastinya satu berita baik yang ditunggu-tunggu oleh suami. Isteri juga boleh bantu dengan membelikan Vitamin C untuk suami supaya impian mengakhiri zaman berdua sahaja tercapai.

Tidak mustahil jika ia berhasil.



Image result for ovum

Cara #2 : Vitamin C Penting Untuk Kesihatan Ovum

Kalau untuk lelaki perlu menjaga kesihatan sperma, perempuan pula kena jaga kesihatan ovum.

Kembali throwback apa kita belajar pasal menstrual masa sekolah menengah dulu kan? Ovum yang sihat penting untuk persenyawaan.

Kajian mendapati asid askorbik (Vitamin C) memainkan peranan penting dalam kitaran haid dan fungsi ovari wanita.

Asid Askorbik sangat penting untuk hormon progesteron dan oxytocin yang mana parasnya tingi dalam corpus luteum.

Corpus Luteum tu apa pula?(lihat gambar di bawah)

 Ha.. itulah telur yang menunggu fasa disenyawakan jika ada kehadiran sperma. Ia perlu sihat sepenuhnya dengan kehadiran asid askorbik (Vitamin C) untuk persenyawaan yang baik.

Vitamin C dikatakan penting nak bagi Corpus Luteum ni membesar, dan kemungkinan besar kalau pembesarannya bermasalah, ia boleh membentuk Ovarian Cyst.

Oh No!





Cara #3 : Vitamin C Tingkatkan Kadar Kehamilan Untuk Wanita Yang Ada Masalah Luteal Phase Defect


Apa itu Luteal Phase Defect?

Lutean Phase ni adalah fasa ketiga dalam kitaran haid, ketika proses ovum tunggu disenyawakan (lihat gambar di atas). Antara simptom terjadi defect adalah masa menstrual yang pendek dan tahap hormon progrestron yang rendah. 

Bila berlaku kes ini, memang susah wanita nak hamil sebab uterus tak bersedia (masa singkat) untuk menjadi tempat persenyawaan yang sihat untuk wanita. 

Satu kajian yang di buat di Fertility and Sterility (2003;80:459–61) mendapati Vitamin C mampu tingkatkan paras hormon dan kesuburan pada wanita yang ada Luteal Phase Defect. 

150 orang wanita telah diuji dan hasilnya kadar kehamilan meningkat 25% dalam masa 6 bulan berbanding hanya 11% untuk wanita yang tak diberi Vitamin C 750gram harian pada jangka masa yang sama.



Cara #4 : Kurangkan Pendarahan yang Banyak ketika Haid. 


Ramai wanita alami pendarahan yang banyak ketika haid. Vitamin C bantu kurangkan masalah ini dengan kuatkan kekuatan kapilari / saluran darah. 

Vitamin C juga bantu penyerapan nutrien iron untuk kurangkan masalah anemia yang disebabkan oleh pendarahan yang banyak ini. 



Cara #5 : Bantu kurangkan masalah berkaitan Endometriosis dan Fibroid dalam rahim.


Kajian mendapati Vitamin C bantu tingkatkan imunisasi sel dan kurangkan keletihan. Ia boleh bantu perlahankan pertumbuhan endometriosis dan fibroid. 

Vitamin C tingkatkan imuniti, kuatkan kapilari/saluran darah dan bantutkan pertumbuhan tumor di mana ia berkait terus dengan masalah ini. 



Vitamin C Shaklee, Vitamin C Terbaik. 



Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprientari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melapaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.

Dapatkan HARI INI

1 comment :

anis said...

Info yg berguna..tgh berusaha utk pregnent lg..terima kasih yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...