Argh! Tensionnya bila ada jerawat! Malu nak keluar rumah. Nanti ada orang tegur.
Betul-betul stress kalau ada jerawat.
Jerawat ni keluar bila liang roma kat muka kita tersumbat, bakteria dan kuman mudah terperangkap dan keluarlah jerawat. Mungkin sebab kita kurang bersihkan muka dengan pencuci atau toksin dalam badan yang jadi penyebab jerawat.
Namun, menurut web positivemed.com, jerawat yang timbul di kawasan-kawasan muka yang berbeza ni ada petanda tentang kesihatan dalaman kita.
Jom tengok cermin di mana jerawat kita berada.
Kawasan 1: Dahi
Penyebab: Jerawat pada dahi menunjukkan anda ada masalah dengan diet.
Mungkin anda ada makan lemak, gula dan produk tenusu secara berlebihan dan badan anda tidak dapat proses makanan ini sebaiknya.
Cadangan Penyelesaian: Cuba kurangkan makanan jenis ini dan kenalpasti adakah jerawat anda berkurang. Contohnya, jika tiba-tiba jerawat anda hilang apabila anda stop minum susu, ini mungkin anda ada masalah alah dengan susu.
Anda Mungkin Berminat Membaca : Cara Turunkan Paras Kolestrol Tanpa Makan Ubat?
Kawasan 2 : Hidung
Penyebab: Kekotoran dan pori terbuka adalah punca jerawat pada hidung, tetapi jika anda kerap cuci muka dan jerawat masih ada, ia mungkin disebabkan oleh masalah berkaitan jantung.
Cadangan Penyelesaian: Cuba tingkatkan kesihatan jantung dengan kurangkan kolestrol dan kurangkan ambil garam. Anda juga patut tingkatkan pengambilan Omega 3 dalam badan dengan makan kekacang, ikan dan flaxseed.
Anda mungkin Berminat Membaca : 3 Sebab Anda Rugi Jika Tiada Walau Sebotol Omega Guard di Rumah
Kawasan 3: Pipi
Penyebab: Masalah kesihatan pernafasan sangat berkait rapat dengan timbulnya jerawat di pipi.
Tapi jangan risau sangat sebab biasanya jerawat pada pipi juga berpunca dari kekotoran. Mungkin dari handphone atau kerana jarang di cuci dengan pencuci muka.
Cadangan Penyelesaian: Bersihkan handphone anda jika anda sering menggunakannya. Berhenti merokok.
Sesekali anda kena keluar waktu pagi dan menghirup udara pagi yang boleh bersihkan saluran pernafasan anda.
Anda Mungkin Berminat Membaca : 12 Cara Berhenti Merokok Yang Paling EFEKTIF
Kawasan 4 : Rahang Muka
Penyebab: Kawasan ini berkait dengan jerawat disebabkan oleh hormon. Wanita sering alami jerawat ini di waktu-waktu tertentu dalam sebulan.
Cadangan Penyelesaian: Anda perlu mengambil berat tentang perubahan hormon. Mungkin ada yang mengalami perubahan hormon selepas tukar pil perancang atau selepas datang bulan.
Tanda-tanda jerawat pada kawasan-kawasan ini mungkin boleh bantu anda mengetahui apa yang tidak sihat dalam badan anda.
Mungkin ia dapat membantu serba sedikit dalam kurangkan masalah dalaman seterusnya masalah jerawat juga.
sumber: http://positivemed.com/
Anda Mungkin Berminat Membaca : Rahsia Parut Jerawat Hilang Tanpa Disangka-sangka