Saya suka tengok resepi mudah dan simple ini sebab saya sendiri tak cukup masa nak buat resepi macam-macam sebab pukul 6 lebih baru sampai rumah.
Ada ketika bila jam, pukul 6.30 baru sampai rumah.
Letih tak hilang, terus masuk dapur.
Tapi ada satu resepi favourite saya yang beri kelainan kepada ayam goreng.
Resepi ini saya dapat dari mak mertua.
Simple, hanya guna bahan sedia ada di rumah tapi SUPER SEDAP.
Ayam Goreng Berempah Simple untuk 7 ketul Ayam.
------
.
Bahan-bahan(untuk 7 ketul kecil)
===
2 ulas bawang merah + 2 ulang bawang putih
Setengah inci halia
3 btg cili api
2 sudu rempah kari daging
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil garam
.
Cara membuat
===
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili dan halia(lebih baik tumbuk dari blender..sbb kalau blender nanti berair)
2) gaul bahan tumbuk dengan ayam, sekali dgn rempah, tepung dan garam
3) boleh goreng.(kalau perap lama sikit, lagi sedap)
.
.
Selamat mencuba!
Kenapa 7 ketul? Hanya untuk juadah family kecil saya sahaja. Biasanya, tak sempat simpan untuk sahur mesti dah habis.
Sebarang pertanyaan, boleh komen di ruangan komen ye.
Terima kasih kerana mencuba
1 comment :
Jalanjaln cari resepi ayam berempah. Sedapnyaaa tp xpernah jadi sama macam kt kedai kalau buatt hehe😁
http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
Post a Comment